Thursday, January 23, 2014

HOT GOSIP! Nurul Izzah Bercerai Disebabkan Ada Orang Ketiga?


Macam cerita gosip artis popular pun ada kan bila GR baca kisah penceraian Nurul Izzah dengan suaminya nie. Macam ada tak kena pun yer jugakkan?

Memang betul setiap perkahwinan kita mahu ianya berkekalan hingga akhir hayat. Makan minum pakai tidur semua dilakukan bersama. Tapi bila lihat cerita Nurul Izzah nie macam drama telemovie artis di Malaysia. Kahwin sikit lepas tu cerai...betul ke??

Dalam hal ini...adakah penceraian Nurul Izzah ini ada kena mengena dengan kelakuan beliau selama ini??

Khabarnya juga suami Nurul Izzah dapat menghidu hubungan Nurul Izzah dengan skandalnya???

Khabarnya dari sumber dalaman PKR, gossip-gossip Nurul Izzah ada skandal 'panas' dengan seorang lelaki bernama A. Dan hubungan tersebut KANTOI dengan suaminya sendiri....betul ker???


Apa pun GR doakan semoga hubungan Nurul Izzah berkekalan hingga akhir hayat. Kalau bergaduh sikit tu biasalah asam garam rumah tangga. Carilah jalan terbaik jangan sampai penceraian. Dalam Islam pun tak galakkan kita bercerai.

Perkara yang Allah S.W.T benci adalah penceraian...hindari diri kita dari perkara yang Allah S.W.T larang dan kita hendaklah sentiasa mentaati perintah Allah S.W.T.

Perkahwinan merupakan satu komitmen yang serius di antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama sepanjang hayat.  Tujuan berumah tangga ialah untuk “mencari ketenangan dan kedamaian di dalam hidup”  - (ar-Rum ayat 21)


GR kata: Seorang isteri yang solehah...in sha Allah bersama suaminya di Syurga.

Wednesday, January 22, 2014

Live Update: HEBAT SANGAT KER BAGAN DATOK SAMPAI MASUK MAHKAMAH? @Zahid_Hamidi @NajibRazak @MuhyiddinYassin


Mahkamah Pilihan Raya esok akan mendengar bantahan awal (PO) dengan Bagan Datok Ahli Parlimen YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap dua petisyen pilihan raya yang melibatkan kawasan pilihan raya itu. 

Hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim membuat keputusan itu selepas MENOLAK bantahan yang dibangkitkan oleh pempetisyen Madhi Hasan dan Azmi Sulaiman terhadap PO responden. 

Beliau memutuskan bahawa PO responden tidak diputuskan oleh mahkamah Persekutuan, oleh itu dia akan mendengar mereka esok (hari ini). 

Pada 23 Dis 2013, Mahkamah Persekutuan terbalik keputusan mahkamah pilihan raya ini yang menolak petisyen. 

Antara PO untuk didengar oleh mahkamah pilihan raya itu bahawa petisyen pilihan raya tidak membuat kesimpulan sebanyak 10 Dis 2013, iaitu selepas had enam bulan berkanun untuk memuktamadkan perkara itu telah tamat. 

Menurut garis responden penyerahan, ini yang diberikan mahkamah pilihan raya tidak lagi mempunyai apa-apa bidang kuasa untuk mendengar perkara itu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 35A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. 

Madhi Hasan, yang merupakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) calon bagi kawasan Parlimen Bagan Datoh, dan pengundi Azmi Sulaiman, memfailkan petisyen atas alasan Ahmad Zahid didakwa dilakukan amalan rasuah dan tidak sah. 

Antara dakwaan itu daripada membeli undi dan perbelanjaan di atas RM200 ribu had yang dibenarkan dalam kempen pilihan raya parlimen. 

Dalam 5 Mei pemilihan, Ahmad Zahid, yang kini Menteri Dalam Negeri, menang dengan Madhi dalam majoriti 2,108 undi, memperoleh 17,176 undi....Madhi pula 15,068 undi. Peguam Edmund Bon dan Chong Kok Yew bertindak untuk Madhi dan Azmi masing-masing manakala Ahmad Zahid diwakili peguam Datuk Firoz Hussein.


GR kata: Manusia baik sentiasa dipelihara Allah S.W.T

Sent from Samsung Galaxy Note

KES LAHAD DATU, @tianchua SEBENARNYA KALAH DAN MALU DIRI SENDIRI! @NajibRazak

Isu pencerobohan Lahad Datu adalah merupakan sejarah hitam di negara kita. Tumpahan darah pejuang negara berjuang mempertahankan negara harus dikenang sampai bila-bila.

Semalam GR berkesempatan jumpa minum teh dengan lawyer yang mewakili UMNO dalam kes ini yang juga kawan GR. Dalam tengah borak-borak kosong GR pun bertanyakan pasal kes Tian Chua nie.

Beliau menyatakan Tian Chua sendiri yang berjumpa beliau menyatakan kenyataan beliau salah dan mengaku kesalahan beliau. Betul Tian Chua tak mahu mohon maaf tapi beliau KESAL...bukan ker maksudnya sama, betul tak YB??

Pertama: Tian Chua membuat kenyataan kesal sudah jelas menampakkan beliau sudah merasa tidak ada peluang untuk menang isu ini. 

Kedua: Perkataan KESAL dan mohon maaf membawa makna tidak jauh beza dan meminta maaf sama sekali tidak akan dilakukan oleh mana-mana ahli politik Pembangkang yang sombong walau sekalipun.

Sebagai contoh seorang anak yang buat kesalahan besar pada ibu bapanya menyatakan "Saya kesal dan tak akan ulangi perbuatan tu lagi"...Adakah seorang bapa tersebut terima luahan kekesalan anakny....dan rasanya si bapa terima tak? Fikir lah sendiri yer.

Ketiga: Tian Chua masih ada kes lain berkaitan Lahad Datu dan kenyataan beliau menyatakan perasaan kesal ini boleh membantu pendakwaan tersebut barangkali.

Keempat: Dalam isu mahkamah SUK UMNO Dato' Raof yang bertanggungjawab dan menjadi penama rasmi dan keputusan menerima tawaran Tian Chua sudah dirujuk pemimpin atasan oleh beliau sebelum dijalankan oleh peguam bagi pihak UMNO.

Harus kita ingat parti politik dari mana-mana pihak tak boleh untuk membuat tindakan saman mahkamah...itu termaktub dalam undang-undang. Jadi orang-orang UMNO boleh teruskan saman pada Tian Chua demi pertahankan nasib pejuang negara yang berjuang.

Selepas memgetahui cerita sebenar dari kawan lawyer ini barulah GR tahu cerita yang sebenar. Mungkin sebelum kita baca dari semua sumber dan maklumat yang diterima tak 100% tepat.

Dari segi saman fitnah Tian Chua jika kalah hanya perlu membayar sejumlah wang bukan boleh dipenjarakan. Kecuali kes jenayah baru dia boleh dipenjarakan. Tapi dalam kes ini Tian Chua mengaku kesalahan beliau sendiri.

Walaupun digugurkan selepas kenyataan kesal dibuat dan artikel ditarik kembali ia tidak bermakna ribuan laporan Polis yang dibuat sia-sia sahaja kerana ia masih dapat menjadi bukti kemarahan ahli UMNO terhadap kenyataan ahli politik tersebut yang mungkin menjadi punca beliau menarik balik kenyataannya.

Paling jelas Keadilan Daily juga telah setuju menarik balik artikel mengaitkan UMNO dengan kes Lahad Datu sekaligus meranapkan imej mereka sebagai organ rasmi parti pembangkang yang sudah beberapa kali menyiar laporan fitnah dan tidak berasas. Ia akan menjadi rujukan dalam apa sahaja isu untuk menjatuhkan kredibilitinya sebagai organisasi rasmi Pembangkang yang langsung tidak boleh dipercayai.

Kadang kala apabila melihat peguam penasihat undang-undang UMNO yang telah beberapa kali PRU membantu UMNO dalam petisyen dihentam  sebegitu rupa, GR terfikir adakah ada 'duri dalam daging' antara kita hingga dilihat penyokong UMNO melakukan perkara yang mengguris hati banyak pihak?

Menghina sesama kita tidak akan menyelesaikan masalah bahkan menimbulkan lebih banyak masalah.

Kaedah menegur juga perlu dijaga dan sebagai Melayu Islam sudah tentu kita diajar cara kias dan sindiran untuk menyampaikan mesej agar tidak mencederakan perasaan insan sesama agama yang lain.

Kita perlu ingat, saman fitnah dalam undang-undang jika pihak yang menabur fitnah mengaku kesalahannya....apa lagi yang perlu kita buat? Bertindaklah guna akal fikiran yang Allah S.W.T anugerahkan pada kita. Janganlah kita ikut perangai dan rentak puak pakatan haprak yang mahu menjatuhkan Melayu dan Islam di negara kita.


GR kata: Jangan jadi bodoh macam Tian Chua.


Sent from Samsung Galaxy Note

Tuesday, January 21, 2014

HOT: DIHALAU JEPUN, TERNYATA ANWAR BODOH PASAL UNDANG-UNDANG! @Rosnah_ARS @anwaribrahim

Seperti semua sedia maklum, sebelum ini rakyat Malaysia perlu memohon Visa untuk memasuki Jepun. Namun, pada tahun 2013 Kerajaan Jepun telah menguatkuasakan peraturan rakyat Malaysia yang memegang pasport biometrik dilengkapi mikrocip TIDAK PERLU MENDAPATKAN VISA untuk berkunjung ke Jepun.

Kesilapan Anwar Ibrahim ialah, apabila dia beranggapan kelonggaran syarat tersebut terpakai bagi dirinya juga. Apa yang Anwar Ibrahim terlupa, mereka yang pernah memasuki PENJARA tetap perlu memohon VISA untuk memasuki negara Jepun. Hal ini kerana kelonggaran syarat tersebut hanya terpakai bagi mereka yang bebas dari rekod jenayah atau rekod tahanan penjara.

Apa yang berlaku terhadap Anwar Ibrahim juga telah termaktub dengan jelas melalui undang-undang Jepun, apabila pihak dia gagal mengemukakan dokumen sewajarnya (VISA bagi mereka yang pernah memasuki penjara), dia akan dihantar pulang serta-merta ke negara asal.

Rujuk Undang-Undang Kerajaan Japan: CHAPTER II ENTRY AND LANDING, SECTION I ENTRY OF AN ALIEN (Entry of an Alien)

Article 3:  
(i) Any alien who falls under any of the following items shall not enter Japan.

(ii) A person who intends to land in Japan without receiving a seal of verification for landing or undergoing the recording of the prescribed data pursuant to the provision of Article 9, paragraph (4), or without obtaining authorized permission for landing (hereinafter referred to as "permission for landing") from an immigration inspector (except for those set forth in the preceding item).

(xiv) In addition to those persons listed in items
(i) to (xiii), a person whom the Minister of Justice has reasonable grounds to believe is likely to commit an act which could be detrimental to the interests or public security of Japan.

(2)  Even in cases where an alien seeking to land in Japan does not fall under any of the items of the preceding paragraph, if the country of which he or she is a national or citizen denies landing to a Japanese national therein for any reasons other than those set forth in the items of the same paragraph, the Minister of Justice may deny his/her landing for the same reasons.

**Rujuk Section ii Landing of an Alien

Bagi yang tertanya-tanya kenapa sebelum ini Anwar bebas memasuki Japan pada 2006, 2009 & 2012, anda perlu sedar ketika itu memang permohonan VISA merupakan syarat wajib, jadi semestinya dia masuk ke Jepun menggunakan VISA. Yang menjadi masalah sekarang, apabila dia menyangkakan kelonggaran tidak memohon VISA laku untuk diri dia juga.


GR kata: Sape Anwar Ibrahim nak dilayan macam raja?? Rajagopal ka raja kapor?? Hehehe....


