Thursday, April 5, 2012

SIAPA MAMAT NI?? SEMPOI LA DIA!! @azwanbro

Petang tadi GR dipelawa join program santai bersama mahasiswa. Bila sampai barulah GR tahu program dianjurkan oleh Ketua Pemuda UMNO Neg. Perak. Melihat dengan mata sendiri beliau memang seorang yang low profile dan senang digauli oleh semua lapisan orang muda.


Inilah pemimpin muda yang diingini oleh orang muda kerana mereka senang untuk bergaul berkongsi pendapat dan idea tentang apa saja perkara yang dibincangkan. Oleh sebab itu, Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Sdr Khairul Azwan Harun mengambil inisiatif mengadakan program mendekati mahasiswa dan siswi kerana kita semua tahu mereka ini adalah pelapis kepimpinan negara.



Bertempat di Teh Tarik Palace, The Curve program santai ini diadakan bersama mahasiswa-siswi anak Perak yang menuntut di kawasan Lembah Klang. Cara inilah yang dipraktikkan oleh YAB PM kerana ia dapat mendekatkan diri dengan rakyat dari hati ke hati.


GR kata: Tahniah Ketua Pemuda Negeri Perak!!!

No comments:

Artikel pelbagai