Showing posts with label Hari Belia Negara 2012. Show all posts
Showing posts with label Hari Belia Negara 2012. Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

HOT VIDEO: RADHI OAG BIKIN KECOH APA TU?? #HBN2012 #BeeAntBlues

Walaupun Himpunan Jutaan Belia, Putrajaya 2012 telah berlalu tapi kehangatannya masih terasa. Kenangan manis pengunjung yang hadir masih tergiang-giang dihati sanubari mereka yang hadir. Mereka masih bercerita tentang program-program yang dijalankan pada tahun ini adalah yang terbaik. 

Bukan golongan Belia saja yang gembira kerana hadir HBN 2012 kali ini tapi golongan artis juga tidak ketinggalan. Tapi ada yang mungkin tak sedap hati apabila melihat artis ini bersuara. Nak tau apa dia, lihat di bawah :




Jatuh sekali dalam hidup tidak bermakna kita akan jatuh selama-lamanya. GR tabik pada Radhi OAG kerana beliau sudah benar-benar berubah dan dapat tinggalkan dunia DADAH dari hidupnya. Sekarang beliau memulakan hidup yang baru. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan....


GR kata: Sorang ketua pemimpin tu bila nak berubah yer...?? Syok sendiri jer tak sudah-sudah....

Tuesday, May 29, 2012

PANAS: MENTERI KDN BERTUMBUK DENGAN MENTERI KBS? APA KES?? #HBN2012 #BeeAntBlues


Himpunan Jutaan Belia telah pun menutup tirai dengan rasminya pada hari Ahad baru-baru ini. Banyak kenangan manis yang dapat diukir bersama pengunjung yang hadir dan kebanyakkannya dari golongan Belia itu sendiri.

Dalam kegembiraan menyambut sambutan Hari Belia 2012, ada insiden yang menarik perhatian GR bila berada di sana. Apa yang dilihat pada pandangan GR ini adalah suatu contoh yang kurang baik untuk dijadikan teladan pada rakyat Malaysia khususnya golongan anak muda yang baru meningkat naik (dewasa). Tak percaya lihat video di bawah :




Ohhhh...rupa-rupanya Menteri KDN, DS Hishammuddin dan Menteri KBS, DS Shabery Cheek mengamatkan lagi suasana kemeriahan HBN 2012 kali ini. GR begitu respect pada dua orang pemimpin ini yang begitu sporting turun padang dan turut serta dalam pertandingan gusti lengan. Caiyoklah Dato' Seri berdua...


GR kata: Kenapa sorang jer YB dari Pakatan Haprak yang turun melawat HBN 2012, mana YB yang lain?? Takut pengsan ker tengok live depan mata. Ha ha ha ha

PANAS: INI BUAT ANWAR & THE GENG MEROYAN LAGI!! #HBN2012 #BeeAntBlues


Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan selama lima hari dan berakhir pada Ahad, mencatatkan seramai 2.4 juta pengunjung, setakat di kawasan penganjuran utamanya, di laluan sepanjang enam kilometer Persiaran Perdana di sini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Beliau berkata jumlah itu didapati dari dua sumber iaitu kenderaan yang masuk ke kawasan program itu yang mencatat 1.1 juta pengunjung daripada 296,795 kenderaan, dan jumlah kunjungan ke segmen-segmen yang disediakan yang mencatatkan 1.3 juta pengunjung. Jumlah itu ialah dapatan kasar yang disediakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM). Jumlah keseluruhan yang hadir 2.4 juta pengunjung.

Bagaimanapun, katanya, jumlah sebenar akan diketahui setelah laporan terperinci mengenai program itu siap, dijangka dalam tempoh sebulan, yang turut akan mengambil kira jumlah pengunjung ke acara-acara yang diadakan selain di lokasi laluan utama, termasuk Pertandingan Memancing yang diadakan di Pusat Rekreasi Air, Presint 13, dan perlumbaan drag di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19.

"Bagi saya bukan saja dari segi jumlah pengunjung tapi dalam semua aspek kami amat berbesar hati dan sukacita mengatakan matlamat Himpunan Jutaan Belia pada tahun ini tercapai dengan baiknya," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Ahmad Shabery berkata laporan penuh mengenai program itu juga akan digabungkan dengan laporan dari agensi-agensi lain, bagi memastikan ia dilakukan secara menyeluruh kerana akan membantu dalam penajaan untuk penganjuran program pada masa akan datang.

Beliau berkata laporan penuh itu nanti akan turut melihat impak himpunan itu terhadap golongan belia, termasuk dalam memperkasa golongan belia itu sendiri di samping meningkatkan nilai kreativiti, perpaduan, keupayaan berorganisasi, kepimipinan dan nilai jati diri, serta impak lain termasuk dari segi ekonomi.

