Wednesday, October 30, 2013
#PRKsglimau: ISLAM PAS HALALKAN CARA BERKEMPEN MAKAN DIRI SENDIRI!
Dalam keghairahan Pas menyerang bertubi-tubi pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, parti itu akhirnya terperangkap dengan 'kegelojohan' sendiri.
Ia berikutan terdedahnya taktik parti itu menerusi teknik photoshop bagi menampal wajahnya calonnya, Mohd. Azam Abd. Samat bertemu dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Gambar itu sebenarnya gambar kunjungan mesra dua pemberita kanan Sinar Harian ke atas Allahyarham pada 25 Mei 2011 dan akhbar itu sendiri menyifatkan ia taktik terdesak Pas untuk meraih sokongan.
Biar pun Pengarah Operasi Pas bagi PRK DUN Sungai Limau, Ir. Datuk Amiruddin Hamzah mengatakan parti itu langsung tidak tahu bahawa gambar tersebut bukan asli dan tidak ada niat untuk mengadakan sesuatu yang tidak ada, namun ia belum memuaskan hati banyak pihak.
Ini memandangkan adalah tidak munasabah Pas yang dianggap 'cukup hebat dan bijak' menghasilkan risalah-risalah boleh terlepas pandang kepada satu produk yang cukup penting dalam pilihan raya.
Bayangkan apa yang akan berlaku jika 'kesilapan' itu dilakukan oleh Barisan Nasional (BN), sudah pastilah Pas akan menyerang habis-habisan parti lawannya itu dan akan membuat tuduhan yang bukan-bukan serta mendesak BN meminta maaf kepada keluarga Allahyarham Azizan.
Oleh itu, kalau benarlah, Pas dalam tempoh seminggu berkempen ini begitu menjaga perasaan ahli keluarga Allahyarham Azizan maka mereka perlu meminta maaf secara terbuka.
Pas harus mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan tidak mengamalkan sikap lepas tangan dengan berkata: "Kita semua manusia biasa... yang bezanya ialah sama ada kita memang berniat untuk menipu atau terjadi di luar pengetahuan kita".
Apakah alasan "kita semua manusia biasa…" ini akan terpakai kalau ia terjadi kepada BN dan UMNO, sudah pasti tidak. Oleh itu tidak perlulah Pas cuba menunjukkan seolah-olah mereka tidak tahu apa-apa dalam soal ini.
Namun apa yang berlaku bukanlah perkara pelik kerana Pas sememangnya sejak awal kempen memang mahu mengaitkan calon mereka dengan Allahyarham Azizan, apabila menyatakan Mohd. Azam adalah anak didik Allahyarham sedangkan dakwaan itu tidak benar.
Sekarang ini pun, oleh kerana mengetahui pengaruh Allahyarham Azizan yang cukup hebat di Sungai Limau, Pas cuba menggunakan sentimen Allahyarham Azizan dengan memasang kain rentang memaparkan wajah Allahyarham. Tetapi semua orang tahu bagaimana layanan politik sesetengah pemimpin Pas Kedah terhadap Allahyarham Azizan ketika Allahyarham menjadi menteri besar.
Justeru tidak perlulah pemimpin-pemimpin Pas bersandiwara lagi dalam soal ini dan janganlah berpura-pura kerana akhirnya kebenaran pasti akan menewaskan kepalsuan, begitulah juga dalam kempen pilihan raya ini. Percayalah!!!
GR kata: Puak PAS lebih percayakan Pok Nik dari kuasa Allah S.W.T
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment