Wednesday, February 15, 2012

KES AGE: Klinik/Hospital Perlu Lapor Dengan Segera!! @RosnahARS


Pihak pengurusan hospital kerajaan dan  swasta diminta supaya melaporkan kes Akut Gastroenteritis (AGE), yang kini sedang menular di dua buah daerah di Perak.

Timbalan Menteri Kesihatan, YB. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin tindakan akan diambil jika pihak hospital tidak melaporkan kes AGE yang mereka rawat. Tindakan telah pun diambil terhadap sebuah hospital swasta yang tidak melaporkan kes denggi yang dirawatnya, katanya kepada pemberita selepas melawat pesakit AGE di wad kanak-kanak di Hospital Tapah hari ini.

Rosnah berkata kementeriannya sentiasa meningkatkan usahasama dengan agensi kerajaan dalam mengatur langkah pencegahan wabak AGE yang dikesan di Hilir Perak dan Batang Padang.

"Kita sudah mengeluarkan surat peringatan kepada semua hospital dan klinik kerajaan serta swasta di sekitar daerah Batang Padang dan Hilir Perak mengenai peningkatan kes AGE. Pihak klinik juga dinasihatkan supaya merujuk kes ini di hospital-hospital dan melaporkannya kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat.

"Bilik Gerakan wabak untuk AGE juga dibuka di Jabatan Kesihatan negeri, di  pejabat kesihatan Hilir Perak, Batang Padang dan hospital-hospital Teluk Intan  serta Tapah untuk menyelaraskan maklumat dan laporan," jelasnya.

Selain itu, Rosnah berkata kerjasama dengan Lembaga Air Perak dalam melakukan kerja-kerja pemantauan bekalan air akan diteruskan di dua kawasan terbabit. "Setakat ini, pemantauan yang kita jalankan menunjukkan standard yang  disarankan, ini menunjukkan perkara yang positif," katanya.

Ditanya sama ada kementerian mengesyorkan sebarang pemvaksinan bagi mencegah Rotavirus, beliau berkata ia tidak wajib tetapi kementerian menggalakkan ibu bapa mengambilnya untuk anak-anak mereka.

Katanya jumlah bilangan jangkitan AGE yang dikesan di Perak hari ini adalah 188 kes dan menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 3,256 kes.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir ketika dihubungi berkata daripada jumlah kes yang dikesan hari ini, 116 kes dikesan di Hilir Perak manakala 72 kes di Batang Padang.

"Setakat ini jumlah keseluruhan kes di Hilir Perak sebanyak 2,106 manakala di Batang Padang sebanyak 1,150 kes," katanya. Beliau berkata jumlah hari ini menurun berbanding 251 kes semalam.

"Jumlah ini menampakkan penurunan kerana pesakit yang mengalami wabak itu mula datang awal ke hospital untuk mendapatkan rawatan," jelasnya. - Bernama


GR kata: Semua pihak harus peka dalam hal ini dan sama-sama ambil tanggungjawab....

No comments:

Artikel pelbagai