Friday, June 22, 2012
PANAS: RAFIZI LETAK JAWATAN KERANA KECEWA DENGAN ANWAR?
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli pada Khamis meletakkan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Selangor.
Mohd Rafizi memaklumkan mengenai perletakan jawatan itu menerusi Twitter milik beliau pada petang Khamis. Beliau berkata, perletakan jawatan adalah proses biasa dan beliau memerlukan rehat bagi menunaikan ibadah sempena bulan Ramadan ini.
“Saya telah beri notis letak jawatan dari pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sebarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor boleh merujuk pada Kerajaan Negeri atau (Datuk Seri) Anwar Ibrahim," katanya.
Jawatan Penasihat Ekonomi Selangor disandang oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mohd Rafizi dalam Twitter miliknya turut berkata. “Letak jawatan adalah proses biasa. Perlu sedikit rehat. Letih buat dua kerja di Kerajaan Negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah.”
Rafizi menyandang jawatan Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Selangor sejak kira-kira dua tahun lalu. Persoalannya apakah disebabkan masalah dalaman PKR tidak sebulu dengan pemimpin-pemimpin tertinggi PKR yang membuatkan Rafizi letak jawatan?
Sudah kita ketahui, Azmin Ali tidak sebulu dengan MB Selangor si Khalid Gagap. Disebabkan itulah Rafizi ini adalah kem pada siapa pembaca nilailah sendiri. Inilah dia Pakatan Haprak, apa yang mereka lakukan tidak pernahnya success...semuanya atas dasar peribadi. Dalam perdebatan fakta apa yang Rafizi berjaya keluarkan semuanya adalah auta belaka.
GR kata: Rafizi dari hang nak jadi calon bertanding di Pandan Indah baik hang pi amik tempat si Mak Lampir tu...amacam??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment