Saturday, April 7, 2012
PANAS: ABANG...SAYA MASIH SAYANGKAN ABANG!!!
Pengusaha yang mencipta kejutan setelah kes mahkamah mengenai status jantinanya dipaparkan di muka hadapan akhbar semalam, tampil meluah suka dukanya sejak bergelar isteri. Sri Wani Choo Abdullah, 37, berkata, dia tetap sayang kepada suaminya, Bahrom Sanugi, 61, bekas dekan universiti walaupun dilanda pelbagai dugaan.
“Biarlah apa orang nak kata; Tuhan mengetahui segala-galanya,” katanya dalam nada sedih, tetapi yakin, dalam temu bual eksklusif dengan Sinar Harian semalam.
Beliau berulang kali menyebut bahawa beliau akan sentiasa berdoa agar perkahwinannya dengan suaminya itu yang mereka bina sejak 19 Ogos 2009, akan terus bahagia.
Memulakan bicara dengan “assalamualaikum” suara Sri Wani kedengaran halus dan lembut di hujung talian.
“Saya sayangkan suami. Sudah hampir dua tahun kami berkahwin; kami sangat bahagia,” katanya.
Sri Wani menjelaskan, beliau tidak menyalahkan suami atas apa yang berlaku, sebaliknya percaya ada orang ketiga dalam hal ini. Tidak lokek berkongsi detik indah, Sri Wani memberitahu, perkenalan antaranya dan Bahrom bermula pada 2008 di Kuala Lumpur. Ketika itu, katanya, dia sudah empat tahun berpisah dengan suami pertamanya.
“Saya tidak tahu suami orang besar. Latar belakang suami sebagai seorang ahli akademik membuka hati saya untuk berkahwin sekali lagi.
“Beberapa bulan berkawan, kami akhirnya sepakat untuk berkahwin di Songkhla (Thailand) dan mendaftarkan pernikahan tidak lama selepas itu.
“Saya tertarik dengan keluhurannya untuk mengambil saya sebagai isteri. Dia ikhlas mahu membimbing saya kerana saya ketika itu seorang saudara baru,” katanya lembut.
Setiap perkataan yang dituturkan Sri Wani begitu tersusun. Katanya, MyKadnya membuktikan dia seorang wanita. Bahrom yang mengesyaki isterinya lelaki, memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan di Mahkamah Tinggi Syariah. Beliau membuat aduan di Jabatan Agama Gombak dan diarah untuk berpisah sementara pada 23 November 2010.
Beliau bertindak demikian selepas setahun mengahwini isteri ketiganya, Sri Wani, yang memeluk Islam pada 2001.
Peguam Bahrom, Muhammad Hafiz Ab Rashid berkata, anak guamnya menikahi Sri Wani di Songkhla, Thailand dan mendapatkan sijil nikah di Kedah. Sewaktu ditemui di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dua hari lalu, wanita berkulit putih mulus ini kelihatan berketerampilan, sesuai dengan latar belakangnya yang menjalankan perniagaan berasaskan produk kecantikan.
Menyentuh isu tuntutan faraq (membatalkan perkahwinan) yang difailkan suaminya, Sri Wani berkata, dia bersedia memberikan kerjasama kepada mahkamah.
“Buat masa ini, kami diperintahkan untuk berpisah sementara oleh mahkamah. Saya tidak buat salah, jadi saya tidak takut.
“Mungkin saya ada musuh dalam perniagaan. Ini risiko sebagai usahawan. Kenapa orang lain berniaga maju tetapi kita mundur? Kerana kita penuh dengan hasad dengki dan suka menjatuhkan maruah orang lain?” katanya tenang, tetapi berlapik kerana tidak mahu mengguris perasaan orang lain.
Menyifatkan perkara ini sebagai asam garam kehidupan, Sri Wani tidak menafikan rasa derita itu ada.
“Saya faham, dugaan sebagai saudara baru kuat. Musuh akan gembira bila tengok kita derita.
“Saya pun tak tahu kenapa orang tidak puas hati dengan saya. Saya sangat derita kerana hal ini buat saya dan suami selisih faham dan rumah tangga kami roboh,” katanya.
Di akhir perbualan, Sri Wani berkata, dia benar-benar berharap masyarakat tidak menghukumnya dengan pelbagai andaian dan pandangan negatif.
“Janganlah cepat membuat keputusan. Selepas kes mahkamah ini selesai, saya akan tampil membuat sidang media. Terima kasih kepada Sinar Harian kerana beri saya peluang untuk membuat kenyataan,” katanya. - SH
GR kata: Lelaki ke wanita Isteri pensyarah terbabit hanya Tuhan saja yang tahu....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment