Monday, April 9, 2012

KISAH BENAR: IBU SELAMBA ANAK BEROMEN DEPAN MATA!!


Ini kisah benar GR ingin kongsikan bukanlah untuk aibkan sesiapa..

Si Ani tinggal bersama adik beradik dan ibunya setelah ayahnya meninggal dunia. Si Ani ni kurang berpelajaran sebab tak ambil spm pun tapi dia rajin bekerja.

Aku suka berkawan dengan dia sebab dia ramah. Dia memang cantik jadi ramai minat dia. Bila aku makin rapat dengan dia, aku dapat tahu dia dah ada boyfriend. Boyfriend dia tak lah hensem pun, tapi rasanya poket dia berisi jugak lah.

Suatu hari tu, dia bergaduh dengan boyfriendnya dan aku sebagai kawan jadilah pendengar. Dia bagitau aku yang dia tak boleh berpisah dengan boyfriendnya. Aku tanya dia kenapa? dia kan cantik, mesti boleh dapat yang lebih baik.

Dia kata, dorang dah tinggal serumah, sebilik.. dah sehati sejiwa, terasa kosong hidup dia kalau mereka berpisah. Aku terkedu.. tapi aku kawal perasaan terkejut aku.. Aku tanya dia, "dia duduk serumah dengan kau dan mak kau ke?"

Dia jawab, " Yeah. Memang dia duduk kat rumah saya pun, baju-baju dia ada kat rumah tu. Kitorang dah macam laki bini." Aku tanya lagi, kenapa tak kahwin je dengan dia. Dia kata diorang muda lagi, umur pun tak sampai 20 tahun lagi.

Aku diam jelah.. aku teringat pada maknya.. seorang wanita tua yang nampak kekampungan dan bertudung. Dalam fikiran aku waktu tu hanyalah pikir.. Macam mana seorang ibu boleh membenarkan anaknya melakukan maksiat di depan matanya, di rumahnya. - Sumber


GR kata: Ibu bapa adalah penjaga dan pendidik yang terbaik kepada anak-anak. Renung-renungkanlah....

No comments:

Artikel pelbagai