Showing posts with label Raja Nong Chik. Show all posts
Showing posts with label Raja Nong Chik. Show all posts

Sunday, April 28, 2013

#PRU13: NURUL IZZAH MULA 'MENGEDIK', ADA YANG TANGKAP LELEH KER?


Nah tu dia...Nurul Izzah akhirnya muncul kembali di Lembah Pantai. Tujuan untuk cuba mempertahankan kerusi yang pernah dimenanginya pada PRU12. Nurul Izzah serupa nak jadi pelakon yang dulunya popular dan suam-suam kuku selepasnya dan cuba buat 'come back'.

Rakyat Lembah Pantai lebih pandai menilai siapa yang buat kerja dan siapa yang tidak. Apa yang Nurul Izzah buat selama 5 tahun di Lembah Pantai...tayang body sana sini, kononnya perwatakan baik dan tabur janji yang tak pernah pasti.

Rakyat Lembah Pantai, kalau korang nak pemimpin yang hanya ada rupa tapi PEMALAS, dipersilakan. Hadaplah muka anak si anak pemusnah negara nie lagi 5 tahun, itu yang korang nak kan. Ini kali lah...berubahlah untuk kebaikan.

Buatlah pilihan yang bijak....




GR kata: Nurul oh Nurul...Hi hi hi

Tuesday, February 12, 2013

PANAS GILERR: @n_izzah PUTUS CINTA, KECEWA DENGAN @RajaNongChik ??


Punah harapan dalam bercinta boleh digunapakai untuk Ahli Parlimen Lembah Pantai ini siapa lagi YB Nurul Izzah. Apa saja yang dibuatnya hanyalah untuk menagih simpati rakyat. Sejak memegang mandat yang dipertanggungjawab oleh rakyat kepada beliau, apa yang boleh kita lihat selama 5 tahun ini??

Baru-baru ini  YB Nurul Izzah mengajak Menteri Pembangunan Wilayah Dan Kesejahteraan Bandar, YB Dato' Raja Nong Chik berdebat dan penawaran beliau ditolak.

Ini kata beliau "Kerana pilihanraya sudah dekat dan tidak perlu untuk berdebat sama ada beliau (Nurul Izzah) menjalankan tanggungjawab beliau sebagai ahli parlimen atau pun tidak".

Menurut beliau juga sebagai seorang ahli kabinet juga tidak digalakkan untuk berdebat apatah lagi pilihanraya sudah dekat.

Jadi keputusannya biarlah penduduk Lembah Pantai yang putuskan sama ada mereka masih lagi mahu Nurul sebagai Ahli Parlimen atau sebaliknya.

Satu tindakan bijak yang diambil oleh Dato' Raja Nong Chik kerana yang lebih bijak menilai adalah rakyat. Bukan pentas ceramah yang akan menunjukkan kita ini HERO atau tidak tapi atas kertas undi sebenarnya yang akan membuktikan segala-galanya.


GR kata: Puak pakatan memang tak ada kerja, tu yang sibuk ceramah sana sini. Itu yang negeri-negeri depa tadbir HANCUR!!

Thursday, April 5, 2012

KAMI RAKYAT L.PANTAI PUN MAU RUMAH CANTIK LA!! @RajaNongChik


Petang tadi telah berlangsung sidang media oleh YB Dato' Raja Nong Chik yang memperjelaskan hal sebenar flat 4 tingkat Kg Kerinchi yang dirobohkan. Tujuan flat tersebut dirobohkan bukan untuk menyusahkan rakyat tetapi ingin memberikan kediaman yang lebih baik kepada rakyat dan penghuni di flat tersebut. Flat yang sudah berusia lebih 20 tahun itu sudah sampai masanya ianya diberikan penambahbaikan dan ini akan memberi keselesaan kepada penghuni apabila flat yang baru siap dibina di tapak yang sama.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, penghuni di flat tersebut juga telah diberikan duit pampasan sebanyak RM 73 ribu. Duit tersebut mereka juga sudah menerimanya dan seramai lebih 400 penghuni bersetuju perumahan flat mereka dimajukan cuma segelintir mereka yang seramai 35 orang penghuni yang membantah. Apakah ini yang boleh kita kategorikan Ahli Parlimen Lembah Pantai seorang yang berjaya dalam menjalankan tugas beliau?? Pada GR beliau berjaya, berjaya dari segi meracuni pemikiran penghuni yang berfikiran cetek dan tidak mahukan pembangunan.

Projek ini juga tidak melibatkan Kerajaan langsung, dan sistem lantikan pemaju dan kontraktor juga dilakukan secara telus dengan cara tender terbuka. Pemilihan kontraktor ini dilakukan secara bersama penduduk penghuni flat terbabit. Di manakah penyelewengan yang dikatakan oleh YB Nurul Izzah?? Selama 2 tahun inilah beliau meracuni pemikiran penghuni di Kg Kerinchi. Bukankah ini adalah rasa tanggungjawab Kerajaan memberikan kehidupan yang lebih baik untuk rakyatnya.

Sementara menunggu perumahan baru siap dibina, penghuni diberikan tempat perumahan sementara dan kos pemindahan penghuni ke rumah sementara mereka ditanggung oleh pihak pemaju. Bukan itu saja, kos sewa rumah sementara ini juga ditanggung oleh pihak pemaju. Dan ini tidak membebankan penghuni flat terbabit. GR difahamkan juga pemaju turut membantu penghuni yang berpendapatan rendah dengan memberi bantuan persekolahan kepada anak-anak mereka. Baik betul pemaju ni...tak macam Nurul Izzah kan....

Ternyata segala fitnah yang dilemparkan oleh Nurul Izzah termakan dirinya sendiri. Perkara yang baik dibuat oleh Kerajaan ada saja yang beliau akan putar belitkan. Wahai Nurul Izzah, U adalah seorang MP so buatlah cara kerja seorang MP yer...bukan duk rumah goyang kaki. Rakyat Lembah Pantai dah menyampah tengok muka ahli parlimen mereka yang tidak sedikit pun melihat nasihb kehidupan rakyat Lembah Pantai apatah lagi membela nasib mereka.


GR kata: Bestnya dapat rumah baru dan cantikkan. Terima kasih Kerajaan BN telah menyelesaikan masalah rakyat...

Artikel pelbagai