Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts

Thursday, August 21, 2014

HOT #KrisisSelangor: @rafiziramli BUAT DRAMA, CUBA NAK LEPASKAN DIRI! @drwanazizah



Alasan!! selepas tersebarnya satu dokumen yang dikatakan, dokumen rahsia dan sulit berkenaan “Langkah Kajang” yang dirangka oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli, hari ini tuan punya badan tampil menafikannya.

Rafizi menuduh blogger dari UMNO yang mencipta sendiri dokumen berkenaan. Dalam penafian itu, Rafizi dibantu oleh Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dengan membuat satu kenyataan yang agak bercanggah daripada kenyataan Rafizi sendiri.

Dalam tweetnya berkaitan pendedahan itu, Rafizi dikatakan tidak menyebut strategi mengadakan pilihan raya kecil Kajang itu sebagai “Langkah Kajang” tetapi “Serampang Kajang”.


Seperti yang di ajarkan oleh Anwar kepada barua-baruanya, bila dah terkatoi, jangan jawab perkara yang kantoi tu, pusing dan create cerita lain...

Inilah yang berlaku kepada Rafizi Ramli...Korang cuba ingat balik al kisah ketika Rafizi majlis pertunangan anak PM Najib. Katanya Najib gunakan duit rakyat dan macam-macam tomahan lagi. Last-last kantoi...aper citer???

Dia tak berani nak jawab dan komen soalan dan pertanyaan dari dewan Pemuda PAS, pasal dokumen sulit nak jahanamkan ekonomi negara (kajang move) itu, tapi dia cuba bermain dengan isu lain, kononnya ada bloger pro UMNO mengaitkan dia dengan pompuan mat saleh bernama kristin...


Lepas tu mulalah pusinng cerita dengan mengatakan Kristin tu seorang kucing 'belaan' si Rafizi nie. Sampai sanggup masukkan lacurkan gambar anak sendiri demi nak cover diri yang dah kantoi penipu. Gambar seperti di atas.

Tidak nampak pulak di alam maya ini, tersebarnya cerita Rafizi bermukah dengan perempuan bernama kristi, baik dalam facebook, twiter dan blog.  Betul tak??

Rafizi sengaja nak alih pandangan orang supaya tidak membesarkan kebocoran dokumen #KajangMove.  Malah mengikut sumber, dokumen Kajang Mobe itu diperolehi dari budak-budak PKR Pandan yang rapat dengan Rafizi.

Alahai Rafizi kawasan sendiri pun tak jaga dengan betul sibuk nak rampas kuasa orang lain. Bila dah kantoi, ade juga yang percaya bulat-bulat pada Rafizi nie kan. Sapa yang bodoh yer???


GR kata: Dah terkangkang, cuba nak jilat balik yer!!!

Monday, August 18, 2014

#KrisisSelangor: PERJUANGAN PAS DEMI ISLAM ATAU DEMI POKET PENUH? @Khalid_Ibrahim @abdulhadiawang @drwanazizah


Nampaknya drama krisis kedudukan MB Selangor masih belum sampai ke penghujungnya. Ianya bakal menjadi episod yang tiada kesudahanya. Seperti biasa inilah perangai bangsa Melayu yang sejak dulu suka jatuhkan bangsanya sendiri.

Adakah al kisah Khalid Ibrahim ini ciptaan Anwar dan kuncu-kuncunya untuk menarik perhatian rakyat khususnya di Selangor? Kenapa rakyat yang menjadi mangsa? Bukankah pilihanraya umum telah pun selesai, dan seharusnya perkhidmatan yang terbaik harus diberikan pada rakyat. Rakyat yang memberikan mandat...bukannya mempermainkan hati dan emosi rakyat!!

Mana perginya perjuangan dan keadilan yang diperkatakan untuk membela nasib rakyat? Mana perginya pendirian PAS dalam menangani krisis MB Selangor ini? Mengapa perlu peralihan kuasa jika seorang pemimpin itu 'Perform' untuk rakyatnya?

Adakah tindakan yang dibuat oleh TS Khalid Ibrahim tidak selari dengan pendirian Anwar Ibrahim dan DAP membuat beberapa pihak mula panas punggung? Soalan yang perlu kita sama-sama fikirkan, adakah sesebuah pentadbiran negeri atau negara itu milik seseorang individu atau pun milik rakyat? Korang fikirkanlah....

GR melihat di sini ada agenda tersendiri yang mungkin kita semua terjebak dalam 'Game Plan' mereka. Lihat sajalah, bila mana Tuanku Sultan masih menerima Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. PAS yang peringkat awalnya 'berkeras' dengan pendirian mereka akhirnya tewas dalam 'Dakapan' Anwar. Adakah mereka benar-benar ikhlas, atau pun takut kerana kehilangan sokongan dan juga kuasa?

U-Turn yang telah dibuat oleh PAS berlaku dalam sekelip mata, ada yang kata inilah perjuangan pakatan pembangkang yang harus dicontohi kerana mereka 'Satu Kepala'. Fikirkanlah dengan waras, jika perkara sebegini mereka tidak boleh selesaikan dengan baik, bagaimana pula untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan pada mereka. Sudahlah kerja pada rakyat mereka malas, yang hanya pandai menyalahkan pihak lain atas krisis yang berlaku. Otak letak kat mana??

Sokongan yang tinggi diberikan oleh Khalid Ibrahim dalam pemilihan PKR untuk jawatan Timb. Presiden PKR harus diberikan kerana tanggungjawab yang beliau laksanakan dengan baik. Cuma di sini, mahukah PKR yang semua cukup maklum `wahyu'nya dikeluarkan melalui Anwar Ibrahim (yang berkehendakkan Azmin menang) mengumumkan sebelum 10 Ogos kemenangan Abdul Khalid sebagai Timbalan Presiden PKR yang baharu. Itu pun andai PKR memiliki daya telusnya.

Sewajarnya sekutu-sekutu pakatan terutama Pas sedar diri akan ketelusan PKR dalam memproses pemilihannya. GR sudah agak PAS akan membuat U-Turn dan hakikat sebenarnya mereka tidak berani untuk membuat sebarang keputusan yang tegas. Sudah banyak keputusan yang mereka buat sebelum ini hanyalah LAKONAN SEMATA-MATA!!


Istilah kafir harbi dalam kamus kepimpinan PAS kelihatannya sudah mempunyai takwil yang berbeza. Malah, ini bukan perkara baru yang berlaku sehari dua ini tetapi sudah beberapa ketika sejak laungan tahaluf siyasi dengan DAP berkumandang. Sejarah menjadi saksi hakiki segala tohmahan DAP terhadap hudud PAS bila PAS bertegas mahu melaksana hudud.

Saban hari, semakin terbukti, hidung parti PAS ini memang tak mancung, pipinya pula tersorong-sorong. Parti ini menjadi titik maruah Islam dihenyak oleh mereka yang tidak senang dengan keberadaan Islam di tanah air yang tercinta ini.

Sehingga masa ini, ramai yang percaya dan yakin, pada penghujung sandiwara pelantikan MB baru ini, akan diakhiri dengan seluruh rakyat Malaysia akan melihat bagaimana Hadi Awang akan akur, tunduk dan patuh serta menurut perintah Anwar dan Kit Siang. Permainannya berbeza. Dramanya punya babak lain. Namun begitu, penghabisannya nanti kita sudah maklum seperti sebelumnya.

Ramai sudah muak dengan politik murahan meraih publisiti media dan dalam masa sama mempermain amanah rakyat. Banyak tenaga habis untuk politik Pakatan Rakyat yang langsung tidak mendatang secubit faedah kepada rakyat jelata.

Ingatlah wahai orang-orang PAS dan rakyat Malaysia, kenyataan AJK PAS Pusat Dzulkefly di akhir kalamnya baru-baru ini; "Ya Allah, ku sudah lunaskan tanggungjawabku menegur Pimpinan Tertinggi muafakat politik ini...."

Berapa banyak Anwar 'Kautim' dengan Hadi Awang yer???? Korang rasa??? Kenapa perlunya Azizah jadi MB? Dia nie anak kelahiran Selangor ker? Azmin pulak???

 
GR kata: Sampai bila kita diperbodohkan macam bangkai nie???

 

Saturday, August 16, 2014

HOT #KrisisSelangor: ADUN PAS CUBA KHIANAT KHALID IBRAHIM DISERANG SAKIT JANTUNG?


SHAH ALAM - Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur petang semalam bagi mendapatkan rawatan kecemasan setelah mengadu sakit dada.

Tiada perkembangan baru diterima tapi sumber memberitahu keadaan beliau agak kritikal.

Saari merupakan seorang daripada dua Adun PAS yang menyokong perlantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai MB Selangor.

Ini melanggar pendirian Majlis Syura Ulama Pas baru-baru ini dan mendahului Mesyuarat Jawatankuasa Pusat.

Sehingga kini beliau masih enggan menarik balik surat sokongan beliau sebagaimana diarahkan Setiausaha Pas Selangor.


Janganlah disebabkan gila kuasa sampai ramai pemimpin pakatan masuk hospital. Nasib rakyat Selangor langsung tak terbela.

Disebabkan asyik tengok drama bersiri pakatan pembangkang yang entah bila sampai ke penghujungnya.


GR kata: Jangan ada 'Drama King' jugak dalam PAS yer!! He he he


Friday, August 15, 2014

#KrisisSelangor: AMBIGA NAK TUNJUK HERO SOUND SULTAN SELANGOR! @PDRMsia @Khalid_Ibrahim @rafiziramli


Setelah sekian lama kita tak tengok Si Ambiga di muka akhbar ke mana-mana demo yang kebiasaannya mengutuk kerajaan dan pelbagai isu yang melibatkan agama dan sebagainya.

Kali ini Ambiga sekali lagi Ambiga nak tunjuk dia lah 'Hero Tamil'...apa hak dia nak SOUND Sultan Selangor? Dia pandai sangat ker dengan undang-undang yang dah tertakluk untuk melantik seseorang menjadi MB Selangor?

Wahai Ambiga, Lu sibuk nak back up bini Anwar untuk jadi MB Selangor....Lu check dulu Azizah tu anak kelahiran negeri mana? Sibuk kata perjuangkan keadilan untuk rakyat....tanya rakyat Selangor diaorang nak ker Azizah jadi Menteri Besar untuk diaorang??

Selanjutnya baca KLIK DI SINI


GR kata: Mana pakar tragedi PKR??


Thursday, August 14, 2014

#KRISISSELANGOR: PERANGKAP ANWAR MAKAN TUAN, KALAH DENGAN ANAK BUAH SENDIRI! @Khalid_Ibrahim @rafiziramli @abdulhadiawang


Sejak dari awal Anwar dipecat atas sebab KESALAHAN diri sendiri, kita lihat pelbagai cara yang beliau buat untuk menjatuhkan pemerintahan Kerajaan sekarang tapi lihatlah sendiri...semuanya makan tuan balik.

Inilah balasannya bila mana setiap perkara yang dibuat hanya untuk kepentingan peribadi. Kalau masih ada yang BUTA MATA tak tau nak cakaplah. Lihatlah sendiri antara geng dalam pakatan pun mereka tak sefahaman, inikan pula nak tadbir negara mahu pun negeri.

Peralihan kuasa, pentadbiran MB Selangor seharusnya mendapat perkenan Sultan Selangor. Anwar ingat Selangor nie bapak dia punya ker??

'Kajang Move' memang kena untuk Anwar sebab langkah dia untuk terus duduk diam dalam penjara. Tak gitu Bang Non!! Tahniah GR ucapakan pada TS Khalid kerana masih kekal untuk mentadbir Selangor. Jangan risaulah walaupun anda parti Bebas, pentadbiran yang amanah dan ikhlas itu yang terbaik untuk rakyat Selangor.

Lihat kenyataan media di bawah, nampaknya TS Khalid bukan lawan Anwar sebenar. Kena tempeleng macam sampah jer dibuatnya. Keh keh keh...


Tersebarnya surat ini maka mengesahkan khabar angin bahawa Anwar telah diturunkan pangkat mungkin jadi kenyataan.

Gaji Anwar juga turut di potong 50%, ini sudah pasti memberi tamparan yang hebat apabila Menteri Besar bertindak balas atas tindakan Anwar yang mahukan isterinya menjadi MB Selangor.

Siapa sangka, Khalid Ibrahim yang pada mulanya kelihatan mudah dijinakkan, dipijak dan ditunjal-tunjal tiba-tiba sahaja melawan balik dan sekarang mereka yang cuba menindasnya pula yang sedang ditindas.

Daripada tiada apa-apa, kini Khalid kelihatan tidak ubah seperti gergasi yang sedang memijak barisan semut yang sedang melata sesuka hatinya. Rafizi Ramli senyap terus. Saifuddin Nasution yang memang terkenal dengan sifat penakutnya terus menyorok dan barangkali juga sudah siap mengemas beg seperti yang dilakukannya pada zaman Reformasi dahulu untuk melarikan diri ke negara seberang.

