Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts
Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts

Friday, April 4, 2014

HOT STORY: KHALID IBRAHIM PULA AKAN LETAK JAWATAN? DRAMA #PRKKajang MUNCUL KEMBALI?


Benar atau tidak berita yang sudah tersebar luas kononnya Khalid Ibrahim akan melepaskan jawatan MB sebaik selesai PRK Kajang yang dimenangi oleh Wan Azizah. Adakah ini desakan yang Khalid terima untuk diberikan laluan secara paksa kepada Azmin atau Wan Azizah menjadi MB Selangor yang baru?

Maklumat terbaru yang GR terima dari rakan-rakan dalam PKR, Khalid Ibrahim akan mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang yang dimenanginya pada PRU13 lepas, ia akan berlaku pada bila-bila masa saja.

Sebab kenapa Khalid ingin meletakkan jawatannya sebagai ADUN P.Klang, tak tahu pula apa punca sebenarnya. Apa yang penting sekarang ini katanya, Azmin Ali akan mengambil alih jawatan pengarah pilihanraya PKR Selangor dan seluruh jentera PKR selangor sudah diminta untuk bersiap sedia....

Jika benar Khalid akan meletakkan jawatan maka itu adalah satu perkara yang amat tidak bertanggungjawap sebagai wakil rakyat yang dipilih untuk 5 tahun dalam proses demokrasi Malaysia, tetapi langkah pakatan pembangkang membuat sdemikian tidak lebih untuk menguji minda rakyat samada masih menerima wakil dari kalangan mereka atau tidak.

Persoalannya di sini parti BN tidak perlu melatah cuma beranikah pula BN berbuat demikian bagi mengarahkan wakil rakyat yang dimenangi oleh mereka meletak jawatan, tidak salah untuk mencuba kerana Selangor adalah dalam pemerintahan kerajaan pakatan dan BN merupakan sebuah pembangkang.

Untuk mengelakkan mana-mana ADUN yang menang dalam pilihan raya meletak jawatan tanpa sebab atau hanya untuk menguji kekuatan politik parti di sesuatu kawasan, dicadangkan SPR meminda Akta Pilihanraya secara segera supaya mengelakkan kejadian seperti Kajang berulang dengan memasukkan satu klaus " ....... maka kawasan yang dikosongkan secara sengaja, tidak akan dibuat pilihanraya semula.

Biar kawasan tersebut kosong tanpa wakil rakyat untuk sepenggal. Dan biarkan rakyat menilai sendiri mereka boleh selesaikan masalah dengan sendiri atau hanya pandai cakap saja.

Dengan adanya undang-undang baru, maka tidak ada siapa pun akan pertikaikan soal buang duit, kos mengadakan semula pilihanraya dan sebagainya.


GR kata: Siapa yang banyak bazirkan duit rakyat kalau macam nie caranya? Guna otak untuk berfikir yer!!

Sunday, August 4, 2013

BRAVO @Zahid_Hamidi !! @KDNPUTRAJAYA TIADA LAGI 'MENTERI AMARAN'!


GR rasa sudah sampai masanya kita memberi pujian dan penghargaan kepada Menteri Dalam Negeri DS Zahid Hamidi kerana tindakan pantas dan tegas dalam mengambil tindakan demi keselamatan negara dari sebarang ancaman jenayah dan kestabilan kaum.

Bermula dari tugas beliau sebagai Menteri Pertahanan sebelum ini apabila pantas mengambil tindakan mengatasi serangan penceroboh di Lahad Datu dengan melancarkan Ops Daulat sehingga berjaya melumpuhkan semua anggota pengganas sehinggalah memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, beliau terus konsisten mengambil tindakan.

Ops Daulat yang dilaksanakan pada ketika itu bermula dengan serangan udara besar-besaran menggunakan pesawat pejuang F-18 Hornet dan Hawk untuk menggerunkan anggota pengganas yang ketika itu berkampung di Kampung Tanduo kira-kira 250 km dari pekan Lahad Datu.

Operasi berterusan berhari-hari dan ramai anggota pengganas ditahan dan lebih ramai yang dibunuh akibat menceroboh Malaysia dan mencetuskan huru-hara.

