Wednesday, June 6, 2012

AMBIL GADIS ISLAM KEMBOJA SEBAGAI PEMBANTU RUMAH - @Zahid_Hamidi


Malaysia masih memerlukan kira-kira 100,000 pembantu rumah dari Indonesia bagi menampung permintaan dan keperluan semasa selepas pembekuan penghantarannya ditarik balik baru-baru ini. Malaysia masih menerima antara 70,000 hingga 80,000 permohonan untuk mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia ketika ini dan jumlah tersebut terus meningkat.

Sekarang ini di Malaysia mempunyai lebih 200,000 pembantu rumah dari luar negara. Daripada jumlah itu, 150,000 orang dari Indonesia, 30,000 Kemboja manakala selebihnya dari negara lain.

Indonesia kini sedang melatih pembantu rumah tetapi mereka lebih memilih untuk ke Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan dan Singapura kerana gajinya lebih tinggi. Apakah mereka ini sudah pandai demanding kerana gaji di Malaysia sedikit jika dibandingkan dengan negara lain??

Oleh sebab itu, GR tertarik dengan cadangan Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan mencadangkan untuk mengambil gadis Islam Kemboja untuk diberikan peluang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia. Ini adalah kerana permohonan pembantu rumah ini semakin hari semakin meningkat disebabkan oleh mereka yang berkeluarga mempunyai ahli keluarga yang besar dan juga kekangan masa dan menguruskan urusan harian rumah bagi mereka yang bekerja.
Katanya Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) dan Yayasan Restu boleh membantu majikan di Malaysia mendapatkan tenaga kerja di sini. "Saya akan berunding dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam masa terdekat supaya mengambil remaja perempuan Islam di Kemboja sebagai pembantu rumah keluarga Islam di Malaysia," katanya kepada wartawan Malaysia selepas majlis penyampaian Bantuan Kemanusiaan di Kampung Cham di sini.

Ini cadangan yang sungguh baik, kerana baru-baru ini Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan Malaysia telah membuat lawatan ke Kemboja dan telah mendapat idea yang baru di antara kedua-dua negara. Jika cadangan ini diterima oleh Kerajaan ia dapat menyelesaikan masalah keperluan pembantu rumah di Malaysia yang sekarang ini permintaannya mencecah 100,000.


Disamping itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia - Kemboja dan juga dapat meningkatkan ekonomi negara. GR juga berharap perkara ini dapat dilaksanakan segera kerana ia dapat membuka peluang pekerjaan kepada gadis Kemboja di Malaysia. InsyAllah mereka dapat menyesuaikan diri dengan cepat kerana budaya dan cara pertuturan mereka di sana lebih kurang sama di Malaysia. Kupasan lanjut baca DI SINI

Lihat foto sekitar lawatan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Kemboja :







GR kata: Tahniah DS Zahid Hamidi yang sentiasa membela nasib rakyat Islam di mana-mana saja. Inilah pengorbanan pemimpin BN yang dilakukan sejak dulu lagi....Bukan macam puak PAS, dia buat semuanya betul...orang lain buat semuanya haram. Apa daaaa!!!

No comments:

Artikel pelbagai