Manakala Anwar Ibrahim semakin berserunyai apabila PAS yang disangkakannya mudah ditumpaskan dengan ugutan dan kata dua, terutama dari dia dan DAP, tiba-tiba pula menjadi kuasa penentu yang cukup degil sehinggakan pertemuannya dengan Hadi Awang di Terengganu, hampir tidak jadi apabila Hadi Awang enggan bertemunya.

Malah buat pertama kali dalam sejarah hidupnya selaku orang politik, Anwar Ibrahim terpaksa bermalam di tempat orang (Kuala Terengganu) semata-mata untuk menunggu kehadiran orang yang sering dicerca dan dihinanya kerana beranggapan orang berserban dan berjanggut seperti kambing, mudah sahaja dicucuk hidung dengan kuasa dan wang ringgit.

Mana Rafizi yang kata dirinya hebat dalam memberi strategi untuk menjatuhkan UMNO dan BN. Strategi nak jatuhkan geng sendiri pun tak lepas, lagi mau kecoh. Kasi buang jelah budak suruhan mung tu wahai Bang Non. Tak boleh pakai satu sen pun!!!


GR kata: Bila Anwar nak buat demo kat Dataran Merdeka yer??


Tuesday, August 12, 2014

ADAKAH HADI AWANG 'LEMAS DALAM DAKAPAN' ANWAR? @Khalid_Ibrahim @anwaribrahim @abdulhadiawang


Isu politik di Selangor semakin hari menjadi semakin panas. 'Game plan' Anwar nampaknya akan makan dirinya sendiri. Sanggup menjatuhkan orang kepercayaannya sendiri demi mendapatkan tempat dan kuasa politik dalam negeri Selangor.

Apa salah TS Khalid Ibrahim dibuang macam sampah? Bila diperlukan ditatangnya bagai minyak yang penuh. Adakah disebabkan TS Khalid Ibrahim sudah mula menjalankan tanggungjawabnya dengan tulus ikhlas membuatkan Anwar dan suku sakatnya tak berpuas hati dengan MB Selangor ini?

Adakah TS Khalid Ibrahim bersetuju bekerjasama dengan Kerajaan BN dalam menangani masalah air di Selangor yang buat Anwar bengang tak tentu pasal? Adakah TS Khalid Ibrahim sudah mula ikut program-program yang dijalankan oleh Kerajaan BN yang buat Anwar lagi menyampah?

Langkah Kajang Anwar 'Road To Putrajaya'....korang fikirkanlah untuk siapa sebenarnya???

Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor masih kekal seperti mana yang beliau umumkan. Kalangan penyokong MB Selangor ini mungkin berasa lega. Malah Adun PAS yang menyokong kepimpinan Khalid juga khabarnya tetap dengan pendirian mereka.

Apa yang menarik perhatian apabila pimpinan tertinggi PAS seperti Presiden Hj Hadi dan Mursidul Am Nik Aziz berkeras dengan pendirian mereka.

Sejauh mana mereka pendirian mereka ini tidak boleh diubah?

GR sedikit pun tidak percaya dengan PAS. Pelbagai isu yang lebih besar melibatkan dasar parti boleh diubah dalam sekelip mata. Semalam Anwar turun ke Terengganu dan berjumpa dengan Hj Hadi..benarkah berlaku perjumpaan?

KUALA TERENGGANU: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan mengejut dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini petang Isnin.

Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Mustapa Ali ketika ditemui pemberita mengesahkan perkara itu.

"Ok. Ya saya sahkan ada (pertemuan)," katanya ketika ditemui di perkarangan sebuah hotel di Kuala Ibai di sini.

Pertemuan berkenaan dipercayai ada kaitan dengan kemelut isu menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, Hadi enggan bertemu dengan media dan meninggalkan tempat perjumpaan itu secara tergesa-gesa.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memecat Abdul Khalid sebagai anggota parti ekoran keengganan beliau melepaskan jawatan Menteri Besar dan memberi laluan kepada presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk menggantikannya.

Abdul Khalid sebelum itu memberitahu pemberita di Shah Alam bahawa Sultan Sharafuddin Shah telah memberi perkenan kepada beliau untuk terus kekal sebagai Menteri Besar.

"Menurut artikel 53 2 b undang-undang tubuh negeri sudah diperuntukkan ahli majlis kerajaan negeri selain menteri besar sekurang-kurangnya empat hingga 10 ahli.

"Parti PAS sudah nyatakan keempat-empat anggota Exco) akan bersama Kerajaan Negeri dan saya.

"Oleh sebab itu, saya boleh terus mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Adakah Hadi Awang terpedaya dengan lakonan Anwar yang khabarnya 'MENJANJIKAN' jawatan Timb MB Selangor pada PAS? Kalau betul pun apa fungsinya?? Rakyat Selangor korang fikirkanlah sendiri yer nak pemimpin yang macam mana untuk negeri korang!!


GR kata: Hadi Awang dah buta pasal dia kena saman dengan PKR kot!!

Friday, April 4, 2014

HOT STORY: KHALID IBRAHIM PULA AKAN LETAK JAWATAN? DRAMA #PRKKajang MUNCUL KEMBALI?


Benar atau tidak berita yang sudah tersebar luas kononnya Khalid Ibrahim akan melepaskan jawatan MB sebaik selesai PRK Kajang yang dimenangi oleh Wan Azizah. Adakah ini desakan yang Khalid terima untuk diberikan laluan secara paksa kepada Azmin atau Wan Azizah menjadi MB Selangor yang baru?

Maklumat terbaru yang GR terima dari rakan-rakan dalam PKR, Khalid Ibrahim akan mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang yang dimenanginya pada PRU13 lepas, ia akan berlaku pada bila-bila masa saja.

Sebab kenapa Khalid ingin meletakkan jawatannya sebagai ADUN P.Klang, tak tahu pula apa punca sebenarnya. Apa yang penting sekarang ini katanya, Azmin Ali akan mengambil alih jawatan pengarah pilihanraya PKR Selangor dan seluruh jentera PKR selangor sudah diminta untuk bersiap sedia....

Jika benar Khalid akan meletakkan jawatan maka itu adalah satu perkara yang amat tidak bertanggungjawap sebagai wakil rakyat yang dipilih untuk 5 tahun dalam proses demokrasi Malaysia, tetapi langkah pakatan pembangkang membuat sdemikian tidak lebih untuk menguji minda rakyat samada masih menerima wakil dari kalangan mereka atau tidak.

Persoalannya di sini parti BN tidak perlu melatah cuma beranikah pula BN berbuat demikian bagi mengarahkan wakil rakyat yang dimenangi oleh mereka meletak jawatan, tidak salah untuk mencuba kerana Selangor adalah dalam pemerintahan kerajaan pakatan dan BN merupakan sebuah pembangkang.

Untuk mengelakkan mana-mana ADUN yang menang dalam pilihan raya meletak jawatan tanpa sebab atau hanya untuk menguji kekuatan politik parti di sesuatu kawasan, dicadangkan SPR meminda Akta Pilihanraya secara segera supaya mengelakkan kejadian seperti Kajang berulang dengan memasukkan satu klaus " ....... maka kawasan yang dikosongkan secara sengaja, tidak akan dibuat pilihanraya semula.

Biar kawasan tersebut kosong tanpa wakil rakyat untuk sepenggal. Dan biarkan rakyat menilai sendiri mereka boleh selesaikan masalah dengan sendiri atau hanya pandai cakap saja.

Dengan adanya undang-undang baru, maka tidak ada siapa pun akan pertikaikan soal buang duit, kos mengadakan semula pilihanraya dan sebagainya.


GR kata: Siapa yang banyak bazirkan duit rakyat kalau macam nie caranya? Guna otak untuk berfikir yer!!

Wednesday, February 20, 2013

BLOGGER PAKATAN KANTOI DIBAYAR GAJI TINGGI! PROKSI KHALID IBRAHIM KANTOI SALURKAN DANA!!


Sejak semalam GR lihat di alam maya pendedahan yang telah dibuat oleh rakan-rakan blogger UMBWP mengenai elaun gaji yang diterima oleh blogger pencacai Pakatan Pembangkang. Senarai nama-nama di atas membuktikan mereka ini DIBAYAR untuk menyalurkan maklumat berunsur fitnah dan penipuan semata-mata untuk kaburkan mata rakyat.

Ramai dari kalangan blogger-blogger hebat Pakatan Pembangkang ni meroyan, melenting dan sebagainya. Alasan biasa mereka gunakan ini semua fitnah dari UMNO. Ada yang kata tak ada cop rasmi. Ada juga blogger pencacai ni kata, kenapa tak masuk dalam media cetak dan juga berita di TV1 atau TV3.

Cakap mereka ni BODOH nanti ada yang marah. Benda kecik macam ni sampai nak masuk TV3 ka? Wahai Amenoworld and The Geng... Banyak lagi berita yang lebih penting untuk disalurkan pada pengetahuan rakyat. Nak layan cerita BODOH korang ni, dah kantoi pun masih tak nak mengaku.


Pada blogger pencacai Pakatan ni, apa masalahnya kalau terima gaji. Nama pun kerjakan. Takkan buat kerja amal kot. Boleh percaya ker? Korang ni bukannya semua ada kerja tetap, dan ini kerja tetap korang...hari-hari menipu rakyat.

Amenoworld tak lama lagi jadilah macam Ostajah Abby Abadi tu, dia cakap Allah lebih mengetahui. Jangan main-main nama Allah nanti terima balasan CASH macam mana??


Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, 12 orang blogger pakatan DAP-PKR-PAS menerima RM3,000 sebulan, jumlah keseluruhan RM36,000. Ada diantara blogger yang dibayar menggunakan duit rakyat menerusi Selangor State Fund.

Ini bukti kerajaan negeri di bawah pimpinan Khalid Ibrahim salah gunakan duit rakyat untuk membayar blogger bagi tujuan politik.

Ini bermakna dalam setahun sejumlah RM432,000 dibayar untuk blogger blogger terbabit. Sekiranya dijumlah sejak 2008 lagi, Khalid Ibrahim dipercayai sudah membayar sejumlah RM1,728,000 kepada blogger blogger pembangkang. Hampir RM2 juta dihabiskan untuk membayar blogger.

Sekiranya jumlah RM1,728,000 diberikan kepada ibu tunggal (RM100 sebulan) ini bermakna sejumlah 17,280 orang ibu tunggal boleh mendapat manfaat.

Sekiranya jumlah RM1,728,000 diberikan kepada ibu tunggal (RM100 sebulan) ini bermakna sejumlah 1,728 orang anak negeri Selangor yang baru masuk ke universiti bakal mendapat RM1,000 seorang.

Namun Khalid Ibrahim tidak mahu menunaikan janji tersebut biarpun mampu. 1,728 orang pelajar itu masih diminta meminjam dengan PTPTN untuk meneruskan pengajian dan cita cita mereka.

Khalid Ibrahim lebih sanggup gunakan duit rakyat untuk bayar blogger berbanding menunaikan janji manifestonya kepada rakyat.

GR CABAR Pengarah PKOM Selangor tampil untuk berikan penjelasan, penyelewengan duit rakyat yang jelas demi MEMBELA pencacai-pencacai Pakatan ni.


GR kata: Kerja dapat gaji mestilah halal barulah berkat hidup....

Sunday, February 10, 2013

Friday, January 25, 2013

Tuesday, January 15, 2013

KELUHAN: KHALID IBRAHIM PUNYA PASAL, GR YANG TANGGUNG RISIKONYA!!


Masih berkisarkan cerita mengenai 'KEHEBATAN' MB Selangor TS Khalid Ibrahim ini. Malam tadi GR mengeluarkan artikel mengenai KEJAYAAN yang beliau telah lakukan pada rakyat khususnya di Selangor dan juga Bdr Tun Razak.

Pada hakikatnya ramai yang melenting dan menyindir bahawa artikel yang GR keluarkan malam tadi berbau lucah. GR mohon maaf jika ada yang berfikiran demikian tapi jika di adaptasikan maksud yang sebenarnya mungkin ramai juga yang mengerti apa yang Khalid Gagap ini telah buat rakyat merana. Artikel tersebut boleh baca DI SINI.

Jika kita semua lihat sejak Khalid Ibrahim memegang jawatan ahli parlimen, ADUN dan juga MB Selangor apa yang beliau lakukan untuk kebaikan dinikmati oleh rakyat? GR ingin menyentuh di kawasan Bdr Tun Razak kerana beberapa pembaca yang mengatakan artikel-artikel yang dikeluarkan sebelum ini artikel bodoh semuanya.

GR tak nak ulas panjang sebab dah berkali-kali perkara yang sama...hasilnya Khalid Ibrahim tiada sebarang tindakan susulan yang dibuat. MOHON TAN SRI JAWAB SOALAN DI BAWAH :

1. Apakah fungsi ahli parlimen di Bdr Tun Razak? Tugas dan mandat yang diberikan oleh rakyat kenapa tak laksanakan dengan penuh tanggungjawab?

2. Apakah fungsi pejabat ahli parlimen di Bdr Sri Permaisuri? Rakyat mahu adukan masalah pada siapa jika pintunya selalu ditutup?

3. Kenapa jika ada sebarang bantuan dari ahli parlimen, penerimanya hanya diberikan pada golongan terpilih saja sebagai contoh mereka yang taksub pada PKR saja. Inikah keadilan namanya?

4. Di mana pembangunan untuk kebaikan rakyat BTR seperti yang dijanjikan pada PRU 12 yang lepas?

5. Kawasan peniaga makanan di Bdr Sri Permaisuri di hadapan deretan kedai diberikan jaminan oleh Khalid Gagap untuk dinaiktaraf kepada yang lebih baik, sejak memegang jawatan Ahli Parlimen BTR hingga sekarang indah khabar dari rupa. Kenapa?

6. Tiada sebarang bantuan untuk anak muda dibangunkan. Kemudahan yang dibangunkan adalah hasil dari pihak lain. Kenapa YB makan gaji buta?

7. Adakah YB ambil mudah berkhidmat di BTR kerana K.Lumpur ini di bawah pentadbiran kerajaan pusat? Sebab itu YB boleh goyang kaki...macam tu ker??

8. Bantuan untuk warga emas dan golongan kurang mampu yang dijanjikan masih belum dikotakan?


Mungkin ada yang membaca blog ini terpedaya dengan tajuk yang ajak berbau lucah, tapi apa yang ingin disampaikan pada pembaca ialah tugas dan perkhidmatan sebenar yang diberikan oleh YB2 dari Pakatan Haprak ini kepada rakyat. Mungkin dikalangan pembaca ada yang menerima nasib yang sama seperti rakyat di Bdr Tun Razak dan mereka ini telah buka mata kerana undi mereka pada PRU 12 hanyalah sia-sia.

Semua lapisan masyarakat Bdr Tun Razak harus sedar, jika diberikan mandat sekali lagi kepada YB seperti Khalid Ibrahim ini nasib serupalah yang korang akan terima. Sudah hampir 5 tahun memerintah jadinya macam tu juga...nak tambah lagi 5 tahun ker? Korang fikirlah sendiri yer...

Lihat video di bawah, keluhan rakyat untuk renungan kita bersama :




GR kata: Rindulah nak jumpa Khalid Ibrahim....

Monday, January 14, 2013

HOT: KHALID IBRAHIM LEBIH SUKA 'AIR MAZI' DARI MINUM AIR BERSIH!!


Apa nak jadi dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim nie. Hebat juga bila dah jadi MB Selangor sekarang nie yer, bukannya apa sebelum ini Khalid Gagap ni Pakatan Haprak berjaya mentadbir Negeri Selangor dengan jayanya. Hasil pendapatan negeri melimpah ruah sampai dengan hanya kata-kata saja.

Jawatan yang beliau pegang memang banyak dan salah satunya Ahli Parlimen Bdr Tun Razak. Banyak perkara yang beliau janjikan pada rakyat BTR sampai sekarang tidak ada satu pun yang ditunaikan. Paling menarik dengan isu air yang jadi sekarang, masih nak berdolak dalih lagi ker? Dari bagi air percuma kepada rakyat Selangor dan akhirnya rakyat sendiri yang menerima balanya.

Mau makan, minum dan memasak gunakan air apa YB?? Air longkang kah atau air lombong kah?? Mohon jawab YB, jangan gagap sangat bila jawab tu yer...


Masalah tiada air ini sudah semakin berlarutan sehinggakan menyusahkan rakyat. Apa yang Khalid Ibrahim buat semuanya dilepaskan kepada SYABAS. Bukan SYABAS tak boleh buat kerja, pelbagai cadangan diberikan tapi Khalid Ibrahim kenapa tidak mahu ambil cadangan baik ini untuk dilaksanakan....bukan untuk siapa pun, untuk masa depan rakyat juga.

Atas perkara yang semakin membebankan rakyat ini, Ops Baldi di Flat Sri Penara, Bandar Tun Razak. Pemuda UMNO telah agihkan 1000 botol mineral water (5 liter) tanpa mengira warna kulit dan parti yang dianuti.


Menurut Datuk Rizalman Mokhtar :

"Kita berharap dgn pemberian sumbangan kecil ini dapat membantu meringankan sedikit masalah mereka terutama penduduk Flat Sri Penara, Bdr Sri Permaisuri yang memerlukan air bersih utk minum".

"Kita juga berharap agar penduduk di sini dapat bersabar dan semoga krisis air ini dapat diselesaikan segera."


GR diberitahu penduduk Flat Sri Penara ini adalah kubu kuat PKR. Mana perginya Ahli Parlimen Bdr Tun Razak yang mereka sanjung tu? Jangan kata nak turun padang tengok dan bantu selesaikan masalah rakyat, hantar bantuan apa pun tak ada. Akhirnya rakyat hidup dalam keadaan tak terurus...badan busuk nak mandi pun susah apatah lagi makan minum.

Lihat video di bawah keluhan orang PKR, kasihan pun ada jugak tapi inilah hasilnya bila kita undi Pakatan Haprak :





GR kata: Jom mandi kat umah Khalid Gagap lah..umah dia besar mesti banyak air kan!!

Friday, March 9, 2012

PANAS: @Khalid_Ibrahim KANTOI Lagi! Songlap Tak Ingat!!



Pembaziran yang telah dibuat oleh Yayasan Selangor untuk majlis makan malam yang bernilai        RM 966,472 : 
  • RM320,000 untuk khidmat perunding bagi Majlis Hari Raya.
  • RM170,000 untuk majlis buka puasa.
  • RM120,000 untuk membeli sampan.
  • RM120,000 untuk membeli persalinan wanita.

GR kata: Perghhh...kaya betul siapa yang diberi kontrak untuk uruskan majlis ni kan?? YB tolong jawab yer...

Friday, November 25, 2011

GEMPAR: CYBER CAFE PORNO DI SELANGOR??

Kali ini GR sambut isu yang dibangkitkan oleh blog penaKSJ

GR berasa amat terkejut bila ada cyber cafe di Selangor yang menawarkan khidmat sebegini rupa..difahamkan juga mereka menawarkan 'service' menonton filem PORNO untuk kaum wanita. Macam-macam dah jadi gejala yang tidak bermoral berlaku di Selangor sekarang nie..apa kejadah nie semua?? Rakyat Selangor sukakan hiburan yang sebegini rupa ker??

GR tidak pasti kesahihan dakwaan isu ini...jika benarlah ianya berlaku mohon MB dan pihak berkuasa buatlah siasat dengan segera...

Pembaca yang baik hati lihatlah gambar di bawah dan nilailah sendiri :


Wednesday, November 16, 2011

WAJIB TONTON: MP BTR Macam Biskut!!!



Mana perginya Tan Sri Khalid Ibrahim?? Rakyat Bdr Tun Razak dibiarkan kontang kanting begitu saja... Makan gaji buta ker?? Jangan jadikan alasan sibuk dengan tugas sbg MB rakyat di Parlimen Bdr Tun Razak hang wat bodoh jerk...Pembaca boleh nilai sendiri berkaliber atau tidak Khalid Ibrahim sebagai Ahli Parlimen...

Friday, November 11, 2011

PANAS: Gaji GM PKNS Lagi Tinggi Dari Gaji MB??


Ketua Pembangkang N.Selangor, Datuk Satim Diman mendakwa perlantikan Othman Omar sebagai Pengurus Besar PKNS adalah meragukan dan penerimaaan gaji serta elaun yang tidak munasabah. Beliau juga menyifatkan pembayaran gaji dan bonus Pengurus Besar PKNS ini yang berjumlah RM 1.4 juta dalam tempoh 2 tahun ini adalah tidak munasabah..

“Berdasarkan perangkaan yang diperolehi pada tahun 2009, Pengurus Besar PKNS menerima gaji dan bonus yang keseluruhannya berjumlah RM640,000 manakala pada tahun 2010 menerima gaji dan bonus sebanyak RM760,000. Jadi yang angka gaji dan bonus yang tercatat diterima oleh Pengurus Besar PKNS ini ialah sebanyak RM1.4 juta"..

Jika dilihat dengan pembayaran bonus yang diterima oleh Pengurus Besar PKNS ini, cara pengurusan kewangan mereka adalah tidak munasabah kerana prestasi PKNS sekarang tidak begitu memberansangkan..

Kisah selanjutnya sila KLIK DI SINI

Artikel pelbagai