Tindakan tegas menangani pencerobohan Sulu juga dipuji lebih-lebih lagi apabila penceroboh Sulu sudah membunuh sembilan orang anggota pasukan keselamatan Malaysia yang bertanggungjawab memerangi musuh negara.

Beliau terus tegas menjalankan tugas tanpa membenarkan sebarang onar dilakukan dalam mengugat keselamatan dan suasana harmoni dalam negara.


TAK BAGI MUKA PADA ALVIN DAN VIVIAN


Contoh terdekat ialah tindakan penahanan pasangan blogger seks Alvin dan Vivian yang pantas dilakukan apabila orang ramai mula menyuarakan kemarahan mereka yang meluap-luap ekoran tindakan kedua-duanya yang melampau.

Tindakan Alvin dan Vivian yang memuatnaik poster "Selamat Berbuka Puasa dengan gambar Sup Bak Kut Teh" yang dibuat dari babi sememangnya mencetuskan kontroversi dan meledakkan kemarahan orang Islam di Malaysia.

Lebih pedih lagi, hakim Mahkamah Sesyen Murtazadi Imran tidak membenarkan Alvin dan Vivian diikat jamin selepas menghadapi tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.

Alvin dan Vivian terpaksa meringkuk di dalam penjara selama lapan hari sebelum prosiding semakan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen oleh Mahkamah Tinggi membenarkan mereka diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan dua orang penjamin.


HAPUS SINDIRAN MENTERI "AMARAN" SEBELUM INI

Tindakan pantas dan positif DS Zahid Hamidi yang  juga Naib Presiden UMNO telah menamatkan spekulasi gedik melibatkan menteri terdahulu yang dikatakan hanya sebagai "Menteri Amaran" sahaja.

Kemungkinan ketika itu banyak terjadi isu tetapi amaran demi amaran Hishammuddin (CKMM - Cium Keris Minta Maaf) yang juga Naib Presiden UMNO dijadikan sindiran pihak tertentu terutamanya pengguna laman sosial kerana mungkin "takut" mengambil tindakan.

Kami percaya tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menukar portfolio di antara kedua-dua menteri itu sebagai satu langkah tepat dalam memperkasakan lagi kepakaran dan pengalaman yang ada pada Ahli Parlimen Bagan Datoh itu.

Kini, beliau berhadapan dengan tugas sukar apabila berhadapan kehendak rakyat yang mahukan nasib dan kehidupan mereka terjamin dan sentiasa selamat dalam urusan harian mereka.

Tindakan pantas beliau mendengar keluhan rakyat yang mempersoalkan tayangan filem The New Village dengan menahan serta merta tayangan filem tersebut mendapat pujian dari rakyat Malaysia. Rakyat seharusnya memberikan sokongan untuk terus DS Zahid Hamidi memberikan perkhidmatanya yang terbaik pada agama, bangsa dan tanahair.


GR kata: Terima kasih Zahid Hamidi

Saturday, May 11, 2013

HARGA TONG GAS NAIK..KENAPA, TAK BOLEH KER??


Beginilah perangai manusia yang tak boleh terima kekalahan. Sudah menjadi adat dalam suatu pertandingan, ada yang menang dan juga ada yang kalah. Ada ker dalam pertandingan ade pihak yang menang jer...kalau macam tu pihak penganjur buatlah hadiah kemenangan sama rata yer tak?? Hi hi hi...

Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya seolah tak boleh terima kenyataan, kemenangan BN dalam PRU13 ditentukan oleh rakyat Malaysia sendiri. Begitu juga kemenangan Pakatan Haprak yang mengekalkan kepimpinan mereka di Selangor, Penang dan Kelantan. Kalau bukan yang mengundi mereka siapa lagi..???

Dalam pada meroyan tu, pelbagai cara yang digunakan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya demi meraih simpati rakyat. Kononnya Pakatan Haprak sudah menang dalam PRU13, tapi 'bukti-bukti' yang diberikan oleh mereka hanya dengan cakap kosong saja. Di mana bukti yang sah? Mana laporan Polis dibuat kalau benar BN main tipu ada pengundi hantu dan sebagainya?? Manaaaaaa...???


