Thursday, February 16, 2012

PAS Dah Tak Mampu Di Kelantan! Rakyat Harus Sedar!!!


Sudah Tiba Masanya PAS Bukan Sahaja Perlu Ditolak Tapi Perlu DiTerajang Terus....

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi sebab mengapa Barisan Nasional (BN) perlu merampas kembali kerajaan negeri Kelantan daripada Pas. Beliau berkata sudah tiba masanya Pas, yang memerintah Kelantan sejak 1990, berhenti memerintah negeri itu kerana banyak isu rakyat tidak dapat diselesaikan seperti isu kemiskinan dan bekalan air bersih.

"Kelemahan yang berlaku dalam PAS membuatkan rakyat Kelantan menderita," katanya selepas program turun padang bersama rakyat di Jalan Pintu Gerbang. DS Mustapa Mohamed yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata "kelemahan dalam PAS menyebabkan parti itu terpaksa mengikut telunjuk DAP dan mengetepikan perjuangan asal menegak negara Islam. Kita tahu Pas sudah mengikut telunjuk DAP, kita tahu PAS tidak ada tulang belakang, mereka terpaksa mengikut rentak DAP, maka kerana itu rakyat hendaklah menolak PAS di Kelantan," katanya.

Mustapa berkata tidak pernah berlaku dalam sejarah di Kelantan di mana UMNO dan BN dilihat berada dalam keadan terbaik berikutan banyak isu yang menyakinkan rakyat supaya menolak PAS pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. "Sudah tiba masanya rakyat memberi peluang kepada BN menyelesaikan masalah mereka dengan memberi mandat kepada BN kembali memerintah di Kelantan".


GR kata: Bye bye PAS!! Anda sudah tidak relevan lagi. He he he

No comments:

Artikel pelbagai