Showing posts with label PAS IS DEAD. Show all posts
Showing posts with label PAS IS DEAD. Show all posts
Tuesday, May 29, 2012
PANAS: SIAPA SEBENARNYA NIK AZIZ DAN HADI AWANG??
Kedua-duanya orang kuat PAS dan mereka memegang jawatan-jawatan utama dalam parti itu. Tapi tahukah kita sejarah mereka? Mari kita lihat secara ringkas riwayat kehidupan mereka ini.
Nik Aziz adalah seorang pelajar dalam bidang tafsir dan usuludin di sebuah pondok di Hyderabab. Pondok tersebut letaknya di Deo Band yang mana adalah dipengaruhi fahaman Wahabi. Fahaman Wahabi ini adalah adik kepada Khawarij yang mempunyai sikap “tidak Sabar”.
Puak Khawarij ini menuduh Syaidina Ali dengan bermacam-macam tuduhan selepas beliau mengambil alih pucuk pemerintahan Islam selepas kematian Syaidina Osman.
Muktazilan mendesak supaya Ali segera menyiasat dan menangkap pembunuh pemerintah lalu. Tetapi Syaidina Ali memohon mereka bersabar kerana beliau ingin menyusun kerajaan beliau pada waktu itu.
Tetapi kerana ketidaksabaran mereka, maka mereka memusuhi sesiapa saja yang tidak menyokong mereka. Sikap ini ditonjolkan dalam perangai ahli-ahli PAS. Seterusnya selepas pulang ke Malaysia, Nik Aziz mengajar ilmu agama di surau-surau serta mana-mana tempat yang orangramai panggil beliau untuk memberi kuliah.
Ahli-ahli UMNO sangat kesian melihat beliau yang ke sana-sini mengajar agama dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Maka mereka membawa beliau ke dalam Kemas sebagai Guru Agama.
Beliau juga pernah dilawati oleh Anwar Ibrahim sewaktu di Kelantan dan hasil dari itu Anwar Ibrahim mencadangkan beliau membuka sebuah pondok untuk dijadiukan pusat pembelajaran agama. Nama pondok itupun hampir sama dengan nama Anwar Ibrahim.
Cuba pergi Kelantan dan siasat!
Untuk menjadi guru Kemas, beliau mesti menjadi ahli UMNO terlebih dahulu dan beliau pun menjadi ahli UMNO demi untuk menjadi petugas Kemas. Walaubagaimanapun selepas beberapa lama menjadi guru agama Kemas, dalam menjalani proses kenaikan pangkat beliau telah gagal kerana ketiadaan ketokohan serta kegagalan dalam interview. Maka bertitik tolak dari situlah beliau terus keluar dari UMNO serta Kemas dan menjadi seorang ahli PAS.
Bermulalah era ‘sikap tidak sabar’ beliau serta penyokong-penyokong beliau hasil serba sedikit pengajaran dari pondok di India yang berfahaman Wahabi. Sehingga ini kita dapat melihat sikap tersebut. Ini satu kejayaan besar Nik Aziz dalam karier politik beliau … menanamkan sikap tidak sabar dikalangan pengikut beliau.
Sementara itu Hadi pula adalah secara ringkasnya seorang pelajar bidang Dakwah dan Usuludin di luarnegara. Setelah tamat pengajian beliau pulan ke Malaysia dan bertugas sebagai pegawai agama di agansi kerajaan di Terengganu.
Bapanya iaitu Hj. Awang adalah bekas Setiausaha UMNO bahagian di Terengganu, Di Atas kekuatan bapanya sebagai seorang Setiausaha bahagian, maka dengan senangnya beliau dilantik menjadi pegawai agama di Terengganu.
Tetapi, selepas gagal dilantik sebagai Kadi kerana ketidakupayaan atau kegagalan menghasilkan prestasi tugas yang baik, beliau terus mendaftar menjadi ahli PAS dan meletakkan jawatan sebagai pegawai Agama. Dan selepas itu beliaulah yang menfatwakan yang UMNO itu kafir.
Itulah dua orang pemimpin PAS. Kedua-duanya kecewa kerana tidak mendapat jawatan yang lebih tinggi. Kedua-duanya adalah bekas pemakan budi UMNO. Kedua-duanya juga menjadi pemecahbelah kepada masyarakat Melayu Islam di Malaysia.
Yang lebih penting ialah kegagalan mereka berdua menghasilkan undang-undang hudud yang sama. Undang-undang hudud PAS Terengganu juah berbeza dengan undang-undang hudud PAS Kelantan. Kenapa terjadi begini?
Ini adalah kerana mereka berdua bukan pakar dalam bidang syariah. Mereka hanya pakar dalan dakwah, tafsir dan usuludin. Seorang pandai bercakap dan seorang lagi hanya pandai mentafsir tetapi mengikut citarasa sendiri dan kepentingan parti.
GR kata: Mana perjuangan negeri kebajikan dan Hudud PAS?? Saja nak meraih simpati dan undi rakyat ajer ker??
Saturday, April 7, 2012
PAS BAKAL TUKAR AGAMA?? OSTAD PAS TOLONG JAWAB!!
Di manakah pendirian dan perjuangan sebenar PAS sebenarnya?? Apakah mereka ini hanya menggunakan Islam sebagai batu loncatan untuk mereka berpolitik? Menggunakan Islam untuk meraih simpati rakyat dan undi kepada mereka?? Lihat sajalah keratan akhbar di atas...di manakah PAS ini sebenarnya??
Pada pendapat GR, jika benar PAS ini mempertahankan Islam dan memperjuangkan Islam kenapa harus diperbanyakkan rumah ibadat kaum yang bukan Islam. Bukan tidak boleh didirikan, tapi kena harus lebih banyak dibina, mungkinkah suatu hari nanti masjid dan surau akan terhapus begitu saja seperti yang terjadi di negara-negara luar.
Inilah adalah rancangan jahat Pakatan Pembangkang, mereka sedikit demi sedikit akan cuba menghapuskan Islam dan juga akan cuba memainkan isu perkauman. Inikah parti yang katanya membela nasib rakyat? Apa yang mereka bawakan hanyalah dari suara rakyat?? Ini semua PENIPU BESAR dari puak-puak mereka ini. Sedarlah wahai pembaca sekalian, Pakatan Pembangkang hanya pandai berkata-kata, pandai menabur janji tapi tidak akan tunaikan janji tersebut. Mereka tidak pandang kebajikan rakyat sebenarnya, apa yang mereka tahu hanyalah untuk kepentingan peribadi mereka saja.
GR kata: Kesian tengok ulama' yang sebenar dalam PAS, hanya mampu diam. Tak boleh kata apa-apa!!!!
Thursday, April 5, 2012
PANAS: JANGAN MAIN-MAIN DENGAN RUMAH ALLAH S.W.T!!
Lihat gambar di atas, apakah mereka-mereka ini masih tidak sedar dengan bukti kekuasaan Allah?? Masih mempermainkan Islam demi kepentingan peribadi mereka sendiri untuk menang dalam PRU 13 nanti?? Inilah dia ostad-ostad PAS yang bijak pandai dalam agama tapi mempersiakan kelebihan yang Allah beri pada mereka.
Gambar di atas jelas menunjukkan seorang yang bukan Islam atau lebih eloknya tidak suci dari segi zahir dan batin tidak boleh masuk ke dalam rumah Allah. Lihat kawasan jemaah di bahagian bawah boleh banjir sebab pada hari sebelumnya pemimpin Pakatan Pembangkang bukan Islam masuk dalam masjid ini untuk bagi ceramah. Nampak pelikkan?? Tapi inilah dia bukti kekuasaan Allah S.W.T yang tiada tolok bandingnya.
GR kata: Kalau Ostad-ostad PAS tak sedar lagi tak tau lah!!!
Monday, April 2, 2012
PAS AKAN LAKSANAKAN HUDUD?? TAPI....
Inilah dia PAS...heboh sana sini nak laksanakan HUDUD tapi buatnya tak juga. Terutama sekali di negeri pentadbiran mereka di Kelantan. Nak laksanakan macam mana kalau DAP dan PKR kata jangan..sebab hukum HUDUD ni kena balik pada batang muka diaorang. Betul tak??? He he he
Memang hukum HUDUD itu berlandaskan Islam, tapi janganlah cuba mempolitikan undang-undang Islam ni demi meraih simpati undi rakyat. Dan juga janganlah salahkn UMNO/BN sebab tolak HUDUD ni...persoalannya tolak 100% ker wahai ostad-ostad PAS?? Pembaca nilailah sendiri yer....
GR kata: Duk sibuk HUDUD...betulkan mengucap tu dulu ostad-ostad PAS oiiii!!!
'KEPANDAIAN' @MahfuzOmar TERSERLAH DENGAN SENDIRINYA!!
Pembaca lihatlah sendiri di bawah seorang MP PAS yang pandai bertutur dalam English. He he he. Cakap pun berbelit lidah ada hati nak putar belit isu Israel. Boss depa yang kamcing dengan Israel dituduhnya pulak UMNO/BN ada hubungan dagang dengan Israel. Aduyaiii... hi hi hi
GR kata: Itulah perlunya English Education... He he he
GR kata: Itulah perlunya English Education... He he he
Tuesday, March 27, 2012
@Ambiga_S BAKAL ADA PARTI SENDIRI TAK LAMA LAGI!! @nikabdulaziz
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mendedahkan terdapat pihak tertentu dalam PAS yang cuba membawa masuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga untuk diangkat menjadi naib presiden parti itu.
Katanya, desas-desus itu semakin kencang selepas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad sendiri secara terbuka mengakui parti tersebut sedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin tertinggi. Katanya, perkara tersebut tidak mustahil kerana Ambiga diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu serta kumpulan ‘Anwarinas’ yang kini menguasai lebih 70% parti PAS.
“Justeru saya meminta Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberi penjelasan sama ada Ambiga bakal mengisi jawatan naib presiden melalui lantikan atau pemilihan. Jika dilantik apakah ia dibuat sebelum pilihan raya umum??".
GR kata: Islam entah ke mana politik pun entah ke mana, kebajikan rakyat entah ke mana...PAS oh PAS!!!
Sunday, March 25, 2012
PANAS!! @Tantawii100 MAKI HAMUN MELAYU!!
Apa yang kita boleh kategorikan dengan puak-puak PAS ni, bangsa sendiri pun boleh dimaki hamun ini ker yang katanya memperjuangkan Islam. GR sendiri lihat macam ni pun boleh sakit hati, inikan pula pembaca sekalian yang baca maki hamun di atas.
Inilah dia PAS, mereka sebenarnya bukan untuk memperjuangkan kepentingan Melayu itu sendiri tetapi untuk menHANCURkan Melayu itu sendiri kerana dibelakang mereka ialah DAP yang sudah semestinya sebuah parti racist yang ingin memBUNUH Melayu. Mereka ini hanya pandai berkata-kata, dan sayang sekali dengan ilmu Islam yang mereka ada dalam diri mereka mensia-siakannya saja.
Jika kita lihat golongan ulama' yang ada di dalam PAS seperti Dato' Harun Din, Hassan Ali dan seangkatan dengan mereka, mereka ini tidak pernah mengeluarkan fatwa yang boleh menyeleweng akidah umat Islam ini tapi sering memperjuangkan agama berlandaskan Islam. GR tabik pada mereka ini kerana tidak bersekongkol dengan puak-puak yang ingin menghancurkan Islam itu sendiri.
Dalam gambar di atas pembaca lihatlah sendiri inikah dia puak PAS yang rata-rata mereka ini orang Melayu yang tidak cintakan bangsanya sendiri. Seharusnya rakyat Malaysia TOLAK mereka (PAS) ini, kerana mereka ini bukannya memperjuangan Islam dan hak Melayu serta masyarakat lain di Malaysia tapi mereka hanyalah mempunyai kepentingan peribadi mereka sendiri. Kita tidak boleh memberi peluang langsung pada mereka kerana lihatlah sendiri negeri yang mereka tadbir sekarang HANCUR dan nasib rakyat tidak dibela!!!
GR kata: Selagi Melayu, Selagi Itu Tolak PAS!!!
Wednesday, March 21, 2012
PANAS: OSTAD-OSTAD PAS JADI MURTAD?? @anwaribrahim @nikabdulaziz
Pembaca lihat sendiri gambar di atas, apa yang boleh kita kategorikan pada Ostad-ostad PAS ni?? Apakah mereka ini sanggup mempermainkan Islam dengan berdoa bersujud di dalam Tokong Buddha demi meraih simpati undi masyarakat Cina?? Bawak mengucap wahai Ostad-ostad PAS, jangan sampai diri itu boleh keluar dari landasan Islam. Nauzubillah!!!
GR sedih dengan politik yang dibawakan oleh PAS. Bukan niat GR mengatakan Ostad-ostad PAS ini murtad, tapi lihatlah apa yang mereka perjuangkan selama ini. Apakah mengikut matlamat mereka yang sebenar dalam memperjuangkan Islam yang mereka utarakan sejak zaman penubuhan PAS??
GR akur dalam PAS ini terdiri dari ulama'-ulama' yang bijak pandai dalam agama. Tapi kenapa mesti memperjudikan Islam itu sendiri demi kepentingan peribadi. Lihat Ustaz Haron Din dan Ulama' PAS yang seangkatan dengan beliau, tidak pernah pun mengeluarkan fatwa yang bukan berlandaskan Islam. Islam itukan agama yang suci, janganlah cemari Islam itu dengan membuat perkara-perkara yang boleh mendatangkan mudarat pada Islam dan juga diri sendiri. Berdoa di dalam tempat beribadat kaum bukan Islam boleh ker?? Kesucian rumah ibadat itu terjamin ker??
Sedarlah wahai Ostad-ostad PAS, rakyat sudah menyampah dengan tingkah laku yang korang buat. Satu persatu Islam dipermainkan begitu saja. Janganlah ikut telunjuk dan janji-janji seorang pemimpin yang ingin menguasai semua pucuk pimpinan Pakatan Rakyat dan juga bercita-cita untuk menang pada PRU 13 nanti. Si pemimpin itu hanya gunakan korang jer untuk capai apa yang beliau inginkan...kalau dapat nanti jawabnya Good Bye lah!!!! Renung-renungkan....
Baca kisah sama di sini
GR kata: Parti Islam SeMalaysia ker ni macam ni?? PAS Is Dead!!!
Thursday, March 15, 2012
PANAS: Kedah akan Jadi Negeri Jelapang BABI??
Semakin hari semakin gila dan sewel PAS memerintah negeri Kedah. Janji pada PRU-12 sampai la ni tidak diTUNAIkan. Alasan yang diberikan baru memerintah, boleh diterima pakai ker?? Pada GR TIDAK sama sekali. Kalau tak manakan boleh tabur JANJI sana sini sebelum PRU-12 dulu. Di sini GR tidak mau kupas tentang manifesto PAS pada PRU-12, tapi ada maklumat yang lebih panas dari negeri yang terkenal dengan Jelapang Padi ini.
Terkini, GR difahamkan dari maklumat dalam PAS Kedah bahawa mereka akan menjadikan negeri Kedah dengan jolokan nama "Jelapang Babi".. Di mana Kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan projek baru yakni kandang memproses daging BABI secara besar-besaran di Kedah. Di kandang tersebut mereka akan menggunakan kaedah moden. Moden yang macam mana?? Siap ada penghawa dingin (aircond) tau dalam kandang tersebut. Wahhhh...dahsyat tu!! BABI tido dalam aircond tu...
Nampaknya Menteri Besar Kedah, Azizan menerima tekanan daripada DAP dalam Pakatan Rakyat agar meluluskan projek ladang penternakan babi secara moden dan besar-besaran yang mungkin ladang ternakan terbesar di Malaysia dan juga ASEAN.
Tahniah kepada kerajaan Kedah Pas di bawah kepimpinan Azizan yang hanya menjadi pak turut kepada tekanan DAP dan membabilisasikan ternakan di Kedah.
Baca juga di Klik Sini dan Klik Di sini
GR kata: Sedih dengan Kedah sekarang, negeri yang banyak melahirkan ulama' tapi 'digadaikan' begitu saja demi kepentingan peribadi pemimpin...
Monday, March 5, 2012
PANASSSS: Mesyuarat PAS Kedah Huru-hara Lagi!!
Keputusan tak rasmi telah diketahui!!
Setelah melalui dua mesyuarat. Di Rumah rasmi menteri besar Kedah dan di Pas Pusat. Disaksikan oleh AJK Perhubungan PAS Kedah dan Pusat, setelah mendengar hujah2 dari dua orang terbabit. Keputusan mesyuarat telah dibuat. Sekurang-kurangnya ia kekal sehingga habis PRU ke 13 nanti.
Keputusan mesyuarat:
1. Ustaz Azizan kekal sebagai MB Kedah.
2. Phahrolrazi dan Ismail mesti menerima balik jawatan Exco
Itu saja maklumat yang Mc terima. Untuk keputusan rasmi, kita tunggu sidang media oleh Presiden PAS pada pukul 11.00 pagi ini.
Sumber: Kedah KL
GR kata: Kita tunggu dan lihat apa pulak lepas ni...kopiah terbang kah??
Sunday, March 4, 2012
Anwar Janji Lagi? Hangpa Ikut Aku, Dapat Jawatan!!
Kemelut politik PAS di Kedah masih belum ada penyelesaiannya. Kenapa begitu?? Masalah dalaman PAS negeri mesti ada campur tangan dari pihak luar ker?? Inilah yang terbukti dalam permasalahan PAS di Kedah sekarang ini.
Exco kerajaan negeri Kedah yang menentang Datuk Seri Azizan Abdul Razak dipercayai dijanjikan jawatan Menteri Besar dan Exco kanan bagi memastikan penguasaan golongan Anwarinas di dalam Pas Kedah.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, langkah itu dilakukan bagi menjamin kelangsungan politik Anwar kerana Kerajaan Pas Kedah dilihat tidak selari dengan aspirasi perjuangan pakatan pembangkang.
Katanya, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri dilihat tidak memberi sokongan 100 peratus kepada Anwar walaupun berada di bawah satu gabungan.
Oleh itu katanya, satu gerakan diatur membabitkan kumpulan yang boleh dipercayai Anwar bagi menjatuhkan Azizan dengan mewujudkan keadaan politik tidak stabil di Kedah.
‘‘Namun Exco kerajaan negeri terlibat harus ingat dan berhati-hati kerana Anwar tidak mempunyai kapasiti untuk menentukan siapa yang akan menjadi Menteri Besar kerana ia akan ditentukan oleh pimpinan tertinggi Pas,” katanya lagi.
Beliau mengulas mengenai tekanan politik yang dihadapi Azizan sebagai Menteri Besar termasuk diboikot lima Exco kerajaan negeri daripada Pas pada mesyuarat khas tertutup parti itu yang dipengerusikannya semalam.
Azizan sebelum ini dikecam hebat oleh pemimpin pakatan sendiri apabila beliau mempertahankan tindakan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) Kedah menggantung pelajar selain keberaniannya menyanggah isi kandungan Buku Jingga pakatan pembangkang, apabila berkata ia bukan al-Quran.
Anuar dalam pada itu mendakwa, Anwar adalah ‘perancang’ di sebalik tekanan politik yang dihadapi Azizan kerana beliau akan cuba mewujudkan situasi kacau bilau apabila keadaan tidak berpihak kepadanya.
Katanya, Anwar seboleh mungkin berhasrat untuk mengawal semua parti dalam pembangkang supaya mengikuti kehendaknya walaupun beliau hanya merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).
GR kata: Siapa yang gila kuasa sekarang ni yer?? Pembaca lihat dan fikir-fikirkanlah....
Wednesday, February 29, 2012
TERKINI & PANAS: EXCO KEDAH BERGADUH..!!!
Pergolakan politik PAS di Kedah nampak semakin teruk sejak kebelakangan ini. PAS sekarang sudah melahirkan pak aji berkopiah pandai bersilat pula, bila dah pandai ada pula yang bertumbuk. Inikah contoh yang mereka perjuangan dalam parti?? Parti yang sejak dari dulu katanya memperjuangkan Islam, tapi lihat nilai yang mereka tunjukkan pada rakyat, tak ada akhlak sungguh.
Saban hari ada saja masalah yang timbul dalam politik PAS Kedah. Terbaru masalah Timb. Pesuruhjaya PAS Kedah 1, Phahrolrazi mengakui beliau tidak boleh bekerjasama dengan MB Azizan. Beliau juga menyatakan bahawa MB Azizan tidak menerima langsung pendapat yang beliau berikan.
Jom baca pendedahan eksklusif di Kedah Ke KL
GR kata: Berkata benar walaupun pahit....
Tuesday, February 21, 2012
Adakah PAS Masih Laku Di Kelantan?? Luahan Hati...
Nik Aziz menyifatkan tindakan Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya berhubung sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjamin keselamatan Israel sebagai mewakili PKR. Justeru, kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau tidak peduli dengan kenyataan Ketua Pembangkang tersebut yg dilihat tidak menghormati pendirian PAS berhubung negara Israel dan isu pembebasan Palestin.
“Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk mewakili PAS, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar tidak menghormati pendirian PAS), dia punya pasal, tak ada apa,” kata Nik Aziz.
Isu kelemahan kerajaan PAS Kelantan semakin terdedah kepada umum dan rakyat Kelantan mula bangkit. Kebangkitan rakyat Kelantan semankin dirasai kerana pelbagai bantahan diutarakan oleh rakyat dan NGO yang sudah lama rasa tertekan. "Banyak isu seperti masalah bekalan air yang 22 tahun gagal diselesaikan, masalah pemberian tanah kepada orang asli, Hudud tidak dijalankan, pemimpin tiada turun padang, masalah perumahan rakyat dan masalah ladang rakyat,"
Manakala Menteri Besar Kelantan Nik Aziz gagal menjawab segala persoalan yang ditimbulkan kerajaan PAS Kelantan. Malahan dalam ceramah pun tidak dijawab untuk selesaikan masalah itu tetapi hanya menjelaskan kenapa kerajaan negeri membiarkan masalah itu berlarutan dengan menggunakan kerajaan pusat sebagai kambing hitam.
Lebih teruk kerajaan PAS Kelantan menggunakan alasan yang tidak munasabah bahawa banyak perkara yang perlu diselesaikan dahulu sebelum boleh dijalankan amanah permintaan rakyat. Namun dan 22 tahun masalah itu meleret berlarutan dan rakyat sudah muak dengan alasan Nik Aziz. Kini Nik Aziz sudah tiada isu kerana kerajaan PAS sendiri lemah. Apa yang dia boleh katakan UMNO tidak pandai baca Al-Quran. Tak pandai pun UMNO buat kerja ikut Islam berbanding PAS lansung tiada keislamannya..!! dalam menjalankan amanah rakyat.
Thursday, February 16, 2012
PAS Dah Tak Mampu Di Kelantan! Rakyat Harus Sedar!!!
Sudah Tiba Masanya PAS Bukan Sahaja Perlu Ditolak Tapi Perlu DiTerajang Terus....
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi sebab mengapa Barisan Nasional (BN) perlu merampas kembali kerajaan negeri Kelantan daripada Pas. Beliau berkata sudah tiba masanya Pas, yang memerintah Kelantan sejak 1990, berhenti memerintah negeri itu kerana banyak isu rakyat tidak dapat diselesaikan seperti isu kemiskinan dan bekalan air bersih.
"Kelemahan yang berlaku dalam PAS membuatkan rakyat Kelantan menderita," katanya selepas program turun padang bersama rakyat di Jalan Pintu Gerbang. DS Mustapa Mohamed yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata "kelemahan dalam PAS menyebabkan parti itu terpaksa mengikut telunjuk DAP dan mengetepikan perjuangan asal menegak negara Islam. Kita tahu Pas sudah mengikut telunjuk DAP, kita tahu PAS tidak ada tulang belakang, mereka terpaksa mengikut rentak DAP, maka kerana itu rakyat hendaklah menolak PAS di Kelantan," katanya.
Mustapa berkata tidak pernah berlaku dalam sejarah di Kelantan di mana UMNO dan BN dilihat berada dalam keadan terbaik berikutan banyak isu yang menyakinkan rakyat supaya menolak PAS pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. "Sudah tiba masanya rakyat memberi peluang kepada BN menyelesaikan masalah mereka dengan memberi mandat kepada BN kembali memerintah di Kelantan".
GR kata: Bye bye PAS!! Anda sudah tidak relevan lagi. He he he
VIDEO EKSLUSIF: Amanat Haji Hadi!
Amanat Haji Hadi Awang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April1981.
“Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalahIslam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”
Sumber: APA
GR kata: Perjuangan PAS dah jauh terpesong dari matlamat mereka sebenarnya. Dan sekarang hanya menjadi kuda tunganggan PKR dan DAP jer....
Wednesday, February 15, 2012
PANAS: KENAPA PAJERO TU BERGOYANG???
Pada bab pertama Tukang Screw (KLIK SINI) ada menyatakan kisah seorang YB yang dipaksa mengahwini seorang wanita selepas ditangkap berdua-duaan di dalam sebuah kenderaan di sebuah pusat rekreasi di Kuala Krai.
Tukang Screw ada menemui beberapa penduduk tempatan yang terlibat dalam insiden tersebut dan telah memberitahu bahawa insiden tersebut berlaku dalam sebuah kenderaan Pajero bernombor pendaftaran WF_ 9019.
Apa yang membuatkan penduduk terlibat berasa curiga kerana waktu tersebut telah menghampiri waktu Maghrib dan Pajero tersebut bergoyang tanpa sebab walaupun tiada gempa bumi berlaku. Kerana mengesyaki kemungkinan perkara tidak diingini berlaku maka penduduk berkenaan telah menuju ke kenderaan tersebut dan mendapati YB dan pasangannya berada dalam kenderaan tersebut.
Sekadar hiasan
Di sini Tukang Screw ingin nyatakan bahawa tidak berlaku sebarang perlakuan tidak diingini hanya mereka berdua-duaan tanpa kehadiran orang ketiga dan kalau ada orang ketiga ialah SYAITAN! Dalam keadaan tersebut walaupun apa alasan baik yang diberikan pasti akan menimbulkan fitnah.
Perkara tersebut diketahui oleh bapa saudara pasangan wanita YB tersebut yang bernama Ismail. Ismail telah berjumpa YB tersebut dan mendesak supaya mengahwini anak buahnya atau beliau akan mendedahkan perkara tersebut kepada umum.