Terbaru fitnah dan penipuan pakatan haprak kononya harga barang keperluan harian naik selepas BN menang dalam PRU13. Mana buktinya? Takkan dengan hanya penyebaran di laman Twitter rakyat sudah percaya. Jangan BODOHKAN rakyat lagi wahai Anwar Ibrahim. Rakyat tak nak ikut bodoh macam hangpa semua pakatan haprak.

Kebetulan di rumah GR kehabisan gas masak, baru tepon gas memasak Petronas... katanya harga tidak berubah, itu hanya khabar angin harga bagi tong gas 14kg = RM26.60 kalau campur kos delivery barulah kena tambah cas RM3.00 kalo tak percaya korang tepon  sendiri Petronas Home Delivery (GPHD) melalui hotline 1-300-888-427.

GR nak tanya pada Anwar Ibrahim, beliau pernah kata yang dia ada ilmu dalam ekonomi sebab tu dia pernah jadi Menteri Kewangan dulu. Kalau korang berniaga tak kiralah apa jenis perniagaan pun, korang nak untung ker rugi?? Mengenai tong gas nie, kalau kita beli dari kedai runcit biasanya diaorang akan hantar ke rumah kan? Ramai ke di antara kita ni nak keluar dan beli gas sendiri di mana-mana kedai? So...kalau penjual tong gas ni kena cas penghantaran ada masalah ker? Penjual tong gas ni dilabel orang UMNO ker? Kalau dia kaum lain selain bangsa Melayu macam mana?? Senang citerlah...Anwar dan cacai-cacai PR ni nak ke angkat tong gas yang berat tu..?? Simple question...tolong jawab!!

Sibuk kata harga barang naik...kenapa tak nak tolong hebohkan SUBSIDI KERAJAAN berikan untuk barang-barang keperluan harian kita. Tengok sini untuk pengetahuan kita semua :

 
Terimalah qada dan qadar Allah SWT dan bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan pada kita semua. Jangan cuba menolak ketentuan Allah SWT, kelak menyesal nanti tak ada gunanya. Mana orang bijak pandai pakatan haprak dalam bidang ekonomi? Takkan perkara yang mudah macam ni pun tak boleh nak fikir dan huraikan...asyik tabur fitnah dan penipuan jerk, boring laaaa.

Setuju dengan pendapat Ustaz Harun Din nie...korang cam ner??



GR kata: Anwar dan cacai PR masak kat rumah pakai dapur letrik kot. Masyuk la katakan!!

Apa Perbezaan Antara Undi Popular vs Undi Elektoral..??


Perjuangan bangsa bukan soal populariti tanpa sebarang sandaran kriteria. Sebab isu kebajikan rakyat tidak boleh di-akademifantasia-kan. Perjuangan bangsa adalah usaha menguasai ceruk yang pelbagai; dan menjuarai suara rakyat dengan setara dari Perlis sampai ke Sabah. [Rem Dambul, Mei 2013]

i. Ada rakan bertanya: “Apa bah konsep Undi Popular yang tiba-tiba jadi popular di Malaysia?” Kemudian dia mengusulkan: “Buatlah satu entri pasal ini.”

Sebenarnya saya malas mau layan sebab nanti terkait cerita politik. Dalam situasi sekarang, bagus kurangkan sembang hal-hal meletop begini. Supaya iklim siber Malaysia yang sedang panas tidak bertambah terbakar.

Tapi dia balik-balik menyuruh. Hingga saya yang asalnya sangat malas mau melayan; akhirnya termakan pujuk. Moralnya di sini: saya ini lelaki yang mudah tunduk pada bujukan. Tidak sesuai jadi politikus. Nanti senang-senang digoda untuk dedahkan rahsia negara.

ii. Majoriti kerajaan di dunia menggunakan sistem undi kerusi (atau elektoral) bagi membentuk kerajaan. Bukan undi popular. Sistem undi elektoral inilah juga yang dipraktis di Malaysia. Konsep undi popular hanya dicanang sebagai bahan penenang psikologi. Sesuai diguna oleh aktivis politik yang sedang mengalami kemurungan jiwa; kerana gagal mencapai impian yang pernah diletak setinggi bulan.

Nanti bolehlah memujuk hati sendiri: sungguhpun partiku tidak membentuk kerajaan negara ini, yang penting popularitiku gempar satu negara!

Dalam konteks Malaysia, kerajaan persekutuan mahupun negeri dibentuk mengikut majoriti undi elektoral (iaitu kiraan jumlah kerusi parlimen atau DUN). Amalan ini sudah digunapakai sejak pertama kali pilihanraya dianjur. Sistem ini bukan baru dibuat. Atau tiba-tiba digubal oleh SPR pada hari Isnin minggu lepas.

Sebab itu kita tidak perlu teruja sangat dengan konsep ‘Undi Popular’, sampai semangat kepohnya mencanak-canak. Sikit-sikit bolehlah.

iii. Apa beza Undi Popular dan Undi Elektoral?


Undi Popular berpaksikan konsep ‘samarata’. Ia mengira undi individu secara keseluruhan tanpa pertimbangkan segmen komuniti yang diwakili. Prinsip ini dipanggil sebagai keadilan kuantitatif (kuantiti). Undi Elektoral berteraskan konsep ‘saksama’. Ia mengira undi kolektif komuniti yang mewakili kerencaman demografi dan geografi. Pendekatan ini dinamakan keadilan kualitatif (kualiti).

Manakah gambaran yang lebih representatif bagi mengukur tahap kekuatan sokongan sesebuah parti? Terpulang kepada bagaimana kita mahu definisikan keadilan dan kebajikan penduduk.

Undi Popular mudah dicemari dengan sisihan piawai sosio-budaya kerana matematik kiraannya yang sangat simplistik dan individualistik. Tiada sebarang pemberat disuntik sebagai penambah nilai. Jika Undi Popular diguna untuk mengangkat kerajaan, maka kuasa di Parlimen akan terherot kepada wilayah-wilayah urban yang menjadi tumpuan penduduk. Maksudnya, sesebuah kerajaan boleh dibentuk, secara teorinya, hanya dengan suara tunggal satu segmen mana-mana komuniti tertentu yang menguasai kepadatan penduduk.

Sarjana sains politik, Rathbun (2007), ada membuat deduksi bahawa: penerapan konsep Undi Popular dalam sistem pilihanraya mencetuskan dua kegagalan demokratik. Yang pertama, dari aspek perundangan (tuntutan perlembagaan/tatanegara); dan yang kedua adalah aspek sosiologi (keperluan masyarakat).

iv. Apa sebenarnya isu dasar kepincangan Undi Popular sebagai satu representatif keputusan pilihanraya? Sangat jelas. Ia menggalakkan peminggiran dan pengabaian. Khususnya kelompok-kelompok minoriti yang lemah dan kecil.

Sebagai contoh. Sekalipun Pakatan Rakyat tidak berjaya memenangi undi rakyat pedalaman dan masyarakat desa; serta gagal teruk menarik sokongan penduduk Sabah/Sarawak (kurang 17%): undi popular parti ini di peringkat nasional masih mengatasi BN. Seolah-olah Sabah dan Sarawak (yang mewakili 2/3 asas keutamaan dalam pembentukan Malaysia) sudah tidak relevan lagi. Ini juga membawa konotasi bahawa: jika pun suara penduduk Borneo diabaikan sepenuhnya, pihak pengabai itu masih boleh menjuarai undi popular kebangsaan.

Tapi nasib baik. Kerajaan kita dibentuk bersandarkan perwakilan undi elektoral, bukan undi popular ini. Sistem elektoral melindungi kepentingan komuniti terpencil; e.g. mereka yang berada di pedalaman dan tidak ada sebarang akses kepada proses ‘decision making’. Sistem elektoral ini juga memberi signal kepada semua parti politik yang ada; jika mahu memerintah federal, maka haruslah mendekati segmen-segmen komuniti – yang merentas kerencaman wilayah, demografi, sosio-geografi dan sosio-ekonomi.

Tidak boleh hanya menumpukan pada satu 'comfort zone', mentang-mentang ia ada kekuatan kuantiti.

v. Kenapa Pakatan Rakyat memenangi Undi Popular walaupun gagal agak teruk dalam Undi Elektoral?  Itu adalah tanda selektiviti – sama ada secara terancang atau kebetulan. Daya tarikan Pakatan Rakyat bersifat populist. Ia dirumus khusus untuk target satu niche penduduk, yang kebetulan membina puak tertinggi dalam strata tertentu demografi Malaysia.

