Friday, December 21, 2012

Diskaun Tol Untuk Rakyat Sempena Krismas

Sejumlah 24 syarikat konsensi lebuh raya bersetuju memberi diskaun, rebat tol antara tiga hingga 37.5 peratus kepada pengguna lebuh raya sempena cuti perayaan Krismas 25 Disember ini.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ismail Md. Salleh berkata, kira-kira dua juta kenderaan dijangka melalui lebuh raya semasa cuti perayaan itu.

"Ia bagi menyambut seruan kerajaan agar syarikat konsesi melaksanakan tanggungjawab sosial masing-masing sebagai tanda penghargaan kepada pengguna lebuh raya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.— BERNAMA

GR kata: Terima kasih Kerajaan BN yang sentiasa memberi yang terbaik untuk rakyat.

No comments:

Artikel pelbagai