Monday, April 14, 2014

#BOC: 3 Orang Individu Dapat Residen Pass Harus Tampil Ucap Terima Kasih Pada Kerajaan! @Zahid_Hamidi @NajibRazak

Pasca 2004, dilaporkan berduyun-duyun rakyat Malaysia yang berniat untuk migrasi di United Kingdom ingin pulang ke tanah air. Ini kerana kelompok mereka telah digelar sebagai "PATI" yang duduk di sana secara tidak sah. 

Malah dilaporkan segelintir mereka sudah ditangkap dan ditahan kerana sudah "overstay".

Mahu tidak mahu, kumpulan ini terpaksa merujuk kembali kepada negara asalnya. Hanya ada satu jalan sahaja untuk mereka mempunyai tempat berteduh dan bermaustautin rapat dengan sanak saudara mereka iaitu dengan "Pass Residen".

Dari tahun 2005 hingga 2011, kumpulan ini tidak putus-putus memohon Pass Residen bagi membolehkan mereka kembali ke Malaysia.

Kerajaan dengan tegas telah menolak dan menapis permohonan tersebut sehinggalah pada April 2011, hanya 3 orang saja diberi kelulusan Pass Residen tersebut. Selepas menjalani proses yang teliti, 3 individu terbabit telah memasuki Malaysia pada pertengahan 2013 dan awal 2014.

Sebenarnya, apa yang ingin dikongsikan ialah status Pass Residen yang diberikan menandakan Malaysia telah menganggap kumpulan ini sebagai warga asing bukan lagi rakyat Malaysia.

Pada tahun 2014, Malaysia tetap bertindak rasional kerana KDN telah menolak permohonan berjumlah 2,384 kewarganegaraan Malaysia dari warga negara asing.

Begitulah berebut-rebutnya rakyat negara lain ingin menjadi warganegara Malaysia.

Sebagai rakyat di bumi bertuah ini, kami mendesak 3 individu terbabit tampil dan mengucapkan terima kasih kepada negara kita. Adakah benar hujan emas di negeri orang dan hujan batu di negeri sendiri jauh lebih baik di negeri sendiri.


GR kata: Jangan mudah terpedaya dengan main musuh negara!!

Sent from Samsung Mobile

1 comment:

Anonymous said...

Itu yg ditolak . Rakyat asing yg bukan bekas rakyat malaysia pun byk yg diluluskan Oleh syarikat consultant Talent Corp, yg mengenakan bayaran rm1800 utk principal dan rm1200 utk tanggungan(isteri & anak).
Hebat syarikat consultant ni mempunyai kuasa melebihi Kuasa Imigresen.

Artikel pelbagai