Contoh tarikan populist?

Ok, ini yang mudah. Lihat pada saripati manifesto yang paling tersebar luas: harga kereta dan petrol yang murah, penghapusan bayaran tol dan pendidikan percuma.

Kemudian penjimatan belanja hasil dari manifesto PR ini; dibanding pula dengan penjimatan hasil pemberian wang bantuan 1Malaysia oleh BN. Akhirnya terolah analisis akhir: bahawa penjimatan BN hanya sekitar RM500++ setahun (wang bantuan yang diberi). Padahal penjimatan PR melangkau RM2000 ++ (dari kos petrol, harga kereta, tol, pinjaman pendidikan, etc).

Hanya ORANG GILA yang tidak mahu semua ini: kata para promoter PR ketika menjual manifesto ini. Ya, tiga perkara ini memang positif. Tapi ada tapinya.

vi. Apa isu di sini? Promosi manifesto yang kurang empati. Mereka lupa pertimbangkan bahawa: penduduk Malaysia datang dari pelbagai latabelakang. Sekecil mana pun saiz komuniti itu, keperluan unik dan spesifik penduduk tersebut harus diberi perhatian. Kerana itu adalah tanggungjawab moral.

Berapa ramai penduduk Penangah yang ada kereta? Berapa ramai penduduk Pensiangan yang pernah ke KL, dan menggunakan lebuhraya bertol? Paling penting: berapa ramai anak komuniti di Pulau Banggi yang pernah masuk universiti atau yang akan ke menara gading dalam tempoh 5 tahun mendatang? Bagi kumpulan komuniti ini: barangkali tidak ada sebarang penjimatan yang boleh diperoleh dari tawaran manifesto PR itu. Penjimatan langsung RM500 daripada BN – mungkin itu jauh lebih bermakna.

Jangan anggap semua penduduk Malaysia ada kereta; dan pengguna tegar lebuhraya bertol. Jangan anggap bahawa ‘masuk ke universiti’ itu adalah perkara natural dalam semua keluarga. Pergelutan hidup penduduk cirinya amat pelbagai. Setiap satu pergelutan itu unik dan penting. Sebab itu kita memberi satu undi elektoral parlimen kepada Kalabakan dan Kinabatangan – walaupun penduduknya jauh lebih rendah dan kurang metropolis berbanding Shah Alam dan Pantai Dalam. Agar suara hati mereka diangkat dengan pemberat yang sama.

Sekadar contoh. Ini bukan membandingkan manifesto siapa lebih baik. Bukan.

vii. Poin di sini: bahawa sekecil mana pun komuniti yang terpinggir di Malaysia, keperluan unik mereka harus difahami dan diselami. Mereka tidak boleh dibiar terabai dan menjadi tidak relevan – justeru ditenggelami oleh jutaan undi popular komuniti urban.

Keadilan itu adalah saksama mengikut prioriti dan keperluan, pada level komuniti. Bukan semestinya samarata untuk semua orang, pada level individu. - Sumber



GR kata: Bang Non and The Geng popular atas sebab apa? Fikir-fikirkanlah yer....

Thursday, May 9, 2013

DEMO HARAM PAKATAN DI KELANA JAYA, ANWAR CAPAI MATLAMAT ATAU HANYA ANJINGKAN RAKYAT?


Himpunan haram semalam yang diadakan di Stadium Kelana Jaya jika lihat dari mata kasar, rakyat yang tidak mempunyai akal fikiran akan percaya bulat-bulat bahawa Anwar berjaya menawan hati rakyat Malaysia meski pun kalah dalam PRU13 ini.

Banyak timbul persoalan apakah Anwar ini sudah hilang kewarasannya dan betul-betul gilakan Putrajaya kerusi yang diidam-idamkan iaitu Perdana Menteri Malaysia. Jika kita fikir sejenak apa yang Anwar ingin lakukan hanya demi kepentingan peribadinya. Ianya hanyalah misi beliau ingin membalas dendam kesumat dan tak boleh terima pemecatan beliau ketika TPM disebabkan hanya setakok saja lagi jawatan PM menjadi milik beliau.

