Thursday, April 5, 2012

KAMI RAKYAT L.PANTAI PUN MAU RUMAH CANTIK LA!! @RajaNongChik


Petang tadi telah berlangsung sidang media oleh YB Dato' Raja Nong Chik yang memperjelaskan hal sebenar flat 4 tingkat Kg Kerinchi yang dirobohkan. Tujuan flat tersebut dirobohkan bukan untuk menyusahkan rakyat tetapi ingin memberikan kediaman yang lebih baik kepada rakyat dan penghuni di flat tersebut. Flat yang sudah berusia lebih 20 tahun itu sudah sampai masanya ianya diberikan penambahbaikan dan ini akan memberi keselesaan kepada penghuni apabila flat yang baru siap dibina di tapak yang sama.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, penghuni di flat tersebut juga telah diberikan duit pampasan sebanyak RM 73 ribu. Duit tersebut mereka juga sudah menerimanya dan seramai lebih 400 penghuni bersetuju perumahan flat mereka dimajukan cuma segelintir mereka yang seramai 35 orang penghuni yang membantah. Apakah ini yang boleh kita kategorikan Ahli Parlimen Lembah Pantai seorang yang berjaya dalam menjalankan tugas beliau?? Pada GR beliau berjaya, berjaya dari segi meracuni pemikiran penghuni yang berfikiran cetek dan tidak mahukan pembangunan.

Projek ini juga tidak melibatkan Kerajaan langsung, dan sistem lantikan pemaju dan kontraktor juga dilakukan secara telus dengan cara tender terbuka. Pemilihan kontraktor ini dilakukan secara bersama penduduk penghuni flat terbabit. Di manakah penyelewengan yang dikatakan oleh YB Nurul Izzah?? Selama 2 tahun inilah beliau meracuni pemikiran penghuni di Kg Kerinchi. Bukankah ini adalah rasa tanggungjawab Kerajaan memberikan kehidupan yang lebih baik untuk rakyatnya.

Sementara menunggu perumahan baru siap dibina, penghuni diberikan tempat perumahan sementara dan kos pemindahan penghuni ke rumah sementara mereka ditanggung oleh pihak pemaju. Bukan itu saja, kos sewa rumah sementara ini juga ditanggung oleh pihak pemaju. Dan ini tidak membebankan penghuni flat terbabit. GR difahamkan juga pemaju turut membantu penghuni yang berpendapatan rendah dengan memberi bantuan persekolahan kepada anak-anak mereka. Baik betul pemaju ni...tak macam Nurul Izzah kan....

Ternyata segala fitnah yang dilemparkan oleh Nurul Izzah termakan dirinya sendiri. Perkara yang baik dibuat oleh Kerajaan ada saja yang beliau akan putar belitkan. Wahai Nurul Izzah, U adalah seorang MP so buatlah cara kerja seorang MP yer...bukan duk rumah goyang kaki. Rakyat Lembah Pantai dah menyampah tengok muka ahli parlimen mereka yang tidak sedikit pun melihat nasihb kehidupan rakyat Lembah Pantai apatah lagi membela nasib mereka.


GR kata: Bestnya dapat rumah baru dan cantikkan. Terima kasih Kerajaan BN telah menyelesaikan masalah rakyat...

No comments:

Artikel pelbagai