Perbelanjaan purata pengunjung pada program itu turut akan dilihat dalam menafsirkan kesan gandaan daripada pelaburan yang dibuat oleh pihak swasta dan kerajaan, sekaligus menafikan dakwaan bahawa program itu hanya pembaziran, katanya.

Ahmad Shabery berkata penganjuran acara untuk tahun ketiga itu juga mendapat perhatian pengunjung antarabangsa dari Jepun, Indonesia, Filipina dan Singapura, yang turut menyertai acara-acara yang diadakan seperti Redah 4x4, Jet Ski, dan melihat persembahan artis-artis dari negara mereka.

Beliau berkata himpunan itu turut merekodkan dua catatan dalam Malaysia Book of Records iaitu Star Gazing dengan 153 teleskop dan Mencanting Batik Terpanjang - sepanjang 263.3 meter. Himpunan itu menarik seramai 1,800 peniaga serta pemamer, 2,009 buah khemah didirikan dan 16 trak makanan bergerak terlibat pada himpunan itu.

Jumlah penajaan yang diterima adalah sebanyak RM27 juta, dalam bentuk tunai dan penganjuran program, melebihi sasaran sebanyak RM25 juta, manakala sebanyak 50 agensi kerajaan, 70 badan bukan kerajaan (NGO) dan 264 pihak swasta turut menyertai program tersebut, katanya.

Ditanya mengenai sasaran untuk tahun hadapan, Ahmad Shabery berkata ia belum ditetapkan secara khusus, namun ia mestilah lebih baik daripada penganjuran pada tahun ini. - BERNAMA




GR kata: Kenapa sambutan Hari Belia di Selangor 'ramai' sangat yang datang yer?? He he he

Monday, May 28, 2012

FOTO (PART 1): THE MOST BEAUTIFUL PEOPLE IN HIMPUNAN JUTAAN BELIA #HBN2012 #BeeAntBlues

Himpunan Jutaan Belia Putrajaya telah pun melabuhkan tirainya semalam dengan jayanya. Seramai lebih 2 juta pengunjung berjaya dicatatkan selama karnival terbesar ini dijalankan.

Memang rugi pada siapa yang tak datang menyaksikan sendiri program-program yang disediakan dalam karnival terbesar di Asia ini. Di bawah GR sediakan beberapa foto dikongsikan untuk pembaca sekalian. Foto-foto seterusnya akan menyusul di artikel seterusnya...








GR kata: Rakyat Malaysia memang semuanya sporting-sporting dan sukakan keamanan dan keceriaan BUKAN suka huru hara dan demonstrasi.

VIDEO MENTERI KBS @shaberycheek MENGENAI DRAG RACE! #HBN2012 #BeeAntBlues




Semalam GR ada mengeluarkan artikel mengenai insiden yang diluar jangkaan berlaku di Himpunan Jutaan Belia, Putrajaya. Nak baca klik di sini.

Atas perkara inilah Menteri KBS YB. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek mengarahkan acara tersebut DIBATALKAN serta merta demi keselamatan pengunjung yang hadir. Lihat video di atas kenyataan Menteri KBS mengenai perkara tersebut.





GR kata: Pada yang tidak tahu perkara sebenar jangan cuba sebarkan khabar angin. GR doakan pada pengunjung yang cedera parah semoga cepat sembuh. InsyaAllah....

Sunday, May 27, 2012

DAL SHABET K-POP GAMATKAN SUASANA #HBN2012! #BeeAntBlues

Konsert kumpulan Dal Shabet ini telah berjaya menarik golongan Belia dan anak muda membanjiri pentas utama HBN 2012 malam semalam. Rata-rata mereka yang hadir adalah peminat muzik K-POP itu sendiri yang sekarang ini semakin mula digemari ramai di Malaysia.

GR tidak berapa pandai mengenai muzik K-POP ini, tapi bila GR lihat sendiri semalam live depan mata memang syok wooo. Rugi siapa yang tak datang HBN 2012 kali ni. Pada peminat-peminat K-POP yang tak dapat datang HBN kali ni, tak per GR paparkan video konsert khas malam tadi. Lihat di bawah :





GR kata: Layan derrrr...He he he

EKSKLUSIF: ARTIS POPULAR MASUK UMNO!! #HBN2012 #BeeAntBlues


Pembaca kenal tak artis popular ini?? GR terserempak dengan beliau ketika sedang berjalan-jalan di sekitar both yang ada di Himpunan Jutaan Belia, Putrajaya.

Artis ini memang sempoi abis...bermesra dengan semua pengunjung yang datang ke HBN ini. Artis yang GR maksudkan Radhi OAG. Tengah-tengah bersembang, GR berseloroh pada beliau "Isilah borang keahlian masuk UMNO"....Radhi jawab: "OK, saya setuju meh sini borang saya isi form sendiri dan submit cepat tau"...

Tabik GR pada Radhi OAG, tanpa paksaan beliau rela hati ingin menjadi ahli (orang) UMNO. Pada golongan-golongan artis yang menyokong Kerajaan, amatlah GR ucapkan terima kasih kerana mereka ini sedar Kerajaan yang ada sekarang sudah semestinya yang terbaik demi membela nasib rakyat Malaysia.


GR kata: Makin ramai artis menyokong Kerajaan, yang tak sokong tu fikir-fikirkanlah yer! He he

VIDEO HOT: @Khairykj DAN @razaliibrahim BERENTAP? APA KES?? #BeeAntBlues #HBN2012





GR kata: Dua orang pemimpin muda yang sempoi habis...cayalah YB KJ dan DRI! Terbaiklah...


GEMPAR: KOMANDO ATM MENGAMUK DI #HBN2012! ADA YANG PENGSAN?? #BeeAntBlues


Semalam Himpunan Jutaan Belia yang dijangka berlansung dengan aman 'dicemari' oleh sekumpulan pengganas yang cuba mencacatkan program HBN yang mendapat sambutan luar biasa sejak hari ianya bermula.

Aksi pengganas ini berjaya DIPATAHKAN oleh markas Komando ATM yang berpengkalan sementara di tapak Himpunan Jutaan Belia, Putrajaya. Dengan kepantasan dan kecekapan anggota komando menggunakan terup berkemahiran tinggi berjaya menumpaskan pengganas yang cuba mengagalkan HBN2012 ini.

Tahniah GR ucapkan kepada markas Komando ATM kerana berjaya mematahkan serangan yang cuba dibuat oleh pengganas terbabit. Jom kita layan video di bawah :




GR kata: Terbaiklah demo markas Komando ATM, rugi korang tak datang tengok...

PANAS: BELIA MENGAMUK DI PUTRAJAYA..?? #HBN2012 #BeeAntBlues


Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Sabtu, menegaskan bahawa golongan belia di negara ini bukan 'demo crazy' (mabuk berdemonstrasi) tetapi sebaliknya mereka sentiasa menghormati dan menyanjung prinsip demokrasi berparlimen.

Perdana Menteri berkata belia yang berindak liar dengan menyerang, menendang dan membaling batu ke arah anggota polis serta melonjak-lonjak di atas kereta peronda polis bukan contoh belia di negara ini. Beliau berkata belia telah duduk secara aman tanpa perasaan ketakutan dan orang awam juga tidak berasa cemas.

"Yang boleh menjadi contoh belia negara adalah macam saudara-saudari yang herhimpun secara aman di sini yang menyuarakan bahawa cintakan keamanan. Jangan biarkan segelintir belia rampas agenda dan imej negara kita. Jangan biarkan mereka merebut kuasa dalam negara kita," katanya pada majlis pelancaran Hari Belia 2012 di sini.


"Kita mengamalkan prinsip demokrasai berparlimen tetapi ia bukan bererti rusuhan jalanan, membaling batu, menendang anggota polis. Itu bukan demokrasi...itu 'demo crazy' namanya," katanya.

Hadir pada majlis tersebut termasuk isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan timbalannya Datuk Razali Ibrahim. Pada majlis tersebut, Perdana Menteri menyaran supaya golongan belia menggunakan kuasa dengan penuh kematangan dan kebijaksanaan bagi memilih pemimpin negara.

"Jangan termakan hasutan dan finah dalam internet serta ucapan-ucapan oleh mereka yang tidak bertanggungjbawab untuk menghasut kita. Kita harus tahu untuk memilih antara intan dan permata. Siapa yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini. Siapa boleh menjamin? Siapa?," katanya.

Najib menggariskan lima ciri penting iaitu cintakan keamanan, beradab, berhemah mulia, tertib dan menghormati undang-undang perlu disemai pada belia di negara ini untuk menjamin masa depan negara. Beliau berkata kehadiran belia dengan memakai baju-T berwarna warni menunjukkan belia berdiri teguh di belakang kerajaan.

"Walaupun baju berwarna-warni tetapi hati tetap satu yang sebulat rasa bahawa yakin dengan kerajaan yang ada hari ini. Bukan kita suruh anda sokong kita, tetapi belia sudah matang, sudah masak pemikirannya dan tahu membuat penilaian.

"Perkataan 'I Love PM' dan 'We Love PM', isteri saya tidak cemburu sebab love ini menggambarkan rasa hormat dan kasih pada pemimpin. Saya ucapkan terima kasih kepada belia," katanya.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara 2012 kepada Pertubuhan Belia Chekas, Kampung Peruas, Raub, Pahang yang menerima Anugerah Perdana Pertubuhan Belia 2012.

Sementara Anugerah Perdana Belia Negara kategori lelaki dan wanita masing-masing dinobatkan kepada guru Mohd Zuraidi Komari dan usahawan Haryaty Hamdzah. Kategori 'Pencapaian Luar Biasa' diungguli Suwaibah Muhammad Nasir manakala K.Murali dan Leong Fang Hui muncul pemenang kategori '1Belia 1Malaysia'. - BERNAMA





GR kata: Tahniah kepada semua Belia yang hadir...Target yang disasarkan telah mencapai target.

ACARA TERAKHIR UNTUK ANDA HARI NI DI #BeeAntBlues PORT! #HBN2012



GR kata: Cepat datang...hari terakhir yang terbaik untuk korang. Datang jangan tak datang!!

GEMPAR: ADA PENGUNJUNG MATI DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA?? #HBN2012 #BeeAntBlues


Tergempar! Terkini!! Berita GR terima tadi, berlaku malam ini dalam perlumbaaan drag race yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan di Putrajaya. Sumber GR yang melihat kejadian terbabit, kereta tersebut hilang kawalan dan melanggar penonton yang melihat acara tersebut.

Khabar angin juga mengatakan penonton tersebut mati dilanggar kereta tersebut. Pihak penganjur telah mengesahkan tiada kematian  dan 2 orang penonton cedera parah dan selebihnya cedera ringan.



Baca lanjut DI SINI


GR kata: GR doakan kepada mereka yang terlibat dalam kejadian yang tidak dijangka ini cepat sembuh. Warning!! Jangan ada pihak yang cuba mempolitikan kejadian di atas.

Saturday, May 26, 2012

PANAS: GENG OTAI & GENG KL DRIFT TAWAN PUTRAJAYA! #HBN2012 #BeeAntBlues


Petang tadi GR berkesempatan berjalan-jalan di Zone Eco Challenge dan Rally 4x4 di Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012. Memang gempak aksi-aksi profesional yang mereka tunjukkan. Jom lihat lagi gambar di bawah :





Geng-geng Car AutoShow pun turut serta dalam Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya.



GR kata: Cepat datang...esok last day, nanti korang jugak yang rugi banyak acara-acara menarik khas untuk Belia...

Friday, May 25, 2012

APA YANG MENARIK #BeeAntBlues PORT HARI NI? JOM TERJAH! #HBN2012


Korang nak naik Hot Air Baloon, nak main Paintball, nak buat rawatan dan melihat demo pertolongan cemas semua ada di Bee Ant Blues Port. Apa yang GR nyatakan di sini hanya sebahagian aktiviti menarik hari ini untuk korang semua di Bee Ant Blues Port.

Korang nak rasa fellnya kena datanglah yer.. Datang jangan tak datang!!!

VIDEO SUASANA SEKITAR 2 HARI @HariBelia2012 #HBN2012 #BeeAntBlues








GR kata: Rugi pada siapa yang tak datang lagi...cepat jangan lepaskan peluang keemasan ni.. Macam-macam ada!!!

VIDEO TERKINI: LUTFIA AF DAPAT HIDAYAH, KINI BERTUDUNG! #BeeAntBlues #HBN2012



Korang masih ingat dengan penyanyi dari Akademi Fantasia ini?? Namanya Lutfia yang mula mengukir nama dipersada seni tanahair melalui siri realiti TV. Pernah popular dengan lagu Diam. Gambar di atas adalah gambar lama suatu ketika dulu. 

Sekarang Lutfia sudah pun berwajah baru, kini sudah bertudung. Alhamdulillah...perubahan yang baik haruslah diberikan pujian dan GR mendoakan agar perubahan ini akan terus berkekalan serta terus maju dalam industri nyanyian yang diceburi oleh beliau.

Ada sedikit kata-kata yang beliau ingin sampaikan mengenai perubahan baru diri beliau sekarang. Lihat video di bawah :




GR kata: Alhamdulillah...pelbagai program Ilmiah disediakan untuk Belia di Putrajaya. Cepat jangan lambat datang nanti korang juga yang rugi....

VIDEO: ADA ORANG KENA TEMBAK DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA?? #BeeAntBlues #HBN2012




Pelbagai acara menarik disediakan untuk pengunjung-pengunjung yang hadir ke Himpunan Jutaan Belia, Putrajaya yang sudah pun berlalu selama 2 hari. Bee Ant Blues juga menyediakan acara yang terbaik untuk golongan Belia, kepada peminat Paintball jom datang beramai-ramai untuk merasai berperang di alam ketenteraan.

Esok 'Night Paintball' akan diadakan di Bee Ant Blue Port. Nak berperang diwaktu malam, meh ler datang jangan malu-malu dan segan-segan. Jam 8.00 malam 'Perang Teluk' akan bermula....


GR kata: Nak lepas geram pun boleh tu...He he he

Thursday, May 24, 2012

VIDEO KHAS UNTUK PEMINAT @altimet CHECK IT OUT! #HBN2012 #BeeAntBlues @BNYouthMusic @beliabangkit




Ini adalah video khas untuk semua peminat Altimet, rapper terkenal di Malaysia. Rupa-rupanya Altimet mengajak korang semua dan peminat beliau ke Himpunan Jutaan Belia Putrajaya dan hari ini merupakan hari ke-2. Nak jumpa Altimet, jom datang beramai-ramai di Both Bee Ant Blues.

Hari ini banyak acara menarik untuk korang. Pada yang minat suasana kampung dengan merewang, jom datang malam ni. Kita solat Maghrib bersama dan baca yasin bersama selepas tu kita merewang dan makan malam bersama. Nak tau apa tu merewang?? Korang kena datanglah yer... Hi hi hi

Lihat di bawah, acara-cara menarik untuk hari ini :



GR kata: Jom datang beramai-ramai...

VIDEO PANAS: @AdamAdli AKUI BELIA HARAPAN NEGARA! - ZAHID HAMIDI #HBN2012 #BeeAntBlues


Lihat gambar di atas, ikon demostrasi mahasewel sudah mula insaf dan semakin sedar diri, itu boleh diumpamakan Adam Adli sekarang berbanding sebelumnya. Beliau sudah mula sedar apa yang dilakukan selama ini adalah suatu perkara yang sia-sia.

Adam Adli juga mengajak semua golongan Belia diluar sana berhimpun secara aman dan turut serta dalam Himpunan Jutaan Belia, Putrajaya 2012 yang sudah bermula semalam dan akan berakhir pada hari Ahad ini.

Lihat juga video di bawah, nasihat dari YB Menteri Pertahanan Malaysia kepada golongan Belia ini dan Belia adalah aset penting pada negara.




 GR kata: Belia golongan yang diiktiraf oleh Kerajaan...Bukan mempergunakan Belia seperti sesetengah pihak.

PERGH! 500 PROGRAM BERGUNA, BUKAN MAKSIAT TAU! @HariBelia2012 #HBN2012 #BeeAntBlues


Sebanyak 500 program meliputi kebudayaan, pendidikan, alam sekitar dan sukan disediakan untuk golongan muda sepanjang lima hari mulai hari ini sempena sambutan Himpunan Jutaan Belia tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Hari Belia Negara Mod Nadzri Yaacob berkata antara program yang diadakan termasuk mendirikan 24 pentas untuk golongan muda yang berbakat mempersembahkan pelbagai genre muzik selain mengadakan aktiviti sukan dan rekreasi, sukan air serta sukan ekstrem.

Ketika ditemui Bernama di sini, Rabu, beliau berharap menerusi pelbagai program yang diadakan itu, perhimpunan berkenaan dapat menarik dua juta golongan muda berbanding satu juta pada tahun lepas. Sambutan Hari Belia Negara 2012 bertemakan 'Himpunan Jutaan Belia' yang bermula hari ini, dijangka disempurnakan perasmiannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Sabtu ini.

Mod Nadzri berkata sambutan Hari Belia tahun ini juga mempunyai kelainan tersendiri apabila pelbagai aktiviti turut diadakan untuk golongan muda sepanjang jalan antara Jambatan Putra dan Jambatan Gemilang di sini iaitu sepanjang enam kilometer. Beliau berkata perhimpunan kali ini akan turut dihadiri oleh golongan muda dari 17 buah negara, yang terdiri daripada negara Asean dan Komanwel.

"Malah Brunei Darussalam akan menghantar belia mereka sebagai peserta bagi memeriahkan sambutan Hari Belia negara, manakala negara lain akan bertindak sebagai pemerhati untuk melihat secara dekat bagaimana kita menganjurkan sambutan mega ini bagi diguna pakai di negara mereka," katanya. - BERNAMA


Artikel pelbagai