Showing posts with label Ambiga. Show all posts
Showing posts with label Ambiga. Show all posts

Monday, April 30, 2012

EKSKLUSIF: #Bersih3 GAGAL! "I KNOW MY MISTAKE" - AMBIGA..!!


Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat berikutan kekecohan yang melanda perhimpunan anjurannya di Dataran Merdeka semalam.

Sumber Kementerian Dalam Negeri memberitahu Mynewshub, polis dan agensi berkaitan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang menyiapkan laporan dengan segera untuk dihantar kepada Pejabat Peguam Negara bagi tujuan berkenaan.

“Selain laporan melibatkan Ambiga, polis juga sedang menyiapkan laporan melibatkan perusuh yang ditangkap dalam perhimpunan Bersih 3.0,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber berkenaan bagaimanapun enggan mendedahkan secara tepat bila Ambiga akan didakwa namun berkata, ia akan dilakukan secepat mungkin.

“Ambiga gagal mengawal keadaan sehingga ada peserta yang sengaja merempuh masuk ke Dataran Merdeka, sebagai penganjur, dia harus dipertanggungjawabkan,” katanya.
Ambiga dilaporkan mengakui kegagalannya mengawal emosi penyokongnya yang merempuh penghadang polis berhampiran Dataran Merdeka walaupun perkara itu dijanjikannya sebelum ini tidak akan berlaku. Akibat sikap peserta demostrasi berkenaan, polis tiada pilihan selain terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan meriam air bagi meredakan keadaan.

Polis telah mendapat kebenaran Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi menghalang mana-mana kumpulan untuk memasuki Dataran Merdeka bermula semalam sehingga hari Selasa depan. Ambiga tambah sumber itu, harus bertanggungjawab terhadap kecederaan yang dialami peserta dan juga orang awam yang tidak terlibat dalam perhimpunan berkenaan tetapi cedera apabila dirempuh peserta yang lari bertempiaran bila digempur polis.

Sementara itu, sumber yang sama berkata, sepanjang demonstrasi semalam, seramai 113 mangsa dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan 13 daripada mereka terpaksa dimasukkan ke wad.

“Kebanyakkan pesakit dirawat kerana mengalami kecederaan akibat dirempuh peserta yang cuba melarikan diri ketika disuraikan pihak polis,” katanya. Polis yang cedera dan dirawat di HKL katanya adalah seramai 11 orang di mana dua daripada mereka terpaksa dimasukkan ke wad. Dua petugas media juga sedang dirawat di HKL ketika ini, jelasnya. - Sumber


GR kata: Semua bos-bos Bersih perlu didakwa..!!!!

Saturday, April 14, 2012

PANAS: DEBAT!! 2 VS 1, SIAPA LAGI HEBAT?? @Khairykj @rafiziramli @Ambiga_S


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini bersetuju untuk berdebat dengan Datuk S. Ambiga mengenai isu-isu pilihan raya di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara pada 25 April (8 malam) ini. Ia dianjurkan oleh akhbar Malay Mail. Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Rembau itu juga menyatakan persetujuannya untuk berdebat dengan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli pada 3 Mei ini.

Ia mengenai isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN). Kedua pengumuman itu dibuat oleh Khairy dalam laman twitternya.

"I have agreed to debate @ambiga_s on 25 April re electoral reforms & @rafiziramli on 3 May re PTPTN. Details to come."

Debat antara Khairy dengan Ambiga ini adalah kali pertama buat dua orang personaliti itu manakala Khairy dan Rafizi sebelum ini pernah berdebat. Kedua-dua mereka berbuat demikian dalam satu debat bertajuk ” Dasar Awam: Wawasan 2020 – Malaysia bergerak ke arah yang betul? ” yang dianjurkan oleh majlis pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eire baru-baru ini.

Untuk rekod, Khairy juga sebelum pernah berdebat dengan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa di Balai Islam Lundang, Kelantan dan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Al-Tantawi. Menariknya, ketiga-tiga mereka, Khairy, Rafizi dan Ambiga, berkongsi satu persamaan – produk institusi pengajian ternama dari England!

Khairy seperti yang semua sedia maklum adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Politik dan Falsafah dari Universiti Oxford, Ambiga lulusan undang-undang dari Universiti Exeter manakala Rafizi adalah lulusan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW).

Kehebatan Khairy dan Rafizi dalam berdebat tidak dapat dipertikaikan lagi manakala Ambiga dikatakan lebih ‘cool’ tetapi sering tampil dengan hujah yang tegas dan menyakinkan. Bagaimana prestasi mereka kali ini? Kita tunggu dan lihat pada 25 April dan 3 Mei ini. Bak kata Ibrahim Pendek dalam filem Ali Baba Bujang Lapok…mari kita lihat siapa yang kenaaaa!!!- mynewshub.my


GR kata: Kita lihat siapa yang kena, Rafizi ni tak serik lagi gamaknya. He he he

Thursday, April 5, 2012

BONGKAR: BERSIH 3.0 MAHASISWA AKAN DIJADIKAN KELDAI PAKATAN!!


