Saturday, April 27, 2013

#PRU13: PAKATAN SYOK SENDIRI DI SETIAWANGSA, TENGOK! TENGOK!


Nak kesian pun tak ada gunanya pada puak pakatan haprak ni sebab diaorang bukannya jenis bersyukur dengan apa yang kita nikmati di Malaysia ni.

Ceramah Pakatan Haprak pada 23/4/2013 di Setiawangsa tak dapat sambutan. Apa citer beb? Penceramah yang dipanggil dari mereka pemimpin tertinggi pakatan haprak, tapi apakan daya rakyat Setiawangsa sejak dulu lagi sudah sebati dengan BN hasil perkhidmatan terbaik dari Datuk Zulhasnan.

Apa calon PKR Setiawangsa buat hanyalah sia-sia. Orang Setiawangsa bukan jenis senang DIPERBODOHKAN oleh pakatan haprak. Mereka semua bijak memikir siapa yang boleh berkhidmat dengan terbaik.


Panggillah Ambiga ke siapa pun....rakyat Setiawangsa TOLAK PAKATAN HAPRAK!! 60 orang yang hadir ke ceramah pakatan haprak ni golongan mereka yang BODOH dan tak reti bersyukur.



GR kata: Orang Setiawangsa sokong Datuk Fauzi

#PRU13: TURUNKAN HARGA KERETA, @rafiziramli KANTOI MENIPU LAGI!

Rajah : Perbezaan harga sebelum dan selepas cukai dengan harga yang disebut oleh Rafizi

1. GR baru sahaja menonton youtube yang dibuat oleh Pakatan Haprak (PKR-DAP-PAS) di mana Rafizi Ramli memberitahu mengenai menurunkan harga kereta dan telah membuat anlisis. Ini pendedahan penipuan Rafizi untuk pengetahuan semua.

2. Menonton video tersebut, membuatkan GR terkilan dengan sikap suka menipu yang dibuat oleh Pakatan Haprak. Sememangnya, sudah banyak penipuan yang dibuat mereka, dan kini mereka masih terus menipu.

3. Mungkin mereka ingat rakyat begitu bodoh untuk mempercayai mereka. Tetapi mereka lupa, bahawa rakyat Malaysia tidak bodoh dan tidak mudah tertipu dan terpedaya. Rakyat Malaysia adalah rakyat yang suka berfikir dan mengutamakan kebenaran.

4. Video menurunkan harga kereta tersebut mempunyai beberapa penipuan yang terlalu besar. Untuk menunjukkan impak tindakan menghapuskan cukai, mereka menipu dari segi harga sebelum dan selepas penghapusan cukai.

5. Dalam video tersebut, Rafizi memberi 3 contoh harga kereta iaitu kereta Myvi, kereta Honda Civic dan kereta Toyota Camry. Beliau membuat pengiraan mudah dengan menolak peratusan cukai eksais dan cukai jualan dari harga-harga kereta tersebut yang sebenarnya adalah satu cara pengiraan yang salah.

6. Untuk melihat harga-harga kereta ini tanpa cukai, kita hanya perlu merujuk kepada harga yang dijual di kawasan bebas cukai seperti Pulau Langkawi ataupun Pulau Labuan. Tempat-tempat ini adalah bebas cukai, dan tiada sebarang cukai dikenakan terhadap kereta-kereta yang dijual. GR akan menggunakan harga-harga ini untuk menunjukkan kesilapan yang dibuat oleh Rafizi.

7. Kesalahan paling utama Rafizi Ramli adalah apabila beliau mengatakan harga Myvi selepas penghapusan cukai adalah RM 21,140 !!! Mungkin beliau cuba menipu rakyat dengan mengatakan melalui penghapusan cukai, rakyat akan mampu beli kereta tetapi pada hakikatnya tidak. Harga Myvi di Langkawi tanpa sebarang cukai adalah RM 37,942.55 dan harga dengan cukai (di Semenanjung) adalah RM 41,924.30. Perbezaanya adalah lebih kurang RM 4,000.00. Ini menunjukkan kereta Nasional hanya dikenakan cukai jualan (10%) di semenanjung dan tidak dikenakan cukai eksais (75%) seperti yang disebut Rafizi. Begitu juga dengan kereta Proton. Harga Preve di Langkawi dan Semenanjung hanya berbeza sebanyak RM 3k - 4k sahaja.


8. Oleh itu, walaupun dengan penghapusan cukai oleh Pakatan Haprak, harga kereta terendah (Proton dan Produa) adalah lebih kurang masih sama.

9. Bagi kereta Honda Civic (1.8), harga di Langkawi (tanpa sebarang cukai) adalah RM 77,980.00 dan bukannya RM 63,150 seperti yang disebut Rafizi.

10. Bagi kereta Toyota Camry (2.0) pula, harga di Langkawi (tanpa sebarang cukai) adalah RM 97,015.40 dan bukannya RM 71,000 seperti yang disebut Rafizi.

11. Perbezaan yang sedikit bagi kereta-kereta seperti Toyota dan Honda yang dikenakan duit eksais dan cukai jualan ini adalah kerana harga yang dikenakan duti dan cukai bukanlah dari harga jualan, tetapi dari harga asal(kos) yang diistiharkan oleh syarikat kereta.

12. Melihat kepada harga-harga selepas penghapusan cukai, kemampuan rakyat tidak akan berubah. Beban hutang rakyat juga tidak akan berubah.

13. Sekiranya sebelum penghapusan cukai, kemampuan seseorang adalah membeli kereta yang bernilai RM 40K, selepas penghapusan kemampuan beliau masih sama iaitu membeli kereta bernilai RM40K. Oleh itu, beliau masih mampu membeli Perodua Myvi sepertimana kemampuan beliau sebelum penghapusan cukai. Sekiranya sebelum ini, beliau terpaksa mengambil loan selama 9 tahun untuk beli Myvi ini, selepas penghapusan cukai,, beliau masih lagi perlu mengambil loan selama 9 tahun untuk beli kereta yang sama. Tiada perbezaan.

14. Sekiranya, sebelum penghapusan cukai, kemampuan membeli kereta seseorang adalah RM 60k-70k dan beliau perlu mengambil loan selama 9 tahun untuk membeli kereta ini, maka selepas penghapusan cukai, kemampuan beliau masih sama iaitu kereta bernilai RM 60k-70k dan beliau masih memerlukan loan 9 tahun untuk membelinya. Mungkin yang berbeza adalah model kereta. Kalau sebelum ini, beliau boleh beli Preve (yg berharga dalam RM60k-R70K), maka selepas ini, mungkin beliau boleh membeli Toyota Vios (yg berharga lebih kurang sama). Tetapi, Proton Preve mempunya ciri-ciri keselamatan dan spesifikasi yang jauh lebih tinggi dari Toyota Vios. Walaubagaimana pun, kemampuan dan beban hutangnya masih sama dan tidak berkurang.

15. Untuk pengetahuan semua, penghapusan cukai kenderaan ini sebenarnya lebih menguntungkan orang kaya dan tidak menguntungkan golongan miskin. Kemampuan mereka yang berpendapatan rendah masih sama, beban hutang mereka masih sama. Bagi orang kaya, kalau sebelum ini mereka hanya mampu memandu Mercedes C class, mungkin selepas ini mereka boleh memandu Mercedes E class.

16. Disamping itu, penghapusan cukai ini mengurangkan pendapatan kerajaan (tiada negara di dunia yang tidak mengenakan cukai kenderaan), dan kononnya hasil kerajaan boleh ditebus melalui lelongan AP pula adalah tidak tepat dan salah. Bagi mereka yang berfikir, mereka boleh melihat kesalahan (mungkin disengajakan) dalam pengiraan lelongan AP yg dibuat Rafizi. Tambahan pula, AP ini mungkin tidak laku dan hasil yang dijangkan tidak menjadi kenyataan. Kebanyakan negara mengenakan cukai terhada kenderaan. UK mengenakan 20% VAT, US mengenakan cukai mengikut states, Thailand mengenakan cukai lebih kurang 30%, Australia juga mengenakan cukai atau levi.

17. Apabila pendapatan kerajaan berkurang, perbelanjaan yang lain seperti pemberian subsidi dan perbelanjaan infrastruktur termasuk yang membantu golongan miskin akan terjejas. Akhirnya, kesan terhadap golongan miskin dan berpendapatan rendah semakin buruk. Sudahlah penghapusan cukai lebih menguntungkan golongan kaya dan tidak memberi impak kepada golongan miskin, malah tindakan ini juga bakal menjejaskan pembangunan lain yang boleh membantu golongan yang memerlukan ini.

18. Kepada Pakatan Haprak, janganlah lagi membodohkan rakyat dengan cara menipu seperti ini. Ingat, Rakyat Malaysia tidak bodoh, dan mereka mampu berfikir untuk menolak penipuan-penipuan anda.

19. Rafizi juga berkata dengan yakin janji ditaburkan sekali lagi Manifesto Pakatan Haprak akan "DITUNAIKAN" jika mereka berjaya menakluk Putrajaya. Tapi boleh percaya lagi ker, sebab dia sendiri yang cakap macam nie...



GR kata: Kalau pendidikan percuma pun tak confident nak bagi lagi, apalah dengan Manifesto yang lain. Pakatan kata Manifesto Bukan Janji kan!!

HOT: ARI TU ELIZABETH WONG...KALI NIE VIDEO AHSO TERESA KOK PULA TERSEBAR! #PRU13


Semakin dekat hari penentu PRU13, satu persatu perlakuan buruk mereka DIBOGELKAN untuk pengetahuan rakyat. Kita rakyat Malaysia harus tahu perlakuan buruk pemimpin pakatan ini dari ketua mereka sehinggalah ke akar umbi mereka.

Pendedahan telah pun tersebar ini disebabkan dalam pakatan sendiri depa tidak mempunyai kata sepakat....akhirnya UMNO/BN juga yang dipersalahkan. Inikah tahap pemikiran pemimpin pakatan haprak yang korang sanjung tinggi?

Apa pun korang lihat video di bawah dan fikirkanlah yang terbaik untuk masa depan kita jugakkan. Hanya disebabkan pemakaian baju pun nak jadi masalah, pada hal Lim Kit Siang pakai baju parti tak nak pula dijadikan isu.





GR kata: Kata dah jadi ostajah pakatan awat ahso tua ni takut sangat dengan PAS ek??

HOT: AZHAR SULAIMAN PAMERKAN JAM OMEGA SEBENAR! TENGOK BANG NON! #PRU13


Keh keh keh...korang tengok video pelakon popular tanahair ni...confirm puak pakatan haprak angin satu badan sebab JAM OMEGA yang selama ini mereka tunggu-tunggu dari pemimpin kesayangan mereka tak juga timbul-timbul.

Macam-macam alasan yang diberikan...budak sekolah pun boleh fikirkan. Betul tak?




GR kata: Bang Non mana jam OMEGA??


#PRU13: RUPANYA CALON PKR MEMANG BACOL! @Zahid_Hamidi


Budaya penipu dan pengecut memang terkenal dalam pakatan haprak. Mereka hanya pandai menabur AIR LIUR BASI mereka pada rakyat untuk meraih simpati undi, lebih-lebih lagi dalam tempoh berkempen selama 15 hari ini.

