Monday, October 15, 2012

Nah Tu Dia!! Spa Urut China Doll Baik Punya Di Kelantan!!

PAS parti yang memperjuangkan Islam, betul ker? Hanya indah khabar dari rupa jerla. Perjuangan PAS yang sebenar tidak berlandaskan Islam langsung, apa yang kita lihat selama ini hanyalah mainan politik dan kepentingan peribadi mereka saja. Hukum hakam agama pun mereke boleh putar belitkan..inikan pula nak membela nasib rakyat, jauh sekali la.

Islam dihina begitu saja oleh DAP mereka hanya boleh membisu TIDAK BERANI berkata apa-apa. Ini adalah disebabkan mereka takut akan kehilangan undi. Hakikatnya PAS hanya kuda kepang DAP dan PKR. Terbaru dalam kecoh-kecoh perjuangkan Islam kononnya, di Kelantan ada perkhidmatan spa 'baik punya'. Nak tahu lebih lanjut baca seterusnya di bawah :

KOTA BHARU- Tindakan seorang tukang urut wanita yang menyembunyikan pelanggan lelaki di bawah selimut bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, berjaya dihidu anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB-BRI) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dalam serbuan di sebuah pusat spa, di sini, petang Khamis lalu.

Dalam operasi terbabit, wanita berusia lingkungan 20-an itu pada mulanya tidak mahu membuka pintu bilik yang menempatkan pelanggan itu bersamanya, yang dikunci dari dalam sehingga menyebabkan pihak terbabit terpaksa menunggu hampir 20 minit di luar pintu bilik.Serbuan yang diketuai oleh Pegawai penguat kuasa MKPB-BRI Inspektor Roslan Yusof, bersama 20 penguat kuasa MPKB dan JHEAIK yang dilakukan hasil risikan dan maklumat awam.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan, Ramly Che Hussin berkata, dalam operasi yang dilakukan itu, pihaknya turut berjaya menahan wanita berkenaan serta lelaki itu yang sedang mendapatkan perkhidmatan mengurut.

“Kita mengeluarkan tiga kompaun terhadap kesalahan menjalankan operasi spa tanpa lesen, di samping kompaun kepada tukang urut wanita yang tidak menutup aurat di bawah Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 serta menahan pelanggan berkenaan yang diserahkan kepada pihak jabatan agama."

“Aktiviti terbabit merupakan perlakuan yang memalukan dan menjatuhkan moral umat Islam memandangkan wanita itu beragama Islam yang menjalankan perkhidmatan mengurut kepada pelanggan lelaki."

"Pihak kami memandang serius aktiviti seumpama ini dan diharapkan agar peniaga yang menjalankan perniagaan spa, tidak menjalankan aktiviti seumpama ini. Perbuatan ini salah di sisi agama Islam memandangkan agama Islam menyuruh umatnya menjaga batasan perlakuan dengan lelaki bukan muhrim," katanya.

GR kata: Dah daftar undi belum? Jangan menyesal kalau DAP yang jadi PM dan pemerintah di Malaysia...menyesal pun tak ada gunanya!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

1 comment:

Anonymous said...

Klu UMNO, mesti takde usaha benteras..

Artikel pelbagai