GR berasa ini adalah suatu nikmat Allah SWT berikan pada kita di Malaysia. Allah SWT Maha Berkuasa dan masih sayangkan Malaysia dan pelihara negara ini dari anasir luar yang mahu menjahanamkan negara. Dalam himpunan haram semalam, GR lihat stadium penuh dengan rakyat hanyalah mereka yang tak tahu asal usul sesuatu yang ditimbulkan oleh pakatan haprak. Tak kiralah mereka yang sertai demo haram tersebut terdiri dari pelbagai kaum, SEBENARNYA mereka bukanlah dari suara seluruh rakyat Malaysia yang membawa suara pakatan haprak seperti yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim.

Rakyat jangan mudah terpedaya dengan suara yang dibawa oleh Anwar kononnya demo haram semalam telah mencapai matlamat. Matlamat mereka hanya untuk memprotes keputusan PRU13 kerana pakatan rakyat tidak berjaya menjadi kerajaan. Jika benar demo semalam adalah suara sepakat rakyat menyokong ingin menjatuhkan kerajaan, kenapa pemimpin pakatan haprak sendiri menerima perlantikan sebagai Menteri Besar di negeri yang masih berjaya dikekalkan oleh mereka? Guan Eng kenapa masih jadi MB? Kelantan pula ada MB baru...Selangor pula Khalid Gagap, Azmin dan PAS berebut kuasa...yang selesa jadi remote control adalah DAP.

Walaupun berlaku 'tsunami pengundi' pada PRU13 ini, GR nampak rakyat Malaysia masih sayangkan Kerajaan BN. Ini adalah disebabkan atas kerja kuat yang dilakukan oleh PM Najib dan seluruh jentera BN yang selari dengan apa yang dibawakan oleh Kerajaan. Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Tahniah dan terima kasih kita harus ucapkan pada seluruh rakyat Malaysia kerana memberikan mandat sekali lagi pada BN untuk mentadbir negara ke arah lebih maju serta mencapai Wawasan 2020.

Demo haram semalam juga kita lihat dengan teliti, Anwar hanya MENGANJINGKAN rakyat. Isu yang sama dibuat sejak PRU yang lepas-lepas....pengundi hantu, SPR yang telus dan sebagainya. Kita ingat balik penggunaan dakwat kekal pada asalnya pakatan haprak yang mahukan cara ini dan telah dipersetujui dalam perbincangan di Dewan Rakyat. Dalam Dewan Rakyat, pemimpin pakatan tido ker?? Makan gaji buta ker??

Isu dakwat kekal tak kekal, ketika sistem pengiraan undi blackout....semuanya skrip jahat Anwar untuk menakluk Putrajaya tapi semuanya kantoi. Pihak TNB juga telah mengesahkan tiada sebarang gangguan letrik semasa proses pengiraan undi. Kalau blackout kenapa hanya tempat yang pakatan target menang jerk...kenapa tak der ditempat-tempat lain seperti di Penang atau Kelantan? Boleh jawab tak wahai Nurul Izzah. Lihat di bawah :


Pada rakyat Malaysia, kita fikirkanlah yang terbaik. Terpulang pada masing-masing untuk menilai akhirnya nanti kita tahu juga siapa dipihak yang benar dan pihak yang suka menipu sana sini. Semuanya hanya untuk kepentingan peribadi. Tsunami pengundi Cina yang berpihak pada pakatan hanyalah semata-mata mereka lihat DAP berada di atas. PAS dan PKR hanya jadi keldai Kit Siang dan Guan Eng. Mereka sudah kawal segalanya dari segi ekonomi dan sebagainya, cuma yang mereka mahukan hanyalah kuasa.

Kuasa yang akan membawa mereka untuk merombak kembali Perlembagaan Negara seperti yang mereka inginkan. Jika Perlembagaan telah diubah 100%, apa yang kita dapat? Tengok sajalah, bangsa Melayu dan agama Islam ditindas begitu saja. Islam tidak akan menjadi agama rasmi di Malaysia...jangan dah tersepak baru nak sedar, masa tu nangis tak berlagu pun tak ada gunanya.

Lihat kenyataan Anwar di bawah, kita fikirkanlah sendiri...sebab semua ada akal fikiran kan. Jadi gunakanlah sebaik-baiknya....



GR kata: Setuju dengan cakap Ust Haron Din, apa yang terjadi adalah qada dan qadar. Bang Non ni jenis tak ada agama pun sebab tu semuanya tak betul, dia saja yang betul. Cakap nak pencen lepas kalah PRU, tapi tak juga. Kencing jelah!!!

Saturday, May 4, 2013

HOT: OSTAJAH ABBY, OSTAD HAIRIE OTHMAN SENTAP DENGAN DEN WAHAB PASAL VIDEO NIE? #PRU13

Golongan artis di Malaysia sudah sinonim dengan penglibatan mereka dalam bidang politik. Kita juga ketahui tujuan matlamat mereka sertai parti-parti politik di Malaysia.

Ada sesetengahnya menceburkan diri dalam bidang politik untuk mengubah diri mereka ke arah kebaikan, tapi kita lihat dari mata kasar kita di manakah kebaikan yang ditunjukkan pada masyarakat umum...sebab cara mereka berhujah pun sama seperti sifu mereka yang gemar memberikan 'fatwa politik'.

Lain pula golongan artis yang menyokong pihak Kerajaan BN, kerana mereka tahu dan faham bahawa kerajaan inilah yang selalu membantu mereka dalam apa jua sekali pun. Janganlah disebabkan merajuk, tak dapat tawaran berlakon dan menyanyi kita salahkan pihak Kerajaan.

GR sempat bertemu bual dengan pelakon OTAI, Den Wahab mengenai pandangan beliau tentang artis yang ceburi bidang politik. Jom layan dan fahami dengan akal fikiran kita :





GR kata: Abg Den Wahab memang steady...darah perjuangan yang kental!!

Thursday, May 2, 2013

#PRU13: JAGA-JAGA 5 MEI...? PAKATAN BUAT RUSUHAN, RAKYAT JANGAN TAKUT KELUAR MENGUNDI!


Hanya tinggal beberapa hari saja lagi negara akan menentukan pucuk pemerintahan negara sama ada ianya kekal dengan sedia ada atau pun perubahan yang drastik. Sejak dari penamaan calon pelbagai kempen yang mereka lakukan demi menarik raih undi rakyat.

Rakyat sekarang tidak boleh disamakan seperti zaman dahulu kerana mereka bijak menilai mana 'intan dan mana permata'. Untuk PRU13 kali ini dilihat terlalu banyak perubahan yang dibuat oleh PM Najib Razak. Transformasi yang dibuat disambut baik oleh seluruh rakyat Malaysia. Atas sebab itulah pakatan haprak sudah nampak mereka akan kalah teruk pada PRU kali ini.

Ini adalah disebabkan rakyat lebih cenderung dengan slogan yang dibawakan oleh PM Najib iaitu Rakyat Didahulukan dan Janji Ditepati. Baca SINI

Pada 5 Mei 2013 adalah hari yang bakal mengundang sejarah kerana GR lihat inilah pilihanraya yang cukup bermakna pada semua. Lebih-lebih lagi rakyat Malaysia yang kita lihat sudah berbalik menyokong Barisan Nasional. Mungkin ramai pembaca sudah ketahui cakap-cakap kata pada 5 Mei nanti bakal terjadinya rusuhan seperti 13 Mei. Ada juga GR lihat dan tanya ramai warga kota baik di KL dan juga beberapa negeri di semenanjung, rakyat sudah membeli barang keperluan harian kerana takut rusuhan benar terjadi. Sudah tentu akan putus bekalan makanan jika ianya terjadi.

Pada rakyat Malaysia, usah takut dengan ugutan yang diwar-warkan oleh Pakatan Haprak. Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Sistem keselamatan negara juga adalah ditahap yang terbaik. Polis Diraja Malaysia menjalankan tanggungjawab mereka menjaga keselamatan masyarakat memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Beberapa rusuhan besar yang dianjurkan oleh pakatan haprak berjaya dikawal dengan baik oleh PDRM.


