Melayu hanya tinggal kuasa? Jika dulu boleh kita katakan demikian tapi sekarang ini pun kuasa yang ada juga semakin terhapus oleh kerana orang Melayu itu sendiri.
Perhatikan DAP yang begitu konsisten menyerang Kedai Rakyat 1 Malaysia. Menyerang Tan Sri Syed Mokhtar, UMNO, NFCorp dan mana mana syarikat atau pun apa-apa kepentingan strategik Melayu. Semua itu turut dibantu oleh orang Melayu sendiri dalam PKR dan PAS yang hanya mahukan kuasa politik, jawatan dan pangkat.
Tapi cakap apa pun tiada makna kerana orang Melayu sekarang tidak fikir perjuangan orang Melayu terdahulu sebaliknya mereka hanya fikir tembolok kuasa wang ringgit mereka sahaja.
Singapura sudah berjaya di PAP kan. Kini Malaysia pula bakal di DAP kan. Orang Melayu yang akan menjayakannya sama seperti penjajahan Portugis ke atas Melaka zaman lalu.
Renungkan dan fikirkan....jika tidak mahu negara dijajah sekali lagi orang Melayu harus bangun bersatu. Jangan ambil sikap itu hal ko dan ini hal aku, sampai bila pun Melayu itu tak akan maju. Buang pangkat yang paling besar dalam diri orang Melayu itu sendiri iaitu PHD. Maksudnya mesti ramai dah tahu...
Bersatulah wahai orang Melayu, tanamkan sifat cintakan negara dalam hati. Ingatlah perjuangan sebenar DAP bukan untuk kebajikan rakyat Malaysia tapi untuk kepentingan peribadi mereka sahaja. Mereka menghina Islam, mahu jadi Malaysia sebuah negara Kristian...cuba ingin menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan macam-macam lagi....Renung-renungkanlah supaya tak akan menyesal satu hari nanti.
GR kata: 1.5 juta orang Melayu masih belum daftar undi...Kenapa???
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment