Showing posts with label Khalid Gagap. Show all posts
Showing posts with label Khalid Gagap. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

KELUHAN: KHALID IBRAHIM PUNYA PASAL, GR YANG TANGGUNG RISIKONYA!!


Masih berkisarkan cerita mengenai 'KEHEBATAN' MB Selangor TS Khalid Ibrahim ini. Malam tadi GR mengeluarkan artikel mengenai KEJAYAAN yang beliau telah lakukan pada rakyat khususnya di Selangor dan juga Bdr Tun Razak.

Pada hakikatnya ramai yang melenting dan menyindir bahawa artikel yang GR keluarkan malam tadi berbau lucah. GR mohon maaf jika ada yang berfikiran demikian tapi jika di adaptasikan maksud yang sebenarnya mungkin ramai juga yang mengerti apa yang Khalid Gagap ini telah buat rakyat merana. Artikel tersebut boleh baca DI SINI.

Jika kita semua lihat sejak Khalid Ibrahim memegang jawatan ahli parlimen, ADUN dan juga MB Selangor apa yang beliau lakukan untuk kebaikan dinikmati oleh rakyat? GR ingin menyentuh di kawasan Bdr Tun Razak kerana beberapa pembaca yang mengatakan artikel-artikel yang dikeluarkan sebelum ini artikel bodoh semuanya.

GR tak nak ulas panjang sebab dah berkali-kali perkara yang sama...hasilnya Khalid Ibrahim tiada sebarang tindakan susulan yang dibuat. MOHON TAN SRI JAWAB SOALAN DI BAWAH :

1. Apakah fungsi ahli parlimen di Bdr Tun Razak? Tugas dan mandat yang diberikan oleh rakyat kenapa tak laksanakan dengan penuh tanggungjawab?

2. Apakah fungsi pejabat ahli parlimen di Bdr Sri Permaisuri? Rakyat mahu adukan masalah pada siapa jika pintunya selalu ditutup?

3. Kenapa jika ada sebarang bantuan dari ahli parlimen, penerimanya hanya diberikan pada golongan terpilih saja sebagai contoh mereka yang taksub pada PKR saja. Inikah keadilan namanya?

4. Di mana pembangunan untuk kebaikan rakyat BTR seperti yang dijanjikan pada PRU 12 yang lepas?

5. Kawasan peniaga makanan di Bdr Sri Permaisuri di hadapan deretan kedai diberikan jaminan oleh Khalid Gagap untuk dinaiktaraf kepada yang lebih baik, sejak memegang jawatan Ahli Parlimen BTR hingga sekarang indah khabar dari rupa. Kenapa?

6. Tiada sebarang bantuan untuk anak muda dibangunkan. Kemudahan yang dibangunkan adalah hasil dari pihak lain. Kenapa YB makan gaji buta?

7. Adakah YB ambil mudah berkhidmat di BTR kerana K.Lumpur ini di bawah pentadbiran kerajaan pusat? Sebab itu YB boleh goyang kaki...macam tu ker??

8. Bantuan untuk warga emas dan golongan kurang mampu yang dijanjikan masih belum dikotakan?


Mungkin ada yang membaca blog ini terpedaya dengan tajuk yang ajak berbau lucah, tapi apa yang ingin disampaikan pada pembaca ialah tugas dan perkhidmatan sebenar yang diberikan oleh YB2 dari Pakatan Haprak ini kepada rakyat. Mungkin dikalangan pembaca ada yang menerima nasib yang sama seperti rakyat di Bdr Tun Razak dan mereka ini telah buka mata kerana undi mereka pada PRU 12 hanyalah sia-sia.

Semua lapisan masyarakat Bdr Tun Razak harus sedar, jika diberikan mandat sekali lagi kepada YB seperti Khalid Ibrahim ini nasib serupalah yang korang akan terima. Sudah hampir 5 tahun memerintah jadinya macam tu juga...nak tambah lagi 5 tahun ker? Korang fikirlah sendiri yer...

Lihat video di bawah, keluhan rakyat untuk renungan kita bersama :




GR kata: Rindulah nak jumpa Khalid Ibrahim....

Friday, June 15, 2012

RAHMAT ALLAH S.W.T BERIKAN PADA RAKYAT BDR TUN RAZAK! @rizalmanmokhtar @Khalid_Ibrahim #bn4wp cc: @MuhyiddinYassin


Semalam sekali lagi YAB Timb. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat lawatan kerja ke Parlimen Bdr Tun Razak. Apa yang bestnya, tahun ini saja sudah lebih 2x YAB TPM mengadakan lawatan ke Bdr Tun Razak. Yang menyedihkan lagi, di manakah Ahli Parlimen Bdr Tun Razak?? Kenapa tidak menyambut kedatangan YAB TPM di Bdr Tun Razak?? Inikah sikap baik yang ditunjukkan oleh seorang pemimpin??

Lawatan YAB TPM semalam di Bdr Tun Razak bermula dengan sesi soal jawab bersama Persatuan NGO di Institut Latihan DBKL. Selepas menunaikan Solat Zohor di Surau Kg Malaysia Raya, YAB TPM meluangkan masa sebentar menjamu selera bersama penduduk Kg Malaysia Raya dan Kg. Malaysia Tambahan.



Ada beberapa permohonan daripada penduduk Kg. Malaysia Raya dan Kg. Malaysia Tambahan, antaranya memohon untuk memanjangkan tempoh pemilikan tanah yang diduduki mereka sekarang. Menariknya, permohonan tersebut telah dipersetujui oleh TPM secara tak rasminya. Selepas itu, YAB TPM ke Pekan Sg. Besi untuk mendengar taklimat pembangunan Masjid Jame' Ibnu Khaldun.

Persoalannya yang GR ingin utarakan kepada Ahli Parlimen Bdr Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim a.k.a Khalid Gagap kenapa tidak pernah turun padang bertemu rakyat. Kenapa tidak boleh meluangkan sedikit masa bersama rakyat di Bdr Tun Razak?? Kenapa tidak ada sebarang perubahan dan pembangunan untuk rakyat Bdr Tun Razak?? Kenapa dan kenapa?? Janganlah menjadikan alasan kesibukan kerja sebagai Menteri Besar Selangor anda tidak boleh turun padang bertemu rakyat. Mandat yang rakyat berikan kenapa tidak digunakan dengan sehabis baik. Janganlah makan gaji buta dan gilakan kuasa yer YB Khalid Gagap...Pembaca yang budiman fikir-fikirkanlah pemimpin seperti inikah yang perlu diangkat untuk membantu rakyat???


Di atas lawatan kerja YAB TPM semalam, masyarakat Bdr Tun Razak sangat berterima kasih dengan Kerajaan meluluskan pembangunan di Bdr Tun Razak serta menyelesaikan masalah masyarakat Bdr Tun Razak selama ini. Kelulusan bantuan yang diberikan oleh YAB TPM ialah :
  1. Sambungan pajakan tanah 99 tahun kepada penduduk Kg. Malaysia Raya dan Kg. Malaysia Tambahan.
  2. Pembinaan bumbung untuk gelanggang futsal Kg. Malaysia Rakya sebanyak RM 300 ribu.
  3. Peruntukan RM 300 ribu untuk menaiktarafkan Surau sementara di Pekan Sg. Besi.
  4. Peruntukan RM 300 ribu untuk menaiktaraf Pusat Penjaja di Pekan Sg Besi.
  5. Peruntukan RM 200 ribu untuk menurap kawasan letak kereta di Pekan Sg. Besi.
  6. Kebenaran menggunakan Banglo milik MAWIP untuk dijadikan Surau sementara di Pekan Sg. Besi.
  7. Kelulusan pembinaan Surau di PPR Muhibbah Bkt Jalil sebanyak RM 600 ribu.
  8. Kelulusan pembinaan dewan masyarakat di PPR Muhibbah Bkt Jalil sebanyak RM 1.3 juta.
  9. Pembinaan baru Masjid Jame' Ibnu Khaldun, Pekan Sg. Besi sebanyak RM 9.5 juta.

GR ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YAB TPM dan Kerajaan BN yang selama ini sentiasa mendengar keluhan rakyat khususnya di W.Persekutuan. Bukan itu saja malah berusaha memberikan kemudahan dan pembangunan yang terbaik untuk rakyat serta keselesaan rakyat demi masa depan yang baik untuk mereka. Tahniah juga GR ucapakan kepada UMNO/BN Bdr Tun Razak yang tidak putus asa sentiasa memberi bantuan kepada masyarakat Bdr Tun Razak. Kepada pembaca sekalian, fikirkanlah yang terbaik demi masa depan kita semua. Jika inginkan pemimpin Pakatan Rakyat menjadi wakil rakyat anda lihatlah apa yang mereka lakukan selama mereka menjadi wakil rakyat untuk anda. Kalau selama memegang mandat sebagai Ahli Parlimen mahupun ADUN turun padang setahun sekali baik tak payah jadi pemimpin....



GR kata: Khalid Gagap MP malas yang makan gaji buta...!!!

Thursday, May 24, 2012

PANAS: SELANGOR GALAKKAN SAMPAH SARAP..!! @Khalid_Ibrahim #MBmalas


Kerajaan negeri di bawah pimpinan PKR sekarang dah tidak ubah seperti 'kerajaan papan tanda'. Gelaran itu patut diberikan memandangkan kerajaan negeri dilihat lebih suka menaikkan papan tanda, banner & banting berbanding melaksanakan tanggungjawab membantu rakyat.

Papan tanda yg dibina kononnya sebagai publisiti bagi menunjukkan apa yg dilakukan kerajaan negeri itu sebenarnya tidak membawa apa2 manfaat kepada rakyat kerana banyak janji pembangkang pada pilihan PRU lalu tidak dilaksanakan sehingga kini.

Sebagai contoh di kawasan Kuala Selangor dan Permatang, kerajaan negeri menaikkan papan tanda yg mengatakan dua kawasan itu sebagai kawasan ikan segar sedangkan orang ramai sudah mengetahui perkara itu. Berapa banyak peruntukan yg dibelanjakan kerajaan negeri untuk papan tanda itu? Kalau setakat papan tanda, ia tidak memberi manfaat kepada rakyat, lebih baik gunakan peruntukan itu untuk membantu rakyat seperti golongan nelayan di negeri ini.

Berbeza dengan kerajaan BN di bawah pimpinan PM, Datuk Seri Najib Tun Razak, walaupun tidak memerlukan sebarang papan tanda atau membuat janji kepada rakyat, kerajaan BN telah melaksanakan agenda membela rakyat di negara ini termasuk di Selangor.

Misalnya, kerajaan pusat telah menyediakan pelbagai bantuan untuk membantu golongan nelayan seperti memberi elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan selain peruntukan berjumlah RM74.3 juta untuk membaiki rumah kepada 7,638 nelayan di seluruh negara. Kerajaan turut menyediakan skim perlindungan insurans kepada seramai 47,635 nelayan di negara ini bagi memastikan golongan itu mendapat pembelaan sewajarnya.

Apa yang dilakukan olih Khalid gagap pula hanyalah menambahkan semak samun serta sampah sarap dengan banner & banting 'Terima Kasih' nya yang jatuh bersepah disepanjang jalan, apa lagi bila disimbah hujan dan ditiup angin.


GR kata: Rumah MB letak poster banyak-banyak tak?? He he he

Monday, May 7, 2012

PANAS: LAGI SARANG PELACUR DI SELANGOR DIBONGKAR! @Khalid_Ibrahim APA CER?? #MBmalas


Rahsia penyidai tuala yang terletak di tepi dinding sebuah hotel di Sri Damansara dekat sini terbongkar apabila ia sebenarnya menutup laluan ke sebuah bilik rahsia yang dijadikan tempat menyorok pelacur warga asing.

Bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, hanya mereka yang mengetahui kod rahsia di lif premis lima tingkat tersebut boleh naik ke aras satu dan dua yang dijadikan lokasi kegiatan haram itu.

Gambar pelacur yang ditangkap

Namun, dalam serbuan pukul 7.15 petang semalam oleh Unit Anti Pemerdagangan Orang, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kegiatan mereka terbongkar apabila polis berjaya menahan lima gadis yang disorokkan dalam bilik itu setelah hampir sejam menggeledah kawasan terbabit. - Utusan


GR kata: MB Selangor ni goyang kaki atau takut dengan Exco-exco Selangor yang dikuasai oleh puak DAP..??

Thursday, April 26, 2012

SELANGOR 'SYORGA' ALAT SEKS! TAHNIAH #MBmalas @Khalid_Ibrahim


Sebuah patung getah yang menyerupai tubuh perempuan yang dijual pada harga RM50 dan menjadi kegemaran lelaki untuk melepaskan nafsu antara pelbagai produk berahi yang dirampas penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam tujuh siri serbuan di sini, 18 April lalu.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPK, Andry Arman Masrom berkata, pihaknya merampas pelbagai peralatan dan ubat seks yang dianggarkan bernilai RM10,000 kerana dijual secara terbuka.
“Antara kawasan yang terbabit dalam operasi ini ialah Taman Klang Jaya, Taman Bayu Perdana, Persiaran Raja Muda Muda, Jalan Kapar, Lorong Cungah, Taman Klang Utama dan Taman Sentosa.

“Serbuan dijalankan pada jam 4 petang di tujuh kawasan secara serentak selepas kami melakukan risikan dan hasil aduan awam,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Andry Arman berkata, peniaga terbabit menjadikan pelanggan di premis nombor ekor berhampiran sebagai sasaran utama berikutan premis berkenaan tumpuan orang ramai. Katanya, rungutan orang awam yang melalui kawasan itu terutama ibu bapa disalurkan kepada MPK yang kemudian membuat serbuan dan merampas hampir 300 produk berahi termasuk barang perhiasan wanita selain menyita peralatan berniaga. - Metro


GR kata: Hebat betul Selangor ni kan?? Dengan Pakatan macam-macam ada....

Thursday, April 19, 2012

KISAH BENAR: INIKAH SIKAP SEORANG PEMIMPIN? MESTI PILIH BULU KER?? @Khalid_Ibrahim #MBMalas


Wanita di atas ialah seorang Cina Muslim....

Kebetulan saya bertemu beliau diruang menunggu di Pejabat Perkhidmatan Pegawai Penyelaras DUN BN Pelabuhan Klang Dato' Mazlynoor Abdul Latif.

Bila melihat beliau membaca surat yang didekatkan pada matanya, lantas saya bertanya samada matanya rabun. Beliau memberitahu bahawa sebelah matanya buta disamping mengidap penyakit buah pinggang. Beliau turut menunjukkan kad OKU kepada saya.

Bila ditanya apa tujuannya untuk bertemu dengan Pegawai Penyelaras DUN, beliau memberitahu beliau telah ke pejabat MB Menteri Besar untuk memohon bantuan kebajikan kerana tidak mempunyai pendapatan. Suaminya tidak bekerja kerana menjaganya yang mengidap buah pinggang.

Jelasnya lagi, beliau dapat bertemu dengan MB di pejabatnya dan telah ditanya samada dirinya penyokong UMNO atau PKR. Dek kerana lurus, wanita mualaf ini memberitahu yang beliau adalah penyokong UMNO.

Kemudian MB telah berkata sesuatu. Namun, wanita ini tidak memahaminya. Mengulang dialog yang diucapkan oleh MB kepadanya, beliau mendakwa hanya mendengar "berb...berb...berb..".

"Kakak tak faham langsung apa yang dia cakap. Yang kakak dengar berb... berb... berb... Telinga kakak ni ada masalah sikit," tambahnya.

Wanita tersebut telah pulang dengan tangan kosong dan akhirnya datang mengadu ke pejabat Penyelaras berkenaan. Dipendekkan cerita, ada 2 pengalaman yang diperolehi oleh wanita malang berkenaan.

Pertama, beliau baru tahu yang MB-nya gagap. Kedua, kerajaan ada simpanan RM1.9 bilion tapi tak mampu membantu OKU seperti dirinya. Mohon MB tu jawab..!!!!

Sumber: RH

GR kata: Korang rasa tau tak siapa MB tu...???

Thursday, April 12, 2012

PADANG BOLA PUNYA HAL, RAKYAT YANG KENA!! APA CITER @Khalid_Ibrahim??


Inilah dia Pakatan Haprak kerakusan mereka yang gilakan kemewahan poket sendiri, mereka sanggup mengetepikan keperluan rakyat setempat. Kenapakah boleh jadi begini?? Apakah MB Selangor tidak ada perasaan langsung, sanggup hapuskan keperluan rakyat demi untuk pembangunan yang tidak sepatutnya. Dah macam tak ada tempat lain nak usik, kenapa mesti padang bola ni?? Bukankah sudah bertahun padang bola tersebut digunakan oleh rakyat bersukan dan sebagainya. Inilah situasi yang dihadapi oleh rakyat di Selangor, saban hari padang bola mereka dihapuskan begitu saja demi menambahkan poket puak-puak Haprak ni.

Persoalannya sekarang, kenapa padang bola di Selangor yang sibuk depa tutup tapi depa tukar pi padang di Bandar Tun Razak?? Senang jer Khalid Ibrahim ni yer. Mentang-mentang Ahli Parlimen BTR dan MB Selangor, boleh suka-suka buat keputusan tanpa memikir keperluan rakyat. Inikah contoh pemimpin masyarakat??? Khalid Gagap tolong jawab.....


GR difahamkan perlawanan bola sepak Neg. Selangor digantikan tempatnya di padang bola sepak depan BP di Bdr Tun Razak (gambar di atas). Kenapa Liga Selangor buat di K.Lumpur?? Nie liga budak sekolah ker YB?? Kenapa perlu tukar ke Bdr Tun Razak?? Habis keperluan rakyat nak rata-rata selalu bersukan di situ macam mana?? Terkubur habis ker?? Inilah pemimpin Pakatan Haprak, mereka memang tidak berhati perut, sanggup buat apa saja demi kepentingan peribadi mereka sendiri.

Baca selanjutnya DI SINI


GR kata: Nasib rakyat diperjudikan macam goreng pisang oleh puak Pakatan Haprak. Alahai kesiannya....Fikir-fikirkanlah!!!

OH! MASSAGE..OH! RUMAH URUT, APA CELOP @Khalid_Ibrahim??


Seramai 13 wanita warga asing termasuk remaja bawah umur yang menjadi pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam dua serbuan di sebuah pub dan pusat refleksologi di Bandar Mahkota, Cheras, kelmarin. Serbuan Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor yang diketuai Asisten Superintendan Adzli Abu Shah itu dijalankan jam 10.45 malam.

Beliau berkata, dalam serbuan di pub, pihaknya menahan lapan GRO warga Vietnam berusia 17 hingga 30 tahun, yang sedang sibuk melayan lima pelanggan mereka.

“Pemeriksaan mendapati empat daripada wanita itu menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk memasuki negara, dua dikesan tiada dokumen pengenalan diri dan dua lagi hanya mempunyai slip daftar kemasukan. “Semakan menunjukkan premis terbabit beroperasi sejak lima tahun lalu, selain lesen juga sudah tamat tempoh,” katanya.


Tukang urut yang ditangkap


Adzli berkata, siasatan menunjukkan tiada khidmat seks ditawarkan di premis itu, namun polis percaya semua GRO terbabit ada menawarkan perkhidmatan itu di luar premis, tanpa pengetahuan pengurus pub bagi mencari duit lebih.

Menurutnya, seorang penjaga premis lelaki berusia 22 tahun turut ditahan dalam operasi itu kelmarin. Dalam operasi berasingan di pusat refleksologi pula, Adzli berkata, lima tukang urut terdiri daripada tiga wanita Thailand dan dua warga Laos dicekup.

Beliau berkata, semua wanita berusia antara 24 hingga 44 tahun itu sedang asyik mengurut lima pelanggan mereka, manakala tiga lagi pelanggan lain sedang menunggu giliran untuk diurut.

“Siasatan awal dapati semua tukang urut tidak memiliki permit kerja itu, kerap keluar masuk negara menggunakan pas lawatan sosial. “Kita tahan seorang lelaki tempa­tan berusia 30 tahun yang juga merupakan penjaga premis,” katanya.

Adzli berkata, semua yang ditahan termasuk lima pelanggan di pusat ref­leksologi dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kajang untuk tindakan lanjut dan siasatan dibuat mengikut kesalahan menggaji pekerja tanpa permit. - SH


GR kata: Selangor sekarang dah macam kedai runcit, macam-macam rumah urut ada. Alahai.... MB Selangor senyap jerk, jadi pak turut or pak urut?? Ha ha ha

Monday, April 9, 2012

JUDI TAKDER HAL MA! INIKAN NEGERI KEBAJIKAN!! @Khalid_Ibrahim



GR kata: Inikah Exco Agama Negeri Selangor. Yang haram dihalalkan?? Apa pun tak boleh. Benda yang perlu dikurangkan nak ditambahkan pulak lagi. Inilah Pakatan Haprak, apa yang mereka tau poket mereka 'penuh'. Pembaca fikir-fikirkanlah....

Thursday, March 29, 2012

EXCO AGAMA NEG. SELANGOR BAWA GAYA HOLLYWOOD!!! @Khalid_Ibrahim


Pembaca lihatlah sendiri gambar di atas, inikah ciri orang Melayu apabila bertandang ke rumah orang lebih-lebih lagi dirinya seorang pemimpin. Di manakah keadaban beliau sebagai seorang Islam dan juga Melayu?? Ingat ni Hollywood ker masuk rumah orang pakai kasut.

Pada GR, memang tak layak orang macam ini kita angkat lagi sebagai pemimpin. Sikap yang kurang ajar kepada rakyat tidak harus dicontohi. Ini adalah satu penghinaan. Pembaca yang budiman fikir-fikirkanlah....


GR kata: Nak moden pun fikirlah dulu. Ini ker Exco Agama Islam Neg. Selangor?? Hancurlah gamaknya....

Wednesday, March 21, 2012

PANAS: Inikah Dia Pengundi HANTU?? @Khalid_Ibrahim


Pakatan Rakyat selama ini menuduh UMNO/BN menggunakan taktik pengundi HANTU untuk meraih undi sekaligus memenangi pilihanraya yang diadakan sebelum ini. Tu la jangan mengata orang, sekarang apa jadi, kan dah kena batang hidung sendiri. He he he

Maklumat terbaru GR terima, PKR telah membuat permindahan beramai-ramai pengundi bagi menentukan kawasan yang mereka menang untuk kekal menang di dalam PRU yang akan datang.

Terkini, Tan Seri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor tidak lari daripada terlibat dengan proses pemindahan beramai-ramai penyokong tegar PR. Apa cerita ni?? Dah tau nak kalah main kotor ker??

Sebelum ini, Khalid mengundi di Petaling Jaya..

Kad Pengenalan: 461214105273 / 0556617
Nama: ABD KHALID BIN IBRAHIM
Jantina: LELAKI
Lokaliti: 105 / 34 / 05 / 003 - JLN 16/2
Daerah Mengundi: 105 / 34 / 05 - SEKSYEN 16
DUN: 105 / 34 - BUKIT GASING
Parlimen: 105 - PETALING JAYA SELATAN
Negeri: SELANGOR
Sebarang pertanyaan : spr@spr.gov.my

Pembaca lihatlah sendiri taktik KOTOR yang dilakukan oleh PKR. Untuk memastikan Nurul Izzah menang di Lembah Pantai, beliau telah meminjam alamat di Universiti Malaya untuk menjadi PENGUNDI HANTU di Lembah Pantai. Haaaa...kan dah kantoi!!!


Proses permindahan pengundi beramai-ramai ini sudah sekian lama dilakukan oleh PR dan tidak pasti sejauh mana pihak SPR memantau proses ini dari masa ke semasa. Di sini kita sudah dapat cari satu hantu yang akan mengundi di Lembah Pantai, mungkin ada ramai hantu lagi yang bakal muncul untuk mengundi Nurul Ezah di Lembah Pantai.

Pendedahan seterusnya baca di Suara Razlan


GR kata: Macam-macam hantu ada sekarang yer?? Boleh jadi MP lagi tue....

Friday, March 9, 2012

PANAS: KHALID GAGAP KANTOI LAGI! INI BUKTNYA!!


Semalam Raja Petra dedahkan jumlah kerja-kerja Direct Nego yang dikeluarkan oleh MB Selangor, Khalid Gagap. Mungkin ada yang bertanya adakah direct nego itu salah? Ataupun akan ada yang berfikir bahawa direct nego itu perlu ada. Tapi Kerajaan Neg. Selangor sebelum ini ada mengatakan mereka akan buat secara tender terbuka, lebih telus dan adil katanya. Meh kita lihat di bawah, pembongkaran yang dibuat oleh RPK telus ke idak yer...


Kata tender direct nego nak dihapuskan...TAPI yang ni apa pulak?? Lihat di bawah:


Perghhhhh...banyak tu kan? Betul Si MB Khalid Gagap ni 'sakau' habis duit rakyat Selangor. Ada lagi bukti-bukti MB Khalid Gagap dan sekutunya menyalahgunakan kuasa. Jom tengok lagi di bawah:











Baca lagi di sini


GR kata: Tunggu pendedahan tentang Si GAGAP ni di Bdr Tun Razak!!!

Wednesday, February 15, 2012

Alahai MB Selangor..Baru Bangun Dari Mimpi Ker???


Alahai MB Selangor ni baru bangun dari tidur ka?? Baru sekarang nak fikir buat sesuatu untuk kebaikan rakyat ker?? Selama ni buat apa? Tido makan gaji buta ka??? Sibuk dengan kaut untung pasir ker?? Atau pun rumah urut??? Ostad Khalid tolong jawab....

Setelah hampir 4 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, baru nak buat rumah mampu milik untuk rakyat di Selangor. Betul ker ni atau pun janji kosong lagi?? Pembaca lihat tweet beliau di bawah:


Rumah mampu milik  Selangor siap September 2012?? Boleh percaya ker?? Kalau ianya terbukti nanti benar, baguslah. Jangan pula dah siap ada macam-macam lagi benda yang boleh membebankan dan menyusahkan rakyat khususnya di Selangor.

Sumber: Anak Seberang


GR kata: Bila nak turun Bdr Tun Razak?? Susah sangat nak nampak muka YB ni....

Sunday, December 11, 2011

BONGKAR: SIAPA SEBENAR KHALID IBRAHIM..??


Di sini GR senarai beberapa perkara mengenai MB Selangor yang tak perlu disebut namanya semua orang sudah mengenali beliau. Pembaca baca dan nilaikan...

1. Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, 61, mantan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd. dan CEO PNB kini diperkudakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai calon dalam Pilihanraya Kecil Ijok 28 April.

2. Khalid, merupakan Pengerusi PKR Selangor bukanlah seorang yang baru dalam arena politik. Beliau pernah bertanding dalam UMNO Bahagian Kuala Selangor pertengahan 90an dahulu untuk merebut Ketua Bahagian tetapi gagal.

3. Khalid kini sinonim dengan golongan kecewa dalam politik, mencari sekutu bersama Anwar Ibrahim dan mereka yang senasib seperti Dato’ Kamarul Bahrin dan Dato’ Nalla Karupan.

4. Selepas PNB, Khalid menjadi Pengerusi Kumpulan Guthrie Bhd. dan pembelian-oleh-pengurusan (MBO 5% saham Guthrie pada nilai asas (par). Ini bermakna, Khalid dibenarnya mengambil alih saham Guthrie bernilai pasaran RM 50 juta tanpa membayarnya (dibiayai penuh pihak ketiga) dan diberikan moratorium untuk opsyen lain.

5. Apa yang dinikmati oleh Khalid lebih banyak dari personaliti personaliti lain yang menjadi tunggak perintis PNB seperti Tan Sri Mohd. Desa Pachi dan Allahyarham Tun Ismail Mohd. Ali.

6. Peluang mendapat kekayaan ini tidak termasuk saham saham terbitan syarikat syarikat yang ingin disenaraikan diBursa Malaysia (masa itu KLSE). yang diperuntukan sebagai penglibatan pelabur / pemegang saham Bumiputra. Khalid dikatakan menguruskan agar sebahagian dari saham yang diperuntukan untuk Bumiputra (selebih dari yang mana diambil (subscribe) PNB) di’faraid’kan (private placement) kepada dirinya (melalui wakil wakil tertentu), termasuk menguruskan pembiayaanya sekali.

7. Khalid berpeluang menjadi jutawan kaya dari seorang pengurus professional yang hanya makan gaji dengan sebuah agensi Kerajaan. Kekayaan ini menyebabkan Khalid mampu menyediakan rumah umpama istana tiga tingkat di Jalan Setia Bistari 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur ini. Rumah yang berharga berjuta Ringgit ini, sebahagian besarnya dibuat dengan kayu cengal, merbau dan keras yang lain, yang diukir secara teliti dengan tangan oleh tukang tukang mahir yang didatangkan khas dari Terengganu.

8. Di Guthrie:- Khalid menguasai Guthrie sebagai pemegang saham minoriti, (ketika itu nilai pasaran saham terbitan dan berbayar berjumlah melebihi RM 1 billion), tetapi kerana kesefahaman PNB membelakangi beliau sebagai Pengerusi Eksekutif, Khalid berlagak umpama ‘tuan punya’ Kumpulan Guthrie dan seolah olah berkuasa mutlak.

9. Khalid seorang pemimpin yang “bongkak dan angkuh”. Keangkuhan pengurusan beliau terserlah apabila beliau membuat banyak keputusan sendiri, tanpa mendapat persetujuan Lembaga Pengarah Kumpulan Guthrie, termasuk untuk keputusan keputusan strategik. Ini menimbulkan kemarahan dan perasaan tidak senang pengurusan tertinggi diperingkat PNB. Namun begitu, tiada tindakan diambil kerana Khalid dilihat sebagai ‘orang Anwar Ibrahim’ (masa itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan).

10. Guthrie banyak membuat pinjaman dan hutang baru dalam zaman pengurusan Khalid. Projek projek yang dikira sebagai pet project Khalid seperti Bukit Jelutong, Guthrie Corridor dan pembukaan ladang kelapa sawit di Indonesia banyak mendedahkan Guthrie kepada hutang, sehingga melebihi RM 1 billion dan hampir menyamai modal berbayar syarikat. Antaranya, ialah penerbitan kertas kommersial kompliant syariah yang dinamakan ‘Sukuk’, ditaja-urus oleh HSBC Amanah merupakan satu sejarah dalam kewangan Islam diperingkat antarabangsa. Khalid amat berbangga dengan ini dan kerap menengahkan kejayaan ini. Dipercayai ini dilakukan Khalid dengan sengaja agar harga saham Guthrie boleh ditingkatkan dan EPS meningkat. Perancangan Khalid adalah agar beliau boleh mengambil 10% opsyen saham Kumpulan Guthrie dengan nilai par dan kerana saham ini akan di’lonjak’ ketahap harga tinggi, maka beliau boleh mendapat pembiayaan untuk skima yang berkepentingan peribadi ini.

11. Malangnya, perancangan ini gagal direalisasikan dan moratorium yang PNB berikan kepada beliau menjadi matang.

12. Selepas Anwar tidak lagi berkuasa, ‘perlindungan’ keatas Khalid lenyap. Oleh kerana pengurusan Khalid diGuthrie makin meruncing dan membebankan syarikat dan banyak keputusan unilateral yang dibuat Khalid makin disedari, makan pada tahun 2003, PNB menetapkan Khalid membayar penuh opsyen selebih 5% saham Guthrie yang beliau pada asalnya ingin miliki. Kegagalan ini juga memberikan peluang agar Lembaga Pengarah Guthrie mengundi beliau di’turun’kan dari kedudukan Pengerusi Eksekutif yang sangat berkuasa itu.

13. Kini Anwar mengunakan Khalid sebagai kuda tungganganya dalam Pilihanraya Kecil Ijok.

14. Ketika kempen pilihanraya kecil DUN Machap, Tan Sri Khalid minum arak dulu sebelum berucap. Tak percaya suruh dia bersumpah. Tanya juga Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Selepas minum arak barulah beliau boleh berceramah dengan baik. Percaya tak ketika berkempen Tan Sri Khalid tak boleh beri salam dengan baik. Malah salam Tian Chua menyebut Assalammualaikum Waramatulllah hi wabarkatuh lebih baik daripada Khalid Ibrahim.

p/s: PKR = Parti Tipu Rakyat

Artikel pelbagai