Berita tentang kejadian ini akhirnya sampai juga ke pengetahuan isteri YB bernama Fatimah yang mengambil inisiatif berjumpa sendiri bapa wanita tersebut bagi urusan pernikahan suami kesayangannya yang telah membuat onar di belakangnya.
Akhirnya pasangan khalwat ini bernikah dengan diwalikan oleh bapa wanita itu sendiri itupun diadakan di luar mukim. Selamat berbahagia YB, selain menjaga isteri kedua jangan lupa jaga kawasan. Perkara baik sebegini perlu diumumkan dan Tukang Screw cadangkan supaya YB mengadakan kenduri bagi meraikan perkahwinan kedua ini supaya tidak timbul fitnah.
Tukang Screw juga sentiasa menunggu kad jemputan daripada YB Arifabillah@Mohd Asri Ibrahim. Benda baik jangan nak dimalukan ye.
Perkara tersebut diketahui oleh bapa saudara pasangan wanita YB tersebut yang bernama Ismail. Ismail telah berjumpa YB tersebut dan mendesak supaya mengahwini anak buahnya atau beliau akan mendedahkan perkara tersebut kepada umum.
Berita tentang kejadian ini akhirnya sampai juga ke pengetahuan isteri YB bernama Fatimah yang mengambil inisiatif berjumpa sendiri bapa wanita tersebut bagi urusan pernikahan suami kesayangannya yang telah membuat onar di belakangnya.
Akhirnya pasangan khalwat ini bernikah dengan diwalikan oleh bapa wanita itu sendiri itupun diadakan di luar mukim. Selamat berbahagia YB, selain menjaga isteri kedua jangan lupa jaga kawasan. Perkara baik sebegini perlu diumumkan dan Tukang Screw cadangkan supaya YB mengadakan kenduri bagi meraikan perkahwinan kedua ini supaya tidak timbul fitnah.
Tukang Screw juga sentiasa menunggu kad jemputan daripada YB Arifabillah@Mohd Asri Ibrahim. Benda baik jangan nak dimalukan ye.
Sumber: Empayar Pemuda
Sunday, December 18, 2011
PANAS: PERTANDINGAN BINA BADAN DI KELATE - PAS KATA TAK APA!!!

Mungkin dengan Slogan " Penubuhan Negara Islam" yang dibawa PAS selama ini telah menghalang mereka dari menganjurkan pelbagai aktiviti yang mungkin bertentangan dengan ajaran Islam. Demi memastikan mereka menjadi kuda tunggangan yang baik dan berguna kepada DAP dan PKR, dasar yang dibawa selama oleh pejuang-pejuang PAS yang terdahulu telah ditukar.
Mungkin kerana mahu meraikan pengguguran secara rasmi perjuangan untuk mewujudkan negara Islam ini di muktamar mereka baru-baru ini, PAS Kelantan telah menganjurkan pertandingan Badan Cantik Mr Kelantan. Atas alasan untuk menjaga kebajikan anak-anak muda, peserta yang bertanding dibenarkan untuk memakai seluar 'kecil' yang biasa digunakan dalam pertandingan bina badan.
Mengapa jadi begitu sedangkan sebelum ini puak-puak PAS lah yang paling kuat mengutuk, menghina dan mencaci sesiapa yang tidak menutup aurat mereka. Ada saja benda-benda mengaibkan dan memalukan mereka yang dibuat oleh PAS. Tidak mustahil satu hari nanti PAS Kelantan akan menganjurkan Pertandingan Muslimah Cantik atau Ratu Bina Badan untuk menarik pengundi wanita pula. Lagi baca di sini
Pembaca yang budiman lihatlah betapa hipokritnya puak PAS nie...Pertandingan Badan Cantik yang diadakan di Kelantan yang hanya pakai spender dan kain batik pendek gile PAS kata TIADA bezanya dari segi aurat.Macam tu pulak kaa?? Bukankah PAS memperjuangkan Islam...kalau ada program yang dijalankan oleh pihak Kerajaan 'HARAM' katanya...Itulah dia PAS, balaci DAP. Demi untuk meraih undi mereka sanggup buat apa saja bukan untuk kepentingan rakyat TAPI kepentingan politik mereka sendiri...
p/s: Mula-mula buat program untuk lelaki nampak telur sikit lepas ni buat untuk perempuan pulak..terbeliak biji mata OSTAD-OSTAD PAS..He he he
Thursday, December 8, 2011
PANAS: OSTAD PAS KAKI SONGLAP & OTAK BLUE?!!

Cerita ini disebarkan oleh blogger Pakatan Rakyat juga...Dari pemimpin sampailah yang peringkat bawahan semuanya Haprak...berlaga sesama sendiri..mengaibkan sesama sendiri. Tak abis-abis, sibuk reformasi sana sini, perjuangkan Islam lah kononnya...macam-macam lagi lah...BOSAN!!!
Dikhabarkan Ostad ini didakwa merembat sejumlah wang tabung pelajar anak-anak Tadika PASTI di P.Pinang. Ini ker ciri seorang OSTAD?? yang sepatutnya dipandang mulia dimata masyarakat, sepatutnya mempunyai budi pekerti yang mulia, tahu mana yang Halal dan Haram?? Sekali lagi PAS telah berjaya mendidik seseorang yang 'darjatnya' tinggi, inilah perjuangan Islam PAS...Pada hakikatnya...HAMPEH!!!
Pembaca sekalian ingin tahu, sebenarnya OSTAD ini jugalah yang didakwa berkelakuan tidak senonoh dengan bermesej lucah dengan seorang Ustazah. GR refresh balik...boleh baca >> di sini
Nak tahu apa isi kandung sms lucah OSTAD nie....Tungguuuuuu!!!
p/s: Perjuangan PAS boleh 'Main Blue' gamaknya...hehe
Friday, December 2, 2011
PANAS: PAS SEKARANG PARTI MELAYU - MAT SABU??

Penipuan demi penipuan telah dibuat oleh PAS..sebelum nie heboh kata PAS ialah parti ISLAM..parti yang memperjuangkan Islam?? Perjuangkan HUDUD?? Negeri Kebajikan?? Laaa nie tukaq plak parti Melayu?? Adoiiii awat cakap pusing-pusing macam gasing nie Mat Sabun oiiii...
Dalam kenyataan media Mat Sabu, beliau menjawab alasan kenapa DAP paling banyak diserang, berbanding PAS dan PKR : "Sebab PAS Melayu, sebab itu mereka serang DAP." Lagi fitnah yang tak berasas... Kenyataan penipuan Mat Sabu baca >> malaysiakini
Itulah puak Pakatan Rakyat, mereka tidak sedar diuntung dan mereka ini tidak mengenang jasa tokoh-tokoh dan pejuang-pejuang negara dalam mendapat kemerdekaan serta pembangunan pesat yang telah dibuat oleh pihak Kerajaan. Disebabkan 'gila' politik mereka sanggup buat apa saja dan sekarang ternyata mereka juga sanggup diperanjingkan oleh DAP.
PAS sekarang sudah tersepit dan mereka sanggup buat apa saja demi kepentingan politik mereka. Mereka dah sedar populariti mereka dah jatuh rebah ke bumi. Buktinya ranking Harakah Daily jatuh merosot sekali.
GR nak gelak pun ada Mat Sabu cakap PAS itu Melayu...tak malu mengaku melayu. Kenapa tokoh-tokoh PAS cakap PAS itu parti Islam?? Assobiyah nie...Haram!! Nampaknya puak-puak PAS kena kencing lagi la gamaknya... He he he
p/s: Kalau mandi di perigi, Jangan lupa siapa yg menggalinya...
Thursday, December 1, 2011
VIDEO PANAS: PAS SESAT..SAHKAN NIK AJIS NABI..?!!
Astagfirullah'alazim...terkelu lidah dan terkejut bila GR melihat video ini..Seorang Ustaz muda puak PAS dalam ceramahnya mengikhtiraf Nik Ajis sebagai Nabi. Inikah dia seorang Ustaz yang tinggi ilmu Usuluddinnya rosak dek politik PAS. Dah gila agaknya Ustaz PAS nie???
Bukankah seorang Ustaz yang tinggi ilmu agamanya, dia mesti menyampaikan dan mengajar ilmu agama Allah yang benar kepada umat Islam?? Dan bukankah seorang Ustaz ini tempat kita bertanyakan tentang hukum hakam agama Islam?? Seorang Ustaz bukannya ditugaskan untuk menyesatkan ummat Islam...
GR memohon agar pihak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan Majlis Ulama Malaysia menyiasat isi kandungan Video ini di mana penceramah Pas yang dikenali sebagai Ustaz Shamsul Zaman Sukri atau terkenal dengan panggilan ‘Ustaz Budak‘ dan beliau berasal dari Kampung Paloh Rawa Machang, Kelantan.
Kisah lanjut baca lagi >> di sini
p/s: PAS lah syaitan yang merosakkan Agama Islam di Malaysia ini .. PAS IS DEAD
Subscribe to:
Posts (Atom)




















