Sunday, April 21, 2013
SENYUMAN GUAN ENG LAKONAN HEBAT BAPAK RACIST! #PRU13
Sehari sebelum hari penamaan calon, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng cuba menyala satu lagi api kebencian terhadap kerajaan, kali ini menjadikan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai sasaran utamanya.
Guan Eng cuba menggambarkan kononnya ada komplot berlakunya untuk menafikan hak DAP bertanding pada PRU ke 13, meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ROS sendiri menegaskan tidak ada niat sebegitu.
Semalam ROS menyatakan ia tidak akan mengiktiraf Jawatankuasa Pusat Eksekutif DAP selagi parti itu tidak memberi penjelasan menyakinan berhubung kemelut pemilihannya pada Disember lalu.
Tiada masalah DAP bertanding PRU13
SPR dan ROS bagaimanapun menyatakan bahawa ketetapan ROS itu tidak memberi sebarang kesan kepada penyertaan DAP dalam PRU 13.
Guan Eng bertindak balas dengan menyifatkan langkah ROS itu adalah satu “kezaliman".
"DAP tidak akan terima begitu sahaja, kita akan lawan kezaliman ini. Kita akan tetap bertanding dalam PRU 13,” kata beliau.
Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai sabotaj terbesar terhadap DAP dalam sejarah penubuhan parti itu.
"Kita telah mendapat persetujuan PAS dan PKR untuk menggunakan logo mereka," tambah Guan Eng dalam cubaan terdesak menggembar-gemburkan perkara itu.
Ia taktik untuk meraih simpati, khususnya daripada pengundi Cina yang menjadi sandaran utama DAP.
Ia juga bertujuan menghasut pengundi untuk membenci kerajaan kerana kononnya “menzalimi” pembangkang.
Ini pendekatan yang sering digunakan oleh Guan Eng dan ayahnya Kit Siang.
Kenyataan jelas SPR dan ROS diketepikan sebaliknya pasangan anak-beranak melemparkan tuduhan yang tidak masuk akal.
ROS punya alasan kukuh, tidak iktiraf CEC DAP
ROS tidak dapat mengiktiraf CEC dalam DAP kerana parti itu meminda keputusan pemilihan tiga minggu selepas ia diumumkan.
Dalil Guan Eng adalah berlakunya kesilapan dalam pengiraan kertas undi yang perlu diperbetulkan.
Hasil penting daripada keputusan yang diubah itu adalah Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari dilantik menyertai CEC, setelah beliau dan tujuh ahli Melayu lain kalah pada hari pemilihan parti.
Sudah tentu pindaan dalam keputusan pemilihan akan mengundang siasatan daripada ROS, lebih-lebih lagi kerana akar umbi DAP sendiri mempertikaikan tindakan Guan Eng merestui pindaan keputusan itu.
Selagi siasatan tidak selesai dan DAP tidak memberikan penjelasan meyakinkan ROS tidak dapat mengiktiraf keputusan baru itu.
Tidak ada yang pelik mengenai tindakan ROS ini.
Pada masa sama ROS bersama SPR mengeluarkan kenyataan bahawa DAP masih parti berdaftar yang sah dan statusnya untuk bertanding pada PRU 13 tidak terjejas.
Malangnya isu itu cuba dijadikan modal politik oleh DAP dalam satu lagi cubaan untuk menutup kebenaran.
GR kata: Padan muka, kena batang hidung sendiri!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment