Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts
Sunday, May 19, 2013
@AzminAli SERANG @Zahid_Hamidi HANYA MINTA SIMPATI @anwaribrahim KERANA MAHUKAN JAWATAN!
Timbalan presiden PKR Azmin Ali terkejut berok, malu dan tersindir bilamana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar golongan yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya supaya berhijrah.
Azmin dalam satu kenyataan hari ini menyebut, kenyataan Ahmad Zahid membuktikan bahawa transformasi yang dianjurkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu hanya satu kepura-puraan, atau pun Azmin yang kepura-puraan bergaduh jawatan dengan Khalid Ibrahim supaya jawatan MB terus kekal kepada PKR walaupun PAS lebih berhak dan layak. Bukankah Azmin sengaja berlakon bergaduh dengan Khalid Ibrahim supaya PAS tidak ada kesempatan mencelahkan diri mereka sebagai MB Selangor? Bijak sungguh kepura-puraan Azmin menuruti plot cerita yang diarah Anwar Ibrahim, dalam diam menikam PAS.
"Adakah ini cara Najib menunjukkan 'kabinet transformasi baru'? kata Azmin, atau kah soalan itu berbunyi begini "Adakah ini cara Anwar menunjukkan 'nilai kenegaraannya dengan malu untuk menerima kekalahan?".
"Tahniah, Zahid! Dengan mengambil sikap angkuh dan pongah sebagai peristiharan pelantikan sebagai menteri, anda menunjukkan kedua-dua sikap bongkak dan bodoh. Atau sebenarnya ayat Azmin berbunyi begini, "Tahniah, Anwar! Dengan mengambil sikap angkuh dan pongah sebagai kegagalan pengisyhtiharan sebagai Perdana Menteri, anda menunjukkan kedua-dua sikap jelek dan tolol kamu.
"Kita tidak marah pada negara ini kerana ini tanah air kami, ia juga milik anda tapi janganlah bercakap seperti anda dan Umno yang memilikinya. Kesemua kami anak Malaysia adalah pemiliknya dan kami setia kepada Agong dan negara,” kata Azmin. Atau Azmin berhajat bercakap begini "Kita tidak marah pada negara ini kerana ini tanah air kami, ia juga milik anda tapi janganlah bercakap seperti anda dan AnwarDAP yang memilikinya. Kesemua kami anak Malaysia adalah pemiliknya dan kami setia kepada Agong dan negara, jadi dengarlah seruan Agonng supaya menghormatikeputusan PRU13, janganlah berbuat bodoh Anwar di jalanraya, menyusahkan rakyat saja".
Azmin berkata rakyat Malaysia berhak untuk menyuarakan kekecewaan dan kemarahan mereka berhubung pilihan raya yang tidak bersih dan bebas termasuklah di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan, juga di Permatang Pauh dan Gelang Patah.
“Kita tidak bercakap mengenai kecacatan pilihan raya di sana sini. Kita melihat mengenai penipuan sistemik yang dilakukan dalam skala besar,” katanya. Maksud Azmin ialah "Kita tidak bercakap mengenai kecacatan pilihan raya di sana sini. Kita melihat mengenai penipuan sistematik DAP dalam CEC dan juga penipuan sistematik Anwar yang sengaja tidak faham mana lebih besar di anntara 133 dengan 89. Penipuan sistematik berskala besar yang dilakukan Anwar dan DAP ini disembunyikan dengan mendiamkan diri dan menuduh orang lain pula, maksud di sebalik kata-kata Azmin.
Naib presiden Umno itu dalam tulisannya di akhbar milik parti tersebut, Utusan Malaysia pada hari Khamis lalu menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.
Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.
“Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular,” katanya.
“Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka,” katanya. Anwar memang pun nak jadi Presiden Malaysia pertama dengan sistem Republik, kerana Anwar tidak yakin sistem berparti membolehkannya menjadi Perdana Menteri. Untuk menyelamatkan not-not RM500 dan RM1000 yang masih disimpannya di luar negara hanya dengan satu cara, menjadi Presiden pertama Malaysia dengan apa cara sekalipun, termasuklah cara Anwar Spring yang sedang diusahakannya sekarang ini.
