Showing posts with label KJ. Show all posts
Showing posts with label KJ. Show all posts
Wednesday, March 28, 2012
TAHNIAH! @Khairykj DILANTIK PENGERUSI PUNB
Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) pada Selasa mengumumkan pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai pengerusinya yang baru berkuat kuasa 1 April.
Pelantikan itu dibuat oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac tahun ini, kata PUNB dalam satu kenyataan di sini, Selasa.
Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau, mempunyai pengalaman dalam sektor perbankan pelaburan dan sektor perkhidmatan awam.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional itu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dari University of Oxford pada 1997 dan memperolehi Ijazah Sarjana Perundangan dan Teori Politik dari University College London pada 1998.
Khairy akan menggantikan Tan Sri Abu Bakar Mohd Noor yang menamatkan perkhidmatannya pada 29 Februari tahun ini setelah berkhidmat sebagai Pengerusi di PUNB sejak 1998.
PUNB turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Abu Bakar di atas segala jasa dan khidmat beliau semasa menerajui PUNB. - BERNAMA
GR kata: Tahniah YB KJ di atas perlantikan ini. Harap selepas ini golongan muda diberikan peluang lebih untuk mereka memulakan perniagaan.
Friday, March 16, 2012
PANAS: Anwar Bisu Kena Ludah Dengan @Khairykj ??
"I support all efforts to protect the security of the State Of Isreal..."- Anwar Ibrahim
Apa citer ni Pak Anwar oiii...dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pun tak lepas berdebat, ada hati nak berdebat dengan YAB Perdana Menteri. Memang dah gila meroyan Pak Anwar ni kan?? he he he
Pada Pak Anwar, kalau dah buat salah tu mengaku sajalah. Tak payah nak pusing-pusing auta yer. Pembaca sekalian lihatlah sendiri, dalam dewan rakyat Pak Anwar tak boleh jelaskan inikan pula nak memerintah negara ni. Entah apa pula rakyat kena kelentong dengan dia kan..
GR kata: Anwar dan sekutunya apa pun tak boleh!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
