Friday, September 7, 2012

Majlis Hari Raya Aidilfitri KERABAD Meriah! @Zahid_Hamidi


Berkumpul lebih 2,000 ahli Kelab Anak Rantau Bagan Datoh (Kerabad) berkumpul sempena majlis hari keluarga kelab tersebut yang diadakan di sebuah taman tema air di Shah Alam baru-baru ini.

Majlis yang dihadiri Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu diceriakan dengan pelbagai aktiviti sukaneka bermula pukul 10 pagi.

Ahmad Zahid yang ditemui berkata, majlis pertama kali diadakan secara santai itu bertujuan mewujudkan kemesraan anak-anak rantau dari Bagan Datoh, Perak yang bekerja di kawasan Lembah Klang.

Katanya, walaupun jumlah yang berdaftar pada awalnya hanya kira-kira 300 orang, namun beliau gembira apabila bilangan yang hadir mencapai jumlah hampir 100 peratus daripada jumlah ahli Kerabad yang berdaftar dalam laman sosial Facebook.

"Saya fikir ini program yang cukup baik dan sesuai dilaksanakan oleh semua anggota Parlimen lain bagi merapatkan hubungan dengan anak rantau.

"Saya bercadang menjadikan acara seperti ini sebagai program dwitahunan iaitu hari keluarga dan juga sambutan hari raya di masa akan datang," ujarnya. - KOSMO


GR kata: Program yang berjaya mendekatkan diri antara pemimpin dan rakyat. Tahniah!!

No comments:

Artikel pelbagai