Wednesday, October 17, 2012

MINDANAO TAMAT SENGKETA 40 TAHUN, PM @NajibRazak DICONTOHI PEMIMPIN DUNIA!!


Alhamdulillah proses penubuhan entiti baru wilayah autonomi Bangsamoro secara rasmi telah pun dimeterai semalam apabila Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) selamat diadakan di Istana Malacanang.

Detik-detik penuh bersejarah itu yang turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Benigno Aquino III, merupakan tanda persetujuan kedua-dua pihak untuk menamatkan konflik berdarah lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina itu yang telah meragut lebih 120,000 nyawa.

Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro setebal 13 muka surat itu mengandungi sembilan fasal utama iaitu mengenai penubuhan, undang-undang asas, kuasa kedua-dua pihak, hasil dan pembahagian kekayaan; persempadanan wilayah, hak asasi penduduk, peralihan dan pelaksanaan; normalisasi dan lain-lain.

Mengenai penubuhan entiti baru itu, Bangsamoro akan menggantikan Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) dan ia diharap menjadi realiti menjelang 2016, iaitu sebelum penggal pemerintahan Aquino III berakhir.

Berkaitan kuasa kedua-dua pihak, perjanjian itu antara lain mengakui keperluan mengukuhkan Mahkamah Syariah dan membenarkan Bangsamoro menguatkuasakan sistem keadilan Syariah kepada umat Islam di wilayah itu. Turut menyaksikan upacara itu bagi pihak MILF mewakili penduduk wilayah selatan Filipina yang majoritinya beragama Islam adalah pengerusinya, Murad Ebrahim.

Perasaan gembira Murad bersama sekumpulan pemimpin dan perwakilan lain MILF yang turut dijemput pada upacara di dalam Dewan Rizal di istana itu dengan sebahagiannya menitiskan air mata kesyukuran, pasti dikongsi penduduk wilayah baru Bangsamoro yang mengimpikan kehidupan lebih selamat, sejahtera dan terbela.

Perjanjian itu ditandatangani Pengerusi Panel Perundingan MILF, Mohagher Iqbal dan rakan sejawatannya daripada pihak kerajaan Filipina, Dean Marvic Leonen. Ia turut ditandatangani sebagai saksi perjanjian oleh fasilitator perundingan dari Malaysia, Datuk Tengku Ab. Ghafar Tengku Mohamed.

Kejayaan ini membuktikan hasil kerjasama dan idea yang bernas dari YAB Perdana Menteri DS Najib Razak dan Menteri Pertahanan Malaysia DS Zahid Hamidi dan memberikan impak besar kepada Malaysia dalam menjadi perantara menamatkan sengketa di bumi Mindanao. Kejayaan ini juga membuahkan hasil bagi menjamin keselamatan terjamin di rantau Asean.

Dalam pada itu, Najib dalam ucapannya menyatakan komitmen Malaysia untuk membantu selatan Filipina khususnya menawarkan latihan dan pendidikan supaya masa depan anak-anak di Bangsamoro lebih terjamin. Beliau memberi jaminan kepada keseluruhan rakyat Filipina bahawa Malaysia bersama-sama negara ini ke arah merealisasikan pelaksanaan perjanjian yang dimeterai hari ini.

"Hari ini, sesuatu telah berubah. Hari ini kita akan meninggalkan keganasan dan beralih ke arah masa depan yang baru dan lebih cerah," ucapan PM Najib Razak semalam.

Inilah contoh yang terbaik harus dicontohi oleh seorang pemimpin, menyelamatkan berpuluh-puluh nyawa manusia di bumi Allah S.W.T. Peranan yang dibawa oleh PM Najib Razak amatlah disambut baik oleh semua pemimpin di seluruh dunia dan inilah yang harus perlu dilihat dari segi apa yang tersirat dan tersurat.

Bukannya memburuk-burukkan lagi nama negara di mata dunia demi untuk mencapai cita-cita peribadi macam apa yang telah dibuat oleh seorang pemimpin pembangkang yang GILA KUASA. Siapa pemimpin tersebut pembaca tahulah sendiri yer...


GR kata: Pahala yang cukup besar jika kita selamatkan nyawa umat manusia yang lain, ini yang terkandung dalam Al-Quran.

No comments:

Artikel pelbagai