Tuesday, August 6, 2013

Perbezaan Antara Ahli Sunnah Dan Puak Syiah! SEBARKAN!!


 “TIDAK pernah aku melihat golongan menurut hawa nafsu yang lebih penipu dari golongan Syiah,” kata Imam As-Shafie.

Imam Malik pula ketika ditanya mengenai Syiah, beliau berkata; “Jangan kamu bercakap dengan mereka dan jangan kamu riwayatkan (hadis) daripada mereka kerana sesungguhnya mereka adalah penipu.”

Malah dalam satu majlis ketika Imam Malik ditanya mengenai tindakan Syiah memaki sahabat-sahabat Rasulullah, beliau telah membaca ayat ke-29 Surah al-Fath yang bermaksud; “Nabi Muhammad ialah Rasulullah dan orang yang bersamanya bersifat keras dan tegas terhadap orang kafir (memusuhi Islam).”

Imam Malik kemudian berkata; “Sesiapa yang merasa marah apabila membicarakan mereka (iaitu golongan Syiah) maka dia telah benar-benar mengamalkan ayat tersebut.”

Berdasarkan petikan ayat di atas jelas kedua-dua Imam besar mazhab itu mengecam dan menempelak fahaman Syiah.

Sebenarnya pertentangan antara fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah adalah sangat besar. Pertentangan antara dua fahaman itu bukannya melibatkan soal fiqh tetapi dalam soal akidah, perkara paling pokok serta asas dalam Islam.

Menurut Pengarah Eksekutif Yayasan Kebajikan Nusantara, Sheikh Ismail Omar berkata, terdapat tiga perkara paling pokok dalam soal akidah yang membezakan antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah.

Tiga perkara itu ialah al-Quran, al-Hadis, dan para Sahabat Rasulullah.

Beliau yang cukup berpengetahuan tentang Syiah dan pernah menulis mengenai fahaman itu dalam bukunya bertajuk ‘Hukum ulama-ulama Islam terhadap Syiah’ pada tahun 1987 telah membuat perbezaan antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah terhadap ketiga-tiga soal pokok tersebut.

1. AL-QURAN

Ahli Sunnah Wal Jamaah

Sepakat atas kebenaran al-Quran dan terpelihara daripada sebarang tambahan dan kekurangan. Beriman dengan setiap huruf dan beriman bahawa sesungguhnya al-Quran adalah kalam Allah SWT bukan baharu dan bukan makhluk.

Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah kitab yang terakhir daripada Allah SWT kepada manusia tanpa sebarang penyelewengan atau berlaku penukaran sama ada pada masa lalu atau masa akan datang sehinggalah berlakunya hari Kiamat.

Al-Quran yang berada di tangan kaum Muslimin ini (Mushaf Uthmaniyah) terjamin daripada kekurangan atau penambahan tidak seperti kitab-kitab diturunkan sebelum ini iaitu Zabur, Taurat, dan Injil selepas ketiadaan Nabi Daud AS, Nabi Musa AS, dan Nabi Isa AS.

Pemeliharaan kitab suci Al-Quran itu juga dijamin oleh Allah SWT sebagaimana firmanya dalam ayat ke-9 Surah al-Hijr yang bermaksud; “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami yang memeliharanya.”

Ringkasnya, al-Quran terpelihara daripada segala keburukan dan menjadi sumber paling utama kepada umat Islam.

Syiah
Mereka menuduh ke atas kebenaran iaitu al-Quran ada yang telah ditambah dan dikurangkan. Jika berlawanan dengan iktikad mereka, pendapat imam-imam adalah antara sumber utama di sisi mereka.

Antara penyelewengan yang dikemukakan oleh pendapat Syiah berhubung pertambahan dan pengurangan al-Quran ialah wujudnya ‘surah al-Wilayah’. Surah itu menyebut tentang kewalian Saidina Ali bin Abu Talib sebagai imam selepas Rasulullah SAW.

Kewujudan surah ini dinyatakan oleh seorang ulama Syiah yang bernama alHaj Mirza Husain ibn Muhammad yang meninggal dunia pada tahun 1320 hijrah di dalam bukunya bertajuk (maksud) ‘Pembuka kata dalam menetapkan penyelewengan dalam kitab Tuhan segala Tuhan (al-Quran)’ pada muka surat 180. Kitab ini juga mengumpulkan beratus-ratus dalil daripada ulama Syiah pada setiap zaman bahawa al-Quran telah ditambah dan dikurangkan.


2. AL-HADIS

Ahli Sunnah Wal Jamaah
Hadis adalah sumber kedua dalam syariat Islam selepas al-Quran. Fungsi hadis adalah untuk mentafsirkan ayat-ayat al-Quran.

Segala hukum-hakam yang ditetapkan di dalam hadis yang sahih riwayatnya daripada Rasulullah adalah tidak dibenarkan. Kesahihan hadis ditentukan melalui kaedah-kaedah yang disepakati oleh ulama-ulama hadis.

Caranya adalah dengan mengkaji kebenaran riwayat sanad hadis tanpa membezakan antara perawi lelaki mahupun perempuan. Tiap-tiap perawi hadis diketahui sejarah hidupnya.

Hadis yang diriwayatkan oleh seorang pendusta tidak diterima dan begitu juga orang yang tidak diketahui sejarah hidupnya.

Hadis juga tidak diterima semata-mata atas dasar keluarga. Ini semua bertujuan untuk memelihara kedudukan, kemuliaan, serta kesahihan hadis. Sehubungan itu riwayat hadis adalah satu amanah berat lagi mulia mengatasi segala-galanya.

Syiah
Tidak berpegangan kepada hadis melainkan hadis-hadis diriwayatkan oleh kaum keluarga Rasulullah dan sebahagian hadis-hadis yang diriwayatkan oleh penyokong-penyokong Ali ra dalam medan politik.

Mereka menolak hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Ahli Sunnah. Mereka tidak mementingkan riwayat (sanad) yang sahih. Mereka menerima hadis tanpa ilmu hadis yang kukuh.

Oleh itu dalam hadis-hadis mereka terdapat banyak dinukilkan seperti ayat di bawah; “Diriwayatkan dari Muhammad bin Ismail daripada beberapa sahabat kami dari seorang lelaki dari Rasulullah sesungguhnya…”

Kitab hadis mereka penuh dengan berpuluh-puluh ribu hadis yang tidak ditetapkan kesahihannya. Beginilah mereka bangunkan agama mereka. Mereka telah mengingkari tiga perempat daripada Sunnah Rasulullah SAW.


3. PARA SAHABAT RASULULLAH S.A.W

Ahli Sunnah Wal Jamaah
Ahli Sunnah bersepakat bahawa wajib menghormati dan meredai atas semua sahabat. Kesemua mereka adalah benar dan lurus. Ahli Sunnah menganggap pertelingkahan yang berlaku antara mereka berpunca daripada perselisihan pendapat hasil ijtihad masing-masing yang dikeluarkan dengan ikhlas dan jujur.

Tidak dibenarkan menaruh dendam sepanjang zaman terhadap para sahabat Rasulullah S.A.W. Hakikatnya, para sahabat merupakan golongan terpuji selain sentiasa dipuji oleh Allah S.W.T berkali-kali. Oleh itu tidak dibenarkan sama sekali sesiapa pun melakukan tohmah ke atas golongan para sahabat.

Sesungguhnya melalui usaha serta peranan besar mereka sebagai sahabat-sahabat Rasulullah SAW agama Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW akhirnya sampai kepada kita dan terus subur hingga saat ini.

Syiah
Berpendapat bahawa para sahabat telah kafir selepas kewafatan junjungan besar Rasulullah SAW kecuali sebilangan kecil bilangannya tidak melebihi jari-jari di tangan. Mereka hanya mengiktiraf Ali ra, Fatimah binti Muhammad, Hassan ibn Ali, Hussein ibn Ali, Al-Miqdad ibn al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari, dan Salman al-Farisi.

Selain itu mereka meletakkan Ali ra pada kedudukan terlampau istimewa. Sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa Ali ra yang telah diwasiatkan sebagai pengganti Rasulullah SAW.

Sebahagian lain pula beranggapan Ali ra sebagai nabi. Maka mereka menghukum orang muslim iaitu sesiapa yang memilih khalifah-khalifah sebelum Ali ra maka mereka adalah zalim atau kafir.

Sesiapa yang menentang pendapat Ali ra, mereka itu zalim atau kafir atau fasik. Begitu juga halnya dengan sesiapa yang menentang anak cucu cicitnya turun temurun.

Antara penyelewengan paling besar berhubung fahaman Syiah terhadap para sahabat ialah gelaran melampau mereka terhadap Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ra dan kepada Sayidina Umar al-Khattab ra yang merupakan khalifah pertama dan kedua. Kedua-dua sahabat besar Rasulullah SAW itu telah digelar sebagai al-Jibt (tukang sihir) dan at-Toghut (syitan) kerana telah dilantik sebagai khalifah sebelum Ali ra.

Bukan itu sahaja perkataan al-Jibt dan at-Toghut terhadap Abu Bakar ra dan Umar ra juga digunakan oleh golongan Syiah dalam doa-doa mereka yang dinamakan ‘Doa dua berhala Quraisy’. Doa ini terdapat dalam kitab mereka (kunci hati) pada muka surat 114.

Doa tersebut seperti berikut; “Ya Allah, sejahterakanlah atas Muhammad dan kaum keluarga baginda dan laknatkanlah ke atas kedua-dua berhala Quraish, kedua-dua ahli sihir, kedua-dua syaitan, dan kedua-dua anak perempuan mereka (ummul mukminin Aisyah dan Hafsah).

Selain daripada persoalan mengenai al-Quran, al-Hadis, dan Sahabat, daripada segi akidah tauhid juga berlaku perbezaan yang amat besar.

Ahli Sunnah Wal Jamaah
Beriman bahawa sesungguhnya Allah Yang Maha Esa, Yang Maha Berkuasa, tiada sekutu baginya, tiada bandingan bagiNya, serta tiada perantaraan antara Allah dan seluruh hambaNya. Beriman dengan ayat-ayat yang mengandungi sifat-sifat Allah sebagaimana diturunkan oleh Allah tanpa menyerupai sesuatu (tiada sesuatu pun yang sebanding dengan  ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbirannya, - Surah as-Syura ayat ke 11).

Allah telah mengutuskan nabi-nabiNya dan memikulkan ke atas mereka tanggungjawab menyampaikan perutusan (risalah) kepada hamba-hambaNya. Semua nabi menyampaikan risalah tanpa menyembunyikan apa-apa. Wajib beriman dengan perkara-perkara ghaib. Sesungguhnya segala doa, nazar, penyembelihan, dan permohonan hajat wajib ditujukan kepada Allah SWT semata-mata.

Syiah
Mereka beriman dengan Allah dan KeesaanNya tetapi mereka percaya bahawa imam-imam mereka adalah maksum dan imam-imam itu mengetahui perkara-perkara ghaib serta mempunyai pentadbiran alam ini. Mereka beranggapan bahawa ada suatu kuasa khas yang dimiliki oleh wali-wali, imam-imam, dan kaum kerabat Rasulullah.

Mereka beribadat selain daripada Allah dengan berkata ‘Wahai Ali, wahai Hussain, wahai Zainab’. Mereka bernazar dan menyembelih binatang kepada yang lain selain daripada Allah. Mereka meminta hajat daripada orang yang telah mati.

Segala kepercayaan amalan ini tiada mempunyai asas dalam agama Islam yang suci. - Sumber


No comments:

Artikel pelbagai