Showing posts with label Manifesto Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Manifesto Pakatan Rakyat. Show all posts

Saturday, April 27, 2013

#PRU13: TURUNKAN HARGA KERETA, @rafiziramli KANTOI MENIPU LAGI!

Rajah : Perbezaan harga sebelum dan selepas cukai dengan harga yang disebut oleh Rafizi

1. GR baru sahaja menonton youtube yang dibuat oleh Pakatan Haprak (PKR-DAP-PAS) di mana Rafizi Ramli memberitahu mengenai menurunkan harga kereta dan telah membuat anlisis. Ini pendedahan penipuan Rafizi untuk pengetahuan semua.

2. Menonton video tersebut, membuatkan GR terkilan dengan sikap suka menipu yang dibuat oleh Pakatan Haprak. Sememangnya, sudah banyak penipuan yang dibuat mereka, dan kini mereka masih terus menipu.

3. Mungkin mereka ingat rakyat begitu bodoh untuk mempercayai mereka. Tetapi mereka lupa, bahawa rakyat Malaysia tidak bodoh dan tidak mudah tertipu dan terpedaya. Rakyat Malaysia adalah rakyat yang suka berfikir dan mengutamakan kebenaran.

4. Video menurunkan harga kereta tersebut mempunyai beberapa penipuan yang terlalu besar. Untuk menunjukkan impak tindakan menghapuskan cukai, mereka menipu dari segi harga sebelum dan selepas penghapusan cukai.

5. Dalam video tersebut, Rafizi memberi 3 contoh harga kereta iaitu kereta Myvi, kereta Honda Civic dan kereta Toyota Camry. Beliau membuat pengiraan mudah dengan menolak peratusan cukai eksais dan cukai jualan dari harga-harga kereta tersebut yang sebenarnya adalah satu cara pengiraan yang salah.

6. Untuk melihat harga-harga kereta ini tanpa cukai, kita hanya perlu merujuk kepada harga yang dijual di kawasan bebas cukai seperti Pulau Langkawi ataupun Pulau Labuan. Tempat-tempat ini adalah bebas cukai, dan tiada sebarang cukai dikenakan terhadap kereta-kereta yang dijual. GR akan menggunakan harga-harga ini untuk menunjukkan kesilapan yang dibuat oleh Rafizi.

7. Kesalahan paling utama Rafizi Ramli adalah apabila beliau mengatakan harga Myvi selepas penghapusan cukai adalah RM 21,140 !!! Mungkin beliau cuba menipu rakyat dengan mengatakan melalui penghapusan cukai, rakyat akan mampu beli kereta tetapi pada hakikatnya tidak. Harga Myvi di Langkawi tanpa sebarang cukai adalah RM 37,942.55 dan harga dengan cukai (di Semenanjung) adalah RM 41,924.30. Perbezaanya adalah lebih kurang RM 4,000.00. Ini menunjukkan kereta Nasional hanya dikenakan cukai jualan (10%) di semenanjung dan tidak dikenakan cukai eksais (75%) seperti yang disebut Rafizi. Begitu juga dengan kereta Proton. Harga Preve di Langkawi dan Semenanjung hanya berbeza sebanyak RM 3k - 4k sahaja.


8. Oleh itu, walaupun dengan penghapusan cukai oleh Pakatan Haprak, harga kereta terendah (Proton dan Produa) adalah lebih kurang masih sama.

9. Bagi kereta Honda Civic (1.8), harga di Langkawi (tanpa sebarang cukai) adalah RM 77,980.00 dan bukannya RM 63,150 seperti yang disebut Rafizi.

10. Bagi kereta Toyota Camry (2.0) pula, harga di Langkawi (tanpa sebarang cukai) adalah RM 97,015.40 dan bukannya RM 71,000 seperti yang disebut Rafizi.

11. Perbezaan yang sedikit bagi kereta-kereta seperti Toyota dan Honda yang dikenakan duit eksais dan cukai jualan ini adalah kerana harga yang dikenakan duti dan cukai bukanlah dari harga jualan, tetapi dari harga asal(kos) yang diistiharkan oleh syarikat kereta.

12. Melihat kepada harga-harga selepas penghapusan cukai, kemampuan rakyat tidak akan berubah. Beban hutang rakyat juga tidak akan berubah.

13. Sekiranya sebelum penghapusan cukai, kemampuan seseorang adalah membeli kereta yang bernilai RM 40K, selepas penghapusan kemampuan beliau masih sama iaitu membeli kereta bernilai RM40K. Oleh itu, beliau masih mampu membeli Perodua Myvi sepertimana kemampuan beliau sebelum penghapusan cukai. Sekiranya sebelum ini, beliau terpaksa mengambil loan selama 9 tahun untuk beli Myvi ini, selepas penghapusan cukai,, beliau masih lagi perlu mengambil loan selama 9 tahun untuk beli kereta yang sama. Tiada perbezaan.

14. Sekiranya, sebelum penghapusan cukai, kemampuan membeli kereta seseorang adalah RM 60k-70k dan beliau perlu mengambil loan selama 9 tahun untuk membeli kereta ini, maka selepas penghapusan cukai, kemampuan beliau masih sama iaitu kereta bernilai RM 60k-70k dan beliau masih memerlukan loan 9 tahun untuk membelinya. Mungkin yang berbeza adalah model kereta. Kalau sebelum ini, beliau boleh beli Preve (yg berharga dalam RM60k-R70K), maka selepas ini, mungkin beliau boleh membeli Toyota Vios (yg berharga lebih kurang sama). Tetapi, Proton Preve mempunya ciri-ciri keselamatan dan spesifikasi yang jauh lebih tinggi dari Toyota Vios. Walaubagaimana pun, kemampuan dan beban hutangnya masih sama dan tidak berkurang.

15. Untuk pengetahuan semua, penghapusan cukai kenderaan ini sebenarnya lebih menguntungkan orang kaya dan tidak menguntungkan golongan miskin. Kemampuan mereka yang berpendapatan rendah masih sama, beban hutang mereka masih sama. Bagi orang kaya, kalau sebelum ini mereka hanya mampu memandu Mercedes C class, mungkin selepas ini mereka boleh memandu Mercedes E class.

16. Disamping itu, penghapusan cukai ini mengurangkan pendapatan kerajaan (tiada negara di dunia yang tidak mengenakan cukai kenderaan), dan kononnya hasil kerajaan boleh ditebus melalui lelongan AP pula adalah tidak tepat dan salah. Bagi mereka yang berfikir, mereka boleh melihat kesalahan (mungkin disengajakan) dalam pengiraan lelongan AP yg dibuat Rafizi. Tambahan pula, AP ini mungkin tidak laku dan hasil yang dijangkan tidak menjadi kenyataan. Kebanyakan negara mengenakan cukai terhada kenderaan. UK mengenakan 20% VAT, US mengenakan cukai mengikut states, Thailand mengenakan cukai lebih kurang 30%, Australia juga mengenakan cukai atau levi.

17. Apabila pendapatan kerajaan berkurang, perbelanjaan yang lain seperti pemberian subsidi dan perbelanjaan infrastruktur termasuk yang membantu golongan miskin akan terjejas. Akhirnya, kesan terhadap golongan miskin dan berpendapatan rendah semakin buruk. Sudahlah penghapusan cukai lebih menguntungkan golongan kaya dan tidak memberi impak kepada golongan miskin, malah tindakan ini juga bakal menjejaskan pembangunan lain yang boleh membantu golongan yang memerlukan ini.

18. Kepada Pakatan Haprak, janganlah lagi membodohkan rakyat dengan cara menipu seperti ini. Ingat, Rakyat Malaysia tidak bodoh, dan mereka mampu berfikir untuk menolak penipuan-penipuan anda.

19. Rafizi juga berkata dengan yakin janji ditaburkan sekali lagi Manifesto Pakatan Haprak akan "DITUNAIKAN" jika mereka berjaya menakluk Putrajaya. Tapi boleh percaya lagi ker, sebab dia sendiri yang cakap macam nie...



GR kata: Kalau pendidikan percuma pun tak confident nak bagi lagi, apalah dengan Manifesto yang lain. Pakatan kata Manifesto Bukan Janji kan!!

Wednesday, February 27, 2013

MANIFESTO 'PAKATAN HARAPAN RAKYAT' - TAK REALISTIK DAN BERSIFAT POPULIS #ManifestoBukanJanji


Tawaran dikemukakan pakatan pembangkang menerusi manifesto pilihan raya umum ke-13 yang diumumkan semalam, tidak realistik dan bersifat populis, demikian menurut penganalisis politik.

Beberapa penganalisis politik berpendapat kelemahan di dalam manifesto parti pakatan DAP-PAS-Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah tidak menyatakan jumlah kos pelaksanaan dan kerangka masa selain janji-janji yang keterlaluan dan tidak munasabah.

Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr. Shaharudin Badaruddin berkata, manifesto itu tidak mempunyai kerangka masa untuk janji berkenaan dilaksanakan.

"Manifesto itu perlu dibahagikan kepada dua kategori iaitu jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Setiap janji itu perlu ada masa ditetapkan untuk mencapai dan barulah manifesto itu mempunyai kekuatan dan menimbulkan kepercayaan di mata rakyat," katanya kepada Bernama di sini.

Berdasarkan penelitian terhadap manifesto 35 muka surat itu, beliau berkata hanya sebahagian janji sahaja yang boleh ditunaikan.

"Contohnya harga minyak yang umum mengetahui ia bergantung kepada situasi semasa ekonomi negara dan pasaran minyak dunia. Kita tidak boleh turunkan harga petrol secara mendadak kerana penurunan hanya boleh dicapai jika dilakukan secara perlahan-lahan dalam jangka masa panjang dan amat mustahil harga petrol boleh diturunkan dalam masa lima tahun," katanya.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr. Jeniri Amir menyifatkan manifesto pembangkang sebagai manifesto populis dalam usaha menakluk jiwa rakyat dengan cara menimbulkan rasa prihatin.

"Mereka mengeluarkan janji-janji luar biasa dengan motif untuk memancing undi tetapi sejauhmanakah kesemua janji ini dapat direalisasikan?" katanya.

Jika diperhatikan sejak PRU-12 lepas, Jeniri berkata kebanyakan janji manis pakatan pembangkang masih tidak dilaksanakan di empat negeri yang dikuasai mereka iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

"Kalau dilihat manifesto terkini yang berjanji untuk membina lebuh raya di Sabah dan Sarawak, ini luar biasa," katanya, dan menambah kata bahawa sesiapa sahaja boleh membuat janji tetapi tanggungjawab untuk melaksanakan janji adalah suatu yang amat berat.

Beliau berkata, janji-janji di dalam manifesto pembangkang itu kebanyakannya telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN) seperti rawatan percuma untuk warga emas dan memartabatkan bahasa Malaysia.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain pula manifesto pembangkang hanya dibuat bersandarkan kepada persepsi dan pandangan umum tanpa sebarang analisis dan kajian mendalam.

"Pembangkang sentiasa menabur bermacam jenis janji... kini pembangkang muncul dengan janji baharu sedangkan janji lama masih belum banyak ditunaikan.

Misalnya pembangkang berjanji dalam manifesto akan turunkan harga minyak sedangkan harga minyak mentah mengikut pasaran harga dunia," katanya.

Rakyat, katanya perlu berfikir secara lebih kritikal dan tidak menerima bulat-bulat manifesto berkenaan.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Samsul Adabi Mamat menyifatkan manifesto pembangkang ini bagaikan "jerat politik" yang mengemukakan tawaran tidak realisitik.

"Manifesto ini satu tawaran yang dibuat pembangkang untuk meraih undi daripada rakyat. Seperti negeri-negeri yang di bawah pentadbiran mereka, banyak lagi janji yang belum tertunai atas alasan mereka masih belum memperolehi kuasa sebagai kerajaan pusat," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilaksanakan kerajaan BN membuktikan kerajaan hari ini begitu komited dalam memperjuangkan hak rakyat.

"Di bawah BN telah ada negara kebajikan...buktinya melalui program GTP yang mana banyak peluang pekerjaan disediakan untuk meningkatkan pendapatan rakyat," katanya.

Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 pakatan pembangkang semalam antara lain berjanji menurun harga minyak, menawarkan caj elektrik dan bekalan lebih rendah, menurunkan harga kereta menerusi penghapusan cukai eksais, mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 seunit, menghapuskan tol dan monopoli serta menawarkan satu juta pekerjaan baharu dan gaji minimum RM1,100 sebulan.

Pembangkang turut mengulangi janjinya untuk menyediakan pendidikan percuma untuk semua, menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, serta menghentikan serta-merta operasi kilang nadir bumi Lynas, membatalkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan mengkaji semula Projek Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor. - BERNAMA


GR kata: Kalau bukan janji, apa fungsi manifesto untuk sesebuah negara?? Pakatan hancur!!

Tuesday, February 26, 2013

MANIFESTO 'PAKATAN HARAPAN RAKYAT' - ANWAR TAK PUAS HATI? #ManifestoBukanJanji


Walaupun nampak perasmian manifesto PR berlangsung dengan baik pagi tadi, rupa-rupanya timbul isu bahawa Anwar tidak terlalu berpuas hati dengan pembentangan akhir yang dilakukan. Paling merisaukan Anwar adalah kekurangan penambahbaikan cadangan yang dikemukakan sebelum ini. Nampak macam tangkap muat.

Anwar maklumkan bahawa dia menerima ratusan sms yang merasakan manifesto PR kali ini kurang menarik dan belum mampu menjamin kemenangan. Banyak isu yang masih belum diperhalusi dengan teliti. Antara bab yang paling dirasakan tidak cukup tarikan adalah soal pengangkutan awam. Anwar sendiri mengakui bahawa ianya terlalu retorik dan tidak memberikan cadangan yang lebih konkrit. Dana RM2b yang dikemukakan terlalu umum dan tidak diberikan pernyataan secara spesifik.

Selain daripada itu, Anwar juga mengemukakan ketidakpuasan hati dalam beberapa perkara :-

1. Kehadiran yang tidak memuaskan hati. Tidak menampakkan solidariti PR yang sebenar.

2. Terlalu banyak penubuhan Suruhanjaya, tidak menampakkan 'urgency'.

3. Bab khas mengenai 'sumber' kewangan untuk melaksanakan bajet tidak dimasukkan.

4. Tidak banyak penambahbaikan berbanding Buku Jingga.

5. Belum cukup tarikan untuk menang PRU.

6. Bab mengenai Islam terlalu retorik – Anwar minta Pas perbaiki dalam manifesto mereka di peringkat negeri.

7. Tumpuan Rafizi tidak fokus kepada manifesto – terlalu melihat peluang kemenangan di Pandan.

8. DAP kelihatan tidak komited dengan manifesto kali ini.

Persoalannya, apakah Anwar tidak melihat dahulu teks akhir cadangan manifesto ini? Jika benar, apakah akan ada usaha pembetulan kepada manifesto nanti.

Anwar mahu manifesto ini dikaji semula, melihat kepada cadangan yang bakal dikemukakan oleh BN nanti. Anwar sedang usahakan untuk mendapat info dan maklumat mengenai manifesto BN daripada sumber yang beliau kenali. Katanya seorang bekas Setiausaha Politik akan memberikan info menyeluruh mengenai manifesto BN dalam masa yang terdekat ini.


GR kata: Banyak nak laksanakan yang baru, PRU12 punya pun tak selesai lagi. Isk isk isk....

Artikel pelbagai