Wednesday, May 1, 2013
PANAS: PAKATAN ANGKAT BENDERA PUTIH! AKUI BN MENANG BESAR #PRU13
Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari war room DAP dan dibandingkan kajian oleh beberapa agensi memang tepat.Di sini Pisau senaraikan maklumat sulit dari beberapa agensi kerajaan cukup yakin BN akan dapat mengekalkan kuasa.
Kajian dibuat sejak penamaan calon hinggalah sekarang meliputi kesemua kawasan parlimen dan dun di seluruh negara.
Jumlah kerusi parlimen putih/menang oleh BN untuk PRU13 setelah lebih seminggu dibuat kajian hingga jam 12 tghari hari ini.
MIO- 145
SB-152
JASA-163
MKN-168.
Komen 4 agensi ini dilihat sama apabila Pulau Pinang dilihat sukar buat BN untuk menang.Manakala Kelantan,Selangor ,Kedah berjaya dirampas kembali oleh BN. Semua negeri lain kekal dan BN dikatakan menang bergaya.
Maklumat dari war room DAP,indikatornya dilihat hampir sama apabila dibandingkan dengan kajian oleh 4 agensi kerajaan.
Sejak semalam kalangan kakitangan war room dan juga pemimpin DAP berasa lega apabila mereka dijangka akan dapat kekalkan kuasa di Pulau Pinang.Menurut sumber bacaan terkini DAP dan Pakatan rakyat Pulau Pinang sudah pasti akan beroleh kemenangan dengan 21 kerusi dan BN 19 kerusi.Walau pun sedikit cemas di war room kerana BN mengikuti rapat dalam persaingan yang sengit kerajaan pakatan Pulau Pinang bakal mengekalkan kuasa dengan majoriti tipis.
Manakala di Permatang Pauh,Dr Mazlan calon BN diakui memberi saingan yang sengit terhadap Anwar,menurut sumber DAP majoriti undi kepada Anwar setakat ini telah merudum teruk di tempat sendiri strategi BN meletakkan calon yang baik seperti Dr Mazlan memberi kesan besar kepada pengundi Permatang Pauh.Strategi menghangatkan kembali video China Doll kononnya wujud klon dan dilakonkan di Thailand menurut sumber DAP telah memakan diri apabila makin ramai percaya bahawa Anwar punyai masaalah moral. DAP berasa gusar melihat Anwar tidak bijak
Menyedari akan tewas dalam PRU13,arahan telah dikeluarkan oleh strategis pakatan untuk menyebarkan khabar angin kononnya pakatan bakal mengambil alih Putrajaya. Strategi serampang 2 mata ini ,Pertama untuk menambahkan keyakinan jentera dan kedua untuk menarik kembali mood rakyat agar menyokong kepada calon pakatan.
Strategi serampang 2 mata ini juga berperanan untuk membangkitkan sentimen kebencian dan kemarahan apabila keputusan PRU13 dikeluarkan pada malam 5 May nanti kononnya berlaku penipuan oleh SPR . Maka pada 5 May seluruh penyokong pakatan akan turun dijalan raya merusuh dan rancangan untuk menolak keputusan pilihanraya melalui keganasan akan dilaksanakan. - Sumber
GR kata: Rakyat Malaysia bersama BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Dieorg pun dah nampak, harapan sgt tipis, sbb tu lah dok panaskan spring skrg.
Post a Comment