Sunday, June 16, 2013

Naikkan Tambang Bas Gila-Gila, Keselamatan Penumpang Boleh Jamin Ok Ker? @aduanSPAD @NajibRazak


Nak kaya cepat pun biarlah berpada-pada...sampai bila nak macam ni kalau berniaga jenis nak cekik darah. Walaupun masyarakat yang berpendapatan sederhana memerlukan perkhidmatan awam untuk pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

Bila tiba musim perayaan mulalah pengusaha bas ekpress berlumba-lumba untuk menaikkan harga tambang bas mereka. Nak naik boleh tapi agak-agak jangan sampai tak munasabah. Bila aduan dibuat pada SPAD alasan yang sama diberikan akan menyiasat, sampai dah habis musim perayaan masalah tak selesai jugak. Di manakah silapnya? Siapa yang bertanggungjawab...masyarakat senang akan tuding jari pada Kerajaan yang tidak peka dengan masalah berbangkit.

Bila dah naik harga gila-gila tentulah untungnya pun gila-gila ye tak? Korang boleh baca penjelasan lebih detail DI SINI

Banyak kali dah peringatan diberikan pada pengusaha bas nie dan GR rasa diaorang ni tak makan saman dah. Jangan berikan AMARAN, sepatutnya tindakan harus diambil pada mereka yang keras kepala. Naik harga ikut kemampuan masyarakat yang gunakan perkhidmatan ini, jangan ikut tekak sendiri saja.

Apa yang penting keselamatan penumpang yang harus diperketatkan lagi. Dah banyak kali kita dengar asal musim perayaan saja, ada saja kemalangan maut yang melibatkan bas ekpress. Pihak syarikat harus sentiasa memantau keselamatan bas mereka dan yang paling penting pemandu bas ekpress mesti jauh dari penggunaan dadah. Jangan asyik nak kejar trip saja, nyawa penumpang ditangan anda.


SUNGAI SIPUT 15 Jun - Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) diingatkan supaya tidak membuat keputusan sendiri menaikkan harga tambang sesuka hati sehingga 30 peratus tanpa memikirkan kebajikan pengguna.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek menegaskan, PMBOA tidak seharusnya memberi alasan kenaikan kos semata-mata kerana kerajaan selama ini banyak membantu mereka dalam mengurangkan beban operasi.

Sehubungan itu, beliau meminta persatuan tersebut mengkaji semula cadangan menaikkan harga tambang yang disifatkan amat mendadak terutama menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Semua syarikat pengangkutan, kata beliau, perlu sedar pengguna juga mempunyai hak dan boleh memboikot perkhidmatan awam sehingga memberi kesan buruk kepada pengusaha bas.

"Saya lihat banyak pihak terutamanya rakyat membantah kenaikan sehingga 30 peratus. Kita minta mereka kaji semula, saya fikir adalah lebih baik jika kadar tambang sedia ada dikekalkan," katanya selepas majlis penutup Mesyuarat Agung Tahunan Ke-49 Koperasi Kemajuan Tanah Perak Berhad di sini hari ini.

PMBOA sebelum ini dilaporkan mahu menaikkan kadar tambang bas ekspres mencecah 30 peratus dan memilih tidak menjual tiket seawal bulan Julai dan Ogos menjelang Hari Raya Aidilfitri selagi kerajaan tidak menuruti permintaan mereka.

Presiden PMBOA, Datuk Ashfar Ali berkata, kenaikan itu bukan disebabkan musim perayaan Aidilfitri tidak lama lagi tetapi sebagai semakan semula yang biasa dilakukan dalam empat atau lima tahun sekali sejajar dengan peningkatan kos operasi yang didakwa kini mencecah sehingga 36 peratus.

Menurut Hasan, syarikat pengusaha bas tidak sepatutnya menaikkan kadar tambang tanpa merujuk kepada pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Apatah lagi, tambah beliau, kerajaan memberi banyak bantuan terutama dalam konteks pengangkutan awam kepada pengusaha bas. - Utusan

GR kata: Naik harga jer nak salahkan Kerajaan...tak pikir guna otak ka??

No comments:

Artikel pelbagai