Showing posts with label Gejala Sosial. Show all posts
Showing posts with label Gejala Sosial. Show all posts
Thursday, April 4, 2013
KANTOI: ANAK TIPU MAK...SEMATA-MATA NAK BEROMEN DENGAN BOYFRIEND!
LEDANG – Gara-gara mahu bertemu kekasih, seorang pelajar tingkatan empat sanggup menipu ibu sendiri dengan menyuruh menghantarnya ke sebuah restoran makanan segera di bandar ini dan memberi alasan mahu berjumpa dan bermalam di rumah rakan baiknya.
Dia sebenarnya berjumpa dengan teman lelakinya yang berasal dari Seri Menanti, Muar di restoran berkenaan sebelum ke hotel bajet untuk meraikan ulang tahun perkenalan mereka.
Bagaimanapun, gadis berasal dari Bukit Kepong, Muar itu akhirnya dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya itu, awal pagi semalam.
Difahamkan, kedua-dua pasangan kekasih itu sering menjadikan hotel bajet terbabit lokasi memadu kasih bagi menyambut ulang tahun perkenalan pertama mereka.
Dalam serbuan kira-kira jam 3.10 pagi itu, gadis berusia 16 tahun itu didapati sedang tidur bersama teman lelakinya berusia 18 tahun tanpa seurat benang dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks.
Difahamkan, pasangan terbabit yang saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu mengakui sering datang ke hotel berkenaan dan akan mengadakan hubungan seks setiap kali berjumpa.
Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, serbuan itu dilakukan oleh sepasukan Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) adalah berdasarkan aduan awam.
“Penguat kuasa menunggu kira-kira lima minit sebelum remaja perempuan yang hanya membaluti dirinya dengan tuala membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.
“Pemeriksaan lanjut dalam bilik menemui seorang remaja lelaki tanpa pakaian sedang tidur di atas katil,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
“Mereka dibawa ke Balai Polis Tangkak untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.
“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” kata Sulaiman. - SH
GR kata: Apa nak jadilah...SPM tak lepas lagi dah sibuk nak beromen jer!!
Thursday, February 21, 2013
JANDA ANAK 3, 'MAIN' NEPAL LAGI SYOK DARI ORANG MELAYU!
AMPANG - Seorang janda beranak tiga dicekup bersama pasangannya, warga Nepal yang dikenali sejak dua bulan lalu, setelah disyaki berkhalwat di sebuah rumah kedai, di Pandan Perdana, awal pagi semalam.
Pasangan itu ditahan kira-kira jam 1 pagi oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.
Pegawai Masjid Al- Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi membuat pemeriksaan sebaik menerima aduan mengenai kegiatan maksiat di bilik sewa rumah berkenaan.
"Setelah beberapa kali mengetuk bilik berkenaan, seorang wanita sekitar usia 38 tahun yang hanya berkemban dengan tuala membuka pintu.
"Wanita itu terkejut melihat kehadiran penguat kuasa, lalu memberi alasan tinggal bersama kakaknya, namun kami berjaya menemui seorang lelaki berpakaian lengkap berusia 30 tahun menyorok bawah tilam di premis sama,” katanya.
Menurutnya, wanita yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat pengawal keselamatan itu juga beralasan membenarkan lelaki baru dikenali itu tinggal bersama kerana simpati.
“Wanita itu memberi alasan kasihan dan membenarkan tinggal bersama di bilik sewa terbabit kerana sebelum ini teman lelakinya mendiami hostel yang sempit serta sesak.
"Pasangan itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk laporan tangkapan dan wanita terbabit diberi jaminan keluarga atau kenalan, bagaimanapun lelaki Nepal berkenaan dilepaskan kerana bukan Islam," katanya.
Dalam serbuan berasingan, perbuatan mencurigakan beberapa wanita memasuki rumah bujang lelaki di Taman Melur, di sini, terjawab apabila kediaman itu diperiksa. Ahmad Nawi berkata, lima individu termasuk dua wanita sekitar 20 hingga 30an ditahan dalam serbuan berkenaan.
Menurutnya, dua lelaki masing-masing hanya bertuala dan berseluar pendek didapati tidur bersama seorang wanita berpakaian lengkap di ruang tamu rumah berkenaan.
"Seorang daripada lelaki terbabit memberi alasan teman wanitanya terpaksa menumpang di kediaman itu kerana kesukaran mencari rumah sewa lain," katanya.
Pada masa sama, sepasang kekasih turut dicekup tidur bersama dalam bilik di tingkat atas rumah itu. Lima yang ditahan dalam operasi itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk laporan tangkapan. - SH
GR kata: Nepal badan panas, tu ramai wanita Melayu meleleh kot. hi hi hi
Sunday, February 3, 2013
APA NAK JADI, SEPUPU HOST TV ISLAM BERSAMA ANJING!
Gambar yang didakwa sebagai sepupu kepada seorang pengacara TV kewanitaan yang sering membuat rancangan tersebut di luar negara. Apa yang menarik, bukan seekor anjing yang dibelanya, tetapi dua ekor daripada baka (breed) mahal yang beribu harganya.
Ya la, hidup dah kaya raya dan dah tak tahu nak buat apa... jadi berhibur dan menghabiskan duit je la kerjanya. Sepatutnya sebagai seorang wanita Islam, kita seharusnya tahu batas susila dan pandai menilai erti kehidupan yang sementara ini. Wallahualam....
Ya la, hidup dah kaya raya dan dah tak tahu nak buat apa... jadi berhibur dan menghabiskan duit je la kerjanya. Sepatutnya sebagai seorang wanita Islam, kita seharusnya tahu batas susila dan pandai menilai erti kehidupan yang sementara ini. Wallahualam....
GR kata: Bila dah hidup senang, harus ingat batas-batas hidup sebagai seorang Muslim.
Monday, January 28, 2013
Masa Sedap Tak Nak Fikir, Dah Kena 'TEBUK' Baru Nak Menangis. Perangai Budak Sekolah Sekarang...!!

Niat dua remaja perempuan 13 tahun melarikan diri dari pusat perlindungan swasta untuk minum minuman keras dengan tiga rakan lelaki membawa padah apabila mereka dipercayai dicabul dan hampir menjadi mangsa rogol di sebuah hotel di sini, selepas mabuk.
Dalam kejadian pada jam 5 pagi, 13 Januari lalu, seorang daripada remaja itu melihat dua daripada tiga lelaki itu menanggalkan pakaian rakannya yang mabuk sebelum dia menjerit meminta tolong. Mangsa dikenali sebagai Moi, 13, berkata, sebelum kejadian, dia bersama rakan seusia dikenali sebagai Lam serta 13 penghuni pusat perlindungan itu melawat sebuah sekolah di daerah ini.
Bagaimanapun, katanya, dia dan Lam mengambil keputusan keluar minum minuman keras bersama rakan lelaki dikenali sebagai R. Katanya, mereka minum di sebuah kedai di Kampung Abdullah sebelum R serta dua rakan lelaki berusia 20-an tiba dan minum bersama.
“Tidak lama kemudian R beredar meninggalkan kami berempat terus minum minuman keras dan akibatnya, saya dan Lam mabuk. Kami dibawa ke sebuah hotel di Jalan Genuang, di sini.
“Saya tidak sedarkan diri dan apabila terjaga pada jam 5 pagi, saya dapati seluar panjang tiada manakala baju terselak menyebabkan saya mengesyaki dicabul dua lelaki berkenaan,” katanya.
Menurutnya, dia mengajak Lam meninggalkan hotel itu sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat. Sementara itu, Lam berkata dia tidak begitu mabuk kerana tidak banyak minum seperti Moi dan ketika di bilik hotel, dia masih sedar serta berpura-pura tidur.
“Saya nampak dua lelaki itu membuka baju dan seluar Moi. “Melihat keadaan itu, saya menegur perbuatan mereka, namun tidak dipedulikan dua lelaki berkenaan, saya mengejutkan Moi mengajaknya keluar dari bilik itu dan membuat laporan polis,” katanya.
Sementara itu, penjaga Pusat Perlindungan Pelajar swasta yang diduduki mangsa dikenali sebagai Low, 40-an, berkata, pengurusan membawa 15 pelajar pusat itu melawat sebuah sekolah di daerah ini sebagai aktiviti harian mereka.
“Kami beroperasi sejak lebih 10 tahun lalu dan setiap pagi menghantar semua 15 pelajar kurang berkemampuan di pusat kami ke beberapa sekolah bukan kerajaan.
“Bagaimanapun, pada hari kejadian dua pelajar itu tiada di lokasi ketika pemandu van menjemput mereka menyebabkan dia mengambil keputusan menghantar 13 pelajar lain pulang ke asrama. “Pada tengah hari 17 Januari lalu, dua pelajar berkenaan pulang ke asrama dan menceritakan kejadian berlaku,” katanya.
Menurutnya, semakan rekod mendapati dua pelajar itu mendaftar masuk ke pusat berkenaan awal 2012 dan ibu seorang daripada mereka dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kurang berkemampuan. Sementara itu, Jurucakap Penguatkuasaan Bahagian Taska dan Pusat Perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor berkata, semua Taska dan pusat perlindungan perlu berdaftar dan memaklumkan kepada JKM.
Menurutnya, pengurusan perlu mengikut garis panduan ditetapkan bukannya mengikut peraturan sendiri hingga membahayakan keselamatan penghuni.
“Kami menyiasat sama ada pusat berkenaan berdaftar dengan JKM atau tidak sebelum mengambil tindakan.
“Kami memandang serius kejadian itu kerana remaja berkenaan hilang melebihi 24 jam, namun tiada tindakan dilakukan pengurusan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Hanafi Daud mengesahkan laporan dibuat mangsa dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.
GR kata: Harus pandai jaga diri jangan mudah terpedaya dengan janji manis...
Friday, January 18, 2013
MANUSIA IBLIS! APA DOSA BAYI KECIL INI??
Sedih, nak menangis pun ada bila lihat gambar yang GR perolehi dari rakan FB. Kenapa ada manusia yang bersifat lebih kejam dari binatang sanggup melakukan sebegini rupa? Apa dosa bayi kecil ini sehingga sanggup dibuang lepas tu dimasukkan pula di dalam botol? DASAR IBLIS!!!
Nak lari ke mana manusia yang bersifat Iblis nie? Lambat laut tau jugak siap perilakunya. Jangan ingat boleh lepas begitu saja. Inilah bila buat suatu perkara, ingat sedapnya saja. Bila dah sedap jadi macam ni, buang saja macam sampah. Ingat!! Bayi ini tidak berdosa, kalau tak nak sekali pun sebab lahirkan anak luar nikah janganlah buang sana sini. Allah S.W.T lihat apa yang kita lakukan....
Mohon pihak berkuasa siasat perkara ini hingga tertangkapnya mereka yang bersifat Iblis nie. Gejala sosial seperti ini perlu dibendung walau apa cara sekali pun. Lagi satu jangan MEMPOLITIKKAN perkara seperti ini kerana ini bukan salah siapa pun...salah diri kita sendiri!!!
GR kata: Bayi adalah anugerah Allah S.W.T berikan, mereka juga ingin hidup di dunia ini.
Friday, June 8, 2012
PANAS: ANAK SEDAP BEROMEN, SI IBU PULA DISEKSA!!
Seorang remaja perempuan 21 tahun yang tinggal bersama ibunya di sebuah taman perumahan di sini, sanggup menjadikan rumah mereka seperti rumah tumpangan dengan membawa rakan perempuannya berusia 23 tahun bersama teman lelaki masing-masing untuk menempiaskan nafsu.
Perlakuan sumbang dilakukan mereka diketahui penduduk setempat sebelum membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK). Enam pegawai penguat kuasa PADK membuat membuat pemantauan dan mengepung rumah berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi.
Pengadu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, seorang remaja perempuan yang ditahan sering memukul ibunya dan perbuatan itu mengakibatkan ibunya itu takut untuk membuat laporan polis atau PADK.
“Pasangan ini sudah lama melakukan perlakuan maksiat di rumah mereka dengan membawa balik teman lelaki masing-masing. Perkara ini berlaku sejak enam bulan lalu. Ibu suspek tidak berani menegur anak perempuannya, kerana takut dipukul dan diherdik sekiranya berbuat demikian,” katanya.
Ketika serbuan dibuat, PADK terpaksa menunggu kira-kira 10 minit sebelum pintu rumah dibuka. Setelah memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa PADK, tiga dari enam penguat kuasa terlibat meminta kebenaran masuk ke rumah untuk membuat pemeriksaan.
Jurucakap PADK berkata, ketika pemeriksaan dibuat, mereka menemui dua lelaki dan tiga perempuan termasuk ibu kepada seorang remaja terlibat. Dari siasatan awal dijalankan mendapati, pasangan yang berada dalam rumah itu tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.
Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan akan disiasat di bawah seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Kedah 1988. Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman setahun penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
"PADK akan mengarahkan semua terlibat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada tarikh dan masa ditetapkan. Sekiranya ingkar, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap diri mereka,” katanya.
GR kata: Syurga di bawah tapak kaki Ibu...
Thursday, June 7, 2012
PANAS: "SAYA TAK TAHAN SEBAB ISTERI DALAM PANTANG"!!
Sekadar hiasan
“Yang Arif, saya melakukan perbuatan itu kerana tidak tahan melihat dia mandi berbogel, ditambah lagi ketika itu bekas isteri saya sedang berada di hospital melahirkan anak bongsu kami,” jawapan spontan tertuduh, Awang Ismail, 52, selepas mengaku bersalah merogol bekas adik iparnya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Duda kepada tiga anak itu tanpa segan silu mengaku, merogol bekas adik iparnya yang ketika itu baru berumur 15 tahun sehingga melahirkan seorang anak perempuan pada 4 Jun 2010 disebabkan kurangnya keimanan dalam diri untuk melawan godaan nafsu syaitan itu.
Bagaimanapun, perbuatan keji tertuduh yang beralamat dari Kampung Alor Batu, Jabor, Kuantan itu terbalas selepas hakim, Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman penjara selama 32 tahun selepas pengakuan bersalah tertuduh atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 376 B (1) Kanun Keseksaan itu direkodkan.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh pada :Ogos 2009, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Limau Nipis, Bukit Payong, Marang telah melakukan persetubuhan dengan mangsa. Manakala, mengikut pertuduhan kedua, tertuduh dituduh sekali lagi melakukan perbuatan terkutuk itu di tempat sama pada September 2009.
Zainal Abidin kemudiannya menjatuhkan hukuman 16 tahun penjara bagi pertuduhan pertama dan 16 tahun penjara untuk pertuduhan kedua yang diarahkan berjalan secara berasingan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang @ Mamat manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam bela.
Mengikut fakta kes, mangsa yang ketika itu berumur 16 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payong pada 27 Jun 2010 dengan mengatakan dirinya telah dirogol dan telah pun melahirkan seorang bayi perempuan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun.
Rentetan laporan polis dibuat, pada 7 Julai 2010, polis telah menjalankan siasatan terhadap tertuduh yang ketika itu masih berstatus abang ipar mangsa dan telah mengambil sampel darah mangsa bagi tujuan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Hasil ujian didapati, mangsa telah dirogol oleh tertuduh berdasarkan keputusan laporan kimia DNA yang diperoleh pihak polis setelah pihak Jabatan Kimia membuat perbandingan antara DNA mangsa, anak mangsa dan tertuduh. Bagaimanapun, selepas mengetahui dirinya diburu, tertuduh telah melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh anggota polis Balai Polis Jaya Gading, Pahang, pada 30 September lalu, kira-kira jam 1.40 pagi.
Duda kepada tiga anak itu tanpa segan silu mengaku, merogol bekas adik iparnya yang ketika itu baru berumur 15 tahun sehingga melahirkan seorang anak perempuan pada 4 Jun 2010 disebabkan kurangnya keimanan dalam diri untuk melawan godaan nafsu syaitan itu.
Bagaimanapun, perbuatan keji tertuduh yang beralamat dari Kampung Alor Batu, Jabor, Kuantan itu terbalas selepas hakim, Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman penjara selama 32 tahun selepas pengakuan bersalah tertuduh atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 376 B (1) Kanun Keseksaan itu direkodkan.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh pada :Ogos 2009, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Limau Nipis, Bukit Payong, Marang telah melakukan persetubuhan dengan mangsa. Manakala, mengikut pertuduhan kedua, tertuduh dituduh sekali lagi melakukan perbuatan terkutuk itu di tempat sama pada September 2009.
Zainal Abidin kemudiannya menjatuhkan hukuman 16 tahun penjara bagi pertuduhan pertama dan 16 tahun penjara untuk pertuduhan kedua yang diarahkan berjalan secara berasingan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang @ Mamat manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam bela.
Mengikut fakta kes, mangsa yang ketika itu berumur 16 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payong pada 27 Jun 2010 dengan mengatakan dirinya telah dirogol dan telah pun melahirkan seorang bayi perempuan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun.
Rentetan laporan polis dibuat, pada 7 Julai 2010, polis telah menjalankan siasatan terhadap tertuduh yang ketika itu masih berstatus abang ipar mangsa dan telah mengambil sampel darah mangsa bagi tujuan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Hasil ujian didapati, mangsa telah dirogol oleh tertuduh berdasarkan keputusan laporan kimia DNA yang diperoleh pihak polis setelah pihak Jabatan Kimia membuat perbandingan antara DNA mangsa, anak mangsa dan tertuduh. Bagaimanapun, selepas mengetahui dirinya diburu, tertuduh telah melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh anggota polis Balai Polis Jaya Gading, Pahang, pada 30 September lalu, kira-kira jam 1.40 pagi.
Dengan itu, tertuduh telah didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. - SH
GR kata: Apa nak jadi kalau nafsu dah kuasai diri...fikir-fikirkanlah!!!
Monday, May 28, 2012
PANAS: ANAK KANTOI BEROMEN DENGAN IBUNYA!!
Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.
Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.
Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.
Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.
Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.
“Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya. - Metro
GR kata: Kecik-kecik dah pandai buat 'macam-macam'...macam mana pula dengan orang tua yang siap ada videonya sekali yer?? Fikir-fikirkanlah....