Sent from Samsung Galaxy Note

Monday, January 20, 2014

HOT: PUNCA ANWAR IBRAHIM DILARANG MASUK JEPUN AKHIRNYA TERJAWAB!


GR macam tak percaya pun ada sekarang nie...adakah GR masih dibuai mimpi atau pun masih dalam mood berangan? Kah kah kah...

Setelah mengetahui dari sumber rapat dalam PKR....Anwar Ibrahim telah DILARANG untuk memasuki ke negara Jepun. Macam tak percaya pun ada kan? Citer nie pun dah heboh di seluruh media sosial.

Yelah sebab sebelum ini heboh dia kata bahawa negara Jepun memberikan layanan terbaik pada dia tak kira dari semua aspek. Tak dapat masuk apa citer sekarang nie Bang Non?

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad dilarang memasuki Jepun dan beliau mengkritik layanan yang diberikan oleh para pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo.

Beliau menerusi kenyataan di blog miliknya berkata, "Saya membantah sekeras-kerasnya tindakan ini, tidak wajar kerajaan Jepun untuk tidak membenarkan saya masuk dan menafikan hak-hak sah saya bagi perjalanan secara bebas tanpa halangan.

"Ia memang mustahil untuk salah sebuah negara demokrasi yang terkemuka di dunia untuk mengambil tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di bawah alasan lemah itu dan membiarkan saya dengan gambaran bahawa terdapat sesuatu yang mungkin menyebabkan keadaan ini berlaku," kata Anwar di blognya yang merujuk kepada campur tangan pihak tertentu yang menyebabkan beliau tidak dibenarkan masuk ke negara itu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tiba di lapangan terbang pada pukul 6.46 pagi Ahad dari Kuala Lumpur tetapi telah dinafikan kemasukan oleh pegawai-pegawai imigresen.

Sebaliknya, beliau diberitahu untuk menaiki penerbangan pertama untuk pulang atau berhadapan dengan tindakan pengusiran.

Anwar memberi kerjasama dan menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada pukul 10.45 pagi. Ketua pembangkang itu diberikan penjelasan berhubung pengusirannya ekoran sabitannya sebelum ini pada 1999.

"Saya beritahu mereka ini tidak boleh jadi sebab yang diterima kerana saya pernah memasuki Tokyo tanpa halangan sebanyak tiga kali sebelum ini pada 2006, 2009, dan 2012.

"Saya memberitahu pihak berkuasa imigresen mesti terdapat campur tangan berhubung perkara inu dan membantah bahawa adalah tidak wajar bagi mereka untuk tidak membenarkan saya memasuki ke negara ini (Jepun) tanpa bona fide dan sebab yang sah," katanya.

Apabila didesak untuk diberitahu sebab lain, para pegawai menjelaskan bahawa tindakan itu diambil 'kerana laporan terkini', Anwar berkata, beliau menuntut penjelasan daripada Wisma Putra.

Anwar turut menambah bahawa pejabatnya lebih awal membuat pertanyaan dengan pihak Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur dan telah diberikan pelepasan.

Menurut kenyataan di blog Anwar, beliau pergi ke Tokyo selepas menerima jemputan peribadi oleh Yohei Sasakawa yang merupakan Pengerusi Yayasan Nippon bagi membentangkan kertas kerja mengenai Demokrat Islam.

Malam tadi Anwar meroyan tak diberi kebenaran masuk ke Jepun. Banyak andaian mengapa beliau dilarang masuk ke Jepun. Adakah ini salah satu daripadanya? Sebab Bang Non masuk majalah porno Jepun dan bawa anasir buruk ke Jepun? Terlajak kata bisa diundur, terlajak perbuatan? Sendiri mau ingatlah yer....


Sempena Anwar tak boleh masuk Jepun..Jom kita layan lagu nie. Confirm Bang Non hilang stress tak dapat jumpa Maria Ozawa. Kih kih kih



GR kata: Bang Non salahkan UMNO pulak. Kerajaan Jepun UMNO yang perintah ker?

Artikel pelbagai