Sudah menjadi kebanggaan macai pakatan haprak budaya yang dibawakan pemimpin mereka disanjung tinggi pada hal yang menjadi mangsa rakyat jelata. Berdebat...sudah menjadi trend mereka untuk menunjukkan kononnya pakatan haprak "Memperjuangkan" nasib rakyat. Pada hal habuk pun tak da!!

Calon PKR Bagan Datoh, Mahdi Haji Hassan sebenarnya sudah hilang sokongan dari rakyat Bagan Datoh. Masa tempoh berkempen inilah baru nak ajak DEBAT dengan DS Zahid Hamidi. Jika berdebat pun rakyat Bagan Datoh dah tahu SIAPA PEMENANGNYA...betul tak?? Siapa yang memajukan Bagan Datoh selama ini jika nak dibandingkan dengan TOY BOY Bang Non nie.

Cakap-cakap dari BN Bagan Datoh, DS Zahid Hamidi tidak ada menerima sebarang pelawaan bertulis mengenai debat yang diutarakan oleh calon PKR ini. Sehingga hari ini surat tersebut tidak pernah DITERIMA oleh DS Zahid Hamidi.

Memang betullah calon PKR ini seorang yang BACUL, PENIPU, PEMFITNAH dan yang buruk semua dialah. Macam nie ker peguam harapan rakyat??

DS Zahid Hamidi BUKAN PENGECUT macam puak pakatan haprak!!


GR kata: PKR bacul pengecut penipu...memang tak boleh pakai!!

Friday, April 26, 2013

UPDATE #lahaddatu: 3 Orang Dalang Gunakan Kiram Serang Sabah Dah KANTOI! @Zahid_Hamidi

ALOR SETAR: Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

"Apa yang boleh saya katakan, dua daripada pemimpin pembangkang itu daripada Semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah. "Maklumat kini sudah terkumpul dan semua butir-butir itu akan diserahkan sepenuhnya di Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika sidang media selepas Majlis Lawatan Kerja Menteri Pertahanan di Kolej Tentera Udara, Kepala Batas di sini, Jumaat.

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut. Beliau berkata pihaknya tidak mahu dianggap oleh sesetengah pihak tertentu sebagai permainan politik maka segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Sesuatu tindakan perundangan hanya boleh dilakukan apabila keterangan dirakamkan, direkodkan, kami dah ada semua itu. "Bila akan diserahkan...tunggu selepas pilihan raya dan tindakan juga akan diambil lepas pilihan raya, kita tidak mahu mereka kata kita bermain politik, jadi kita serah kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengelakkan dicopkan sandiwara politik Umno," katanya. -BERNAMA

HOT FOTO: BLACK OPS PAKATAN KANTOI LAGI! NURUL IZZAH NAK 'AKSI KULUM' GLAMER MACAM WANITA BOGEL INI! #GE13


Baru baru ini heboh diperkatakan seorang wanita cina berbogel sambil memegang bendera BN, setiap pencacai bagaikan kerasukan terus menerus menyerang BN kononnya mengamalkan politik lucah.

Ramai yang melihat tindakannya itu merupakan salah satu daripada provokasi dan cubaan mewujudkan persepsi negatif terhadap Barisan Nasional. Bahkan ianya menjadi amat keterlaluan apabila teman lelakinya turut bergambar bogel dengan bendera BN.

Gelagat pasangan kekasih tersebut, mendapat tarikan utama daripada para pecacai Pakatan. Malangnya dengan gaya yang mereka tunjuk, memang amat jelas, gelagat pasangan kekasih tersebut sebenarnya tidak lebih daripada bertujuan untuk memburuk-burukkan Barisan Nasional.


Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Kuasa, setiap perkara yang tak betul dipertunjukkan pada rakyat siapakah dalang disebalik penyebaran fitnah gambar "Kempen BN" tersebut.

Korang semua...ini bukan dari BN.. semua itu mereka yang kononnya pejuangkan Islam, kononnya pejuangkan anti rasuah,kononnya mereka pejuang hudud? Mereka juga dari kalangan yang perjuangkan LGBT, mereka juga yang pertahankan nama Allah dilacurkan, mereka juga yang berniaga ayat quran demi kepentingan politik.. Semuanya sesedap rasa kepala mak bapak diaorang…


Video Nurul Izzah yang sehingga ini puak pakatan haprak tak bagi penjelasan. Cakap-cakap dalam ibu pejabat PKR pusat, Nurul Izzah nak glamer macam ayah dia yang videonya tersebar satu dunia. Maknanya betullah yer video Nurul Izzah tengah sedap sangat tue...kan??


GR kata: Pakatan sanjung LGBT sebab nak rosak Islam di Malaysia!!

Thursday, April 25, 2013

TERKINI #lahaddatu: 35 Macai Kiram Ditembak Mati Tak Sempat Masuk Sabah! @Zahid_Hamidi

GEORGE TOWN: Kira-kira 35 askar militan Sulu yang cuba memasuki Sabah ditembak mati oleh tentera laut Filipina dan pengawal pantai pada Rabu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kesemua mereka ditembak sebelum dapat memasuki perairan Malaysia selepas enggan berpatah balik.

Zahid berkata, menurut laporan perisikan, kumpulan tersebut cuba memasuki Sabah untuk mencetuskan huru-hara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Jika mereka sudah memasuki perairan kita, kita akan mengusir mereka keluar. Kita akan mempertahankan negara ini," katanya pada sidang media di sini Khamis.

