Thursday, October 18, 2012
HOT NEWS: CHAMIL WARIA DIBAYAR TERESA KOK UNTUK COVERLINE!?
Pejam celik pejam celik masa berlalu begitu pantas. Anak yang dahulunya baru lahir kecil dan sekarang umurnya meningkat besar. Begitulah lumrah kehidupan manusia ada perkara yang baik dan juga perkara yang buruk. Pokoknya jika perkara yang baik berlaku nescaya akan dipuji dan dibalas dengan baik TETAPI jika suatu perkara tersebut ada udang sebalik mee nescaya lambat laun akan terbongkar jua.
Apa yang GR cuba ingat sampaikan di sini ialah masihkah pembaca ingat dengan seorang wartawan tersohor tanahair dan lebih senang kita gelarkan dia Otai (orang lama) dalam bidang kewartawanan. Siapa lagi kalau bukan Datuk Chamil Waria. Kerjaya beliau bermula sejak tahun 1970an lagi sehinggalah menjawat jawatan yang tertinggi dalam Utusan Malaysia.
Mungkin dikalangan pembaca sekalian yang masih ingat dengan cerpen yang diterbitkan dalam Utusan Malaysia pada tahun 2008. Cerpen yang dihasilkan oleh beliau sendiri menceritakan al kisah politik seorang YB berbangsa Cina dan YB tersebut adalah Teresa Kok. Hasil penulisan cerpen beliau menimbulkan kemarahan dikalangan puak DAP dan Teresa Kok memfailkan saman kepada Utusan Malaysia disebabkan cerita tersebut.
Dalam perkara ini, hasil nukilan cerpen Datuk Chamil Waria dikatakan telah diubahsuai oleh pihak Utusan Malaysia dan menyiarkan cerpen tersebut pada tahun 2008. Pada pembaca yang masih belum membaca cerita YB J ini boleh baca DI SINI
Yang menjadi kemusykilan GR cerita ini diterbitkan 4 tahun yang lepas, kenapa baru sekarang ditimbulkan kembali. Mana orang-orang kuat Utusan, takkan tak tahu menahu tentang perkara ini. Jika cerpen yang diterbitkan oleh Datuk Chamil Waria ini bukan ditujukan pada Teresa Kok, kenapa puak-puak DAP nak mengamuk sakan sampai nak saman Utusan Malaysia? Nampak pelikkan...???
Bila perkara ini ditimbulkan kembali, Chamil Waria pun terus menafikan tentang cerpen beliau bukan ditujukan pada Teresa Kok. Ini jawapan beliau :
Sekali lagi GR ingin highlight kan di sini, jika hasil nukilan panas YB J itu bukan Teresa Kok kenapa perlu puak DAP melenting siap nak saman Utusan Malaysia dan Datuk Chamil sendiri. Dah la tu Utusan Malaysia kena bayar RM 50,000 pada Teresa Kok. Dalam kes mahkamah ini pun jika kita lihat dengan teliti macam ada yang tak kena, kejap Datuk Chamil cakap lain kejap lain...Mohon jawab yang benar yer Datuk!! Berani kerana benar, takut kerana salah yer Datuk!!!
Pada pihak pengurusan tertinggi Utusan Malaysia, usahlah disimpan manusia seperti Datuk Chamil Waria ini. Lucutkan saja jawatan beliau kerana bibit-bibit untuk menjatuhkan nama baik Utusan Malaysia dah nampak di situ. Utusan Malaysia adalah sebuah akhbar yang menyalurkan berita-berita yang benar kepada rakyat tidak seperti akhbar-akhbar pembangkang yang kesemuanya menceritakan penipuan sana sini demi mengaburi mata rakyat.
Pada Datuk Chamil Waria, berapa banyak Teresa Kok bayar untuk coverline pada cerita nie? Takkan sanggup gadaikan kerjaya yang telah dibina berkurun lamanya dengan endingnya sebegini rupa. Fikir-fikirkanlah yer Datuk...jangan gadaikan maruah diri dengan wang! Perlu ada jati diri!!!
Baca juga DI SINI
GR kata: Kenapa Teresa Kok marah sangat yer?? Jeng jeng jeng...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment