Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan jawatan Setiausaha Agung DAP yang kini disandang oleh Lim Guan Eng begitu dominan dan amat berkuasa.
Atas sebab itu katanya, segala cadangan yang dibuat oleh Guan Eng termasuk penentuan jawatan di dalam parti tidak boleh dibangkang oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) atau mana-mana pemimpin parti.
Malah, beliau sendiri ketika mula-mula menyertai DAP pernah diingatkan oleh seorang senior di dalam parti itu bahawa pihak-pihak yang menentang sebarang cadangan Guan Eng atau ayahnya, Lim Kit Siang akan gelap masa depan mereka.
''Saya tidak nafikan ada perbincangan dibuat Guan Eng dengan barisan kepimpinan yang lain sebelum sesuatu lantikan. Namun, segala cadangan yang telah dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang ini, pasti akan terlaksana dan tidak boleh ditolak.
''Saya sendiri pernah diberitahu oleh seorang senior di dalam DAP. Beliau berkata, Tunku sesiapa yang membangkang cadangan Guan Eng atau Kit Siang masa depannya habis,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tunku Abdul Aziz berkata, hakikatnya, jawatan yang dipegang oleh Guan Eng terlalu berkuasa dan itulah yang berlaku selama ini.
''Di dalam DAP, Setiausaha Agung dianggap jawatan tertinggi dan bukannya Pengerusi. Jawatannya ini sama dengan amalan dalam parti komunis dan sosialis.
''Jika tidak, sudah tentu jawatan Setiausaha Agung DAP sama peranannya seperti Setiausaha Agung UMNO atau Setiausaha Agung MCA,'' katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memberitahu sebahagian besar pemimpin di dalam DAP bersifat 'yes man' kerana tahap kekuasaan yang ada pada Guan Eng selaku Setiausaha Agung.
''Keadaan ini berlaku sebab Guan Eng atas jawatan Setiausaha Agung yang disandangnya itu telah menyebabkannya menjadi terlalu berkuasa.
''Kecuali ada dua orang yang berani bertentangan pandangan dengan Guan Eng yang mana salah seorangnya pemimpin DAP di Selangor,'' katanya lagi.
GR kata: DAP kaki auta....
No comments:
Post a Comment