Join Gossip Rakyat

Saturday, October 20, 2012

KOMANDO vs BUDU - Penentu Juara!? #GoATM


SHAH ALAM - Buat kali ketiga dalam sejarah penganjuran Piala Malaysia, juara Liga Super melakukan perhitungan dengan juara Liga Perdana di Stadium Shah Alam, malam ini.

Kedua-dua pasukan mempunyai misi tersendiri ketika Kelantan (juara Liga Super) mengimpikan kejuaraan treble sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) (juara Liga Perdana) mahu mencipta sejarah menjulang Piala Malaysia buat kali pertama.

Sebelum ini, pada tahun 1992, Pahang juara Divisyen Satu berjaya mengecewakan juara Divisyen Dua, Kedah, namun pada pertemuan kedua, giliran juara Liga Perdana, Selangor pula meraih kejuaraan selepas mengalahkan Perlis pada aksi akhir 2005.

Kelantan biarpun tanpa khidmat Mohamed Ghaddar dan Norfarhan Muhammad masih dilihat unggul di atas kertas.

Sementara kehadiran Marlon Alex James dan beberapa pemain pengalaman lain menjadikan pembabitan ATM pada penentuan juara esiri 2012 ini tidak boleh dipandang sepi.

Penggantungan besar ATM terhadap Marlon serta membariskan ramai pemain yang berusia 30-an dianggap satu kelebihan besar kepada Kelantan, menurut jurulatihnya, Bojan Hodak.

“Daripada segi faktor usia pemain, skuad saya ada kelebihan kerana rata-rata pemain lebih muda berbanding lawan dan itu menjadikan Kelantan mempunyai kekuatan stamina lebih baik untuk beraksi sehingga penghujung permainan.

“Kami mungkin boleh mengambil kesempatan mendapatkan jaringan pada 20 minit terakhir memandangkan lawan mempunyai beberapa lawan yang agak berumur seperti Rezal (Zambery Yahya), Bruno (Martelotto) dan Hairuddin (Omar).

‘‘Bukan saya memandang rendah kemampuan ATM yang mempunyai lima pemain kebangsaan dan dua pemain luar tetapi itulah kelebihan yang kami ada," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Tambahnya, ATM boleh disekat jika ayam tambatan mereka, Marlon dapat dirantai oleh barisan pertahanan yang ditunjangi oleh Obinna Nwaneri dan S. Subramaniam.

“Kami secara statistik bukan pasukan yang mengharapkan seorang pemain seperti Marlon, jika ada seseorang dapat menyekat Ghaddar, ada pemain lain mampu menjaringkan gol," katanya.

Namun, permainan psikologi yang cuba dicipta oleh Bojan tidak merunsingkan Sathianathan yang berkata, itu merupakan hak buat rakan sejawatnya untuk bercakap apa sahaja.

“Dia boleh bercakap tetapi tidak semestinya saya kena percaya apa yang dia cakap kerana anda boleh bertanyakan perkara itu kepada jurulatih Singapura.

“Kami telah buktikan yang pemain saya boleh bermain 120 minit pada perlawanan terakhir dan mereka semua kekal cergas malahan tiada sesiapa mendapat kecederaan.

“Kami tidak bergantung sepenuhnya kepada seorang pemain, jika Marlon tidak dapat menjaringkan gol, itu cabaran kepada pemain lain untuk memikul tugasan berkenaan.

“Tekanan sebenarnya sekarang memihak kepada Kelantan kerana saya telah memenuhi sasaran yang dimahukan oleh pihak pengurusan iaitu layak ke Liga Super musim depan," katanya. - Utusan


GR kata: Apa yang penting, penonton di stadium jangan terlalu emosional yer. Rakyat sukakan keamanan bukan pergaduhan....


PANAS: Perghhh...Rozita Che Wan Ada Gambar Bogel??


KUALA LUMPUR –  Aktres Rozita Che Wan terkejut apabila ditanya mengenai gambar yang disiarkan portal murai.com.my ini.

Malah, pelakon Kiah Pekasam itu menafikan sekeras-kerasnya bahawa wanita di dalam foto berkenaan adalah dia.

“Saya tidak pernah bervideo chat. Saya pun tak tahu apakah itu video chat atau webcam."

“Saya sendiri tak tahu sama ada telefon saya boleh berbuat sebegitu atau tidak."

“Jadi, terus-terang, saya tidak pernah berbuat perbuatan terkutuk seperti ini."

“Apatah lagi untuk mengaku bahawa gambar itu adalah gambar saya."

“Saya sendiri tidak pernah melihat gambar yang dimaksudkan itu. Inilah pertama kali saya mendengarnya.

“Lagipun pula, saya bukan muda lagi nak buat perkara sedemikian. Takkanlah saya sanggup nak buat benda seperti ini,” katanya ketika dihubungi murai.com.my, sebentar tadi.


Meneruskan penjelasan kepada murai.com.my, Rozita memberitahu gambar itu bukannya menggunakan teknik super impose kerana berkemungkinan besar ia adalah individu yang menyerupai wajahnya.

“Mungkin pelanduk dua serupa. Sekarang ini pun, saya difahamkan ramai wanita dan pondan menyerupai wajah saya.

“Sekali lagi, saya ingin memberitahu itu bukan gambar saya. Apapun, gambar ini disebarkan berkemungkinan besar ada pihak yang cemburu dan cuba menjatuhkan kerjaya saya.

“Apapun, terima kasih kerana memberitahu saya tentang hal ini untuk mengesahkannya. Ingat! Itu bukanlah diri saya ya,” jelasnya.

Difahamkan, gambar tersebut telah pun disiarkan disebuah laman blog pada awal tahun 2012.

Malah, wanita yang berada didalam gambar tersebut telah menjadi pujaan ramai kerana wajahnya menyerupai Rozita Che Wan. - Murai.com.my


GR kata: Macam-macam dunia artis ni kan...

Friday, October 19, 2012

DAULAT TUANKU! SELAMAT MENUNAIKAN HAJI YANG MABRUR!!


SEPANG 19 Okt. - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah selamat berangkat menunaikan fardu haji, dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini.

Pesawat khas yang membawa baginda serta rombongan berlepas pukul 10.45 pagi.

Turut bersama dalam rombongan Diraja itu ialah anakanda Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz dan Datuk Seri Diraja Tunku Soraya, Datuk Seri Iskandar Zulkarnain Sultan Idris Shah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Toh Puan Temenggong Kedah, Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff.

Hadir sama bagi mengucapkan selamat jalan ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Pada majlis istiadat mengucapkan selamat berangkat itu, sebanyak 21 das tembakan meriam turut dilepaskan diiringi lagu Negaraku.

Seri Paduka Baginda kemudian memeriksa barisan kehormat terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja.

Sebelum pasangan Diraja itu menaiki pesawat khas, bacaan doa dilakukan dengan dipimpin Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh. - BERNAMA


GR kata: Selamat menunaikan fardhu Haji...Daulat Tuanku

KANTOI: #SCORPENE - SUARAM MENGAKU KEBODOHAN MEREKA! ANWAR, LGE KENAPA SENYAP??


Inilah dalam peribahasa menyebut "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua". Terjawab sudah isu Scorpene yang selama ini dipolitikkan oleh pakatan pembangkang. Selama ini pelbagai tomahan dan fitnah yang dilemparkan oleh SUARAM kepada pihak Kerajaan yang kononnya terdapat pelbagai korupsi dan penyelewengan dalam pembelian aset negara yang sangat penting ini.

Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, aset negara seharusnya kita jaga dengan baik. Kenapa perlu diberikan pandangan yang buruk. Lagi menambahkan pendedahan bangang diaorang nie, isu Scorpene ini juga dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya. Tak ke bodoh namanya tu.

Selepas itu, pelbagai pendedahan yang dibuat kononnya ada perbicaraan pendakwaan yang dibuat di Perancis. Tapi kenapa pihak Perancis memberitahu TIDAK ADA PENDAKWAAN DIBUAT DI PERANCIS. Mana satu betul nie? Itulah manusia, bila dah syok sendiri memang buat apa pun untuk syok sendiri. Akhirnya SUARAM mengaku apa yang mereka katakan selama ini fitnah semata-mata untuk memburukkan YAB Perdana Menteri DS Najib Razak, Kerajaan Malaysia dan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia serta Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Baca di bawah :
KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini mengesahkan tidak ada perbicaraan bersabit skandal pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia yang berlangsung di mahkamah Perancis.

Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel mendakwa badan bukan kerajaan (NGO) tersebut sebelum ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan perbicaraan berkenaan namun menyifatkan ianya disalah erti oleh media tempatan.

"Semua kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini oleh Suaram menggunakan perkataan 'siasatan kehakiman' dan 'penyiasatan'.

"Tidak pernah Suaram menggunakan perkataan "perbicaraan' dalam kenyataan kepada umum sebelum ini," katanya kepada pemberita.

Cynthia yang dilihat cuba mempertahankan Suaram berkata, hanya aduan tentang pembelian kapal selam Scorpene telah dibuat kepada mahkamah Perancis agar siasatan lanjut dapat dilakukan.

Kalau dah menipu tu mengaku sajalah, jangan nak buat ayat putar alam macam cerita Space of Gaban pulak yer. SUARAM tidak pernah menggunakan perkataan 'perbicaraan'...habis tu yang kalau orang masuk mahkamah dipanggil apa??? Kalau dah nama pakatan pembangkang memang kaki putar alam betul. Pembaca fikirkanlah yer....

Pada Lim Guan Eng, hang kata Scorpene ini tidak boleh menyelamkan. Yang hang masuk masa LIMA pada tahun lepas tu apanya. Siap ikut kapal selam tu menyelam lagi, ke nak menyelam sampai ke Lautan Hindi ka lepas tu hang keluar tengok menyelam sama dengan Scorpene tu baru nak percaya ka?? Bawak sekali Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya.

Apa pun berkenaan isu Scorpene ini hanyalah mainan politik pakatan pembangkang yang pada anggapan mereka boleh dijadikan isu ketika PRU 13 nanti. Beli kapal selam tak boleh menyelam, apa ker BODOH diaorang nie kan... Video di bawah menerangkan kebenaran segalanya :






GR kata: LGE dan Anwar nak naik sampan ke motorboat yer??

Bola Sepak: Amukan ATM Bikin Kelate Kecut Perut! #GoATM


Kebangkitan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diberi jolokan 'Manchester City Malaysia', sudah pasti mengundang resah ke atas Kelantan apabila kedua-dua pasukan itu membuat perhitungan pada perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Segar daripada kemenangan selepas meleburkan impian pasukan pilihan, Lions XII dari Singapura di peringkat separuh akhir untuk mara ke pentas final selepas 46 tahun, ia sudah pasti memberi tonik tambahan kepada pasukan bimbingan B.Sathianathan untuk melakar sejarah merangkul kejuaraan sulung Piala Malaysia.

Dibarisi pemain yang kerap menyarung jersi kebangsaan, ATM dilihat mempunyai kelebihan membawa pulang kejuaraan tersebut walaupun banyak pihak meramalkan Kelantan mampu menjulang Piala Malaysia musim ini.

Dalam laluan sebelum melangkah ke final, ATM mengenepikan juara bertahan, Negeri Sembilan di saingan suku akhir dengan kemenangan tipis 3-2. Kejayaan itu jelas menaikkan semangat pasukan tentera itu yang menunjukkan jalan keluar kepada skuad Lions XII dengan keputusan 5-4 menerusi sepakan penalti setelah terikat 1-1.

Sebelum ini, ATM juga membuktikan bahawa mereka bukan calang-calang pasukan apabila muncul juara Liga Perdana musim ini dengan rekod 71 gol dan hanya tewas dua kali.

Gandingan penyerang import Marlon Alex James dan Bruno Martelotto serta 'tuah' ketua pasukan Hairuddin Omar, ternyata memberi kelebihan kepada ATM, tambahan pula Kelantan turun tanpa 'ayam tambatan' mereka, Mohamed Ghaddar dan Norfarhan Muhammad gara-gara mengutip dua kad kuning.

Pengalaman selama setahun Sathianathan bersama Kelantan juga pasti memberi kelebihan ATM kerana sedikit-sebanyak beliau dapat mengetahui kelemahan pasukan Kelantan yang kini diterajui Bojan Hodak.

Bekas ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan dan bawah 23 tahun Malaysia itu optimis dengan kemampuan anak didiknya merealisasikan impian ATM menjulang piala berprestij itu buat pertama kalinya. Jurulatih berusia 45 tahun itu tenang dan bijak dalam mengatasi tekanan yang dilaluinya dalam masa dua hari ini, malah bersikap rendah diri walaupun memiliki barisan pemain yang mampu menyekat impian Kelantan.

"Kita hanya buat biasa sahaja namun dalam masa yang sama perlu perbaiki kelemahan yang ada sebelum turun ke Stadium Shah Alam, Sabtu ini," katanya.

Namun, atas kertas, Kelantan mempunyai kelebihan untuk melengkapkan 'treble' selepas menjuarai Piala FA dan Liga Super pada musim ini.

Pada saingan awal Piala Malaysia, prestasi Kelantan bermula hambar setelah tumpas banyak perlawanan kerana sebahagian pemainnya dipanggil mewakili negara dalam saingan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia  (AFC).

Namun kembali bangkit setelah pasukan dari pantai timur itu dapat menggunakan sepenuhnya khidmat barisan pemain utamanya. Juara Piala Malaysia edisi 2010 itu tetap mempunyai kelebihan berbanding ATM meskipun terpaksa menerima hakikat disaat gentir turun tanpa pemain utama, Mohamed Ghaddar dan Norfarhan.

Namun bagi Bojan, ketiadaan Mohamed Ghaddar dan Norfarhan bukan satu kekurangan kerana gandingan Indra Putra Mahayuddin dan Norshahrul Idlan Talaha mampu merobek kubu pertahanan ATM.

Kelebihan memiliki kombinasi pada bahagian pertahanan dan tidak bergantung kepada seorang pemain untuk meledakkan jaringan adalah antara kelebihan pasukan Kelantan. - Bernama



GR kata: #GoATM #GoATM #GoATM...Jom ramai-ramai turun Stadium S.Alam Sabtu nie!!

HOT 18SX: ANAK PEREMPUAN OSTAD PAS CEMOLOT ALA LESBIAN??


Kerja gila apa dua orang budak perempuan ini buat? Dah tak ada pegangan agama dalam diri mereka ker?? Budaya LGBT yang dibawa oleh barat nampaknya sudah semakin menular di Malaysia. Dalam pada itu juga, puak-puak pembangkang sememangnya menyokong 100% dengan budaya ini.

Terbaru, gambar di atas dikatakan dua orang anak Ostad-ostad PAS. Mana hilangnya nilai murni dan pegangan agama Islam berperangai buruk macam ni. Berkelakuan seperti lesbian pada mereka GR rasa mesti berasa bangga dapat cemolot sesama jenis. Stim lebih yer...??

Pada dua orang anak Ostad-ostad PAS nie, jelas terbukti perjuangan PAS dalam Islam hanyalah wayang kulit semata-mata. Rakyat diluar sana harus lebih bijak menilai jangan terpedaya dengan 'dakwah' Islam PAS nie...kalau tak memang rosak la korang nanti. Fikir-fikirkanlah yer...!!!


GR kata: Pakai tudung, tutup aurat tapi perangai macam.....korang abiskanlah ayat tu yer!!

Thursday, October 18, 2012

LAPORAN AUDIT: KHALID IBRAHIM, MB KEDAH MANA MAU LARI? MENIPU JER KERJANYA!!


Laporan Audit Negara telah pun dibentangkan oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Amrin Buang. Dalam laporan tersebut menunjukkan peningkatan yang positif dalam pentadbiran Kerajaan di bawah Barisan Nasional. Tapi biasalah perkara yang baik ada saja yang mulut busuk mempolitikkan perkara tersebut, itulah dia pakatan pembangkang. Apa saja yang berlaku di Malaysia semuanya dipolitikkan. Jamban rosak pun itu semua salah UMNO/BN kata mereka.

Sebelum ini pakatan pembangkang di Selangor mengatakan peningkatan dalam hasil kutipan negeri tersebut. Tidak ada sebarang korupsi yang berlaku dalam pentadbiran mereka. Kenapa mesti MENIPU wahai MB Selangor?? Rakyat perlukan fakta yang benar bukannya omong kosong. So...sekarang Laporan Audit Negara telah pun dibentangkan...mau cerita apa lagi??

UNISEL rugi puluhan jutaan ringgit...amacam brader?? Tak percaya lagi....tengok kat bawah nie :



Nak membohong lagi yer wahai Khalid Gagap?? Sudah-sudahla tu...rakyat bukan bodoh boleh dengar sembang korang tu. Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, terdapat banyak penyelewangan di Selangor dalam pentadbiran pakatan pembangkang. Kita lihat isu Talam, berjuta-juta diselewengkan oleh mereka yang didalangi oleh Anwar dan kuncu-kuncunya. Memang hebatla kan, seorang penasihat kewangan negeri Selangor yang gajinya cuma RM 1, tapi ini yang terjadi sebenarnya.


Itu belum lagi kita kira dengan pembelian bas mewah dan lori transformer yang kerajaan negeri Selangor belikan khas untuk Anwar Ibrahim. Dari mana datangnya wang yang begitu banyak dilaburkan untuk Anwar Ibrahim. Khalid Gagap kata dia personally sponsor!! Boleh percaya ker?? Dan yang paling penting dari dia dapat duit yang banyak untuk sponsor bas mewah sebegitu rupa. Mohon jawab Tan Sri!! Jangan senyap jer...rakyat nak tau nie!!

Perkara yang sama juga terjadi di negeri Kedah, memang hebatla kan puak pembangkang nie. Baru sepenggal memerintah negeri macam-macam jadi. Kalau memerintah negara ni, jawabnya lingkuplah.


Berapa banyak penyelewengan yang kita lihat dalam pemerintahan pakatan pembangkang di negeri yang mereka tadbir. Apa yang diaorang buat sebenarnya?? Sepatutnya sebagai pemerintah, mereka seharusnya meningkatkan hasil pendapatan negeri supaya ianya dapat dirasai oleh rakyat. Bukannya rakyat hidup melanguk dan mengharapkan sesuatu...sekarang nie rakyat asyik menagih simpati seolah-olah macam meminta sedekah. Menjadi wakil rakyat seharusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat bukannya kerja untuk POKET SENDIRI.

GR tak ingin kucap lanjut mengenai penyelewengan di negeri Kedah ini. Pembaca boleh baca selanjutnya DI SINI dan juga DI SINI. Kredit dan tahniah GR ucapkan kepada rakan blogger KedahKeKL di atas pendedahan yang dibuat. Memang terbaik bro....

Pada pembaca yang budiman dan rakyat Malaysia, fikir dan renungkanlah demi masa depan kita semua.



HOT NEWS: CHAMIL WARIA DIBAYAR TERESA KOK UNTUK COVERLINE!?


Pejam celik pejam celik masa berlalu begitu pantas. Anak yang dahulunya baru lahir kecil dan sekarang umurnya meningkat besar. Begitulah lumrah kehidupan manusia ada perkara yang baik dan juga perkara yang buruk. Pokoknya jika perkara yang baik berlaku nescaya akan dipuji dan dibalas dengan baik TETAPI jika suatu perkara tersebut ada udang sebalik mee nescaya lambat laun akan terbongkar jua.

Apa yang GR cuba ingat sampaikan di sini ialah masihkah pembaca ingat dengan seorang wartawan tersohor tanahair dan lebih senang kita gelarkan dia Otai (orang lama) dalam bidang kewartawanan. Siapa lagi kalau bukan Datuk Chamil Waria. Kerjaya beliau bermula sejak tahun 1970an lagi sehinggalah menjawat jawatan yang tertinggi dalam Utusan Malaysia.

Mungkin dikalangan pembaca sekalian yang masih ingat dengan cerpen yang diterbitkan dalam Utusan Malaysia pada tahun 2008. Cerpen yang dihasilkan oleh beliau sendiri menceritakan al kisah  politik seorang YB berbangsa Cina dan YB tersebut adalah Teresa Kok. Hasil penulisan cerpen beliau menimbulkan kemarahan dikalangan puak DAP dan Teresa Kok memfailkan saman kepada Utusan Malaysia disebabkan cerita tersebut.

Dalam perkara ini, hasil nukilan cerpen Datuk Chamil Waria dikatakan telah diubahsuai oleh pihak Utusan Malaysia dan menyiarkan cerpen tersebut pada tahun 2008. Pada pembaca yang masih belum membaca cerita YB J ini boleh baca DI SINI

Yang menjadi kemusykilan GR cerita ini diterbitkan 4 tahun yang lepas, kenapa baru sekarang ditimbulkan kembali. Mana orang-orang kuat Utusan, takkan tak tahu menahu tentang perkara ini. Jika cerpen yang diterbitkan oleh Datuk Chamil Waria ini bukan ditujukan pada Teresa Kok, kenapa puak-puak DAP nak mengamuk sakan sampai nak saman Utusan Malaysia? Nampak pelikkan...???

Bila perkara ini ditimbulkan kembali, Chamil Waria pun terus menafikan tentang cerpen beliau bukan ditujukan pada Teresa Kok. Ini jawapan beliau :


Sekali lagi GR ingin highlight kan di sini, jika hasil nukilan panas YB J itu bukan Teresa Kok kenapa perlu puak DAP melenting siap nak saman Utusan Malaysia dan Datuk Chamil sendiri. Dah la tu Utusan Malaysia kena bayar RM 50,000 pada Teresa Kok. Dalam kes mahkamah ini pun jika kita lihat dengan teliti macam ada yang tak kena, kejap Datuk Chamil cakap lain kejap lain...Mohon jawab yang benar yer Datuk!! Berani kerana benar, takut kerana salah yer Datuk!!!

Pada pihak pengurusan tertinggi Utusan Malaysia, usahlah disimpan manusia seperti Datuk Chamil Waria ini. Lucutkan saja jawatan beliau kerana bibit-bibit untuk menjatuhkan nama baik Utusan Malaysia dah nampak di situ. Utusan Malaysia adalah sebuah akhbar yang menyalurkan berita-berita yang benar kepada rakyat tidak seperti akhbar-akhbar pembangkang yang kesemuanya menceritakan penipuan sana sini demi mengaburi mata rakyat.

Pada Datuk Chamil Waria, berapa banyak Teresa Kok bayar untuk coverline pada cerita nie? Takkan sanggup gadaikan kerjaya yang telah dibina berkurun lamanya dengan endingnya sebegini rupa. Fikir-fikirkanlah yer Datuk...jangan gadaikan maruah diri dengan wang! Perlu ada jati diri!!!

Baca juga  DI SINI


GR kata: Kenapa Teresa Kok marah sangat yer?? Jeng jeng jeng...

HOT: JUSTIN BIEBER KANTOI ADA GAMBAR BOGEL??


Berani betul Justin Bieber rakam gambar bogel dan menyimpannya di dalam komputer riba. Kan sekarang dah tersebar di internet. Kepada peminat-peminat Justin Bieber mesti suka sangat nak tengok lebih-lebih lagi yang perempuan. Betul tak? Hi hi hi...

Tapi betul ke itu benar-benar Bieber? Entah-entah ‘super imposed’ sebab orang dengki tak.

Gambar berkenaan sudah tersebar meluas di internet. Ia berlaku gara-gara komputer miliknya telah hilang sekitar minggu lepas.

Namun demikian, syarikat pengurusan Bieber menafikan sekeras-kerasnya bahawa gambar itu milik Bieber. Malah, peminatnya turut membantah yang gambar itu adalah milik penyanyi kesayangan mereka.

Betul ke tidak gambar tersebut kita tunggu dan lihat jer nanti....


GR kata: Dengar pasal super imposed nie teringat pulak si ketua pembangkang tue...He he he

Wednesday, October 17, 2012

Awek Baru Khalifah PAS? Baik Punya Posing Manja..!!


Inilah apa yang pembaca lihat...seorang pemimpin DAP yang menjadi keagungan PAS dan sanggup menggelarkan beliau seorang khalifah. GR pun pelik mazhab mana yang diaorang gunakan sampai boleh menggelarkan Lim Guan Eng sedemikian rupa.

Inilah juga Ketua Menteri kesayangan PAS yang acap kali pandai bermuka-muka dengan rakyat yang beragama Islam dan Melayu secara umumnya. Pelbagai helah dan lakonan beliau cukup hebat dan boleh dikategorikan A...GR mohon di sini pada pembaca yang budiman usahlah terjerat dengan apa yang beliau sampaikan. Lihat saja nasib rakyat di P.Pinang apa sudah jadi...janji ditaburi dan rakyat merana diri.

Tapi siapalah GR untuk menegur, apatah lagi umat Islam yang partinya UMNO kerana ianya pasti akan dipatahkan oleh umat Islam yang menganut PAS sebagai kepartian mereka.


Di manakah moralnya seorang pemimpin yang diagungkan oleh PAS? PAS hanya mampu berdiam diri kerana tidak berani kata apa-apa disebabkan masing-masing mempunyai agenda peribadi yang tersendiri. Pada pembaca yang budiman nilailah sendiri yer....


GR kata: Khabarnya awek Taiwan skandal baru LGE. Nak tau lebih lanjut, tunguuuuuuuu....

MINDANAO TAMAT SENGKETA 40 TAHUN, PM @NajibRazak DICONTOHI PEMIMPIN DUNIA!!


Alhamdulillah proses penubuhan entiti baru wilayah autonomi Bangsamoro secara rasmi telah pun dimeterai semalam apabila Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) selamat diadakan di Istana Malacanang.

Detik-detik penuh bersejarah itu yang turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Benigno Aquino III, merupakan tanda persetujuan kedua-dua pihak untuk menamatkan konflik berdarah lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina itu yang telah meragut lebih 120,000 nyawa.

Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro setebal 13 muka surat itu mengandungi sembilan fasal utama iaitu mengenai penubuhan, undang-undang asas, kuasa kedua-dua pihak, hasil dan pembahagian kekayaan; persempadanan wilayah, hak asasi penduduk, peralihan dan pelaksanaan; normalisasi dan lain-lain.

Mengenai penubuhan entiti baru itu, Bangsamoro akan menggantikan Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) dan ia diharap menjadi realiti menjelang 2016, iaitu sebelum penggal pemerintahan Aquino III berakhir.

Berkaitan kuasa kedua-dua pihak, perjanjian itu antara lain mengakui keperluan mengukuhkan Mahkamah Syariah dan membenarkan Bangsamoro menguatkuasakan sistem keadilan Syariah kepada umat Islam di wilayah itu. Turut menyaksikan upacara itu bagi pihak MILF mewakili penduduk wilayah selatan Filipina yang majoritinya beragama Islam adalah pengerusinya, Murad Ebrahim.

Perasaan gembira Murad bersama sekumpulan pemimpin dan perwakilan lain MILF yang turut dijemput pada upacara di dalam Dewan Rizal di istana itu dengan sebahagiannya menitiskan air mata kesyukuran, pasti dikongsi penduduk wilayah baru Bangsamoro yang mengimpikan kehidupan lebih selamat, sejahtera dan terbela.

Perjanjian itu ditandatangani Pengerusi Panel Perundingan MILF, Mohagher Iqbal dan rakan sejawatannya daripada pihak kerajaan Filipina, Dean Marvic Leonen. Ia turut ditandatangani sebagai saksi perjanjian oleh fasilitator perundingan dari Malaysia, Datuk Tengku Ab. Ghafar Tengku Mohamed.

Kejayaan ini membuktikan hasil kerjasama dan idea yang bernas dari YAB Perdana Menteri DS Najib Razak dan Menteri Pertahanan Malaysia DS Zahid Hamidi dan memberikan impak besar kepada Malaysia dalam menjadi perantara menamatkan sengketa di bumi Mindanao. Kejayaan ini juga membuahkan hasil bagi menjamin keselamatan terjamin di rantau Asean.

Dalam pada itu, Najib dalam ucapannya menyatakan komitmen Malaysia untuk membantu selatan Filipina khususnya menawarkan latihan dan pendidikan supaya masa depan anak-anak di Bangsamoro lebih terjamin. Beliau memberi jaminan kepada keseluruhan rakyat Filipina bahawa Malaysia bersama-sama negara ini ke arah merealisasikan pelaksanaan perjanjian yang dimeterai hari ini.

"Hari ini, sesuatu telah berubah. Hari ini kita akan meninggalkan keganasan dan beralih ke arah masa depan yang baru dan lebih cerah," ucapan PM Najib Razak semalam.

Inilah contoh yang terbaik harus dicontohi oleh seorang pemimpin, menyelamatkan berpuluh-puluh nyawa manusia di bumi Allah S.W.T. Peranan yang dibawa oleh PM Najib Razak amatlah disambut baik oleh semua pemimpin di seluruh dunia dan inilah yang harus perlu dilihat dari segi apa yang tersirat dan tersurat.

Bukannya memburuk-burukkan lagi nama negara di mata dunia demi untuk mencapai cita-cita peribadi macam apa yang telah dibuat oleh seorang pemimpin pembangkang yang GILA KUASA. Siapa pemimpin tersebut pembaca tahulah sendiri yer...


GR kata: Pahala yang cukup besar jika kita selamatkan nyawa umat manusia yang lain, ini yang terkandung dalam Al-Quran.

Gambar Saya, Saya Punya Suka Lah - Erin Malik


Masih ingat dengan gambar ala seksi di atas yang dikeluarkan oleh sebuah blog hiburan mukanya milik pelakon manis, Erin Malik yang telah di muat naik menerusi akaun Twitter miliknya sendiri.

Menerusi foto tersebut, jelas memaparkan Erin Malek yang hanya mengayakan gaun malam yang nipis serta bahagian tali bahu yang terlerai, sedikit sebanyak menimbulkan imaginasi nakal, kerana pemandangan sebegini biasanya menjadi amalan suami isteri yang sah sahaja.

Menurut Erin, foto yang di muat naik itu bukanlah untuk ditujukan kepada kekasihnya, Walid Wahid seorang sahaja, tetapi ia ditujukan khusus untuk semua followernya.

“Gambar ini jadi isu sebab Erin ada letak nama Walid Wahid. Lagipun Erin takda pun cakap gambar tu untuk dia sorang. Erin cakapkan ‘Good night utk saya & Good morning utk semua.’ Erin saja letak nama Walid sebab masa tu Erin baru lepas cakap telefon dengan dia.”

Ketika diajukan soalan, tidakkah Erin sedar foto tersebut telah hebat diperkatakan oleh peminat-peminat dan ada yang memberikan komen negatif terhadap dirinya?

Lantas pelakon ini menjawab, “Erin sebenarnya tak baca sangat berita-berita hiburan ni. Selalunya Erin dapat tahu benda-benda macam ini daripada kekasih Erin sendiri. Dia yang selalu baca dan akan beritahu Erin. Lagipun Erin tak nak baca dan tak nak tahu apa komen-komen negatif tu. Kalau baca nanti Erin akan sakit hati dan akan patah semangat untuk bekerja.”

Persoalannya sekarang jika untuk tatapan peminat dan umm perlukah seorang artis berposing sedemikian...betul tak?? GR sarankan kepada golongan artis perlulah lebih berwaspada dalam melakukan sesuatu perkara kerana di Malaysia suasananya berbeza dengan negara luar. So harap korang semua fahamlah yer....


GR kata: Artis pun masih ramai yang belum mendaftar sebagai pengundi....So bila lagi yer??

Melayu Oh Melayu! Hanya Tinggal Pada Nama..!?

Melayu hanya tinggal kuasa? Jika dulu boleh kita katakan demikian tapi sekarang ini pun kuasa yang ada juga semakin terhapus oleh kerana orang Melayu itu sendiri.

Perhatikan DAP yang begitu konsisten menyerang Kedai Rakyat 1 Malaysia. Menyerang Tan Sri Syed Mokhtar, UMNO, NFCorp dan mana mana syarikat atau pun apa-apa kepentingan strategik Melayu. Semua itu turut dibantu oleh orang Melayu sendiri dalam PKR dan PAS yang hanya mahukan kuasa politik, jawatan dan pangkat.

Tapi cakap apa pun tiada makna kerana orang Melayu sekarang tidak fikir perjuangan orang Melayu terdahulu sebaliknya mereka hanya fikir tembolok kuasa wang ringgit mereka sahaja.

Singapura sudah berjaya di PAP kan. Kini Malaysia pula bakal di DAP kan. Orang Melayu yang akan menjayakannya sama seperti penjajahan Portugis ke atas Melaka zaman lalu.

Renungkan dan fikirkan....jika tidak mahu negara dijajah sekali lagi orang Melayu harus bangun bersatu. Jangan ambil sikap itu hal ko dan ini hal aku, sampai bila pun Melayu itu tak akan maju. Buang pangkat yang paling besar dalam diri orang Melayu itu sendiri iaitu PHD. Maksudnya mesti ramai dah tahu...

Bersatulah wahai orang Melayu, tanamkan sifat cintakan negara dalam hati. Ingatlah perjuangan sebenar DAP bukan untuk kebajikan rakyat Malaysia tapi untuk kepentingan peribadi mereka sahaja. Mereka menghina Islam, mahu jadi Malaysia sebuah negara Kristian...cuba ingin menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan macam-macam lagi....Renung-renungkanlah supaya tak akan menyesal satu hari nanti.


GR kata: 1.5 juta orang Melayu masih belum daftar undi...Kenapa???

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 16, 2012

BONGKAR: @teresakok Ibu Segala Dalang Hancurkan Negara!!


Siapa tidak kenal dengan ahli parlimen Seputeh, YB Teresa Kok. Ada yang main tak kenal dengan beliau? Seorang yang berslogankan No Complaint No Help! Inilah dia Teresa Kok. Beliau juga seorang yang banyak kali telah cuba memecah belahkan pelbagai kaum dan agama di Malaysia. Terdapat pelbagai provokasi yang ditimbulkan oleh beliau yang GR telah dedahkan dalam beberapa artikel dalam blog GR sebelum ini. Pada pembaca yang mungkin terlepas pandang mengenai perkara tersebut boleh baca di bawah:

http://eddyjugaks.blogspot.com/2012/02/panas-teresa-kok-tawarkan-menu-haram.html

http://eddyjugaks.blogspot.com/2012/07/panas-teresakok-kurang-ajar-layan.html

http://eddyjugaks.blogspot.com/2012/08/lahanat-video-teresakok-hina-islam-dan.html

Pelbagai lagi provokasi yang dibuat oleh Teresa Kok yang motif utama pakatan pembangkang adalah untuk memporak perandakan negara. Rakyat Malaysia seharusnya sedar akan perkara ini dan seharusnya berfikir secara matang adakah sayangkan negara dengan kenikmatan yang kita kecapi sekarang atau pun mahukan kehidupan yang penuh dengan huru hara kelak...??


Pembaca lihatlah gambar di atas, papan tanda jalan juga ingin dibuag tulisan jawi. Inilah mubaligh Kristian yang cuba mencemarkan nama baik Islam. Ini belum lagi termasuk dengan beliau yang secara suka hati memasuki masjid dan surau pada Hari Raya Haji tahun lepas dengan memberikan daging korban kepada umat Islam. Turut serta dalam penyembelihan daging kurban itu sendiri...di mana Ostad-ostad PAS pada ketika itu hanya mampu melihat saja kah??

Dalam perkara ini Teresa Kok harus MEMOHON MAAF secara terbuka kepada rakyat Malaysia dan pastikan perkara ini tidak berlaku lagi. Tapi GR yakin, jika permohonan maaf beliau lakukan itu masih belum mencukupi kerana setiap apa yang dilakukan oleh puak pembangkang ini ada udang disebalik mee.

Pada masyarakat di Seputeh, GR mohon fikirlah yang terbaik. Berapa lama Teresa Kok menjadi ahli parlimen di kawasan korang. Berapa kali beliau turun padang bertemu dengan rakyat? Berapa kali beliau memberikan bantuan dan kebajikan kepada rakyat? Berapa kali? Berapa kali??? Fikir-fikirkanlah....kerana menjadi seorang wakil rakyat bukan hanya untuk nama tapi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat kerana rakyatlah yang memberikan mandat untuk mereka ini menjadi seorang pemimpin.


HOT: MALAYSIAKINI BOGELKAN RAHSIA BESAR ANWAR!!


Anwar Ibrahim masih lagi tak serik-serik bila didedahkan mengenai salah laku dia sebelum ini sampai terpaksa pulak portal Malaysiakini yang buat. Ghairah sangat gamaknya puak-puak Malaysiakini sampai terpaksa memalukan Anwar Ibrahim secara terang-terangan. Tapi, siapa tak kenal dengan Anwar Ibrahim...dia akan buat apa saja walaupun berbogel di khalayak ramai sekali pun.

Di dalam kehangatan isu portal pro-pembangkang, Malaysiakini dikaitkan dengan penyangak matawang Yahudi George Soros, portal tersebut telah tersilap langkah apabila cuba menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad turut terlibat dalam spekulasi matawang sama seperti sponsor mereka, Soros.

Antara laporan Malaysiakini :
"Ironinya, ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, Bank Negara Malaysia menceburkan diri dalam spekulasi mata wang yang berisiko tinggi dan ia kerugian sejumlah RM5.7 bilion kepada orang-orang pada awal tahun 1990-an."

Satu perkara yang fundamental dan tidak dilaporkan oleh Malaysiakini itu ialah Anwar Ibrahim merupakan Menteri Kewangan ketika beliau telah didesak untuk bertanggungjawab sepenuhnya di atas kerugian Bank Negara.

Dan individu yang mendesak Anwwar Ibrahim ialah Lim Kit Siang. Ketika memegang jawatan Menteri Kewangan selama 8 tahun, bermula dari tahun 1990 hingga 1998, Anwar pernah dikritik di Dewan Rakyat pada tahun 1993 kerana kegagalan menangani kerugian Bank Negara yg mencecah bilion ringgit.

Lim Kit Siang, Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat pada itu mendesak Anwar selaku Menteri Kewangan bertanggungjawab sepenuhnya di atas kerugian tersebut

Pada Selasa 27 April 1993, di Parlimen Kit Siang menegaskan :
“Selaku Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim mesti menerima tanggungjawab persendirian sepenuhnya kerana kerugian pertukaran asing Bank Negara ini."

"Rakyat berhak mengetahui sebab dan saiz berbagai kerugian pertukaran asing yang dialami oleh Bank Negara, berkenaan jumlah kerugian yang disebabkan oleh pembendungan inflasi dalam menyerap liquiditi, penilaian semula pegangan mata wang asing dan kenaikan nilai ringgit dan kerugian hasil daripada perniagaan dan spekulasi mata wang asing".

Anwar Ibrahim menjawab kenyataan Kit Siang, bagaimanapun jawapan panjang lebar Anwar itu memerangkap dirinya.

Portal AIDC pula mendedahkan :
Esoknya, tepat jam 3.38 petang Lim Kit Siang setelah merakamkan penghargaan kepada jawapan Anwar berkata :“Saya juga mesti mencatatkan kehampaan saya yang amat sangat dengan kenyataan beliau (Anwar) yang bukan merupakan jawapan kepada ucapan saya. Kita boleh sebut ia sebagai non-reply….. Yang Berhormat Menteri Kewangan bersungguh-sungguh mengelakkan diri dari memberi jawapan sehingga habis tempoh 30 minit yg diperuntukkan untuk beliau.

Kenyataan itu…..hanya memperkukuhkan kesangsian bahawa kerajaan mempunyai banyak perkara yg terpaksa disembunyikan atau dengan izin swept under the carpet…..Hakikat yg sebenarnya ialah beliau (Anwar) telah membangkitkan lebih banyak soalan daripada menjawab.

"Selanjutnya Kit Siang membidas gaya Anwar yang tidak bersedia membaca teks ucapan yang disediakan supaya dapat gambaran beliau membuat pembentangan dengan spontan bagi mempamerkan kehebatannya dalam perkara tersebut. seterusnya

Ironinya, segala kenyataan di atas tidak dilaporkan oleh Malaysiakini.

Tun Dr Mahathir cuba diperlekehkan padahal angkaranya ialah sekutu portal tersebut, Anwar Ibrahim dan pihak yang mengkritik Anwar ialah sekutu portal itu juga iaitu Lim Kit Siang. Ini jelas terbukti, portal Malaysiakini semakin tercalar imej mereka...kerja mereka asyik nak menipu rakyat jerla.


GR kata: Anwar hanya nak merosakkan negara...rakyat yang berhak menentukan segalanya jika tidak mahu DAP yang memerintah negara, orang Melayu daftarlah undi segera!!

Monday, October 15, 2012

PANAS: @Neelofa Dan Hans Isaac Dah Putus Cinta??


Macam soalan orang yang sangat naif lagaknya tajuk kami ini. Kalau sudah mengakui yang hubungan itu serius, pastinya cinta sudah terbit dalam hati masing masing.

Bercakap secara eksklusif kepada mStar Online hari ini, Hans Isaac mengakui yang hubungan antara beliau dan Neelofa kini memang sesuatu yang serius.

Namun, Hans Isaac memilih untuk berdiam diri tentang kisah hubungan itu selama ini kerana serik dengan kegagalan dalam percintaan yang beliau alami sebelum ini.

“Saya tidak menafikan kami memang berkawan secara serius ketika ini. Tetapi, saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai sejauh mana hubungan kami kerana ia terlalu peribadi”

“Cukuplah, saya sudah serik untuk berkongsi kisah peribadi kerana selama 20 tahun bergelar artis, terlalu banyak yang saya kongsi cerita hubungan cinta terdahulu tetapi akhirnya saya juga yang dipertikaikan itu dan ini,” ujar Hans Isaac.

Menjawab gossip bercuti bersama Neelofa ke Koh Samui, Thailand baru baru ini Hans Isaac berkata beliau tidak bodoh & tidak sensitif akan budaya untuk bercuti berdua sahaja.

“Tiada apa yang hendak saya katakan mengenai gosip itu. Biarlah kerana saya sudah lalui macam-macam gosip sebelum ini,” tambah beliau lagi. - RotiKaya


GR kata: Artis bercinta pun ada yang mengaku...tapi sorang pemimpin tue buat macam-macam kenapa susah sangat nak mengaku yer...

Nah Tu Dia!! Spa Urut China Doll Baik Punya Di Kelantan!!

PAS parti yang memperjuangkan Islam, betul ker? Hanya indah khabar dari rupa jerla. Perjuangan PAS yang sebenar tidak berlandaskan Islam langsung, apa yang kita lihat selama ini hanyalah mainan politik dan kepentingan peribadi mereka saja. Hukum hakam agama pun mereke boleh putar belitkan..inikan pula nak membela nasib rakyat, jauh sekali la.

Islam dihina begitu saja oleh DAP mereka hanya boleh membisu TIDAK BERANI berkata apa-apa. Ini adalah disebabkan mereka takut akan kehilangan undi. Hakikatnya PAS hanya kuda kepang DAP dan PKR. Terbaru dalam kecoh-kecoh perjuangkan Islam kononnya, di Kelantan ada perkhidmatan spa 'baik punya'. Nak tahu lebih lanjut baca seterusnya di bawah :

KOTA BHARU- Tindakan seorang tukang urut wanita yang menyembunyikan pelanggan lelaki di bawah selimut bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, berjaya dihidu anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB-BRI) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dalam serbuan di sebuah pusat spa, di sini, petang Khamis lalu.

Dalam operasi terbabit, wanita berusia lingkungan 20-an itu pada mulanya tidak mahu membuka pintu bilik yang menempatkan pelanggan itu bersamanya, yang dikunci dari dalam sehingga menyebabkan pihak terbabit terpaksa menunggu hampir 20 minit di luar pintu bilik.Serbuan yang diketuai oleh Pegawai penguat kuasa MKPB-BRI Inspektor Roslan Yusof, bersama 20 penguat kuasa MPKB dan JHEAIK yang dilakukan hasil risikan dan maklumat awam.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan, Ramly Che Hussin berkata, dalam operasi yang dilakukan itu, pihaknya turut berjaya menahan wanita berkenaan serta lelaki itu yang sedang mendapatkan perkhidmatan mengurut.

“Kita mengeluarkan tiga kompaun terhadap kesalahan menjalankan operasi spa tanpa lesen, di samping kompaun kepada tukang urut wanita yang tidak menutup aurat di bawah Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 serta menahan pelanggan berkenaan yang diserahkan kepada pihak jabatan agama."

“Aktiviti terbabit merupakan perlakuan yang memalukan dan menjatuhkan moral umat Islam memandangkan wanita itu beragama Islam yang menjalankan perkhidmatan mengurut kepada pelanggan lelaki."

"Pihak kami memandang serius aktiviti seumpama ini dan diharapkan agar peniaga yang menjalankan perniagaan spa, tidak menjalankan aktiviti seumpama ini. Perbuatan ini salah di sisi agama Islam memandangkan agama Islam menyuruh umatnya menjaga batasan perlakuan dengan lelaki bukan muhrim," katanya.

GR kata: Dah daftar undi belum? Jangan menyesal kalau DAP yang jadi PM dan pemerintah di Malaysia...menyesal pun tak ada gunanya!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Perjanjian MILF Bukti Hubungan Baik Dua Negara! @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Malaysia bakal mencipta satu lagi sejarah dalam negara Asean di mana perjanjian yang sekian lama dinantikan oleh umat Islam di Malaysia dan Filipina. Perjanjian ini juga akan menguntungkan serta hubungan baik kedua negara terjalin dengan lebih erat lagi.

Apa pun tahniah GR ucapkan kepada YAB Perdana Menteri di atas hasil usaha beliau perjanjian ini terlaksana jua akhirnya. Seterusnya baca di bawah :

BAGAN DATOH 13 Okt. - Perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang bakal ditandatangani di Istana Malacanang di Manila Isnin ini, akan menguntungkan Malaysia dan negara berkenaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, di pihak kerajaan Filipina, mereka tidak perlu meletakkan anggota tentera yang ramai di Mindanao kerana kawasan yang aman akan wujud di wilayah berkenaan apabila terbentuknya wilayah autonomi Bangsamoro. Katanya, di samping itu, beberapa pembangunan akan berlaku di Mindanao termasuk pembangunan sumber asli, infrastruktur serta kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) terutamanya daripada syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dari Malaysia.

"Apabila ia menjadi satu kawasan yang aman, kita harap Pasukan Pemantau Antarabangsa di sana akan memainkan peranan yang agak terbatas kerana tindakan ketenteraan akan digantikan dengan tindakan diplomatik," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas turun padang di sekitar Hutan Melintang dan Bagan Datoh, dekat sini hari ini. Ahmad Zahid berkata, di pihak Malaysia pula, perjanjian damai itu akan dapat mengurangkan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Mindanao melalui pantai-pantai di Sabah. Tambah beliau, ia secara tidak langsung akan mengurangkan Ops Pasir yang dijalankan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan membolehkan operasi itu diperluaskan di kawasan lain di sekitar Sabah dan Sarawak.

"Di samping itu, kita akan mencari jalan bersama Kementerian Dalam Negeri untuk menentukan hanya rakyat Malaysia di Sabah diberikan kad pengenalan manakala masalah PATI yang duduk di pulau-pulau di Sabah akan dapat diselesaikan apabila kembali ke kampung asal mereka di Mindanao," ujarnya.

GR kata: Jadi pemimpin perlu lakukan perkara yang baik, bukannya memburukkan nama negara di mata dunia. SUARAM ape cer...??

Published with Blogger-droid v2.0.9

#SCORPENE: SUARAM TAKDER MODAL, HANYA TAHU BURUKKAN NEGARA!! @Zahid_Hamidi

Isu Scorpene yang digembar-gemburkan oleh SUARAM hanyalah mainan politik pakatan pembangkang. Jika kita lihat isu tersebut hanya makan diri sendiri kerana fitnah yang dilemparkan oleh mereka TIDAK BENAR sama sekali.

GR pun pelik sebelum nie begitu rancak pembangkang fitnah sana sini mengatakan pembelian kapal selam ini mempunyai pelbagai masalah. Tapi mana datang masalahnya yer...?? Bila pihak Perancis memberitahu tidak ada sebarang pendakwaan dibuat di Perancis kenapa diaorang nie senyap??? Jawablah yer wahai suara-suara pencacai pakatan pembangkang... Lama juga GR tunggu nie...

KOTA KINABALU: Tindakan beberapa pihak, terutama parti pembangkang, yang sering mempertikai perolehan aset pertahanan negara akan hanya memberi kesan negatif kepada pasukan keselamatan negara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mempertikai dan meremehkan perolehan berkenaan termasuk kapal selam, sertalatihan dan sebagainya, yang bertujuan meraih sokongan dan kepentingan politik,boleh merendahkan martabat pertahanan negara di mata dunia, katanya. Tindakan mereka, termasuk badan bukan kerajaan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu dilihat sebagai meremeh tahap profesionalisme pasukan keselamatan, katanya pada majlis lawatan kerja sehari beliau bersama 80 wakil media di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pembangkang menggunakan isu seumpama itu ketikamenjelang pilihan raya umum tanpa prihatin terhadap implikasinya. Katanya, pembangkang masih memburukkan perolehan aset kapal selam Scorpenewalaupun pelbagai penjelasan telah dibuat melalui pelbagai media dan sesi taklimat, malah anggota pembangkang turut dibawa melawat ke dalam kapal selamtersebut.

"Kita tidak mahu isu (perolehan kapal selam ini) melemahkan semangat anak kapal selam. Jangan merendahkan anak buah 'submariners' dan jangan merendahkan kemampuan kapal selam ini," tegasnya.

Ahmad Zahid berkata,"Walaupun perbezaan pandangan politik, kita tidak seharusnya mempertikaikan kemampuan angkatan tentera. Sebaliknya pertahankan ia kerana ia soal yang tidak boleh dikompromi".

Beliau berkata pihak pembangkang dan semua pihak, harus menerima hakikatbahawa pasukan TLDM dan Angkatan Tentera Malaysia adalah kumpulan profesionalyang harus dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia. - BERNAMA

GR kata: Dengar isu Scorpene nie diaorang kaitkan dengan pembunuhan Altantuya...kan bodoh bunyinya tu...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, October 14, 2012

Terkini: Rakyat Sabak Bernam 'Sayang Sangat' Pada Dr. Aziz Bari!?

Siapa yang tidak kenal dengan Prof. murahan PAS iaitu Prof. Dr. Aziz Bari yang semua sedia maklum cuba menunjuk hero menentang Kerajaan ketika menjawat jawatan di UIA. Beliau yang berasal dari Sabak Bernam dengan rasa ANGKUHnya merasakan beliau layak menjadi ahli parlimen yang baru pada PRU 13 nanti. Pokoknya...boleh menang ke? Ada ciri-ciri sebagai seorang pemimpin ker dia nie..???

