Sunday, February 12, 2012

PANAS: SAMBIL MAKAN SAMBIL MAIN? DAHSYAT SELANGOR NI!!


Siapa sangka di tengah kebun kelapa sawit di sini wujud sebuah restoran yang bukan saja menyajikan masakan Cina malah mempunyai pilihan untuk mendapatkan 'hidangan tambahan' berupa khidmat seks daripada pegawai perhubungan pelanggan (GRO).

Restoran itu baru sebulan beroperasi dan hanya dibina dengan kayu. Ia terletak 500 meter dari jalan besar dan kira-kira 3.5 kilometer dari pekan Jenjarom, Banting.

Kegiatan tersebut terbongkar, hasil risikan polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sejak seminggu lalu sebelum membuat serbuan pada pukul 8.30 malam kelmarin.

Pergghhhh...dashyat rakyat di Selangor sekarang ni sejak pentadbiran diambil alih oleh Pakatan Rakyat. Macam -macam ada tu..MB Selangor merangkap Exco Agama senyap jer ker?? Ikut jer telunjuk puak-puak DAP tu ker?? Aduyaiiii.....


GR kata: Makin ramailah puak-puak Pakatan HAPRAK ni supply China Doll. Mana mau lari haa??

No comments:

Artikel pelbagai