Ajaran Syiah menular di Malaysia, apa yang GR kasihankan anak-anak kecil yang belum tahu berfikir di ajar dengan fahaman Syiah. Ilmu agama Islam yang sebenar diajar di sekolah tentu mereka akan pertikaikan.
Kerajaan dah buat segala macam tindakan untuk membanteras ajaran Syiah ini. GR berharap sangat , sesiapa yang nampak atau mengetahui tentang aktiviti-aktiviti syiah ini, silalah laporkan kepada pihak berkenaan.
Mohon pihak JAKIM dan pihak berkuasa lebih kuat turun padang untuk membanteras ajaran sesat ini. Kita tidak mahu Malaysia dijadikan sarang ajaran Syiah yang sudah terang-terangan tidak berlandaskan sunnah Nabi S.A.W dan perintah Allah S.W.T
Ini pula video JAIS memburu kubu syiah. Bilangan mereka cukup ramai:
Dengan suara yang mendayu-dayu usah kita pula terpedaya dengan ajaran Syiah ini. Ajaran yang benar dalam Islam adalah ikut perintah Allah S.W.T dan sunnah Rasulullah S.A.W pasti kita akan berjaya dunia dan akhirat.
GR kata: Pada puak Syiah tu tak payah nak bangga sangat yer..segeralah bertaubat. Pintu taubat masih terbuka.
2 comments:
AKAN KU TENTANG SAMPAI AKHIR HAYAT AKU PUAK SYIAH YG MENYENGUTUKAN ALLAH..
Perkasakan pendidikan agama Islam utk semua di sekolah sekolah melalui sukatan pelajaran yg lebih mencakupi, atau luaskan dan perbaiki sistem sekolah agama Jabatan Agama Negeri spt di Johor ke seluruh negara, dan pastikan guru guru bertauliah dan beraliran Mazhab AhlusSunnah Wal Jama'ah. Begitu juga pertingkatkan kelas kelas agama dewasa di surau surau, masjid masjid dan jabatan jabatan k'jaan atau swasta. Pendidikan melalui media cetak dan elektronik juga penting. Semoga Allah swt selamatkan kita semua dr segala bentuk kesesatan.
Post a Comment