Sunday, August 4, 2013
BRAVO @Zahid_Hamidi !! @KDNPUTRAJAYA TIADA LAGI 'MENTERI AMARAN'!
GR rasa sudah sampai masanya kita memberi pujian dan penghargaan kepada Menteri Dalam Negeri DS Zahid Hamidi kerana tindakan pantas dan tegas dalam mengambil tindakan demi keselamatan negara dari sebarang ancaman jenayah dan kestabilan kaum.
Bermula dari tugas beliau sebagai Menteri Pertahanan sebelum ini apabila pantas mengambil tindakan mengatasi serangan penceroboh di Lahad Datu dengan melancarkan Ops Daulat sehingga berjaya melumpuhkan semua anggota pengganas sehinggalah memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, beliau terus konsisten mengambil tindakan.
Ops Daulat yang dilaksanakan pada ketika itu bermula dengan serangan udara besar-besaran menggunakan pesawat pejuang F-18 Hornet dan Hawk untuk menggerunkan anggota pengganas yang ketika itu berkampung di Kampung Tanduo kira-kira 250 km dari pekan Lahad Datu.
Operasi berterusan berhari-hari dan ramai anggota pengganas ditahan dan lebih ramai yang dibunuh akibat menceroboh Malaysia dan mencetuskan huru-hara.
Tindakan tegas menangani pencerobohan Sulu juga dipuji lebih-lebih lagi apabila penceroboh Sulu sudah membunuh sembilan orang anggota pasukan keselamatan Malaysia yang bertanggungjawab memerangi musuh negara.
Beliau terus tegas menjalankan tugas tanpa membenarkan sebarang onar dilakukan dalam mengugat keselamatan dan suasana harmoni dalam negara.
TAK BAGI MUKA PADA ALVIN DAN VIVIAN
Contoh terdekat ialah tindakan penahanan pasangan blogger seks Alvin dan Vivian yang pantas dilakukan apabila orang ramai mula menyuarakan kemarahan mereka yang meluap-luap ekoran tindakan kedua-duanya yang melampau.
Tindakan Alvin dan Vivian yang memuatnaik poster "Selamat Berbuka Puasa dengan gambar Sup Bak Kut Teh" yang dibuat dari babi sememangnya mencetuskan kontroversi dan meledakkan kemarahan orang Islam di Malaysia.
Lebih pedih lagi, hakim Mahkamah Sesyen Murtazadi Imran tidak membenarkan Alvin dan Vivian diikat jamin selepas menghadapi tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.
Alvin dan Vivian terpaksa meringkuk di dalam penjara selama lapan hari sebelum prosiding semakan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen oleh Mahkamah Tinggi membenarkan mereka diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan dua orang penjamin.
HAPUS SINDIRAN MENTERI "AMARAN" SEBELUM INI
Tindakan pantas dan positif DS Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO telah menamatkan spekulasi gedik melibatkan menteri terdahulu yang dikatakan hanya sebagai "Menteri Amaran" sahaja.
Kemungkinan ketika itu banyak terjadi isu tetapi amaran demi amaran Hishammuddin (CKMM - Cium Keris Minta Maaf) yang juga Naib Presiden UMNO dijadikan sindiran pihak tertentu terutamanya pengguna laman sosial kerana mungkin "takut" mengambil tindakan.
Kami percaya tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menukar portfolio di antara kedua-dua menteri itu sebagai satu langkah tepat dalam memperkasakan lagi kepakaran dan pengalaman yang ada pada Ahli Parlimen Bagan Datoh itu.
Kini, beliau berhadapan dengan tugas sukar apabila berhadapan kehendak rakyat yang mahukan nasib dan kehidupan mereka terjamin dan sentiasa selamat dalam urusan harian mereka.
Tindakan pantas beliau mendengar keluhan rakyat yang mempersoalkan tayangan filem The New Village dengan menahan serta merta tayangan filem tersebut mendapat pujian dari rakyat Malaysia. Rakyat seharusnya memberikan sokongan untuk terus DS Zahid Hamidi memberikan perkhidmatanya yang terbaik pada agama, bangsa dan tanahair.
GR kata: Terima kasih Zahid Hamidi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam.
Tahniah dan syabas Dato Seri.
Kani orang kampung suka pemimpin yang berani, tegas tetapi mengutamakan prinsip dan semangat keluhuran Perlembagaan.
Tiada diplamasi berlebih-lebih. Yang salah tetap salah.
Kami dahagakan pemimpin-pemimpin seperti DS.
Selamat Meneruskan perjuangan.
sampai sekarang aku tak paham,, mcm mana menteri kerismudin @ menteri amaran @ menteri CKMM masih di beri tugas oleh najib jaga defense ministry...sepatutnya dia cuma layak pegang menteri hal ehwal wanita & keluarga jer...
Syabas Dato Sri. Teruskan usha YB membela keselamatan Negara. Jangan diambik peduli cakap-cakap rasis dari mangkuk-mangkuk berayong tu. Depa dah kecut teloq. Diharap kan YB dapat memperjuangkan agar ISA dan EO atau akta yang bersamaan dengan nya dapt diujudkan semula agar teloq-teloq yang kecut tu terus bertambah kecut dan hilang dari mukabumi Tanah Melayu ni.....SYABAS!!!!!
kami mahu DS Zahid Hamidi jaga Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan.....
Post a Comment