Monday, June 18, 2012
WELCOME TO SELANGOR: BUKTI PAKATAN HAPRAK SOKONG MURTAD!!
GR berharap agar kita jangan lupa dengan kegiatan sesetengah gereja di negara ini cuba memurtadkan umat Islam. Makluman, banyak betul perkembangan-perkembangan menarik yang berlaku dalam negara kita sekarang ini sampai tak tahu nak fokus mana satu.
GR ternampak sisipan dalam Malaysian Insider, portal pro pembangkang yang memetik jawapan Exco Agama Selangor, Datuk Hassan Ali kepada soalan ADUN Sg Burung, Datuk Mohamad Shamsudin Lias di DUN Selangor pagi tadi berhubung cubaan menyebarkan agama kristian dikalangan orang Islam.
Hassan Ali mengesahkan kegiatan itu memang benar berlaku dan tambah mengejutkan bila alat-alatan canggih seperti bible yang dikuasakan dengan solar turut digunakan.
Itu membuktikan bahawa memang Pakatan Rakyat Selangor memang melindungi kegiatan ekstrimis Kristian untuk menyebarkan agama tersebut dikalangan orang Islam walaupun ia jelas bertentangan dengan perlembagaan.
Ini diperkuatkan lagi dengan tindakan Khalid tergesa-gesa memohon maaf kepada pihak Gereja sebaik pemeriksaan JAIS ke atas gereja tersebut menjadi kecoh. Ada sumber menyebut, “Khalid sudah berjanji kepada puak kristian bahawa Pakatan Rakyat Selangor tidak akan mengganggu aktiviti pihak Gereja termasuk cuba memurtadkan umat Islam”, katanya.
Ini adalah balasan kepada sokongan pihak gereja kepada Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat sebelum pilihanraya umum ke 12 bermula pada 2008.
Di Malaysia ini ke’bangsa’an itu bukan satu masalah, masalah sebenarnya ialah agama. Mereka mahukan agama lain boleh disebarkan dengan seluas-luasnya dikalangan orang Islam tapi sekarang terbantut kerana Perkara 11(4) Perlembagaan Malaysia menjadi penghalang.
Tapi kerana takut dikenakan tindakan, tambahan pula tuk nenek moyang masing-masing dah bersetuju dengan Islam sebagai agama rasmi dan beberapa perkara lain sebagai ganti kerakyatan di Tanah Melayu, maka tidakla perkara ini dibualkan secara terbuka.
Bagaimanapun dengan prestasi baik pembangkang dalam PRU 2008, peluang ini digunakan sebaik-baiknya untuk melakukan apa yang dulu menjadi taboo di Malaysia ini – menyebarkan Kristian di kalangan umat Islam.
Pada pandangan GR, apa yang merisaukan di sini ialah masalah dengan puak kristian yang cuba menyebarkan agama mereka dikalangan orang Islam kerana ia melanggar undang-undang dan perlembagaan. Apa pun tahniah juga GR ucapkan kepada Hassan Ali kerana berani menyatakan yang benar kepada rakyat, seterusnya melanggar arahan tutup mulut (gag order) yang dikeluarkan Khalid Ibrahim.
Ini sudah terBUKTI Pakatan Rakyat tidak mampu memerintah Malaysia kerana tidak stabil, dan GR ingin menambah satu lagi bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu mengawal kepelbagaian kepercayaan di Malaysia seterusnya menjebakkan negara ini ke kancah kekacauan dan huru hara.
Pembaca yang budiman fikir-fikirkanlah....
GR kata: Umat Islam perlu pertahankan agamanya bukannya dibiarkan begitu saja...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment