Showing posts with label BN Bagus. Show all posts
Showing posts with label BN Bagus. Show all posts
Saturday, February 18, 2012
Lawatan YAB TPM di Parlimen Batu
Semalam YAB TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat lawatan kerja sehari ke Parlimen Batu. Ini adalah lawatan kerja beliau ke seluruh W.Persekutuan bagi meninjau persiapan jentera pilihanraya.
Ketibaan YAB TPM disambut oleh pimpinan Bahagian, Negeri dan Pusat. Turut sama menyambut TPM, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Raja Nong Chik, Pengarah JAWI, Datuk Hj Che Mat Che Ali, Ketua Bahagian UMNO Cheras, Datuk Seri Syed Ali, Ketua Pemuda UMNO WP, Datuk Rizalman Dato' Mokhtar. Rakyat dan Ketua Pemuda UMNO Bhgn Batu, Sdr Azniee Abdullah.
Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Zakirin, Taman Wilayah Selayang sebentar tadi bersama rakyat yg turut sama.
Selepas menunaikan solat Jumaat, YAB TPM makan tengahari bersama anak-anak dan masyarakat Parlimen Batu.
Sebelah petang YAB TPM ke Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Beringin dan akan menyampaikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) RM500 kepada penduduk yg terpilih.
Rata-rata masyarakat di Parlimen Batu menyambut baik segala program yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional. Nampaknya Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dah pening kepala macam mana nak buat...He he he
Baca juga di sini
GR kata: Rakyat berterima kasih kepada Kerajaan dan YAB PM dengan bantuan yang diberi.
Friday, February 17, 2012
INFO: Kerajaan Akan Lanjutkan Rayuan BR1M - @NajibRazak
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersedia melanjutkan tempoh rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada mereka yang layak selepas 15 Mac ini.
Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi memberi peluang kepada para pemohon yang layak sungguhpun nama mereka tidak tersenarai sebelum ini.
"Yang layak, boleh buat rayuan dan diteruskan sampai 15 Mac tetapi kalau ada lagi, boleh sambung.
"Ini supaya semua yang ditafsirkan layak boleh menerima bantuan BR1M," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini malam ini.
Perdana Menteri berkata, BR1M merupakan satu bentuk kaedah yang sangat berkesan bagi membantu meringankan beban rakyat.
"Mesyuarat hari ini memaklumkan bahawa pemberian ini sangat dihargai oleh rakyat," katanya.
Dalam pada itu, Najib memberitahu, mesyuarat malam ini telah meluluskan keahlian tiga pertubuhan sebagai Ahli Gabungan BN.
Katanya, tiga pertubuhan tersebut ialah Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Persatuan Bekas Anggota Kemas dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.
"Tiga permohonan itu diputuskan daripada 11 permohonan yang kami terima," katanya.
Kepada satu soalan, beliau berkata, semua pihak berhak menganjurkan perhimpunan termasuk Perhimpunan Hijau di Kuantan dua minggu lagi selagi ia selari dengan Akta Perhimpunan Aman 2011.
"Kita tidak akan halang, malahan perhimpunan kita jauh lebih besar dan dihadiri ramai orang," tegasnya. - Bernama
GR kata: Bukti Kerajaan prihatin kepada rakyat, ini pun kejam ker wahai puak Pakatan Rakyat??
Wednesday, December 14, 2011
PENERANGAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA - BDR TUN RAZAK

Pada hari Isnin yang lepa telah berlansungnya Majlis Penerangan dan Pemberian Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada penduduk Bandar Tun Razak. Majlis diadakan disekitar Taman Mewah.

Majlis penerangan BR1M telah disampaikan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bdr Tun Razak merangkap Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Saudara Rizalman Dato' Mokhtar dan juga Saudara Ketua Pemuda UMNO Taman Mewah, Hisham Hamidi.
Sambutan yang diberikan sungguh menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat terutama daripada golongan usia emas yg merupakan pesara. Rata-rata yang hadir sangat berpuas hati dengan info penerangan yang diberikan. Segala tanggapan dan kekurangan maklumat dapat dijawab dlm majlis seumpama ini.


Walaupun bantuan yang diberikan berjumlah RM500 nampak sedikit tetapi rakyat tetap bersyukur dengan keprihatinan Kerajaan BN terhadap beban yg ditanggung oleh rakyat. Majlis yang sama juga diadakan semalam di Flat Sri Sabah (gambar di bawah).

TAHNIAH kepada Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak dengan kejayaan menjayakan program ini. Semoga ia membuka mata dan minda masyarakat dengan keinginan BN dalam menjaga kebajikan rakyat.
p/s: Borang BR1M diberikan secara PERCUMA!!!
Saturday, December 3, 2011
TERKINI: PAK NIL DI #PAUMNO?? SOKONG ATAU AHLI UMNO??

Coret-coret kisah #PAUMNO 2011 kali ini menampakkan semua generasi sudah mula memberikan sokongan yang padu kepada UMNO/BN. Ini termasuk golongan artis kerana mereka juga turut serta menyertai #PAUMNO pada kali ini.
Jika sebelum ini golongan artis join UMNO seperti Zed Zaidi, Awie, Lisa Surihani, Serena Redzwan, Adam AF, Jamal Abdillah dan ramai lagi lah senang citer...Kali ini pengacara No. 1 di Malaysia Pak Nil (Aznil Hj Nawawi) juga tidak ketinggalan untuk turut serta untuk mendengar ucapan penangguhan dan amanat PM di #PAUMNO pada kali ini.
Kata beliau kepada rakan GR "kena berangkat dulu sebab ada show, kalau tidak mesti tunggu sampai habis ucapan DS Najib Razak yang tengah best hentam pemimpin pembangkang nie". cayalah Pak Nil...Hehe - MatKilauPenang
Persoalannya adakah Pak Nil penyokong atau pun ahli UMNO?? Persoalan itu hanya dapat dijawab oleh tuan punya badan.Kalau benar apa yang dipersoalkan ramailah yang akan menyokong UMNO nanti kerana Pak Nil adalah Ikon No.1 negara dan pengikutnya ramai sekali. Ternyata BN kini telah diterima oleh orang muda dan juga semua generasi..
p/s: Sorang lagi artis wanita popular juga menyatakan hasrat nak join UMNO, nak tau siapa?? Tungguuuuuu....
Subscribe to:
Posts (Atom)





