Malaysia bakal mencipta satu lagi sejarah dalam negara Asean di mana perjanjian yang sekian lama dinantikan oleh umat Islam di Malaysia dan Filipina. Perjanjian ini juga akan menguntungkan serta hubungan baik kedua negara terjalin dengan lebih erat lagi.
Apa pun tahniah GR ucapkan kepada YAB Perdana Menteri di atas hasil usaha beliau perjanjian ini terlaksana jua akhirnya. Seterusnya baca di bawah :
BAGAN DATOH 13 Okt. - Perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang bakal ditandatangani di Istana Malacanang di Manila Isnin ini, akan menguntungkan Malaysia dan negara berkenaan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, di pihak kerajaan Filipina, mereka tidak perlu meletakkan anggota tentera yang ramai di Mindanao kerana kawasan yang aman akan wujud di wilayah berkenaan apabila terbentuknya wilayah autonomi Bangsamoro. Katanya, di samping itu, beberapa pembangunan akan berlaku di Mindanao termasuk pembangunan sumber asli, infrastruktur serta kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) terutamanya daripada syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dari Malaysia.
"Apabila ia menjadi satu kawasan yang aman, kita harap Pasukan Pemantau Antarabangsa di sana akan memainkan peranan yang agak terbatas kerana tindakan ketenteraan akan digantikan dengan tindakan diplomatik," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas turun padang di sekitar Hutan Melintang dan Bagan Datoh, dekat sini hari ini. Ahmad Zahid berkata, di pihak Malaysia pula, perjanjian damai itu akan dapat mengurangkan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Mindanao melalui pantai-pantai di Sabah. Tambah beliau, ia secara tidak langsung akan mengurangkan Ops Pasir yang dijalankan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan membolehkan operasi itu diperluaskan di kawasan lain di sekitar Sabah dan Sarawak.
"Di samping itu, kita akan mencari jalan bersama Kementerian Dalam Negeri untuk menentukan hanya rakyat Malaysia di Sabah diberikan kad pengenalan manakala masalah PATI yang duduk di pulau-pulau di Sabah akan dapat diselesaikan apabila kembali ke kampung asal mereka di Mindanao," ujarnya.
GR kata: Jadi pemimpin perlu lakukan perkara yang baik, bukannya memburukkan nama negara di mata dunia. SUARAM ape cer...??
No comments:
Post a Comment