Monday, February 13, 2012

INFO: GAJI TENTERA NAIK TAHUN INI!! TQ @zahidhamidi_my @NajibRazak


Gaji Tentera Naik 2012 daripada RM800 Kepada RM1,125 Sebulan & RM2,100 Kepada RM2,400 Sebulan | Skim kenaikan gaji tentera 2012 yang baru sahaja diumumkan ini tiada kena mengena dengan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kerana skim ini sebenarnya sudah pun dirancang lebih awal lagi.

Butiran Skim Gaji Baru Angkatan Tentera Malaysia 2012 Berikutan pelaksanaan skim gaji baru Angkatan Tentera Malaysia (ATM) :

1. Kenaikan gaji tentera (pemegang Ijazah Sarjana Muda) daripada RM2,100 kepada RM2,400, sebulan

2. Gaji pokok permulaan anggota tentera berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dinaikkan sekitar daripada RM800 kepada RM1,125 sebulan

3. Anggota prebet muda yang menyertai ATM ketika berusia 18 tahun boleh berkhidmat sehingga usia 45 tahun iaitu perkhidmatan maksimum selama 27 tahun

4. Sejajar dengan Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan ATM perkhidmatan terkanan di negara ini Difahamkan, melalui skim baru ini juga hanya dua kemasukan ke dalam perkhidmatan ATM akan dibuat iaitu melalui SPM dan Ijazah Sarjana Muda dengan semakan ke atas kemasukan kelayakan diploma sedang dilakukan.


GR kata: Semoga anggota tentera dapat bekerja dengan lebih cekal dan amanah dalam mempertahankan negara.

No comments:

Artikel pelbagai