Tuesday, May 22, 2012
PANAS: HEBAT BETUL! KANTOI BEROMEN 2 KALI!!
Sepasang kekasih yang tidak serik berkhalwat dan kes tangkapan mereka masih dibicarakan di Mahkamah Syariah sekali lagi dicekup oleh penguat kuasa agama di sebuah rumah, di Taman Chempaka pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, seorang perempuan berusia 22 tahun dan teman lelakinya berusia 27 tahun itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, sepasukan anggota penguat kuasa mengetuk pintu rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek beberapa minit kemudian.
“Manakala teman wanitanya yang hanya berkemban berlari ke bilik dari ruang tamu untuk memakai pakaian. Kami menemui coli dan seluar pendek milik wanita itu di atas katil yang diletakkan di ruang tamu rumah sewa pasangan tersebut dan kondom di atas lantai".
Menurutnya, pasangan itu menyerahkan sijil nikah yang diragui berikutan tiada cop pengesahan dari pejabat agama.
“Lelaki yang sudah berkahwin itu melakukan kesalahan kerana berpoligami tanpa kebenaran dan sanggup bernikah bersama teman wanitanya di sempadan Thailand,” katanya.
Ahmad Nawi berkata, pasangan itu pernah ditangkap berkhalwat pada jam 1 pagi, tiga minggu lalu di kediaman sama. Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. - SH
GR kata: Macam-macam dunia sekarang...Apa citer Ostad Kaunseling jam 3 pagi tu yer?? Senyap jer ker...???
Thursday, April 19, 2012
PANAS: REMAJA MELAYU YANG TAK TAHU MALU..!!
Apa yang boleh kita lihat gambar di atas, inikah budaya yang kita banggakan sebagai seorang bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Dengan tidak ada perasaan malu, sanggup berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, lokasi mereka bercanda bercumbuan ini di salah sebuah hospital di ibu kota. Adakah mereka sakit dan menunggu giliran untuk dirawat GR tidak pasti, tapi kelakuan ini ternyata sungguh biadap. Lihat lagi gambar di bawah, tanpa segan silu remaja ini berasrama....
Apa yang kita boleh katakan pada mereka ini dan yang diluar sana pembaca nilailah sendiri. Pendapat GR, ditempat awam sebegini seharusnya ada pengawal bertugas harus berani menegur kerana ini adalah budaya yang tidak sihat. Renung-renungkanlah....
GR kata: Hormatilah orang disekelilingi kita, jangan malukan bangsa sendiri....
Wednesday, April 18, 2012
PANAS: PELAJAR SPM TAK LEPAS LAGI, DAH PANDAI BEROMEN!!
Demi cinta, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut di tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng untuk menemui teman lelakinya bagi memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat bandar ini.
Bagaimanapun, kunjungan gadis itu ke bilik disewa teman lelakinya dengan harga RM65 satu malam sejak dua hari lalu itu membawa padah apabila mereka dicekup pihak Pegawai Penguatkuasa Syariah (PSS) kerana berdua-duaan di bilik hotel.
Pasangan terbabit ketika ditangkap
Ketika serbuan dilakukan PPS Dungun kira-kira jam 8.30 pagi, gadis yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berpakaian biasa manakala teman lelakinya yang berasal dari Kuala Terengganu hanya berseluar pendek.
Pelajar perempuan itu dikatakan keluar rumah dengan memakai uniform sekolah, namun dia tidak pergi ke sekolah, sebaliknya menuju ke bandar Dungun untuk menemui teman lelakinya di hotel yang terletak di deretan bangunan perniagaan Sura Gate.
Difahamkan, kedua-dua pasangan tersebut berkenalan melalui telefon sejak beberapa minggu lalu dan ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Tanah Lot itu dikatakan datang ke hotel berkenaan untuk menghantar makanan kepada teman lelakinya yang difahamkan baru bangun tidur. Soal siasat PPS mendapati kedua-dua mereka tiada hubungan muhrim sah dan pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan.
Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. - SH
GR kata: Seksualiti Merdeka?? Inikah yang rakyat mahukan?? Renung-renungkanlah....
Tuesday, April 17, 2012
KISAH NGERI: GUGUR ANAK BUDAYA SUKA-SUKA! MANUSIA ATAU BINATANG MEREKA INI??
Pengguguran Anak di Singapura....Sanggupkah pembaca lihat gambar di atas, rasa nak menitis air mata...
Sedih apabila mengenangkan nasib orang Islam di Singapura dengan pengguguran anak di Singapura. Just to share reality dunia sekarang. GR keberatan menyiarkan gambar ini. Diakui ianya ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah berbincang panjang, GR dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini. GR berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab dan alasan sekali pun.
Setengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat. Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan (seperti gambar di atas) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang. Rakan GR dari krew TV3 sempat menyaksikan suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara Aman baru-baru ini.
Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat. Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital- hospital tersebut. Apakah Malaysia juga bakal ke arah budaya kotor ini??
GR kata: Apakah dosa bakal-bakal bayi yang lahir ini?? Siapakah yang harus dipersalahkan?? Harap kita semua Renung-renungkanlah....
Monday, April 9, 2012
KISAH BENAR: IBU SELAMBA ANAK BEROMEN DEPAN MATA!!
Si Ani tinggal bersama adik beradik dan ibunya setelah ayahnya meninggal dunia. Si Ani ni kurang berpelajaran sebab tak ambil spm pun tapi dia rajin bekerja.
Aku suka berkawan dengan dia sebab dia ramah. Dia memang cantik jadi ramai minat dia. Bila aku makin rapat dengan dia, aku dapat tahu dia dah ada boyfriend. Boyfriend dia tak lah hensem pun, tapi rasanya poket dia berisi jugak lah.
Suatu hari tu, dia bergaduh dengan boyfriendnya dan aku sebagai kawan jadilah pendengar. Dia bagitau aku yang dia tak boleh berpisah dengan boyfriendnya. Aku tanya dia kenapa? dia kan cantik, mesti boleh dapat yang lebih baik.
Dia kata, dorang dah tinggal serumah, sebilik.. dah sehati sejiwa, terasa kosong hidup dia kalau mereka berpisah. Aku terkedu.. tapi aku kawal perasaan terkejut aku.. Aku tanya dia, "dia duduk serumah dengan kau dan mak kau ke?"
Dia jawab, " Yeah. Memang dia duduk kat rumah saya pun, baju-baju dia ada kat rumah tu. Kitorang dah macam laki bini." Aku tanya lagi, kenapa tak kahwin je dengan dia. Dia kata diorang muda lagi, umur pun tak sampai 20 tahun lagi.
Aku diam jelah.. aku teringat pada maknya.. seorang wanita tua yang nampak kekampungan dan bertudung. Dalam fikiran aku waktu tu hanyalah pikir.. Macam mana seorang ibu boleh membenarkan anaknya melakukan maksiat di depan matanya, di rumahnya. - Sumber
GR kata: Ibu bapa adalah penjaga dan pendidik yang terbaik kepada anak-anak. Renung-renungkanlah....
Friday, April 6, 2012
PANAS: COUPLE MELAYU KANTOI BEROMEN DALAM LIF!!
Apa nak jadi dengan budaya sekarang...di mana-mana saja pun jadi untuk melepaskan hawa nafsu. Inikah yang kita ingin banggakan dengan kehidupan yang semakin mencabar. Jika kita lihat gambar di atas, perwatakan mereka ini adalah orang Melayu dan Islam. Tak malu ker?? Di mana ianya berlaku GR tidak pasti kerana menerima emel dari pembaca GR. Lihat lagi gambar di bawah pasangan yang dah tak tahan ni....
Macam tak der tempat lain nak lepaskan nafsukan?? Apa nak jadi?? Tepuklah dada tanyalah iman...Renung-renungkan...
GR kata: Jangan jadi kawan syaitan, kawallah nafsu!! Macam mana dengan klip video pemimpin dengan China Doll, tak mengaku jugakan?? Isk isk isk...
PANAS: @Ambiga_S AJAR BUDAK KECIL TENTANG SEKSUALITI! MOHON SIASAT!!
Semasa berjalan-jalan di sebuah hipermarket di Cheras semalam, penulis terjumpa sebuah buku yang mengajar anak-anak yang membaca …
Yang penulis tahu, masa kecil dahulu kalau tidak silap cikgu penulis mengajar Z untuk zebra. Tapi buku yang penulis jumpa mengajar…Z untuk zakar! Adussss…
Perlukah budak berumur 5 atau 6 tahun diajar Z untuk zakar? Bodoh ke apa penerbit buku itu.
Memanglah secara teknikal zakar dieja dengan permulaan huruf z, dan secara teknikal betul la apa yang dicetak itu, namun seperti yang penulis cakap, perlukah tulis macam tu?
Apa takda benda lain ke nak buat contoh. Kalau bagi contoh Z untuk zorro pun lagi elok la banding dengan zakar. Ini betul-betul takda etika dan kawalan kualiti di pihak syarikat yang menerbitkan buku berkenaan.
Dan hipermarket yang jual buku itu pun sama-sama samdol dalam kes ini. Ini adalah contoh otak letak kat lutut, kalau bukan kat tempat z tu!
Penulis tak perlu nak jadi pakar psikologi untuk memberitahu contoh-contoh seperti yang terkandung dalam buku itu hanya memberikan pemahaman yang tidak perlu kepada kanak-kanak. Perlu ke budak perempuan atau lelaki 6 tahun belajar mengeja zakar?
Pihak yang berkenaan dan kementerian berkenaan terutama yang berkaitan dengan hal ehwal pengguna, sila la turun bawah buat kerja lebih sikit. Jangan anak-anak kecil dirosakkan secara halus.
Dan tolong perjelaskan camna buku begitu boleh terlepas ke pasaran? - Mynewshub
GR kata: Adakah ini yang perlu ada pada fikiran anak kecil?? Gejala sosial berleluasa itu yang Pakatan Pembangkang suka...betul tak??
Sunday, March 18, 2012
APA NAK JADI DENGAN REMAJA SEKARANG..!!!
Sedih bila GR lihat gambar di atas. Inikah anak bangsa Melayu yang kita banggakan?? Walhal inilah mereka-mereka yang akan mengharumkan negara suatu hari nanti. Apakah mereka berkelakuan begini boleh membuatkan mereka bangga diri?? Jika kita lihat mereka ini cukup baik dari sifat luarannya, seorang pelajar yang sangat baik. Betul kan???
Keruntuhan akhlak sekarang ini semakin berleluasa dikalangan remaja terutama sekali pelajar sekolah. Siapakah yang ingin kita persalahkan dalam perkara ini. Adakah mereka ini kurang didikan agama dalam keluarga mereka atau pun kurang didikan agama di sekolah?? Ibu bapa yang salah atau guru di sekolah??
GR mohon agar pihak sekolah dan ibu bapa khususnya sentiasa memantau kegiatan dan cara pergaulan anak kita. Siapa lagi pewaris bangsa dan negara kalau bukan dari kalangan anak muda. Betul tak?? Renung-renungkan....
GR kata: Pemimpin yang kurang ajar, ada tak???
Saturday, March 10, 2012
PANAS: DOKTOR PELATIH NAK ROMEN PELAJAR SENDIRI??
Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mendakwa dicabul seorang doktor pelatih di sebuah hospital di sini pada 4 Mac lalu. Pelajar terbabit dikatakan dicabul ketika berada di unit kecemasan hospital terbabit kira-kira jam 10.20 pagi ketika mendapatkan rawatan.
Menurut sumber, mangsa pada mulanya dirawat seorang doktor perempuan, namun terpaksa meninggalkan mangsa kerana perlu merawat kes kecemasan.
“Seorang doktor lelaki masuk ke bilik rawatan dan tanpa sebarang soalan, doktor tersebut meraba buah dada mangsa.
“Selepas meraba mangsa, doktor tersebut juga meminta seorang jururawat untuk memeriksa pelajar itu dan kemudian meraba alat sulit mangsa,” katanya.
Pelajar itu juga diarahkan doktor tersebut untuk melakukan senaman secara berhadapan dan dia memegang pinggang mangsa serta diarah melentikkan diri menyebabkan mangsa dicabul sekali lagi.
Apabila mangsa menyedari dirinya dicabul, dan tindakan tersebut bukannya rawatan, mangsa kemudiannya melarikan diri dari bilik itu serta membuat aduan kepada doktor wanita yang mula-mula merawatnya.
“Bagaimanapun, surat yang ditulis oleh mangsa kepada hospital tersebut tidak dilayan sehingga kini. Mangsa dikatakan lambat membuat laporan kerana terpaksa menduduki ujian peperiksaan,”katanya.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.
GR kata: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya". Renung-renungkan....
Monday, March 5, 2012
PANAS: EMAK JUAL ANAK JADI PELACUR??
Bagaimanapun, remaja itu bernasib baik apabila seorang lelaki yang berniat melanggannya, simpati akan nasibnya selepas mangsa menceritakan keadaan sebenar lalu menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberi bantuan.
Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah yang mendedahkan kejadian itu berkata, wanita penghidap HIV terbabit tergamak bertindak demikian sebagai jalan mudah untuk melepaskan tanggungjawab sekiranya dia ditimpa perkara tidak diingini selain meringankan bebannya.
“Semuanya terdedah selepas kami menerima maklumat berkaitan cubaan menjual mangsa daripada pelanggan gadis itu yang simpati dengan nasib malangnya.
“Itu kali pertama mangsa dipaksa melacur, jadi dia merayu kepada lelaki terbabit supaya jangan mengapa-apakannya serta menceritakan nasib malangnya. “Lelaki itu yang simpati kepada mangsa tidak jadi melanggannya, sebaliknya menyerahkan mangsa kepada kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Khatijah berkata, pihaknya melakukan intipan selama beberapa hari dan mendapati dua beranak berkenaan menyewa bilik sebuah rumah kedai di sekitar bandar raya ini.
“Kami kemudiannya menyerbu bilik berkenaan. Selepas diselamatkan, gadis berkenaan kemudiannya ditempatkan di sebuah pusat perlindungan di sekitar bandar raya ini,” katanya.
Menurutnya, hasil soal siasat remaja perempuan itu didapati keciciran sekolah dan sebelum ini ibunya juga memaksanya mengemis untuk mendapatkan wang. “Mangsa mendakwa ibunya juga pernah cuba memujuknya untuk melacur beberapa kali namun gadis berkenaan berjaya mengelak.
“Ibunya yang turut kami tahan kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan pesakit HIV di Taman Abad. Ketika disoal siasat, pada mulanya dia enggan mengaku cuba menjual anak gadisnya tetapi akhirnya mengubah pengakuan,” katanya.
Khatijah bagaimanapun enggan mendedahkan harga yang ditetapkan ibu gadis terbabit ketika dia mahu dijual. Menurutnya, mangsa kini sudah menyambung persekolahan malah sentiasa diberikan kaunseling selain didedahkan dengan aktiviti berfaedah baginya meneruskan kehidupan baru.
Khatijah berkata, mana-mana ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak atau individu yang dijaga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33, Akta Kanak-kanak 2011. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes pengabaian kanak-kanak mahu pun remaja berusia kurang 18 tahun diminta untuk menyalurkan aduan kepada JKM di talian 07-2282971.
GR kata: Dunia akhir zaman.....
Wednesday, February 15, 2012
PANAS: MAYAT BAYI DALAM BALDI...SEDIHNYA!!!
Mayat seorang bayi perempuan dijumpai dalam sebuah baldi di bilik air surau sebuah kolej swasta di Kampong Kandis, Tebong, Bachok Kelantan hari ini. Bayi yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan itu, dijumpai oleh dua orang pembersih tandas sebelum melaporkan kepada penyelia kolej berkenaan kira-kira jam 10.40 pagi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jmaluddin Abdul Rahman, berkata polis menerima aduan mengenai penemuan mayat bayi itu daripada seorang pegawai dari kolej. "Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, untuk dibedah siasat dan setakat ini polis belum mengtahui motif pembuangan bayi itu," Katanya kepada Bernama disini hari ini.
Jamaluddin berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat bagaimanapun polis sudah mengenal pasti suspek yang membuang bayi.
GR kata: Masa 'sedap' tak fikir pulak, dah jadi macam ni bayi yang tak bersalah jadi mangsa. Binatang pun pandai sayang anak sendiri, manusia pula suka buang-buang. Macam SETAN!!
Tuesday, February 14, 2012
KANTOI: BAPA SANGKA ANAK STUDY, RUPANYA BUAT 'PROJEK'!!
Luluh hati seorang ayah selepas mendapat tahu anak gadisnya berusia 15 tahun yang lewat pulang ke rumah sebenarnya menginap di hotel bajet di Taman Desa bersama dua lelaki.
Malah, remaja bawah umur itu turut mengakui mengadakan hubungan seks dengan seorang daripada lelaki itu, semalam. Dalam kejadian jam 1 pagi itu, pekerja kilang berusia 39 tahun itu bersama rakan baik anaknya pergi ke hotel berkenaan sebaik mendapat tahu anaknya berada di hotel itu.
Menurut sumber, dia pada mulanya menyangka anak gadisnya itu lewat pulang dari sekolah kerana mengulang kaji pelajaran sebelum menghubungi rakan baik anaknya untuk mengetahui ke mana anaknya itu pergi.
“Lelaki berkenaan terkejut selepas dimaklumkan anaknya berada di bilik hotel di kawasan berhampiran sebelum mengajak rakan anaknya pergi ke hotel itu. “Namun sebaik pintu bilik hotel dibuka, dia terkejut mendapati anaknya berada bersama dua lelaki.
“Tergamam melihat keadaan itu, lelaki terbabit terus bertindak menahan kedua-dua rakan anaknya itu, namun seorang daripada mereka berjaya melarikan diri,” katanya. Sumber berkata, lelaki itu kemudian membawa anaknya dan rakan lelakinya itu untuk membuat laporan di Balai Polis Petaling.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.
GR kata: Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memberikan didikan yang baik untuk anak-anak. Renung-renungkan....
Subscribe to:
Posts (Atom)






















