Sunday, July 1, 2012

RAKYAT MALAYSIA HARUS LEBIH BIJAK MENILAI


Seperti biasa, menjelang setiap PRU, pelbagai menifesto dikeluarkan oleh parti-parti yang bertanding. Namun rakyat bukan saja perlu menilai menifesto yg cantik, tetapi perlu memilih parti yang mampu melaksanakan setiap manifesto dijanjikan dan bukannya parti yg gagal berbuat demikian selepas diberi mandat memerintah meskipun nama atau manifesto parti terbabit dilihat Islamik. Nama bagi parti juga tidak penting sebaliknya kemampuan melaksanakan janji-janji kepada rakyat, berkhidmat untuk rakyat seharusnya menjadi sandaran sebagai parti pilihan.

Terdapat parti di sesetengah negara yg membawa syiar Islam, manifestonya begitu Islamik namun ia lebih bersifat ada udang di sebalik batu. Rakyat sepatutnya melihat setiap agenda (manifesto) dengan teliti dan tidak berhenti di situ sahaja. Perlu pula dilihat pelaksanaannya. Oleh itu kita mesti memilih mana-mana parti yang lebih kuat dalam konteks khidmat mereka kepada masyarakat, serta telah berusaha keras melaksanakan setiap perkara yg sudah dijanjikan dalam manifesto PRU yang lalu.

Sebagai contoh, apabila diberi kepercayaan untuk memerintah segala-berubah dan pada masa itu tumpuan pemerintahan hanya diberikan kepada kepentingan diri sendiri, parti dan ahli-ahli mereka sahaja. Jangan tengok pada nama Islam sahaja, sebaliknya lihat kemampuan pelaksanaan manifesto yang telah dijanjikan. Letaklah nama apa pun, namun kemampuan untuk menunaikan janji manifesto adalah lebih utama.

Orang yang kuat amal ibadatnya tidak semestinya layak diangkat sebagai pemimpin. Perkara itu pernah diperkatakan oleh junjungan besar Rasulullah S.A.W dalam satu hadis Baginda yang menceritakan situasi tersebut.

Seperti disebutkan dalam sebuah hadis apabila seorang sahabat Abu Dzar r.a meminta Rasulullah S.A.W melantiknya sebagai gabenor atau sebagai pemerintah, Baginda S.A.W menyatakannya beliau seorang lelaki yang lemah. Abu Dzar r.a merupakan seorang yang bertaqwa dan seorang yang soleh tetapi apabila berkaitan dengan pemerintahan serta pengurusan negara, Rasulullah S.A.W kata Abu Dzar tidak sesuai.

Pemerintahan adalah satu amanah, kelak jika disalah urus ia akan menjadi satu kerugian serta penyesalan pada hari kiamat. Sekiranya seseorang itu mampu menguasai sama ada dalam soal ibadat serta pentadbiran negara itu adalah yang terbaik.


GR kata: Pilihlah parti yang laksanakan Manifesto serta tunaikan janji BUKAN hanya pandai tabur janji!!

No comments:

Artikel pelbagai