GR kata: Bang Non makin pening kepala idea jahatnya semua berjaya dipatahkan. Allah SWT masih sayangkan Malaysia. amin...

#PRU13: Teresa Kok Datang Ke Tak, Sama Jer! No Complaint No Help!

Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi. Apalah nasib rakyat Seputeh setelah sekian lama dapat seorang wakil rakyat yang sangat PEMALAS.

Semalam GR keluarkan artikel berkenaan tindakan pantas calon BN yang comel lotey Nicole Wong. Sangat berterima kasih pada beliau memberikan bantuan pada mangsa kemalangan terbabit dari mula sampailah dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Korang tengok gambar di atas, tak kisahlah di mana Teresa Kok sebab tak ada guna pun kalau dia ada. Dah ler Teresa Kok hantar 'budak suruhan' tapi apa fungsinya, hanya MELIHAT dengan gaya LAGAK SEORANG BOSS. Inikah namanya pakatan haprak DAP membela nasib rakyat. Orang tengah sakit pun tak ada hati perut.

Kempen Teresa Kok "No Complaint No Help" memang tak boleh pakai. Orang sakit depan mata pun tengok jer. Kalau adik bradik atau keluarga dia jatuh sakit pun dia buat tak tau agaknya...sebabnya sibuk nak kejar Putrajaya, itu jer kerja yang diaorang tau.

Pada para pembaca yang budiman dan rakyat Seputeh khususnya lihat sendiri apa yang Pakatan Haprak buat, adakah mereka benar-benar perjuangankan nasib rakyat atau perjuangkan nasib diri sendiri. Tepuk dada tanyalah hati....


GR kata: Terima kasih Nicole Wong, pertolongan anda amat dihargai. Oran Seputeh sayang pemimpin yang comel-comel nie. Hi hi hi

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LUAHAN HATI ARTIS INI MENGENAI #PRU13, CONFIRM MAKAN DALAM!


Walaupun pernah dihimpit dengan pelbagai kontroversi yang ada kalanya agak memeritkan bagi seorang wanita sepertinya, namun hidup ini katanya harus diteruskan tanpa ada perasaan prajudis. Ternyata kesabaranya dalam menempuh pelbagai dugaan itu kini semakin menenangkan diriya.

Baru baru ini krew kami sempat bertemu dengan figura yang merupakan salah seorang peserta Masterchef Selebriti bagi musim ke 2 iaitu Norish Karman. Namun bukan hal berkenaan kontroversi mahupun Masterchef ini yang akan kami hidangkan kepada anda tetapi pandangan dan harapannya tentang pilihanraya kali ini.

Terbuka dalam memberikan komentarnya tentang PRU 13, Norish Karman yang mesra disapa sebagai NK jelas mahukan segala manifesto mahupun Akujanji yang ditawarkan kepada rakyat dapat ditunaikan dan dilaksanakan apabila berjaya dalam pilihanraya itu nanti.

Jelasnya, “Apa yang saya harapkan agar sesiapa pun yang bakal menang nanti pastikan segala janji yang telah dibuat direalisasikan dan tidak timbul hal seperti janji tinggal janji selepas habis sahaja PRU 13 nanti. Ini biasanya yang akan berlaku jika melihat perkara ini sebelum ini.

“Apa yang orang seperti saya dan pengundi lain impikan ialah kami sentiasa mahukan yang terbaik buat negara Malaysia ini. Kami mahukan kualiti hidup yang telah ada pada ketika ini sentiasa dipertingkatkan dan diperbaiki dari masa ke semasa bukannya semakin buruk,” katanya. - BuahMulut


GR kata: Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya, kan Norish. Hi hi hi

Wednesday, April 24, 2013

CHECKMATE! VIDEO USTAZ JUANDA LEBIH TAHU MANA YANG BAIK, MANA YANG BURUK! #PRU13


"Tapi saya daripada dahulu mengundi BN kerana parti inilah yg sebenarnya memperjuangkan Islam" kata Mufti Negeri Perlis Dr Juanda Jaya dalam ceramahnya dihadapan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Hassan Ali dan calon BN bagi Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Kok Eng,
 semalam di Bandar Tun Razak.





GR kata: Tak ada ulama' sebenar nak ikut Bang Non sebab dia SONGSANG!

DAYANGKU INTAN BUAT LAWAK APA NIE?? #PRU13


Belum apa-apa lagi duit rakyat dah diperah atas alasan mahu menyokongnya berkempen..dengar kata setiap orang yang mendengar ceramah si artis tak laku ni dikena bayaran RM 10..inilah dasar pakatan haram...sudahlah calon bidan terjun...duit pun tak ada...

Macam tak logik pula bertanding atas tiket PKR tetapi tak ada duit untuk berkempen...ini telah memalukan Anwar Ibrahim dan sekutunya..apa tidaknya Anwar dan parti anak beranak PKR tidak mampu menyediakan dana untuk artis tak laku ni...

Belum pun kempen berakhir, masyarakat FELDA sudah menyuarakan tidak akan memberi 1 undi pun kat artis dayangku intan ni....Bila kerajaan Pusat memberi berbagai jenis bantuan dan bayaran interim saham FGV depa kata Kerajaan kejam kerana menyenaraikan FGV ke bursa saham...

Bak kata orang..paku dulang paku serpih..mengata orang dia yang lebih...kerajaan bagi bantuan depa marah..tapi budaya paw mengepaw ini lagilah tidak disenangi rakyat..sekurang-kurangnya kalau nak berkempen tu..si Artis tak cantik ni perlu menyediakan duit..macam tulah kita boleh tengok tahap kesediaan untuk menjadi wakil rakyat...

Dayangku Intan kata:
“Bukan saya mahu cakap besar tetapi saya tidak bimbang menentang Azalina. Kalau nak ikut, nama saya juga besar tetapi saya lebih kepada dunia hiburan manakala Azalina sebagai ahli politik. Itu bezanya kami", - itu kata penyanyi terkenal 80-an.

Pada rakyat Felda, tak payah layan artis yang meroyan nie. Nak berhijrah tapi diri sendiri tak berubah. Nak berkhidmat pada rakyat tapi duit rakyat di sakaunya. Kita kalau nak bagi derma, bagi pada orang yang memerlukan seperti orang susah tak cukup makan, minum pakai...derma pada OKU dan mereka yang lebih memerlukan.


GR kata: Dayang ingat dia boleh buat macam konsert kot...orang datang bayar. Hakktuihhhh!!

EKSKLUSIF #GE13: Gambar Ini Yang Buat Teresa Kok JELES SANGAT Dengan Nicole Wong! @NajibRazak

Pertama sekali GR ingin ucapkan terima kasih pada calon BN Seputeh Nicole Wong dengan tindakan pantas ke atas pertolongan yang diberikan pada mangsa kemalangan di Bdr Baru Sri Petaling.

Nicole Wong yang dalam sibuk berkempen di kawasan tersebut terus memberikan bantuan ke atas mangsa kemalangan. Mangsa terus dikejarkan ke hospital dengan bantuan yang diberikan oleh Nicole Wong.

Nak harapkan ahli parlimen yang sedia ada turun padang entah bila. Rakyat Seputeh harus buka mata dan menilai siapakah wakil rakyat baru untuk mereka PRU13 ini. Walaupun Nicole Wong muka baru tapi perkhidmatan yang diberikan begitu menyentuh hati dan dekat dihati rakyat.

Terima kasih Nicole Wong. Aunty mangsa kemalangan sangat bertuah kerana bakal pemimpin membantu mereka.


GR kata: Rakyat Seputeh dah bosan dengan Teresa Kok sebab dia PEMALAS!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HOT VIDEO #GE13: DOA KO PAS DIMAKBULKAN, OSTAD KARPAL JATUH MACAM NANGKA BUSUK!


Semalam ceramah DAP di Taman Jajar, Jalan Medan York,Georgetown. Tanda kejatuhan DAP berlaku semalam apabila Mursidol Am DAP memerangkap Ketua Ulama Pakatan Karpal Singh jatuh tersembam menyembah bumi dihadapan 200 orang penyokong .

Beliau terjatuh apabila pembantu beliau hilang kawalan hingga Karpal tersembam dan meneruskan ceramah seperti biasa.

Ceramah DAP kali ini adalah sama seperti ceramah sebelum ini dan kurang hadirin disebabkan ianya diadakan di taman tempat kediaman.



GR difahamkan juga dalam ceramah tersebut dihadiri oleh hadirin yang DIIMPORT bukannya dari masyarakat sekitar di kawasan berhampiran. Lihat sendiri Allah SWT tahu mana pihak yang benar dan juga yang salah. Allah SWT bayar CASH!!


GR kata: Kak Jah dah tumbang....tunggu Anwar pulak lepas nie!!

KAMI CINTA PUTRAJAYA! RAKYAT PUTRAJAYA MEMANG BEST! @TengkuAdnanReal #GE13


Pengundi-pengundi Putrajaya kenal siapa pemimpin yang telah lama berkhidmat untuk mereka. Mereka kenal siapa pemimpin yang banyak membantu mereka dalam segala hal. Oleh itu tidak ada sebab pengundi-pengundi Putrajay berhajat untuk menukar wakil rakyat yang sedia ada.

Dengan tagline "Kami Cinta Putrajaya" membawa maksud seribu makna. Pengundi Putrajaya yang rata-rata mereka merupakan kakitangan awam sememangnya bersyukur dengan apa yang mereka nikmati selama ini. Pengundi juga sepakat tidak mahu MENJUAL Putrajaya kepada sesiapa pun.

Pada Husam Musa usahlah berniat untuk menghancurkan nasib rakyat Putrajaya seperti mana yang hang buat di Kelantan. Janji manis yang ditabur di Kelantan sehingga kini tiada satu pun terlaksana, usah dibawa ke Putrajaya. Rakyat Putrajaya sudah hidup aman damai dan makmur dengan pelbagai kelengkapan di sana.

Mungkin jika Husam Musa menang di Putrajaya, yang hanya beliau buat CLAIM MILLAGE apa yang telah DS Tengku Adnan buat selama beliau menjadi wakil rakyat, kononnya dialah yang perjuangkan nasib rakyat. Rakyat Putrajaya sudah serasi dan sebati dengan jiwa Tengku Adnan. Tahniah pada rakyat Putrajaya kerana sentiasa beri sokongan penuh pada Kerajaan yang sentiasa membela nasib rakyat dan membangunkan negara.

Jom tengok apa kata Tengku Nan :




GR kata: Husam elok pi jaga kambing hang tu...dah lama depa tak makan tue.

Tuesday, April 23, 2013

EKSKLUSIF #PRU13: @hajihusammusa vs UST DON DANIAL...MALUNYA JADI PEMIMPIN PAS!


Perkara yang basic dalam diri umat Islam membaca ayat suci Al-Quran yang kita semua pelajari sejak dari kecil lagi. Ibu bapa menghantar kita ke sekolah agama dan ada setengahnya pergi kelas mengaji khusus untuk mempelajari ayat suci Al-Quran.

Korang lihat sendiri, seorang pemimpin PAS tak boleh baca ayat Al-Quran. Surah dalam Muqaddam pun tergagap dan tak lepas nak baca. Pemimpin apakah ini yang sibuk sana sini perjuangkan Islam demi PRU13. Korang tengok sendiri video di bawah, Husam elok pi sekolah balik...sibuk nak jadi ahli parlimen tapi basic dalam agama pun tak ade.




Selanjutnya baca DI SINI


#PRU13: PENCACAI PAS BUNUH WARTAWAN RTM!


KOTA BHARU: Wartawan sambilan RTM, Mohamed Yacob, 61, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung selepas diserang penyokong sebuah parti politik di hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang dekat sini lewat malam Isnin.

Insiden berkenaan berlaku ketika mangsa yang telah berkhidmat dengan RTM selama 25 tahun baru sahaja pulang daripada tugasan di Gua Musang, kata Penyelaras Jentera Pilihan Rya BN Kelantan, Datuk Hassan Harun pada Selasa.

Difahamkan berlaku pertengkaran antara penyokong parti politik dengan mangsa yang akhirnya menyebabkan dia ditumbuk dihadapan rumahnya.

Selepas kejadian itu, beliau mengalami serangan jantung dan dikejarkan ke Hospital Gua Musang.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Allahyarham sebelum ini telah disahkan menghidap sakit jantung dan darah tinggi.

Sebelum kejadian Mohamed dikatakan membuat liputan program calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Abdul Aziz Yusoff.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang pengesahan daripada pihak polis.


GR kata: Cacai PAS dah goyang sangat dengan cerita benar sebab tu perangai cam Setan!

#PRU13: SAYA JANJI BERIKAN KESELESAAN TERBAIK UNTUK RAKYAT SETIAWANGSA - AHMAD FAUZI


Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berjanji akan meneruskan legasi kecemerlangan BN dalam menyediakan kemudahan-kemudahan asas demi keselesaan penduduk kawasan itu.

Segala usaha dan program yang telah dirancang penyandang kerusi Parlimen tersebut, Datuk Seri Zulhasnan Rafique juga akan diteruskan.

"Saya juga yakin dan percaya pengundi-pengundi akan terus memberikan sokongan kepada parti walaupun saya merupakan muka baharu," - Ahmad Fauzi




GR kata: Jiwa orang Setiawangsa dari dulu memang BN. Vote BN!

MEREKA INI LAYAK DIPANGGIL APE? DAYUS, GILA KUASA? @NajibRazak #PRU13


Pilihan Raya Umum kali ini banyak tercetusnya sejarah, keputusan yang amat mengejutkan semua pihak selepas proses penamaan calon pada 20 April 2013. Adakah ini suatu fenomena yang bakal merubah negara ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Sama-sama kita fikir dan lihat, paling penting pengundi perlu membuat keputusan yang bijak pada 5 Mei 2013.

Artikel kali ini GR ingin meluahkan kekesalan dengan sikap bangsa Melayu sendiri. Sebagai contoh kita ambil senario di Bdr Tun Razak. Apakah ikrar dan bai'ah yang mereka pikul selama ini hanya mainan dibibir saja? Sejak beberapa tahun yang lepas sepakat gah sana sini untuk usir Khalid Gagap dari Bdr Tun Razak. Kenapa perlu ingkar dengan keputusan pucuk pimpinan yang meletakkan calon yang bukan pilihan mereka?

GR tidak ingin menyebut siapa nama-nama mereka ini, korang tengok gambar di atas dan mungkin ramai yang kenal. Apakah perjuangan mereka selama ini semata-mata untuk parti? Benarkah mereka ini perjuangkan nasib orang Melayu di Bdr Tun Razak? Benarkah perjuangan mereka ikhlas atau ada pihak lain yang 'CUCUK JARUM' untuk memecahbelahkan bangsa sendiri? Tepuk dada tanyalah hati.

Rakyat BTR masih sayangkan PM Najib

Betullah kata-kata Tun M..."Melayu Ini Mudah Lupa". Bila mereka sudah mula mempunyai kuasa dan sebagainya mereka lupa dengan kisah mereka dan apa yang mereka kecapi selama ini. Pada calon Bebas BTR dengan logonya Perahu..apakah maksud disebalik perahu itu? Adakah perahu itu boleh membawa nasib rakyat Bdr Tun Razak yang berbilang kaum terjamin masa depan mereka? Jika ditakdirkan anda menang, bagaimanakah anda mahu membela nasib rakyat sedangkan diri sendiri pun cukup sempurna dari segi keperluan peribadi kita?


 Pada pandangan GR ini bukannya suatu kejutan yang besar di Bdr Tun Razak. Seharusnya keputusan yang dibuat oleh PM Najib adalah yang terbaik untuk rakyat. PM Najib pun kata "Saya lebih risaukan kekecewaan rakyat". Adakah sebab mereka ini protes pada parti yang mereka naungi selama ini atas dasar ikhlas atau ada udang sebalik batu?

#Fakta yang disembunyikan Mohd Sukeri Abdul Samat :

1. Tidak puas hati kerana PM Najib Razak meletakkan calon di Bdr Tun Razak bukan dari 'pilihan mereka'.

2. Takut dikatakan hilang maruah dan kalah PRU13 kerana calon yang PM Najib letak bukan pilihan rakyat Bdr Tun Razak.

3. Mendakwa kononya peluangnya cerah kerana terlalu memberikan perkhidmatan yang terbaik pada rakyat Bdr Tun Razak selama ini.


4. Mohd Sukeri berasa dirinya bakal mendapat sokongan kuat tanpa ada jentera parti yang membantu sedangkan dia tahu tanpa jentera parti yang membantu sudah pasti dia sukar untuk menang hanya mengharapkan undi simpati terhadapnya semata-mata.



Pandangan GR senang saja, jika selama 5 tahun ini Khalid Gagap menjadi Ahli Parlimen Bdr Tun Razak tiada sebarang perkhidmatan dan pembangunan yang dibuat, kenapa perlu berikan sokongan pada dia. Penamaan calon pun tak berani nak tunjuk muka. Makan pasir lagilah korang lepas nie.

Pada rakyat Bdr Tun Razak, buatlah keputusan yang bijak. Usah dilayan mereka yang tunjuk protes dengan bertanding BEBAS. Lihat parti mana yang selama ini membantu korang selama 5 tahun ini. Pelbagai bantuan yang diberikan untuk korang, adakah calon BEBAS ini yang berkhidmat untuk Bdr Tun Razak. Mereka ini GR gelarkan "Hanya pandai bermain dibibir"....perangai lebih kurang sama macam Anwar Ibrahim. Nasib rakyat tergadailah jawabnya!!


GR kata: Banyak duit Sukeri bertanding PRU13 yer. Datang mana duit tu semua yer?? Jeng jeng jeng...Perahu ke laut jawabnya!!

Monday, April 22, 2013

PENCACAI PKR HATI BUSUK TAK TAU BERSYUKUR, MAKAN DEDAK LAGI BAGUS! @Zahid_Hamidi #PRU13


Hari berkempen PRU13 telah masuk hari ke 2, semakin rancak ke semua parti politik bertanding melakukan kempen mereka. Bukan itu saja, ada calon yang dilantik telah lama buat kerja tidak kira masa walau sesibuk mana sekali pun. Ada juga calon yang baru sibuk nak turun padang jumpa dengan pengundi bertanyakan khabar dan juga memberikan bantuan pada mereka.

Apa yang ingin GR sampaikan korang lihat posting gambar yang diambil di Facebook pencacai pakatan nie. Nak cuba manipulasi fakta sebenar dengan mengatakan pemberian beras dan wang RM100 adalah rasuah DS Zahid Hamidi pada pengundi Bagan Datok.

Bila GR lihat posting di atas, gambar tersebut diambil dari seseorang pengundi yang hadir dalam majlis yang diadakan oleh BN Bagan Datok. GR nak tanya ambil atau paksa ambil...atau pun pencacai ini yang dengan muka tak malu turut serta dalam majlis yang diadakan?


Pada King Jason, tak payah nak berdrama tabur fitnah sana sini. Propaganda murahan yang kome buat. Rakyat Bagan Datok tak layan. Sumbangan beras dan wang RM100 ini diberikan pada mereka yang dilantik sebagai JENTERA BN Bagan Datok. Apa salahnya jentera yang setia pada BN Bagan Datok dan pemimpin kesayangan mereka diberikan tugas dan dihargai. Ada ker orang buat kerja bodoh tak ada gaji. Kerja apa yang buat kerja tak ada gaji? King Jason boleh jawab tak??

Apa yang calon PKR yang bertanding di Parlimen Bagan Datok buat? Meludah sana sini saja ker? Apa sumbangan Mahdi Hassan untuk Bagan Datok? Orang Bagan Datok kenal ker Mahdi Hassan?



Jentera BN Bagan Datok

Hampir separuh rakyat di Bagan Datok adalah Jentera BN. Mereka berikan sokongan penuh pada DS Zahid Hamidi dan berjanji akan berikan kemenangan besar untuk Parlimen Bagan Datok serta DUN Rungkup dan DUN Hutan Melintang. Sebab inilah pencacai pakatan pening kepala so diadakan fitnah kononnya Zahid Hamidi bagi rasuah pada pengundi.




Pada pencacai pakatan, cubalah tanamkan rasa bersyukur dengan pemberian yang Allah SWT berikan pada kita tak kira melalui siapa pun. Jangan jadi BODOH. Pada King Jason, GR tau hangpa dapat bantuan dan jangan segan silu untuk bantu BN sebab hang dah dilantik sebagai JENTERA BN di Bagan Datok. Jentera BN yang dilantik sudah tentu tugas yang diberikan pada mereka akan dipikul dengan penuh tanggungjawab. Jangan mimpi pakatan haprak nak rampas Bagan Datok, kesemua jentera BN mereka setia pada DS Zahid Hamidi.


GR kata: Perghhhh...23ribu Jentera BN. Jentera Pakatan bape kerat? Hi hi hi

Sunday, April 21, 2013

JENG JENG!! KEMBAR ANWAR DIDEDAHKAN, SAMA TAPI TAK SERUPA? #PRU13


Beberapa bulan yang lepas GR ada keluarkan artikel berkenaan permainan jahat Anwar Ibrahim yang bersangkut paut demi capai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Sanggup gadaikan diri sendiri kononnya ditembak dan kita semua dah tau siapa yang beliau akan salahkan. Baca DI SNI

Sebelum ini GR ada menyatakan dalam artikel tersebut perancangan jahat Anwar Ibrahim akan ANGKAT SUMPAH dengan menyatakan beliau "Tidak" melakukan apa yang rakyat lihat sebelum ini. Persoalannya BERANIKAH BELIAU UNTUK BERMAIN DENGAN HUKUM HAKAM ALLAH S.W.T?

Dalam pada itu juga pendedahan yang dibuat oleh blog Pisau yang menerangkan lagi perancangan licik Anwar berkenaan video China Doll nya. Cuba ingin menutup keaiban diri sendiri tapi BODOH kantoi balik kena batang hidung sendiri.


