Nampaknya pihak penganjur Bersih 3.0 dah tak ada modal untuk meraih simpati rakyat sertai mereka pada perhimpunan yang bakal diadakan pada akhir bulan ini. Siapakah mereka yang boleh menentukan bahawa Dataran Merdeka milik rakyat Malaysia. Dataran Merdeka adalah mengisytihar kemerdekaan ketika Malaysia mendapat kemerdekaan.
Tempat bersejarah harus kita pelihara dari dicemar dan dirosakkan oleh mereka tidak ada perasaan kasih dan sayang pada negara. GR ingin sarankan pada Ambiga jika benar Dataran Merdeka ini milik rakyat, tanyalah pada seluruh rakyat Malaysia mintalah kebenaran pada rakyat untuk diadakan Bersih 3.0...itu pu jika rakyat Malaysia benarkan. Jika tidak janganlah mimpi disiang hari. Usahlah berikan jawapan sendiri...itu namanya syok sendiri.
Pada rakyat Malaysia, fikirkanlah apakah benar puak-puak Pakatan Haprak ini akan mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 secara aman?? Lihat sajalah perhimpunan lain yang mereka adakan, pernah ker secara aman?? Akan menyalahkan PDRM dan fitnah Kerajaan kerana berlaku kekasaran kepada mereka. Siapa yang membuat onar dan huru hara sebenarnya? Takkan pihak Polis sesuka hati nak bertindak kasar, Poliskan tugasnya mengawal ketenteraman awam. Renung-renungkanlah....
GR kata: Jangan menyusahkan rakyat yang ingin keluar beriadah pada hujung minggu dan jangan malukan negara pada dunia luar....
No comments:
Post a Comment