Tambahnya, Malaysia tidak mengiktiraf undi popular tetapi majoriti mudah seperti yang diamalkan dalam sistem Westminster.
Apa pandangan anda, di harap para pembaca setiap kali mendengar ucapan pembangkang hendaklah mentafsirkannya di belakang kata-kata mereka, kerana sudah menjadi tabiat mereka suka ikut belakang, suka rasa belakang dan suka main belakang. - Sumber
GR kata: Jilat gila-gila Bang Non pun tak dapat jadi MB Selangor...Kasian kasian. Hu hu hu
Tuesday, May 14, 2013
TERKINI: ANWAR IBRAHIM TENGOK SYOK "BERSHOPPING" DI SABAH DAN SARAWAK..! BELI APA TU..??
Untuk pengetahuan korang, menurut sumber PKR Pusat ibu pejabat Tropicana, cerita tu dikatakan tengah berulang sekarang ni... Betul atau tidak, GR dapat tahu bahawa Anwar dan DAP tengah aggresif giler nak beli Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak sekarang ni...
Dulu pada tahun 2008, BN ada 140 kerusi, lebih 29 kerusi parlimen untuk form simple majoriti government. Masa tu Pak Lah berkuasa. Haaa.. time tu la Anwar kata dia nak beli lebih 30 orang Ahli Parlimen BN...
Masa tu, dia suruh "pencacai" dia kejar rombongan Ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak yang melawat oversea. Kejar punya kejar, Anwar gagal beli Ahli Parlimen tu. Maka teruklah Anwar ditaruk akibat kebodohannya. Dia pikir orang BN ni pengkhianat macam dia, kot? Keh keh keh...
Dan sekarang ni dia hanya perlu beli 22 Ahli Parlimen BN untuk jadi PM ke-7! Gerakan telah dibuat khabarnya sekarang nie depa dok dalam proses tawar menawar pada Ahli Parlimen BN yang sesuai...
Sumber rapat dari PKR ini juga beritahu, kali ni dia nak beli lebih dari 22 orang sebab dia target nak form 2/3 majoriti di Parlimen. Bila ada 2/3 majoriti, maka dia ada kuasa untuk bawa masuk Singapore ke dalam Malaysia kembali.
Kalau Anwar dan DAP berjaya tarik Singapore masuk ke Malaysia, maka Pakatan Haprak akan dapat kerusi tambahan lebih kurang sebanyak 80 kerusi beb! Masa tu, jangan harap la orang Melayu Muslim atau BN nak rampas balik Malaysia ni. Depa akan jajah Malaysia selama-lamanya!
Amacam? Suka tak kalau jadi macam tu? GR nak tanya, korang dah sedia ke kalau jadi macam tu? Tu laaaa.. bila UMNO ajak PAS bersatu dalam BN, Nik Aziz nak ludah UMNO. Orang hulur tali silaturrahim, Nik Aziz balas dengan ludahhhh...macam ni ke sikap seorang yang dipanggil Ulama'..??
Macam tu ke Islam dalam PAS? GR rasa tidak...PAS tak begitu. Nik Aziz sorang saja yang perangai macam tu kot? Orang PAS lain khususnya macam Datuk Dr Harun Din, Harun Taib, Ustaz Nasha dan Nasruddin Hasan Tantawi tak macam tu kot....
Takpalah. Nik Aziz dah "step down" dah tu. Hadi kena main peranan balik ni. Dia kena naikkan balik maruah PAS yang dipijak DAP dan PKR selama ni. Takkan la nak terus tengok PAS jadi keldai kot? GR sebagai saudara seagama Islam, tak sanggup tengok jadi macam ni beb...
Fikir-fikirkan la yer...GR tak paksa korang setuju. Tapi korang fikirkanlah yang mana lebih penting demi masa depan agama, bangsa dan negara yang kita cintai.
GR kata: Jangan dah tersepak tangga baru nak sedar, macam tu mimpi jelah yer!!
Saturday, May 11, 2013
Apa Perbezaan Antara Undi Popular vs Undi Elektoral..??
Perjuangan bangsa bukan soal populariti tanpa sebarang sandaran kriteria. Sebab isu kebajikan rakyat tidak boleh di-akademifantasia-kan. Perjuangan bangsa adalah usaha menguasai ceruk yang pelbagai; dan menjuarai suara rakyat dengan setara dari Perlis sampai ke Sabah. [Rem Dambul, Mei 2013]
i. Ada rakan bertanya: “Apa bah konsep Undi Popular yang tiba-tiba jadi popular di Malaysia?” Kemudian dia mengusulkan: “Buatlah satu entri pasal ini.”
Sebenarnya saya malas mau layan sebab nanti terkait cerita politik. Dalam situasi sekarang, bagus kurangkan sembang hal-hal meletop begini. Supaya iklim siber Malaysia yang sedang panas tidak bertambah terbakar.
Tapi dia balik-balik menyuruh. Hingga saya yang asalnya sangat malas mau melayan; akhirnya termakan pujuk. Moralnya di sini: saya ini lelaki yang mudah tunduk pada bujukan. Tidak sesuai jadi politikus. Nanti senang-senang digoda untuk dedahkan rahsia negara.
ii. Majoriti kerajaan di dunia menggunakan sistem undi kerusi (atau elektoral) bagi membentuk kerajaan. Bukan undi popular. Sistem undi elektoral inilah juga yang dipraktis di Malaysia. Konsep undi popular hanya dicanang sebagai bahan penenang psikologi. Sesuai diguna oleh aktivis politik yang sedang mengalami kemurungan jiwa; kerana gagal mencapai impian yang pernah diletak setinggi bulan.
Nanti bolehlah memujuk hati sendiri: sungguhpun partiku tidak membentuk kerajaan negara ini, yang penting popularitiku gempar satu negara!
Dalam konteks Malaysia, kerajaan persekutuan mahupun negeri dibentuk mengikut majoriti undi elektoral (iaitu kiraan jumlah kerusi parlimen atau DUN). Amalan ini sudah digunapakai sejak pertama kali pilihanraya dianjur. Sistem ini bukan baru dibuat. Atau tiba-tiba digubal oleh SPR pada hari Isnin minggu lepas.
Sebab itu kita tidak perlu teruja sangat dengan konsep ‘Undi Popular’, sampai semangat kepohnya mencanak-canak. Sikit-sikit bolehlah.
iii. Apa beza Undi Popular dan Undi Elektoral?
Undi Popular berpaksikan konsep ‘samarata’. Ia mengira undi individu secara keseluruhan tanpa pertimbangkan segmen komuniti yang diwakili. Prinsip ini dipanggil sebagai keadilan kuantitatif (kuantiti). Undi Elektoral berteraskan konsep ‘saksama’. Ia mengira undi kolektif komuniti yang mewakili kerencaman demografi dan geografi. Pendekatan ini dinamakan keadilan kualitatif (kualiti).
Manakah gambaran yang lebih representatif bagi mengukur tahap kekuatan sokongan sesebuah parti? Terpulang kepada bagaimana kita mahu definisikan keadilan dan kebajikan penduduk.
Undi Popular mudah dicemari dengan sisihan piawai sosio-budaya kerana matematik kiraannya yang sangat simplistik dan individualistik. Tiada sebarang pemberat disuntik sebagai penambah nilai. Jika Undi Popular diguna untuk mengangkat kerajaan, maka kuasa di Parlimen akan terherot kepada wilayah-wilayah urban yang menjadi tumpuan penduduk. Maksudnya, sesebuah kerajaan boleh dibentuk, secara teorinya, hanya dengan suara tunggal satu segmen mana-mana komuniti tertentu yang menguasai kepadatan penduduk.
Sarjana sains politik, Rathbun (2007), ada membuat deduksi bahawa: penerapan konsep Undi Popular dalam sistem pilihanraya mencetuskan dua kegagalan demokratik. Yang pertama, dari aspek perundangan (tuntutan perlembagaan/tatanegara); dan yang kedua adalah aspek sosiologi (keperluan masyarakat).
iv. Apa sebenarnya isu dasar kepincangan Undi Popular sebagai satu representatif keputusan pilihanraya? Sangat jelas. Ia menggalakkan peminggiran dan pengabaian. Khususnya kelompok-kelompok minoriti yang lemah dan kecil.
Sebagai contoh. Sekalipun Pakatan Rakyat tidak berjaya memenangi undi rakyat pedalaman dan masyarakat desa; serta gagal teruk menarik sokongan penduduk Sabah/Sarawak (kurang 17%): undi popular parti ini di peringkat nasional masih mengatasi BN. Seolah-olah Sabah dan Sarawak (yang mewakili 2/3 asas keutamaan dalam pembentukan Malaysia) sudah tidak relevan lagi. Ini juga membawa konotasi bahawa: jika pun suara penduduk Borneo diabaikan sepenuhnya, pihak pengabai itu masih boleh menjuarai undi popular kebangsaan.
Tapi nasib baik. Kerajaan kita dibentuk bersandarkan perwakilan undi elektoral, bukan undi popular ini. Sistem elektoral melindungi kepentingan komuniti terpencil; e.g. mereka yang berada di pedalaman dan tidak ada sebarang akses kepada proses ‘decision making’. Sistem elektoral ini juga memberi signal kepada semua parti politik yang ada; jika mahu memerintah federal, maka haruslah mendekati segmen-segmen komuniti – yang merentas kerencaman wilayah, demografi, sosio-geografi dan sosio-ekonomi.
Tidak boleh hanya menumpukan pada satu 'comfort zone', mentang-mentang ia ada kekuatan kuantiti.
v. Kenapa Pakatan Rakyat memenangi Undi Popular walaupun gagal agak teruk dalam Undi Elektoral? Itu adalah tanda selektiviti – sama ada secara terancang atau kebetulan. Daya tarikan Pakatan Rakyat bersifat populist. Ia dirumus khusus untuk target satu niche penduduk, yang kebetulan membina puak tertinggi dalam strata tertentu demografi Malaysia.
Contoh tarikan populist?
Ok, ini yang mudah. Lihat pada saripati manifesto yang paling tersebar luas: harga kereta dan petrol yang murah, penghapusan bayaran tol dan pendidikan percuma.
Kemudian penjimatan belanja hasil dari manifesto PR ini; dibanding pula dengan penjimatan hasil pemberian wang bantuan 1Malaysia oleh BN. Akhirnya terolah analisis akhir: bahawa penjimatan BN hanya sekitar RM500++ setahun (wang bantuan yang diberi). Padahal penjimatan PR melangkau RM2000 ++ (dari kos petrol, harga kereta, tol, pinjaman pendidikan, etc).
Hanya ORANG GILA yang tidak mahu semua ini: kata para promoter PR ketika menjual manifesto ini. Ya, tiga perkara ini memang positif. Tapi ada tapinya.
vi. Apa isu di sini? Promosi manifesto yang kurang empati. Mereka lupa pertimbangkan bahawa: penduduk Malaysia datang dari pelbagai latabelakang. Sekecil mana pun saiz komuniti itu, keperluan unik dan spesifik penduduk tersebut harus diberi perhatian. Kerana itu adalah tanggungjawab moral.
Berapa ramai penduduk Penangah yang ada kereta? Berapa ramai penduduk Pensiangan yang pernah ke KL, dan menggunakan lebuhraya bertol? Paling penting: berapa ramai anak komuniti di Pulau Banggi yang pernah masuk universiti atau yang akan ke menara gading dalam tempoh 5 tahun mendatang? Bagi kumpulan komuniti ini: barangkali tidak ada sebarang penjimatan yang boleh diperoleh dari tawaran manifesto PR itu. Penjimatan langsung RM500 daripada BN – mungkin itu jauh lebih bermakna.
Jangan anggap semua penduduk Malaysia ada kereta; dan pengguna tegar lebuhraya bertol. Jangan anggap bahawa ‘masuk ke universiti’ itu adalah perkara natural dalam semua keluarga. Pergelutan hidup penduduk cirinya amat pelbagai. Setiap satu pergelutan itu unik dan penting. Sebab itu kita memberi satu undi elektoral parlimen kepada Kalabakan dan Kinabatangan – walaupun penduduknya jauh lebih rendah dan kurang metropolis berbanding Shah Alam dan Pantai Dalam. Agar suara hati mereka diangkat dengan pemberat yang sama.
Sekadar contoh. Ini bukan membandingkan manifesto siapa lebih baik. Bukan.
vii. Poin di sini: bahawa sekecil mana pun komuniti yang terpinggir di Malaysia, keperluan unik mereka harus difahami dan diselami. Mereka tidak boleh dibiar terabai dan menjadi tidak relevan – justeru ditenggelami oleh jutaan undi popular komuniti urban.
Keadilan itu adalah saksama mengikut prioriti dan keperluan, pada level komuniti. Bukan semestinya samarata untuk semua orang, pada level individu. - Sumber
GR kata: Bang Non and The Geng popular atas sebab apa? Fikir-fikirkanlah yer....
VIDEO HOT ANWAR YANG SEMUA ORANG TAK BOLEH LUPAKAN..!!
Korang tengok video ini dan GR rasa khusus buat pencacai pakatan haprak yang terlampau taksub dengan Bang Non nie.
Nak kata Bang Non ni dah nyanyok pun kira boleh jugakkan...macam orang tak ada agama pun ada jugak. Bercakap soal agama dalam masjid dan sebagainya cukup hebat, tapi qada dan qadar Allah SWT telah tetapkan tak boleh terima. Manusia jenis apekah ini??
GR tak nak cakap banyak, korang tengoklah sendiri...bukti dari mulut siapa yang Anwar kata akan UNDUR SECARA BAIK jika Pakatan kalah dalam PRU13.
GR kata: Rakyat Malaysia kena kencing kaw2 dengan Bang Non. Keh keh keh
Saturday, May 4, 2013
HOT: OSTAJAH ABBY, OSTAD HAIRIE OTHMAN SENTAP DENGAN DEN WAHAB PASAL VIDEO NIE? #PRU13
Golongan artis di Malaysia sudah sinonim dengan penglibatan mereka dalam bidang politik. Kita juga ketahui tujuan matlamat mereka sertai parti-parti politik di Malaysia.
Ada sesetengahnya menceburkan diri dalam bidang politik untuk mengubah diri mereka ke arah kebaikan, tapi kita lihat dari mata kasar kita di manakah kebaikan yang ditunjukkan pada masyarakat umum...sebab cara mereka berhujah pun sama seperti sifu mereka yang gemar memberikan 'fatwa politik'.
Lain pula golongan artis yang menyokong pihak Kerajaan BN, kerana mereka tahu dan faham bahawa kerajaan inilah yang selalu membantu mereka dalam apa jua sekali pun. Janganlah disebabkan merajuk, tak dapat tawaran berlakon dan menyanyi kita salahkan pihak Kerajaan.
GR sempat bertemu bual dengan pelakon OTAI, Den Wahab mengenai pandangan beliau tentang artis yang ceburi bidang politik. Jom layan dan fahami dengan akal fikiran kita :
Ada sesetengahnya menceburkan diri dalam bidang politik untuk mengubah diri mereka ke arah kebaikan, tapi kita lihat dari mata kasar kita di manakah kebaikan yang ditunjukkan pada masyarakat umum...sebab cara mereka berhujah pun sama seperti sifu mereka yang gemar memberikan 'fatwa politik'.
Lain pula golongan artis yang menyokong pihak Kerajaan BN, kerana mereka tahu dan faham bahawa kerajaan inilah yang selalu membantu mereka dalam apa jua sekali pun. Janganlah disebabkan merajuk, tak dapat tawaran berlakon dan menyanyi kita salahkan pihak Kerajaan.
GR sempat bertemu bual dengan pelakon OTAI, Den Wahab mengenai pandangan beliau tentang artis yang ceburi bidang politik. Jom layan dan fahami dengan akal fikiran kita :
GR kata: Abg Den Wahab memang steady...darah perjuangan yang kental!!
Subscribe to:
Posts (Atom)