Dalam artikel Pisau sebelum ini ;-

8. Akan mendedahkan muka mirip kepada Anwar dari Thailand dan akan mendedahkan lelaki itu dibayar oleh Umno untuk melakonkan aksi seks,menurut sumber dalam PKR Talent Scout dan Acting Coach telah dibayar ratusan ribu ringgit untuk mencari lelaki mirip Anwar,perancangan yang dibuat sejak tahun lepas telah berjaya.Ketika PRU13 Anwar akan mendedahkan sebelum penamaan calon atau sehari selepas penamaan calon.Malah Anwar turut akan bersumpah di Permatang Pauh nanti. – Selanjutnya klik sini

Pada malam tersebut menurut sumber, Anwar akan menampilkan seorang pelakon warga Thailand yang menyerupai diri beliau,untuk menyakinkan para pengundi Permatang Pauh, lelaki tersebut akan mengaku bahawa beliaulah lelaki yang ada dalam video video klip sex sepertimana yang didedahkan sebelum ini. Lelaki Thailand ini juga dalam perancangan Anwar akan membuat pengakuan kononnya telah menerima sejumlah bayaran dari beberapa tokoh politik dari Umno dan BN.

Jiji sungguh politik Anwar, dek kerana gilakan kuasa dan takut kalah dalah PRU13 ini cuba untuk menutup kesalahannya. Takut untuk bersumpah tapi cara BODOH ini yang dibawa oleh pencacai Anwar iaitu Chegu Bard ternyata makan diri sendiri.

Korang tengoklah sendiri gambar di atas, sama atau tidak rupa lelaki ini dengan Anwar Ibrahim. Anwar cuba dolak dalih nak tutup kisah sebenar beliau makan diri sendiri. Apa sebab lelaki kembar tersebut ditangkap? Takkan ini pun sandiwara UMNO? Korang yang kononnya tahu siapa lelaki tersebut UMNO pulak yang dipersalahkan.

Anwar memang BODOH dan CETEK pemikiran anda. Rakyat dah tau dengan kelentong anda wahai Anwar Ibrahim. Tak payah nak pusing cerita....hadap jer lah keputusan 5 Mei 2013 nanti. Rakyat Permatang Pauh masih terima anda atau tidak. Kita tungguuuuuu....


GR kata: Perut lelaki ni tak buncit jugak ek? 

SENYUMAN GUAN ENG LAKONAN HEBAT BAPAK RACIST! #PRU13


Sehari sebelum hari penamaan calon, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng cuba menyala satu lagi api kebencian terhadap kerajaan, kali ini menjadikan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai sasaran utamanya.

Guan Eng cuba menggambarkan kononnya ada komplot berlakunya untuk menafikan hak DAP bertanding pada PRU ke 13, meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ROS sendiri menegaskan tidak ada niat sebegitu.

Semalam ROS menyatakan ia tidak akan mengiktiraf Jawatankuasa Pusat Eksekutif DAP selagi parti itu tidak memberi penjelasan menyakinan berhubung kemelut pemilihannya pada Disember lalu.

Tiada masalah DAP bertanding PRU13

SPR dan ROS bagaimanapun menyatakan bahawa ketetapan ROS itu tidak memberi sebarang kesan kepada penyertaan DAP dalam PRU 13.

Guan Eng bertindak balas dengan menyifatkan langkah ROS itu adalah satu “kezaliman".

"DAP tidak akan terima begitu sahaja, kita akan lawan kezaliman ini. Kita akan tetap bertanding dalam PRU 13,” kata beliau.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai sabotaj terbesar terhadap DAP dalam sejarah penubuhan parti itu.

"Kita telah mendapat persetujuan PAS dan PKR untuk menggunakan logo mereka," tambah Guan Eng dalam cubaan terdesak menggembar-gemburkan perkara itu.

Ia taktik untuk meraih simpati, khususnya daripada pengundi Cina yang menjadi sandaran utama DAP.

Ia juga bertujuan menghasut pengundi untuk membenci kerajaan kerana kononnya “menzalimi” pembangkang.

Ini pendekatan yang sering digunakan oleh Guan Eng dan ayahnya Kit Siang.

Kenyataan jelas SPR dan ROS diketepikan sebaliknya pasangan anak-beranak melemparkan tuduhan yang tidak masuk akal.

ROS punya alasan kukuh, tidak iktiraf CEC DAP

ROS tidak dapat mengiktiraf CEC dalam DAP kerana parti itu meminda keputusan pemilihan tiga minggu selepas ia diumumkan.

Dalil Guan Eng adalah berlakunya kesilapan dalam pengiraan kertas undi yang perlu diperbetulkan.
Hasil penting daripada keputusan yang diubah itu adalah Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari dilantik menyertai CEC, setelah beliau dan tujuh ahli Melayu lain kalah pada hari pemilihan parti.

Sudah tentu pindaan dalam keputusan pemilihan akan mengundang siasatan daripada ROS, lebih-lebih lagi kerana akar umbi DAP sendiri mempertikaikan tindakan Guan Eng merestui pindaan keputusan itu.

Selagi siasatan tidak selesai dan DAP tidak memberikan penjelasan meyakinkan ROS tidak dapat mengiktiraf keputusan baru itu.

Tidak ada yang pelik mengenai tindakan ROS ini.

Pada masa sama ROS bersama SPR mengeluarkan kenyataan bahawa DAP masih parti berdaftar yang sah dan statusnya untuk bertanding pada PRU 13 tidak terjejas.

Malangnya isu itu cuba dijadikan modal politik oleh DAP dalam satu lagi cubaan untuk menutup kebenaran.


GR kata: Padan muka, kena batang hidung sendiri!

Artikel pelbagai