Pada 23 Sep 2012 lalu, MATC Sabak Bernam yang diadakan di Dewan Tun Razak, Sabak Bernam telah sebulat suara menolak calon wakil rakyat Parlimen Sabak Bernam yang sudah hampir 6 bulan berkempen iaitu Dr. Aziz Bari.

Maklumat yang disampaikan menyatakan calon terdahulu, Dr. Badrul Amin dan Dr. Aziz Bari kedua-duanya telah ditolak pencalonan mereka oleh setiap wakil ranting yang bersidang. Dr. Badrul Amin yang sebelum ini tercalon bagi merebut kerusi Parlimen Sabak Bernam telah diketepikan kerana masalah moral yang belum lagi selesai.

Manakala Dr. Aziz Bari pula ditolak kerana sikapnya yang terlalu cepat lupa diri dan telah meminggirkan orang-orang yang membawanya naik ke atas di Parlimen Sabak Bernam. Akibat kekecewaan hampir 10 orang yang mendukung perjuangan beliau sebelum ini, maka nama Dr. Aziz Bari telah digugurkan dari bertanding di Parlimen Sabak Bernam.Kini, cita-cita dan angan-angan Dr. Aziz Bari mula hancur berkecai dan punah serta-merta akibat dari keegoannya sendiri.

Berdasarkan sembang-sembang pemuda AMK Sabak Bernam, mereka semua tidak sepakat untuk meletakkan Dr. Aziz Bari dalam kerusi Parlimen kerana beliau cepat lupa diri apabila dicalonkan oleh Anwar Ibrahim di Sabak Bernam. Mereka juga menuntut untuk meletakkan calon lain yang berkelayakan untuk menduduki kerusi tersebut walaupun terpaksa mengambil calon dari luar kawasan. Betapa bencinya ahli PKR Cabang Sabak Bernam terhadap Dr. Aziz Bari.


GR kata: Macam mana nak memimpin rakyat, diri sendiri pun tak betul. Hancurlah pakatan pembangkang nie!! Korang dah daftar undi..??

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rakyat Kuantan Dapat Bas Baru!? Cayalah #RapidKuantan @NajibRazak


Untuk Siaran Segera

Khamis, 11 Oktober 2012

KUMPULAN PERTAMA 40 STAF RAPIDKUANTAN MULAKAN KARIER BARU


Anak Kuantan, Shamsul Abdul Samad, yang bersama-sama 39 lain menjadi staf pertama RapidKuantan, berazam untuk menggunakan peluang yang dimilikinya sekarang untuk menabur bakti kepada para penduduk bandar berkenaan dan negeri Pahang seluruhnya di samping menyara keluarga.

“Sebagai anak Kuantan, saya faham sangat dengan masalah orang di sini yang menghadapi kesusahan dalam soal pengangkutan awam. Kedatangan RapidKuantan ke Kuantan sememangnya sesuatu yang telah lama dinantikan oleh kami,” kata bekas agen tiket bas ekspress di Terminal Makmur ketika ditemui hari ini.

Katanya: “Apabila mendapat tahu bahawa perkhidmatan bas RapidKuantan akan diperkenalkan di Kuantan ini, saya terus membuat keputusan untuk memohon. Alhamdulillah, permohonan untuk bekerja saya diterima,” kata Shamsul, 42, yang melaporkan diri di pejabat sementara RapidKuantan di Stadium Darul Makmur semalam.

“Sememangnya, keadaan sekarang adalah jauh lebih baik daripada zaman saya sekolah dulu. Tetapi, ianya masih tidak mencukupi kerana perkhidmatan bas di Kuantan ini bergantung kepada perkhidmatan bas yang beroperasi di luar bandar Kuantan.

“Kerana itu, jadual perjalanan bas terlalu sukar dijangka. Saya harap RapidKuantan akan dapat menyediakan kekerapan bas yang lebih konsisten,” kata Shamsul, yang membesar dan bersekolah di kawasan perkampungan di Batu Lima, Kuantan.  

Sehingga bas-bas baru RapidKuantan tiba pada 15 November depan, para pemandu ini akan diberi latihan dalam kelas termasuk mengikuti kursus untuk mendapat lesen memandu kenderaan awam atau PSV. RapidKuantan akan memulakan operasi pada 1 Disember depan dengan fasa pertamanya meliputi tiga laluan.

Laluan-laluan berkenaan ialah laluan antara Gambang dan Terminal Makmur, yang juga stesen bas utama untuk bandar Kuantan; Laluan antara Bandar Indera Mahkota ke Teluk Cempedak; dan laluan daripada Kompleks Mahkamah ke POLISAS di Semambu.

Menurut Pengarah Divisyen Bas Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), Encik Zohari Sulaiman, misi  RapidKuantan adalah untuk memberikan perkhidmatan pengangkutan bas awam yang efisien dengan menggunakan pengalaman dan pendekatan membangunkan perkhidmatan bas untuk RapidKL dan RapidPenang. 

Untuk ketiga-tiga laluan di Kuantan, Zohari berkata bahawa komitmen syarikat adalah untuk menyediakan perkhidmatan dengan kekerapan pada kadar 15 minit untuk waktu puncak.

Katanya, selain pemandu bas, RapidKuantan akan turut mengambil para pekerja untuk mengisi pelbagai kekosongan lain dalam operasi unit, yang sekarang ini diletakkan di bawah pentadbiran dan pengurusan RapidKL.

“Kecenderungan kami adalah untuk mengisi semua jawatan dengan orang-orang Kuantan. Ini adalah kerana kami juga mahu menjadikan perkhidmatan RapidKuantan ini sebagai institusi meningkatkan taraf kehidupan para penduduk Kuantan dan negeri Pahang seluruhnya.

“Selain daripada terus menyediakan pekerjaan, perkhidmatan bas RapidKuantan akan memastikan mobiliti di bandar. Ini akan meningkatkan produktiviti dan seterusnya merancakkan ekonomi negeri Pahang,” tambah Zohari.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Hal Ehwal Media Prasarana Azhar Ghazali di 019-3837865


GR kata: Mana Fuziah Torron yer..??

PANAS: AMOI BOGEL NI ADA KAITAN DENGAN PEMIMPIN PAKATAN?? @PDRMsia


Kisah skandal seks mahu pun skandal perempuan simpanan semakin menular dikalangan pemimpin pakatan pembangkang. Apakah sikap mereka ini yang mengikut rentak ketua mereka siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim sebagai idola?? Tapi dalam pada itu masih ada yang tidak mempercayai kisah skandal tersebut didedahkan...Bukti yang diberikan juga adalah dari sumber yang bukannya super impose. Mata apa yer korang nie..??

Terbaru, gambar amoi di atas dikatakan seorang perempuan berasal dari Korea mempunyai skandal dengan salah seorang pemimpin tertinggi pakatan pembangkang. Dahsyat tu...selera K-Pop yer pemimpin pakatan ni..!!

GR pun sebenarnya dah muak bila tahu pasal cerita skandal sana sini yang melibatkan pemimpin pakatan pembangkang nie. Bukannya apa...alasan yang mereka berikan sama saja. Ini semua salah UMNO...Apa ke bodoh la diaorang nie kan...

Apa pun GR pasti ramai pembaca ingin tahu kisah lanjut mengenai amoi K-Pop ni kan. Baca pendedahan lanjut KLIK DI SINI


GR kata: Mohon pihak berkuasa siasat jangan tengok jer yer...!!!
 

Artikel pelbagai