KUALA LUMPUR 2 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti beberapa kumpulan yang dipercayai merancang untuk melakukan kekecohan pada hari mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan mengenai dakwaan akan berlakunya kekecohan itu dan beberapa individu termasuk orang kenamaan telah dipanggil bagi merakamkan percakapan.

"Amaran telah diberikan termasuk kepada kumpulan ini dan polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya mereka tetap berkeras melakukannya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Hasil maklumat dan analisa yang dibuat, punca rusuhan ini bakal terjadi adalah disebabkan oleh dari tindakan pihak atasan pakatan haprak sendiri.  Sumber dari WarRoom DAP dan PKR beritahu GR, pihak atasan pakatan sudah ketahui mereka akan kalah teruk pada PRU13 ini. Oleh itu, strategi mereka berubah dengan memberitahu pada pucuk pimpinan peringkat kedua seperti ketua-ketua cabang, bahawa 5 Mei ini Pakatan Haprak akan menang besar dan berjaya ke Putrajaya.

Ketua-ketua cabang ini menyampaikan arahan pada balaci-balaci peringkat bawahan bahawa 5 Mei 2013 ini pakatan haprak akan 'berjaya ke Putrajaya'. Apa akan jadi jika sebaliknya, BN menang besar PRU13 ini sudah tertentu rakyat yang jadi penyokong tegar mereka akan mengamuk dan mengatakan sistem piliharaya tidak bersih dan SPR menipu.


Salah satu kejutan Anwar dah pun terjadi, alhamdulillah Allah SWT bagi hidayah pada bapa Saiful. Fikirkanlah....


GR kata: Nak percaya ke tak terpulang, tapi lihat niat jahat Anwar dah pun terjadi. Rakyat Malaysia tolak budaya samseng!!

Monday, April 29, 2013

TERESA KONG MAKIN MEROYAN DENGAN NICOLE WONG! #GE13


Sejak proses penamaan calon selesai pada 20/4/13 lepas, Teresa Kok makin hari makin tak waras GR lihat. Ada saja cuba ditimbulkan Teresa Kok untuk menakutkan rakyat dan mengaburi pemikiran rakyat terutama sekali di Seputeh.

Pada Teresa Kok sudah-sudahlah jadi Ahli Parlimen Seputeh tu. Rakyat Seputeh dah kenal sebenarnya siapa anda. Wakil rakyat yang hanya pentingkan kuasa dan sengaja cetuskan isu perkauman. Rakyat Seputeh sudah mula buka mata, siapa pemimpin yang harus mereka berikan mandat untuk PRU13 ini.

Teresa Kok dah tua kerepot...sebab tu jeles sangat tengok Nicole Wong calon BN yang comel sangat.  Paling dia sakit hati, Teresa Kok tak boleh berikan perkhidmatan yang terbaik macam mana yang Nicole Wong buat. Turun padang dan tak ada protokol, cara Nicole Wong lebih dekat dengan hati rakyat.





GR kata: Teresa Kok go to hell...!!!

Sunday, April 28, 2013

#PRU13: NURUL IZZAH MULA 'MENGEDIK', ADA YANG TANGKAP LELEH KER?


Nah tu dia...Nurul Izzah akhirnya muncul kembali di Lembah Pantai. Tujuan untuk cuba mempertahankan kerusi yang pernah dimenanginya pada PRU12. Nurul Izzah serupa nak jadi pelakon yang dulunya popular dan suam-suam kuku selepasnya dan cuba buat 'come back'.

Rakyat Lembah Pantai lebih pandai menilai siapa yang buat kerja dan siapa yang tidak. Apa yang Nurul Izzah buat selama 5 tahun di Lembah Pantai...tayang body sana sini, kononnya perwatakan baik dan tabur janji yang tak pernah pasti.

Rakyat Lembah Pantai, kalau korang nak pemimpin yang hanya ada rupa tapi PEMALAS, dipersilakan. Hadaplah muka anak si anak pemusnah negara nie lagi 5 tahun, itu yang korang nak kan. Ini kali lah...berubahlah untuk kebaikan.

Buatlah pilihan yang bijak....




GR kata: Nurul oh Nurul...Hi hi hi

Artikel pelbagai