Friday, June 1, 2012

MP SEGAMBUT MAKAN GAJI BUTA..!! @limlipeng #MPmalas


Di manakah seorang wakil rakyat apabila rakyat ditimpa bencana?? Jawatan yang dipikul yang dipilih oleh rakyat sendiri nampak macam seorang pekerja yang makan gaji buta. Atau pun mereka ini menggunakan istilah seorang pemimpin Pakatan Haprak iaitu "No Complaint No Help"..itu macam rakyat boleh mati woooo YB....


GR berasa simpati apa yang menimpa nasib rakyat Segambut yang ditimpa bencana kebakaran. Apa yang mereka harapkan pemimpin yang mereka sanjung satu tika dahulu entah hilang ke mana. Nak tunjuk muka tu jangan cakaplah setahun sekali pun belum tentu. Apakah MP Segambut ini pilih bulu untuk memberi bantuan kepada rakyat khususnya di Parlimen Segambut. Pada pandangan GR, MP yang semacam ini seorang wakil rakyat goyang kaki. Apa pun tak boleh..!!!
KUALA LUMPUR: Empat unit rumah setinggan berhampiran Bulatan Segambut di sini musnah dalam satu kebakaran hari ini mengakibatkan 15 penghuni kehilangan tempat tinggal.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden kebakaran kira-kira jam 8.00 pagi itu kerana semua penghuni rumah terbabit sempat menyelamatkan diri, kata Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Khadiron Md Diah.

"Kita masih siasat punca kebakaran dan jumlah kerugian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian, sambil menambah api berjaya dipadamkan dalam tempoh 30 minit oleh tiga jentera bomba dari Balai Bomba Hang Tuah, Balai Bomba Jinjang, Balai Bomba Sentul dan bomba sukarelawan dari Bukit Bintang.

Seorang mangsa, Yong Wai Yan, 21, berkata dia tidak menyedari rumahnya sedang terbakar kerana nyenyak tidur dan mula sedar apabila terasa panas dan kedengaran orang menjerit.

"Hanya saya seorang di rumah kerana mak dan ayah keluar bekerja. Saya tidak sempat mengeluarkan barang-barang di rumah termasuk wang tunai RM10,000.

"Kerugian dianggarkan sebanyak RM30,000 secara keseluruhan termasuk barangan elektrik, pakaian, perabot dan lain-lain lagi,"katanya.

Seorang lagi mangsa, Alan Sam Khai Long, 36, berkata dia menyedari kebakaran berlaku apabila ada orang menjerit mengatakan rumah terbakar.

"Saya perasan orang menjerit kira-kira jam 8 pagi dan saya menyelamatkan diri secepat mungkin termasuk ahli keluarga dan barangan yang lain. Saya hanya sempat mengeluarkan barang-barang seperti mesin basuh, televisyen dan pakaian sahaja...yang lain tidak dapat diselamatkan," katanya yang masih terkejut dengan insiden itu dan memikirkan di mana keluarganya akan tinggal selepas ini.

Baca juga DI SINI


GR kata:  Pakatan Haprak cakap saja pandai, buat kerja HARAM. Rakyat susah depa duk senang lenang...pirahhhhh!!!

1 comment:

Anonymous said...

senang bersama,susak sorang-sorang.

Artikel pelbagai