Monday, August 26, 2013

SYABAS @PDRMsia ! TERUSKAN OPS CANTAS, KUTIP GANGSTER SAMPAI LUBAN CACING! @Zahid_Hamidi


Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan kira-kira lebih 1,000 individu kebanyakannya gengster dalam tempoh seminggu dalam satu operasi untuk membendung aktiviti jenayah dan kekerasan.

Operasi itu yang dikenali sebagai ‘Ops Cantas Khas’ bertujuan membanteras penjenayah dan kumpulan kongsi gelap di seluruh negara.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata kira-kira 1,018 individu ditahan dalam serbuan di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Johor sejak 17 Ogos lalu.

“Kebanyakan mereka yang ditahan merupakan ahli kumpulan Geng 36, Geng 08 dan Geng 04,” katanya.

Menurut beliau, polis turut merampas 13 senjata api termasuk pistol, parang dan pisau serta menjumpai 36 kereta curi.

Abdul Jalil berkata orang ramai turut memberikan maklum balas positif dan maklumat penting sejak operasi itu dilancarkan.

“Kira-kira separuh berjaya ditahan hasil maklumat yang diberikan kepada kami. Kerjasama orang ramai banyak membantu sepanjang operasi tersebut.

“Walaupun banyak maklumat diterima, kami menyemaknya dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kesilapan ketika melakukan tangkapan,” katanya.

Antara maklumat sama yang diterima adalah mengenai pengumpulan individu meragukan di sebuah rumah atau tempat awam tertentu.

Abdul Jali berkata kira-kira 920 anggota polis ditugaskan di bawah operasi tersebut untuk melakukan sekatan jalan raya dan memburu penjenayah dikehendaki.

Katanya, operasi tersebut yang dilakukan antara tengah malam dan 5 pagi setiap hari adalah untuk mengurangkan jenayah serius dan mencegah jenayah lain daripada berleluasa.

“Pada minggu lalu, kami melakukan pemeriksaan ke atas 50,245 orang dan 22,956 kereta kebanyakannya motosikal. Kami tidak akan menghentikan operasi itu sehingga kami berpuas hati dengan kadar penurunan jenayah bagi memastikan negara berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Ops Cantas Khas melibatkan pegawai dan anggota JSJ dari Bukit Aman, polis kontinjen negeri dan daerah berkaitan.

“Kami menggunakan Akta Pencegahan Jenayah 1959 untuk menahan suspek,” katanya.

Di George Town, polis berjaya menahan 77 orang termasuk enam wanita berusia antara 20 dan 40 serta seorang remaja dalam beberapa serbuan pada hujung minggu lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Nasir Salleh berkata beberapa lelaki yang ditahan itu merupakan penjenayah dikehendaki atas pelbagai kesalahan jenayah.

Biarkan apa sesetengah pihak nak cakap kononnya Polis buat kerja tak ikut SOP. Diaorang cakap macam tu sebab diaorang takut atau diaorang ada 'Saham' dalam geng kongsi gelap nie. Betul tak? Video di bawah khas buat tatapan masyarakat semua.




Dalam serbuan pertama, polis menjumpai dua bilah parang sepanjang 70cm di dalam sebuah tandas dekat kelab malam di Jalan Dr Lim Chwee Leong.

Enam wanita dan 27 lelaki, tiga daripada warga asing ditahan dalam kelab malam tersebut.

“Tiga lelaki warga asing itu bekerja sebagai pelayan tanpa permit,” kata Mohd Nasir.

Dalam serbuan kedua di sebuah kelab malam di Jalan Penang, polis menahan 33 lelaki dan seorang remaja.

“Kami akan mengambil tindakan ke atas pemilik kelab malam itu kerana membenarkan remaja tersebut memasuki premis berkenaan,” katanya.

Mohd Nasir berkata polis turut melakukan serbuan ke atas 44 rumah selepas menerima maklumat daripada orang ramai.

“16 suspek terlibat dalam pelbagai kes seperti melakukan rusuhan, mencederakan orang lain, merompak, pecah rumah, peras ugut dan penipuan telah ditahan,” katanya.


GR kata: Teruskan sokongan pada PDRM!

3 comments:

Anonymous said...

SYUKUR ALHAMDULILLAH di atas ketegasan dan keberanian YB Menteri KDN, KPN. dan polis-polis kita, yg. mempertarungkan NYAWA mereka melawan PENJENAYAH SAMSENG/PENGGANAS KEJAM!Dan KDN harus menyiasat hal ini juga bawah undang-undang TERORISMA!

Jadi, saya cadangkan NGO Islam/Melayu buat repot polis tentang kemungkinan penglibatan SAMSENG DAP/PKR dgn. GENG KONGSI GELAP CINA/INDIA, yg. MENGANCAM keselamatan umat Islam/Melayu, dalam bentuk terorisma.

Tengok Mat Saleh British yg. baru ditangkap dgn. duit palsu US berjuta - saya syak dia ini ejen gabungan MI6-CIA-Mossad, utk. menaja keganasan TERORISMA geng-geng kongsi gelap ini. Cara jenayah-jenayah ini memang dilakukan pd Bumiputera Mexico dan Latin Amerika, di mana CIA-MI6-Mossad juga terlibat dalam sindiket dadah/senjata api global, seperti yang ditaja besar-besaran mereka di Afghanistan, Mexico dan Latin Amerika (lihat http://www.intrepidreport.com/archives/968, Zeta gang connected to U.S. Special Forces/Mossad, By Wayne Madsen, March 10, 2011!). Ini adalah untuk menghancurkan moral jenerasi muda dan meningkatkan JENAYAH termasuk akibat penggunaan dadah/senjata api, untuk menghuru-harakan negara, di Dunia Islam dan Dunia Ketiga, yang kaya minyak-gas. Jadi senanglah mereka nak MENJAJAH!

Dan Mossad-CIA pula berpusat di S'pura, termasuk bangsa Yahudi Israel MENYAMAR jadi rakyat Mexico (lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009). Maka, saya syak sindiket dadah besar , contohnya yang diketuai Cina Malaysia/Singapura, dan 3 bangsa ‘Mexico’ ini yg. sebenarnya adalah ejen Mossad – lihat di http://www.nst.com.my/nation/general/death-sentences-for-5-upheld-1.337943, Death sentences for 5 upheld, 15 August 2013:

PUTRAJAYA: The Court of Appeal yesterday upheld the conviction and death sentences on five men, including three Mexican brothers, for trafficking drugs worth RM44 million.

A three-member panel chaired by Justice Datuk Azahar Mohamed unanimously dismissed their appeal against their conviction and death sentence imposed by the High Court

The men were Malaysian crane operator Lee Boon Siah, 49, Singaporean painter Lim Hung Wang, 56, and brothers Jose Regino Gonzales Villarreal, 34, Simon Gonzales, 37, and Luis Alfonso Gonzales, 45.

"We see no error in the High Court's judgement which ruled that the appellants were involved in trafficking in 29,460.17gm of the drugs," said Azahar. Bernama

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

Anonymous said...

Jadi saya cdgnkan mana-mana penjenayah-penjenayah 'Mexico' atau mana-mana ada passport Barat, yg. terlibat dlm. sindiket dadah/senjata di atas, tidak dihantar ke Mexico atau balik ke Barat. kerana mereka mungkin ejen Mossad-Israel!

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

Kalau lah menteri KDN masih si kerismudin entah apa akan jadi kat Malaysia macam Cowboy koot...Shoot First ask Question Later...atau macam Wild wild West..

Artikel pelbagai