Showing posts with label mejabulatptptn. Show all posts
Showing posts with label mejabulatptptn. Show all posts
Thursday, June 7, 2012
PANAS: STUDENT UNISEL JADI MANGSA KEBODOHAN @rafiziramli! #mejabulatPTPTN
Pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi pelajar Universiti Selangor (Unisel) dibuat bertujuan menentukan keupayaan pembangkang memberikan pendidikan percuma di negeri yang ditadbir mereka. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata, pembekuan tersebut hanya membabitkan permohonan baru kemasukan April lalu.
"Bagi pelajar yang sudah menerima PTPTN, pinjaman mereka akan diteruskan seperti biasa. Pembekuan ini hanya libatkan permohohan baru," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.
Khaled berkata PTPTN membuat keputusan ini awal bulan lalu kerana mereka juga menerima tekanan politik daripada pihak pembangkang yang mahukan pelajar-pelajar pengajian tinggi diberi pendidikan percuma di negara ini. Tambahnya, PTPTN membuat keputusan ini sejurus sebelum pengambilan pelajar bagi sesi baru bermula dan ia telah dimaklumkan kepada pihak kementerian.
“PTPTN mahu memastikan berapa seriuskah pihak pembangkang dalam menawarkan pendidikan percuma. Jika mereka serius maka institusi milik negeri seperti Unisel tidak perlu memohon kemudahan pinjaman pelajaran daripada PTPTN kerana pendidikan sepatutnya ditawarkan secara percuma kepada para pelajar oleh negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat," ujarnya.
Tambah beliau, PTPTN akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara berkenaan pada Khamis. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan PTPTN membekukan permohonan pinjaman membabitkan pelajar baru Unisel.
Pembekuan berkenaan mula disedari melalui semakan di ruangan forum laman web rasmi PTPTN apabila pengendali ruangan itu memberitahu permohonan daripada pelajar Unisel ditangguhkan buat sementara waktu.
Malah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi twitternya turut melahirkan kekesalan terhadap pembekuan tersebut kerana menyifatkan langkah berkenaan seolah-olah mendiskriminasikan pelajar universiti tersebut.
Isu PTPTN mula hangat diperkatakan apabila sekumpulan mahasiswa menyertai demonstrasi membantah PTPTN di Dataran Merdeka April lalu serta janji Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memansuhkan pinjaman pelajaran itu jika parti pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.
Dalam pada itu Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli menerusi sidang medianya menggesa Mohamed Khalid menjelaskan mengenai status pembekuan pinjaman tersebut kepada pelajar Unisel.
"Saya mencabar Datuk Seri Mohamed Khaled untuk menjelaskan kepada rakyat sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri?
"Jika itu benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik sekarang," ujarnya.
Di SHAH ALAM, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan untuk menyediakan pinjaman pendidikan kepada para pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini dan bukannya kerajaan negeri.
“Saya akan menyuarakan bantahan ini kepada kerajaan pusat...ini adalah komitmen kerajaan pusat kepada para pelajar pengajian tinggi," katanya kepada para pemberita ketika ditemui di sini.
Khalid menegaskan, kerajaan persekutuan tidak mempunyai hak untuk membekukan pemberian pinjaman tersebut. Katanya walaupun Unisel milik negeri Selangor tetapi ia menerima pelajar dari seluruh negara.
Kepada satu soalan apakah kerajaan negeri bersedia memberikan pinjaman atau biasiswa kepada para pelajar Unisel, sebagai membuktikan negeri itu menyokong cadangan Pakatan untuk memberikan pendidikan percuma, Khalid berkata itu hanya dapat dilakukan sekiranya Pakatan mengambil alih kerajaan pusat.
"Ia tidak boleh dilakukan sekarang tetapi jika kami menang kami boleh melaksanakannya dalam tempoh 100 hari," tegas beliau. (Janji lagi, tak habis-habis dengan janji)
GR kata: Tau pulak gelabah puak-puak Pakatan Haprak ni...kata boleh bagi pendidikan PERCUMA, apa lagi TUNAIKANLAH janji melangit korang tu...!!!
Saturday, April 14, 2012
TERKINI: DEMO MAHASEWEL DI KL TIADA SAMBUTAN..!! #mejabulatptptn @khalednordin @saifuddinabd
Sekarang di bandaraya Kuala Lumpur demo bantah PTPTN yang dibuat oleh kumpulan pro-M (mahasewel). Mereka berkumpul dan membuat huru-hara serta menghalang lalu lintas pengguna jalanraya di tengah bandar Kuala Lumpur.
Difahamkan juga demo ini tidak mendapat sambutan oleh golongan mahasiswa itu sendiri kerana mereka sudah muak dengan agenda peribadi yang dibawa oleh Pakatan Haprak. Usaha mereka ingin mengumpulkan mahasiswa untuk berdemo lebih dari 5,000 ribu orang yang hadir CUMA kurang 700 orang mahasiswa.
Keadaan di sekitar Sogo hanya kurang 300 orang
Baca lagi DI SINI
GR kata: Sudah terbukti sebilangan besar mahasiswa di Malaysia tidak menyokong segala agenda yang dibuat oleh Pakatan Haprak yang hanya gunakan mahasiswa sebagai keldai tungangan mereka...
Thursday, April 12, 2012
ALAHAI...SIAPA TIRU SIAPA NI?? @rafiziramli #mejabulatptptn
Program Meja Bulat PTPTN yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah Biro IPT telah pun tamat semalam dengan jayanya. Pelbagai resolusi telah dibincangkan oleh wakil-wakil mahasiswa dari seluruh IPTA dan IPTS di Malaysia dan resolusi tersebut telah diserahkan kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin untuk disampaikan kepada YAB PM DS Najib Razak.
GR juga turut serta dalam bengkel tersebut dan melihat sendiri ramai mahasiswa di Malaysia tidak menyokong jika PTPTN itu dimansuhkan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, PKR juga buat program yang lebih kurang sama pada 2 hari lepas di Shah Alam. Nak tiru #mejabulatptptn ker Rafizi??? Janganla macam tu kawan...He he he
GR juga difahamkan dari sumber dalaman program yang dibuat oleh PKR buatnya seperti rundingan tetapi penjelasan dari pihak mereka kononnya guna duit Petronas untuk cover PTPTN jika mansuhkan. Perghhhhh...senangnya macam tu, dah macam makan kacang. Macam amik servis China Doll pun ada jugakkan. Main suka-suka ambil. Janganla cetek sangat pemikiran tu wahai Rafizi tau la kerja Petronas dulu.
Kenapa program yang dianjurkan oleh PKR ini tidak dipanggil wakil pegawai dari PTPTN itu sendiri seperti yang dibuat oleh Program Meja Bulat ini?? Penjelasan yang dibuat oleh satu pihak saja macam mana nak ada penyelesaian kalau macam tu. Kata membawa suara rakyat?? Pembela nasib mahasiswa??? Ada ketelusan ke macam tu?? Yang hadir dipanggil untuk turut serta pun puak-puak sendiri saja dari mahasiswa pro-Militan. Kenapa tak jemput semua??? Boleh tolong jawab tak Rafizi???
Pembaca lihat gambar di atas, program seperti inilah yang perlu dibuat dan nampak ketelusan untuk menyelesaikan isu yang timbul. Pelbagai idea dikongsi walaupun pada peringkat awal rundingan meja bulat agak panas dengan mahasiswa meluahkan pandangan mereka agar didengar oleh pihak PTPTN. Bukannya buat penjelasan yang syok sendiri, orang yang dengar pakat angguk jer....
GR berpendapat adalah tidak wajar Pakatan Haprak melibatkan Petronas dalam isu PTPTN ini kerana Petronas bukannya institusi kewangan. Mereka adalah syarikat yang menjana pendapatan mereka sekaligus pada negara. Tidak ada sebab pihak Kerajaan mengambil wang dari Petronas untuk dijadikan pinjaman kepada para mahasiswa yang ingin menuntut pengajian di IPT. Kita semua sedia maklum PTPTN yang ditubuhkan pada 1997 ini adalah pinjaman yang diberikan oleh pihak bank di Malaysia kepada PTPTN dan pihak Kerajaan hanya sebagai orang tengah yang memberi jaminan. Sistem ini lebih kurang macam kita buat loan rumah, kereta dan sebagainya. Tetapi fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Haprak tidak munasabah kerana membebankan mahasiswa kerana interest yang dikenakan oleh PTPTN jika peminjam lambat sangat bayar hanya 1% setahun dari jumlah pinjaman yang mereka ambil. Dalam rundingan #mejabulatptptn yang diadakan semalam, mahasiswa mencadangkan agar kadar faedah ini dimansuhkan kerana ia dapat meringankan beban pada peminjam.
Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi.
PTPTN juga memberikan lagi banyak kelonggaran kepada peminjam dari segi rundingan berapa mahasiswa ini mampu bayar sehingga langsai pinjaman mereka dengan PTPTN. GR nak tanyalah kan...PTPTN yang suruh atau paksa mahasiswa isi borang pinjaman tersebut atau pun korang yang isi sendiri?? Sifat manusia Allah SWT jadikan dalam diri manusia, siapa yang tak nak benda FREE kan...TAPI apakah jika pendidikan percuma Kerajaan berikan akan lahir mahasiswa yang berkualiti yang bakal menjadi pelapis pemimpin pada negara?? Fikir-fikirkanlah....
Ini orang pandai cakap saja maa...
GR kata: Siapa yang cadangkan PTPTN pada tahun 1997 yer?? Orang tu pulak yang nak hapuskan. Cakap putar alam betullah....
Wednesday, April 11, 2012
VIDEO PANAS: Dato' @razaliibrahim TEMPELAK ANWAR IBRAHIM!! #mejabulatptptn
GR kata: Ternyata janji Pakatan Haprak tak boleh pakai....Apa pun tak boleh!!!
MAHASISWA, WAKIL NGO DAN PTPTN BERBINCANG MENCARI PENYELESAIAN - #mejabulatptptn
Pentas rundingan Meja Bulat telah pun bermula hari ini. Bertempat di Vistana Hotel Kuala Lumpur mereka berkumpul untuk membincangkan isu yang sedang hangat diperkatakan iaitu PTPTN. Mereka yang hadir mewakili universiti mereka dan gabungan pelajar bagi membawa pandangan serta suara yang ingin mereka ketengahkan bagi menyelesaikan isu yang sedang hangat ini.
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah Biro IPT mengambil suatu pendekatan bagi memudahkan mahasiswa menyuarakan pendapat dan pandangan mereka mengenai isu ini. Mereka telah memberikan pandangan yang bernas bagi menambahbaikkan sistem PTPTN ini demi membantu mahasiswa dapat belajar dengan baik di IPTA & IPTS.
Antara isu baik dan harus diberi perhatian sewajarnya adalah cara atau kaedah pembayaran balik mengikut kemampuan si peminjam. Contoh cadangan dengan mengikut skala gaji yang diterima, melalui pemotongan gaji mengikut berapa jumlah gaji yang diterima si peminjam dapat menyelesaikan jumlah pinjaman tanpa menggangu gaji yang diterima bulanan.
GR kata: Jika ada sebarang pertanyaan dan pandangan boleh utarakan di Twitter @MejaBulat_PTPTN dan hastag #mejabulatptptn
Tuesday, April 10, 2012
VIDEO PANAS: PEMUDA UMNO NAIK ANGIN?? #mejabulatptptn
GR kata: Kepada pembaca yang ingin berdiskusi dan memberikan pandangan tentang isu ini, boleh hadir ke program ni pada 10 - 11 April 2012 di Hotel Vistana, Kuala Lumpur
Sunday, April 8, 2012
PEMUDA BANTU MAHASISWA ISU PTPTN @MejaBulatPTPTN #mejabulatptptn
Untuk pengetahuan mahasiswa IPTA dan IPTS, mereka tidak harus bimbang dengan isu yang berkaitan dengan PTPTN kerana Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah Biro IPT sedia membantu untuk menyelesaikan isu yang berbangkit mahu pun fitnah dan penipuan yang dilemparkan dari Pakatan Pembangkang.
Satu program khas yang akan dianjurkan oleh Pemuda UMNO Malaysia selama 3 hari di Hotel Grand Season K.Lumpur bermula 10 April 2012. Program Meja Bulat ini dibuat khusus untuk memberi peluang kenapa generasi muda meluahkan apa yang terbuku dihati mereka disamping berbincang mereka juga boleh memberikan pandangan bernas mereka. Pihak PTPTN juga turut hadir dalam Program Meja Bulat ini.
Kepada mereka yang tidak dapat hadir bersama program ini, kemudahan Facebook dan Twitter disediakan dan dikendalikan oleh Unit Media Baru (UMB) untuk memberi peluang kepada mereka memberikan pandangan bagi menjayakan program meja bulat ini.
Rundingan Meja Bulat boleh diikuti http://www.facebook.com/mejabulatptptn , Twitter @mejabulatptptn dan hastag #mejabulatptptn
Rundingan Meja Bulat boleh diikuti http://www.facebook.com/mejabulatptptn , Twitter @mejabulatptptn dan hastag #mejabulatptptn
GR kata: Pemuda UMNO Malaysia sentiasa mendengar keluhan generasi muda dan menyelesaikan masalah mereka....
Saturday, April 7, 2012
SIAPA NAK PTPTN FREE, MAI BINCANG SINI #mejabulatptptn
Pemuda UMNO akan menjadi jambatan antara mahasiswa dengan kerajaan berhubung isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam usaha mencari mekanisme yang terbaik untuk kepentingan bersama.
Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Pemuda UMNO, Syahrin Jamaluddin berkata bagi mencapai tujuan itu, pihaknya dengan kerjasama Biro IPT UMNO Malaysia akan mengadakan Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional yang akan dijadikan sebagai wadah untuk mencari jalan keluar mengenai isu-isu yang berbangkit mengenai PTPTN.
Menurut beliau pihaknya amat terbuka dalam hal berkenaan bagi mendengar secara dekat suara generasi muda dan menjadikan rundingan meja bulat tersebut sebagai jalan penyelesaian untuk mencapai resolusi yang terbaik.
“Kita akui PTPTN telah banyak membantu pelajar untuk menjayakan pembelajaran masing-masing tetapi pada masa yang sama tidak menolak kaedah bayaran balik PTPTN dan isu lain yang berkaitan mendapat rungutan dikalangan pelajar dan ibu bapa.
“Atas dasar itulah kita terpanggil untuk menjadikan meja bulat ini sebagai platform kepada kajian dan pada akhirnya kita mengharapkan satu resolusi yang terbaik untuk kita serahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Kita mengharapkan keterbukaan Datuk Seri Najib dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana apa yang penting adalah untuk kebaikan bersama. Sebelum ini pun, Datuk Seri Najib telah memberikan perhatian yang cukup serius hasil Makmal Pemuda BN yang kita adakan dan itulah yang kita harapkan,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Pemuda UMNO di sini, hari ini.
Syahrin seterusnya menambah seramai 200 peserta yang akan terlibat daripada seluruh IPTA dan IPTS termasuklah wakil daripada pihak PTPTN.
Malah kata beliau lagi pihaknya juga turut menyediakan kemudahan facebook dan twitter bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat hadir untuk sama-sama memberikan buah fikiran bagi menjayakan lagi rundingan meja bulat berkenaan.
“Orang ramai di seluruh negara boleh turut serta bersama-sama dengan kita menerusi media maya berkenaan. Oleh itu kita amat mengharapkan seluruh mahasiswa termasuklah ibu bapa memberikan cadangan yang terbaik untuk kita rumuskan dalam mencari resolusi yang terbaik berhubung perkara berkenaan.
“Kita akan adakan rundingan meja bulat itu selama tiga hari dua malam bermula pada 10 April ini di Grand Season Hotel, Kuala Lumpur. Mereka yang ingin memberikan penadpat bolehlah melayari facebook kami di www.facebook.com/mejabulatptptn dan akaun twitter pula #mejabulatptptn. Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin akan terlibat sama pada majlis penutup,” katanya - UMNO Online
GR kata: Kepada semua rakyat Malaysia yang ada sebarang pertanyaan atau pun idea boleh sertai program ini. Demi mendapatkan maklumat yang tepat bukan dengar dari sebelah pihak yang suka tabur fitnah...
Subscribe to:
Posts (Atom)











