Saturday, February 18, 2012

Lawatan YAB TPM di Parlimen Batu


Semalam YAB TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat lawatan kerja sehari ke Parlimen Batu. Ini adalah lawatan kerja beliau ke seluruh W.Persekutuan bagi meninjau persiapan jentera pilihanraya.

Ketibaan YAB TPM disambut oleh pimpinan Bahagian, Negeri dan Pusat. Turut sama menyambut TPM, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Raja Nong Chik, Pengarah JAWI, Datuk Hj Che Mat Che Ali, Ketua Bahagian UMNO Cheras, Datuk Seri Syed Ali, Ketua Pemuda UMNO WP, Datuk Rizalman Dato' Mokhtar. Rakyat dan Ketua Pemuda UMNO Bhgn Batu, Sdr Azniee Abdullah.


Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Zakirin, Taman Wilayah Selayang sebentar tadi bersama rakyat yg turut sama.


Selepas menunaikan solat Jumaat, YAB TPM makan tengahari bersama anak-anak dan masyarakat Parlimen Batu.


Sebelah petang YAB TPM ke Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Beringin dan akan menyampaikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) RM500 kepada penduduk yg terpilih.


Rata-rata masyarakat di Parlimen Batu menyambut baik segala program yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional. Nampaknya Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dah pening kepala macam mana nak buat...He he he

Baca juga di sini

GR kata: Rakyat berterima kasih kepada Kerajaan dan YAB PM dengan bantuan yang diberi.

No comments:

Artikel pelbagai