Bersih 3.0?? Apa benda tu?? Berhimpun tak sudah-sudah, inilah dia perangai manusia yang 'berakal tinggi' melangit. Dengan selamba badak puak-puak ini menyatakan tuntutan yang mereka minta ini adalah datangnya dari rakyat. Boleh percaya ker?? Rakyat mana yang minta pembaharuan ni?? Bukankah rakyat di Malaysia sekarang ini hidup aman dan tenteram, boleh cari makan, dapat bantuan lagi dari Kerajaan BN. Apa lagi??

Inilah dia Pakatan Pembangkang yang tak sudah-sudah menimbulkan perasaan benci rakyat kepada Kerajaan yang memerintah sekarang. Mereka telah menanamkan pemikiran yang kotor pada minda rakyat sekarang. Alhamdulillah GR rasa bersyukur kerana tidak ramai masyarakat yang menerima bulat-bulat apa yang puak-puak ini lontarkan. Ini adalah kerana rakyat mempunyai akal fikiran yang baik dan mereka ini boleh menilai mana yang baik dan juga buruk.


Apakah ini contoh terbaik yang boleh diterima pakai oleh rakyat untuk menerima sesebuah parti itu boleh mentadbir negara dengan baik?? Tuntutan apa lagi yang mereka minta, sistem pilihanraya Malaysia kononya pada pendapat mereka korup dan tidak telus. Apakah kemenangan mereka berjaya menawan 5 negeri pada PRU 12 tidak menunjukkan ketelusan sistem pilihanraya tersebut.

GR difahamkan dari sumber dalaman Pakatan itu sendiri, himpunan kali ini mereka akan menggunakan apa cara sekali pun untuk menarik seberapa ramai rakyat bersama mereka. Mereka akan menggunakan mahasiswa yang sudah sedia menjadi keldai pada mereka. Kepada mahasiswa GR ingin nasihati janganlah terpedaya dengan janji manis puak-puak Pakatan Pembangkang ni. Mereka hanya gunakan anda sekalian untuk kepentingan peribadi mereka. Fikirlah masa depan korang dan harapan ibu bapa yang mahukan melihat korang berjaya di masa hadapan.


Ini agenda jahat mereka :
Team mahasiswa : " FOR BERSIH 3.0, I REALLY PUT MY HOPE ON MAHASISWA, THEY ARE VERY BRAVE" - DATO AMBIGA SREENEVASAN (PENGERUSI SEKRETARIAT BERSIH 2.0)


DALAM KEADAAN HARAPAN MASA DEPAN NEGARA YANG SEMAKIN KABUR, MAKA HARAPAN TERAKHIR SAYA ADALAH MAHASISWA" - DATUK A.SAMAD SAID (SASTERAWAN NEGARA MERANGKAP PENGERUSI BERSAMA BERSIH 3.0)

Kenyataan yang GR perolehi dari sumber dalaman ini sudah cukup membuktikan mereka akan menggunakan mahasiswa kerana rakyat Malaysia sudah muak dan bosan dengan apa yang mereka lakukan dan mereka tidak berjaya mempengaruhi minda rakyat Malaysia.

GR mohon agar pihak IPTA & IPTS akan mengambil tindakan yang tegas kepada mahasiswa yang terbabit pada Bersih 3.0 nanti. Kepada mahasiswa sekali lagi GR ingin ingatkan fikirlah masa depan korang, jangan disebabkan duit upah yang korang bakal dapat nanti untuk turun Bersih 3.0 mata korang kelabu. Fikirlah nak duit yang tak seberapa dapat sekali jer atau pun masa depan yang cerah nanti dengan kerja dan gaji yang bagus.



GR kata: Nak suruh buat dakwat kekal pun SPR dah setuju akan buat PRU 13 nanti, daftar pemilih pun dah ok.. apa lagi?? Inilah dia manusia-manusia yang tak der otak!!!

Tuesday, March 27, 2012

@Ambiga_S BAKAL ADA PARTI SENDIRI TAK LAMA LAGI!! @nikabdulaziz


Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mendedahkan terdapat pihak tertentu dalam PAS yang cuba membawa masuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga untuk diangkat menjadi naib presiden parti itu.

Katanya, desas-desus itu semakin kencang selepas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad sendiri secara terbuka mengakui parti tersebut sedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin tertinggi. Katanya, perkara tersebut tidak mustahil kerana Ambiga diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu serta kumpulan ‘Anwarinas’ yang kini menguasai lebih 70% parti PAS.

“Justeru saya meminta Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberi penjelasan sama ada Ambiga bakal mengisi jawatan naib presiden melalui lantikan atau pemilihan. Jika dilantik apakah ia dibuat sebelum pilihan raya umum??".


GR kata: Islam entah ke mana politik pun entah ke mana, kebajikan rakyat entah ke mana...PAS oh PAS!!!

Artikel pelbagai