Showing posts with label Pemilihan Agung UMNO 2013. Show all posts
Showing posts with label Pemilihan Agung UMNO 2013. Show all posts
Monday, September 30, 2013
#PemilihanUMNO: JANGAN PILIH PEMIMPIN YANG SUKA PAKAI 'KONDOM' JER MEMANJANG!
PEMILIHAN UMNO 2013 yang berlangsung pada 12 dan 19 Oktober ini dilihat sebagai satu pertandingan untuk melihat barisan kepimpinan yang efektif dan rasional di mata 146,500 ahli UMNO yang layak untuk mengundi.
Atas tuntutan demokrasi, maka ramai ahli UMNO menawarkan diri untuk dipilih menjadi pemimpin – cawangan, bahagian dan pusat
Seramai 33,682 ahli UMNO dari seluruh negara menawarkan diri sebagai calon bertanding pelbagai jawatan peringkat bahagian dan pusat.
Pemilihan pada kali ini adalah gelanggang untuk melihat pemimpin UMNO yang dipilih nanti bukan sahaja boleh diterima oleh parti tetapi juga rakyat.
Sebab itu UMNO mesti ketengahkan barisan pemimpin yang boleh diterima rakyat dan mampu mencerminkan imej yang positif kepada parti itu.
Sebagai pengundi, ahli UMNO bukan sahaja akan memilih individu sebagai pemimpin parti peringkat bahagian dan pusat, tetapi turut menentukan hala tuju parti.
Jadi ahli UMNO yang diberi amanah untuk mengundi mesti pandai menilai pemimpin yang akan memimpin mereka.
Pilihlah pemimpin yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi dan sanggup berkorban apa sahaja demi menjaga kepentingan agama, bangsa dan tanah air.
Proses terbaharu pemilihan UMNO kali ini jika dilaksanakan dengan betul, maka tiada lagi salah guna kuasa, akan lenyap politik wang dan berkurang kempen melobi perwakilan.
Hanya pemimpin yang benar-benar berkhidmat dan berbakti akan dikenali oleh ahli peringkat cawangan.
Kepada pemimpin UMNO yang pernah diberi peluang untuk memimpin ahlinya di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat, tetapi telah gagal melaksanakan amanah yang diberi, ahli-ahli kenal siapa individu tersebut.
Ahli UMNO kenal siapa yang selalu buat kerja untuk parti dan siapa yang hanya pandai main wayang.
Dalam keghairahan pesta demokrasi dalam UMNO ini, ahli UMNO tidak boleh buat silap. Kesilapan memilih pemimpin yang tidak mampu membawa perubahan kepada parti, maka menjadikan UMNO sebuah parti yang terus berpenyakit, lemah dan mungkin sukar diubati.
Ahli UMNO membantu menaikkan pemimpin ke atas sebab kecerdikannya dan kebolehan memimpin dan kerana politik sogok menyogok.
Dalam memilih pemimpin perlu ada rasionalnya. Kenapa hendak menolak pemimpin atau ketua yang sudah menyumbang kepada kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.
Tolaklah pemimpin yang menyebabkan BN tersungkur di kawasan yang berkenaan. Tolak mereka dan kroninya yang tak buat kerja.
Nyahkan mereka yang membolot peruntukan yang disediakan untuk PRU-13 setelah tidak dipilih untuk menjadi calon dengan tujuan menggunakan wang itu untuk bertanding pada pemilihan UMNO kali ini.
Golongan ini menjadi duri dalam daging malah ada di kalangan mereka yang terus mahu memegang jawatan dalam parti. Merekalah yang main politik wang hingga menjejaskan kepercayaan rakyat kepada UMNO.
Jika perwakilan UMNO sayangkan parti, bersarakan golongan ini daripada memegang sebarang jawatan dalam parti. - Sumber
GR kata: Pilih pemimpin yang berani perjuangkan agamanya, bangsanya dan agamanya. Pemimpin yang takder telor dan pandai cakap dari buat kerja jangan sibuk nak pandang. Undilah dengan bijak.
Wednesday, September 18, 2013
PEMILIHAN UMNO: SOKONG 100% @ustazfathulbari KP ARAU DAN EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA! @Khairykj @NajibRazak
Musim pemilihan UMNO sudah mula dirasai dan akan tiba kemuncaknya. Pemilihan kali ini juga merupakan cara baru yang diamalkan oleh UMNO. Tidak lagi seperti yang lepas-lepas, kali ini suara akar umbi diambil kira dalam menentukan pucuk pimpinan parti keramat ini.
Transformasi yang dilakukan seharusnya diambil kira. Sejak kebelakangan ini UMNO dilihat jarang menghasilkan pemimpin yang bijak sana dalam hal ehwal dan hukum hakam agama. Program agama Islam juga harus diperbanyakkan serasi dengan jiwa orang muda.
Oleh itu, GR menyokong Ustaz Fathul Bari diberikan mandat untuk menjadi KP Arau sekali gus ke Exco Pemuda UMNO Malaysia. Biro Agama Pemuda UMNO harus dimantapkan demi melahirkan anak muda celik dalam ilmu agama. Ilmu agama Islam perlulah dipelajari dari mereka yang mempunyai ilmu yang tinggi berlandaskan perintah Allah dan juga sunnah Rasulullah S.A.W seperti yang termaktub dalam Al Quran.
GR kata: Buatlah pilihan bijak demi masa depan agama, bangsa dan negara.
Tuesday, September 17, 2013
PEMILIHAN UMNO: RUJUK PM DULU JIKA MAHU BERTANDING NAIB PRESIDEN! @Zahid_Hamidi @NajibRazak
Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpendapat setiap calon yang berminat untuk bertanding jawatan ketiga tertinggi parti perlu meminta pandangan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahmad Zahid berkata Perdana Menteri mempunyai pandangan beliau yang tersendiri berhubung calon bagi jawatan itu kerana ia menyentuh hubungan kerjasama dengan mereka dalam menentukan hala tuju parti.
"Saya beri pandangan, jika mahu memasuki gelanggang ini, berbincang dahulu dengan Presiden Parti. Dapatkan pandangan atau nasihat daripada presiden parti.
"Tentu presiden parti mempunyai pandangan tersendiri tentang hasrat seseorang yang mahu berada di tahap kepimpinan nombor tiga dalam parti dan pandangan presiden harus diambil kira sebelum satu-satu keputusan muktamad dibuat," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat berhubung kawalan sempadan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu hari ini.
Taklimat itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berhubung cadangan untuk mewujudkan kawasan selamat di sempadan Malaysia-Thailand sepanjang 121 kilometer dari Tumpat ke Jeli bagi mengekang aktiviti jenayah di sempadan.
Ahmad Zahid mengulas khabar angin bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dikatakan akan bertanding jawatan itu pada pemilihan Umno yang akan berlangsung pada Oktober.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata Mukhriz seorang yang berkebolehan dalam aspek kepimpinan dan beliau seharusnya memikirkan kaedah yang terbaik untuk bersama penyandang daripada kalangan senior jika berjaya dipilih sebagai naib presiden.
"Beliau (Mukhriz) calon muda dan antara calon yang baik untuk kepimpinan pada masa depan," katanya.
Dua lagi calon yang mengesahkan hasrat merebut jawatan naib presiden adalah Pengerusi Risda Tan Sri Isa Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Jawatan naib presiden UMNO kini disandang Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri, Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Pertahanan).
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan pemimpin di setiap bahagian agar 'mengukur baju di badan sendiri' berhubung pertandingan merebut jawatan di pelbagai peringkat, yang borang pencalonannya mula diedarkan hari ini.
"Tiap-tiap bahagian ada 500 borang yang diedarkan untuk pertandingan pelbagai peringkat. Apabila tawaran dilakukan, ia dibuat dengan tujuan untuk memperlihat keseriusan bagi menawarkan diri memegang jawatan, bukan berhajat untuk mengacau daun bagi sesuatu jawatan itu," katanya.
- Bernama
GR kata: UMNO perlukan pemimpin Ultra Melayu yang berani dan tegas. Sokong Zahid Hamidi kekal Naib Presiden no.1
Thursday, September 12, 2013
PEMILIHAN UMNO: Siapa Berani Lawan Kak Jat Dan KJ? @SharizatJalil @Khairykj @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Aura Pemilihan Agung UMNO semakin hangat dan semakin terasa. Jawatan exco Pemuda, Puteri dan Wanita sudah menampakkan bayangnya. Tidak kurang hebatnya jawatan tertinggi dalam MT UMNO dan juga Naib Presiden UMNO.
Persoalannya mereka yang sibuk nak merebut jawatan bolehkah buat kerja demi memperkasakan agenda Melayu dan juga membela nasib bangsa Melayu. Itu yang lebih penting, itu yang lebih dititik beratkan oleh akar umbi.
Kita semua sedia maklum, KJ akan mempertahankan jawatannya sebagai KP UMNO Msia begitu juga Kak Jat dengan Wanita UMNOnya. Timbul persoalan yang GR buat rujukan dengan akar umbi, KJ dan Kak Jat "kebal" dan sukar dijatuhkan. Betul ker? Jawapan ini hanya ada pada 150 ribu perwakilan yang akan memberikan undian mereka.
Beberapa pemimpin UMNO yang menyatakan hasrat berkobar-kobar untuk melawatan 2 jawatan tertinggi ini telah tersungkur ditengah jalan. Masa umum cabar mengalahkan pengumuman calon PRU13. Apa sudah jadi??
Apakah mungkin Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akan mengekalkan jawatan masing-masing dalam pemilihan parti Oktober ini?
Persoalan ini timbul apabila sehingga hari ini belum ada mana-mana pemimpin yang mengumumkan keputusan untuk menentang kedua-dua pemimpin tersebut biar pun borang pendaftaran menjadi calon akan mula diedarkan Sabtu ini.
Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang sebelum ini beria-ia hendak mencabar Shahrizat akhirnya membuat keputusan menarik diri atas alasan bagi mengelakkan perpecahan dalam pergerakan itu.
Walaupun ada desakan supaya Azalina bertanding namun ia hanya ibarat cabaran 'ajak-ajak ayam' sahaja kerana mereka yang membuat desakan tersebut memahami sejauh mana keupayaan Azalina untuk meraih sokongan dalam Wanita UMNO.
Apatah lagi kenyataan demi kenyataan menyokong Shahrizat oleh pemimpin-pemimpin Wanita UMNO dikatakan turut 'menggerunkan' mana-mana pemimpin pergerakan itu untuk mencabar kedudukan beliau.
Selain itu Shahrizat sudah lama melaksanakan pelbagai aktiviti bertemu pemimpin-pemimpin Wanita di akar umbi dan sekali gus mampu meraih sokongan mereka.
Bagi jawatan Ketua Pemuda pula, setakat ini tidak ada mana-mana pemimpin Pemuda yang memberi isyarat akan mencabar Menteri Belia dan Sukan tersebut.
Kedudukan Khairy di dalam Kabinet dan kemampuan beliau memimpin Pemuda sejak 2004 telah memungkinkan wujudnya satu track record yang agak sukar ditandingi oleh mana-mana pemimpin Pemuda lain.
Kegigihan Khairy yang terus berkhidmat untuk parti biar pun tidak menduduki jawatan dalam Kabinet sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada beliau untuk terus kekal memimpin Pemuda UMNO.
Bagi kerusi Ketua Puteri pula, setakat ini dua calon sudah mengumumkan akan bertanding iaitu Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua Puteri UMNO Petaling Jaya, Jamilah Hanim Othman.
Apa pun pemilihan sayap kali ini dilihat cukup penting bagi membariskan barisan kepemimpinan yang mampu menarik generasi muda untuk menyokong UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.
Justeru adalah penting pemimpin dan ahli-ahli di ketiga-tiga sayap itu membuat keputusan sebaik-baiknya bak kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz, "Ada yang memang popular dalam UMNO tetapi kalah di hati rakyat, ini semua perlu diambil kira."
Pandangan GR, siapa pun yang memegang jawatan tertinggi Wanita, Pemuda dan Puteri ini....mereka haruslah membuat satu transformasi yang baru demi masa depan UMNO yang lebih baik. Jangan cakap saja pandai, kerja perlu buat dan yang penting ikhlas.
GR kata: Power tak power 2 pemimpin nie...kita tengok nanti hasilnya!!
Wednesday, August 28, 2013
#PemilihanUMNO: DRAMA MELAYU BEREPISOD SUDAH BERMULA! SIAPA HERO DAN SIAPA TUKANG CUCUKNYA? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @umnoonline
Semakin rancak GR lihat sekarang orang-orang UMNO sekarang buat kerja. Ada yang buat kerja mengalahkan ketika waktu PRU13 lagi. Adakah pemilihan UMNO kali ini lebih hebat dari PRU13? Ramai yang berkata begitu, tapi pada GR medan seperti inilah yang boleh menjatuhkan bangsa Melayu itu sendiri. Kenapa dan bagaimana hasilnya, kita lihatlah sendiri.
Diperingkat cawangan dan bahagian yang GR lihat ada yang tidak boleh mempunyai kata sepakat. Malah ada pemimpin di cawangan dan bahagian tersebut bercakap depan GR, sepakat membawa berkat. Berkat apa yang dia bawa? Berkat lauk kendurikah. Janganlah pandai bercakap tapi diri sendiri ke laut jawabnya. Persoalannya, masih ada lagikah selepas ini 'cawangan/bahagian tidur'?
Sibuk bertanding mengalahkan nak bertanding jawatan MT dan juga peringkat lebih atas. Tapi diri sendiri tidak layak sebenarnya dipanggil pemimpin. GR menulis artikel ini bukannya untuk membela mana-mana pemimpin yang ingin bertanding ke peringkat lebih tinggi. Itu hak mereka dan tiada kena mengena dengan GR. Cuba lihat print screen di bawah:
Beginikah sikap seorang pemimpin Melayu? Sampai bila Melayu itu nak maju, kalau dalam diri kita ada perasaan iri hati atau pun benci satu sama lain. Apa yang GR ingin beritahu, GR tak salahkan sesiapa pun tapi siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya. Berbicara soal perjuangan sampai berbuih mulut, tapi diri sendiri tidak mencerminkan keperibadian Melayu itu sendiri. Kenapa perlu nak menghentam sesama sendiri? Jika benar anak jantan Melayu, hentam cukup-cukup pakatan haprak baru betulkan? Kih kih kih....
Inilah drama sinetron Melayu yang bakal kita lihat sepanjang beberapa bulan ini. Budaya tikam sana tikam sini, adakah ianya lumrah dalam diri orang Melayu atau hanya semata-mata untuk poket sendiri atau berjuang demi agama, bangsa dan tanahair. Persoalanya lagi, sampai bila kita mahukan pemimpin seperti ini? Fikirlah sendiri....
Fikirlah sendiri, sebab yang nak bertanding korangkan. Tak kiralah apa jawatan sekali pun, baik peringkat orang muda jangan ikutkan perasaan muda yang membuak-buak. Gunakan akal fikiran, berganding bahulah dengan semua peringkat agar UMNO dapat diperkasakan. Paling penting masyarakat boleh menerima semula UMNO seperti pada zaman dahulu.
Orang-orang UMNO harus ingat kata-kata Tun M :
"MELAYU mudah lupa, kata Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri. Oleh sebab Melayu mudah lupa, termasuklah Melayu dalam UMNO"....
Bukan saja Melayu mudah lupa, malah banyak yang kurang berminat menerokai ilmu. Justeru itu, GR tak hairan kalau banyak Melayu dalam UMNO sudah lupa kepada Sulaiman Palestin, Harun Idris dan Hang Tuah Arshad. Kenapa perjuangan mereka dulu begitu telus tak macam sekarang? Fikirkan sejenak sebelum mahu jadi pemimpin yang dipandang baik oleh masyarakat.
Kepada semua yang bertanding, buatlah yang terbaik. Jangan asyik kata jangan terlibat dengan politik wang, tapi akhirnya nanti kantoi juga. Beri sesuatu depan atau belakang perumpamaannya sama dengan rasuah. Bertandinglah dengan cara berani.
Paling PENTING kepada semua perwakilan dan akar umbi, PILIHLAH pemimpin yang berani, tegas dan tidak takut akan sebarang perkara demi mempertahankan agama, bangsa dan negara serta membela nasib Melayu agar lebih terjamin.
GR kata: Tak sabar nak tengok drama Melayu yang ramai pelakonnya. Pelakon extra pun ramai tau. Hi hi hi....
Monday, August 19, 2013
PEMILIHAN AGUNG UMNO: DILEMA UMNO MAHUKAN TRANSFORMASI ATAU MASIH DALAM KEPOMPONG SENDIRI? @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi @HishammuddinH2O @mohdshafieapdal
Ramai cakap-cakap, keluhan dan pandangan dari ahli UMNO terutama sekali perwakilan kali ini mereka menyuarakan UMNO perlu lakukan perubahan. Adakah mereka ini faham dengan maksud perubahan tersebut?
Adakah perubahan dengan menukar kesemua pucuk pimpinan yang ada sekarang akan membawa perubahan besar dalam UMNO? Adakah mengekalkan pucuk pimpinan tertinggi dalam UMNO kali ini boleh membawa Transformasi yang sering diwar-warkan oleh Presidennya sekarang? Tepuk dada tanyalah hati...
Di kalangan pandangan masyarakat luar pula mereka mahukan UMNO terus bersatu dari peringkat atasan hinggalah ke akar umbi. Ini adalah kerana masyarakat mahukan UMNO terus kekal sebagai parti yang memerintah di Malaysia ini. Perkara yang paling utama sekali hak keistimewaan orang Melayu terus terbela dan terjamin, begitu juga agama, bangsa dan negara terus dipertahankan.
Dalam pemilihan UMNO kali ini senarionya tidak kurang hebatnya seperti PRU13, malah ada dikalangan ahli UMNO kata ianya lebih hebat lagi. Pandangan GR senang saja, perkara yang paling utama adalah diri mereka sendiri (pemimpin). Adakah mereka sedia untuk membuat sebarang perubahan yang drastik dalam UMNO?
Ada yang GR lihat pemimpin UMNO mereka berjuang atas dasar perjuangan yang sejati. Pendek kata semangat juang mereka seperti pada zaman awal penubuhan UMNO dahulu. Bagaimana kita lihat waktu itu bangsa Melayu begitu kuat. Perjuangan mereka adalah benar-benar untuk negara dan bangsanya sendiri. Bukan seperti sekarang, ada segelintir pemimpin yang masih 'membela' poketnya sendiri begitu juga orang disekelilingnya.
GR setuju 100% dengan pandangan Tun M:
Para pemimpin UMNO mesti komited membersihkan imej parti daripada tuduhan penyelewengan dan amalan 'cantas' sekiranya ingin menarik sokongan golongan muda serta profesional.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, segelintir individu menyertai UMNO semata-mata untuk kepentingan peribadi dan sikap itu memberi imej kurang baik kepada parti.
Menurut beliau, amalan 'cantas' juga sering berlaku apabila pihak yang tidak dicalonkan untuk jawatan yang diingini berusaha menjatuhkan lawan mereka.
"Pada pandangan saya, bukan UMNO yang bermasalah tetapi mereka yang menguruskannya," katanya dalam sidang akhbar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di The Mines, Seri Kembangan dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Kenyataan Tun M jelas menunjukkan UMNO perlukan perubahan. Pemilihan dengan cara baru kali ini menunjukkan generasi muda mahukan sesuatu yang baru dalam UMNO. UMNO perlu kembalikan sokongan rakyat pada parti keramat ini. UMNO tidak perlukan lagi pemimpin yang syok sendiri. UMNO tidak perlukan lagi pemimpin yang lembik dan tak berani menyuarakan pandangan yang tegas. UMNO tidak perlukan parti yang didominasikan dikalangan anak beranak.
Jawatan UMNO di bahagian dan juga cawangan tak perlulah dipenuhi oleh anak beranak atau sedara mara. Tak perlulah GR nyatakan cawangan dan bahagian mana yang dikatakan cawangan anak beranak, apa yang penting mereka ini perlu ditukar sebab tak ada sebarang hasil yang mereka buat. Akhirnya cawangan TIDUR.
Jika ahli UMNO baik yang mempunyai jawatan atau tidak faham erti Transformasi, lakukan dengan segera demi kebaikan dan nama baik UMNO. Kalau masih ada yang tak faham, hanya pandai cakap mulut saja....hentikanlah. Ramai lagi individu yang layak memegang jawatan tersebut dan paling penting MEREKA INI BOLEH BUAT KERJA.
Pada 150 ribu perwakilan UMNO, buatlah pilihan yang bijak. Bukannya memilih pemimpin atas sebab dia 'jaga' atau 'bela' ketua bahagian dan ahlinya. Pilihlah pemimpin yang benar-benar Ultra Melayu dan buat kerja. Pilihlah pemimpin yang tegas dan berani demi mempertahankan agama, bangsa dan negara. Fikir-fikirkanlah....
GR kata: Perwakilan jangan asyik fikir nak masyuk jer yer....
Sunday, August 18, 2013
PEMILIHAN AGUNG UMNO: JAWATAN NAIB PRESIDEN, @Zahid_Hamidi TAK GOYANG!
Pemilihan Agung UMNO tahun ini merupakan saat paling penting untuk parti keramat ini. Setiap jawatan tertinggi dalam UMNO akan dipertandingkan. Saat ini kita akan lihat pemimpin yang bagaimanakah untuk kita berikan mandat memegang pucuk pimpinan parti.
Apa yang penting perihal bangsa Melayu harus sentiasa dibela. Rapatkan saf kepimpinan orang Melayu supaya generasi seterusnya terus bersatu padu dalam menjaga bangsanya sendiri. Melayu harus bersatu. Melayu berpecah belah angkara diri mereka sendiri yang terpedaya dengan arus kemodenan yang memaparkan maklumat yang bercampur aduk.
Perebutan untuk tiga jawatan Naib Presiden Umno akan menyaksikan persaingan sengit tetapi penyandangnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak sedikitpun gentar.
Menteri Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Bagan Datoh itu yang akan mempertahankan jawatan tersebut berharap rekod bersihnya sepanjang berkhidmat untuk ahli dan parti itu akan menilainya pada pemilihan itu nanti.
"Jawatan tersebut (Naib Presiden) adalah untuk direbut untuk sesiapa kerana UMNO adalah sebuah parti terbuka dan percaya kepada demokrasi. Sekiranya terdapat pemimpin-pemimpin yang ingin bertanding, mereka amat dialu-alukan dan terpulang kepada ahli parti untuk memilih siapa yang mereka inginkan untuk menjadi ketua.
"Bagi saya, saya berharap usaha, khidmat dan sumbangan saya kepada parti dan ahli-ahli UMNO akan digunakan untuk menilai saya," katanya pada sambutan rumah terbuka Hari Raya anjuran Pengasih.
Zahid menegaskan bahawa dia hanya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden dan tiada rancangan untuk bertanding jawatan lain.
Selain Zahid, dua lagi naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga menyatakan hasrat untuk mempertahankan jawatan mereka.
Timbul khabar angin bahawa bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Pengerusi Felda dan Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Isa Samad dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mungkin akan bertanding merebut jawatan tersebut.
Pemilihan anggota Majlis Tertinggi (MT) dijadualkan pada 19 Oktober dan buat pertama kalinya kira-kira 150,000 ahli parti akan terus mengundi kepimpinan parti selepas pindaan dilakukan dalam perlembagaan Umno.
Sementara itu, seorang pemimpin di peringkat akar umbi percaya bilangan calon yang akan bertanding untuk jawatan Naib Presiden Umno mungkin mencecah lebih daripada enam orang.
"Saya yakin terdapat beberapa Menteri Besar atau pemimpin kanan akan bertanding. Pastinya amat menarik untuk melihat siapa yang mendapat undi di kalangan ahli parti," katanya.
GR kata: Harus pilih pemimpin yang tegas dan berani pertahankan agama, bangsa dan negara.
Tuesday, August 13, 2013
JAWATAN NAIB PRESIDEN UMNO, PERLU DIKEKALKAN ATAU SOKONG ISA SAMAD, ALI RUSTAM DAN MUKHRIZ MAHATHIR? @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi @HishammuddinH2O @mohdshafieapdal @umnoonline
PRESIDEN UMNO
Sehingga ke saat ini, DS Najib Razak dijangka akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO. GR yakin dan pasti UMNO akan mengalami malapetaka besar jika jawatan Presiden UMNO dipertandingkan. Ianya harus dikekalkan dan segala misi untuk memperkasakan UMNO harus dijalankan serta merta.
Oleh kerana itulah, GR melihat kedua-dua mantan Presiden iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menyarankan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.
Apabila Tun Dr. Mahathir dikeluarkan dari UMNO oleh Tunku Abd. Rahman Putra Al-Haj, kemudian dibawa masuk semula oleh Tun Abd. Razak malahan diberi gambaran Tun Mahathir terbang sebagai "Spiderman" yang menyelamatkan UMNO dan orang Melayu.
Selepas 40 tahun peristiwa itu, siapakah pula yang akan memegang watak Tun Razak dan watak Tun Dr. Mahathir sekarang ini?.
GR yakin seperti PM2 yang lain, DS Najib Razak juga mahu menjadi Perdana Menteri yang paling baik kepada agamanya, bangsa dan negaranya. Semua itu sejarah yang akan menghukumnya.
TIMBALAN PRESIDEN UMNO
Muhyiddin pula dikatakan tidak berminat mencabar DS Najib Razak kerana sudah penat dan tidak mahu dilihat sebagai tidak setuju dengan semua Perdana Menteri.
Apabila ketiga-tiga Naib Presiden menyatakan kesediaan mempertahankan jawatan Naib Presiden mereka, bermakna desas-desus salah seorang Naib Presiden untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO tidak akan berlaku.
Walau bagaimanapun, untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO ini, bacaan GR agak lain sedikit. GR fikir seseorang yang amat berminat masih berada di dalam kotak gear 1 dan sedang berhenti rehat di kotak N. GR melihat, bila-bila masa dia boleh bermula di kotak gear D3 dan D, nasib baiklah kenderaannya dwi-fungsi yakni auto dan manual.
TS Muhyidin Yassin telah menunjukkan jati dirinya dan jati diri politiknya sebagai Timbalan Presiden UMNO. Kehebatannya tidak ubah seperti Allahyarham Tun Dr. Ismail dan amat kagum.
NAIB PRESIDEN UMNO
Ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden UMNO iaitu DS Zahid Hamidi, DS Hishamudin Tun Hussien dan DS Shafie Apdal menyatakan keinginan mereka mempertahankan jawatan tersebut.
Dalam hal ini, GR fikir beberapa nama lain patut mencuba nasib mereka supaya UMNO itu dilihat demokratik sedikit. Saya melihat beberapa nama yang patut menawarkan diri mereka seperti Tan Sri Isa Samad, DS Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Mahathir amat tepat sekali dan mereka ini harus diberikan peluang.
Ahli UMNO mesti memikirkan 5 dan 10 tahun akan datang jika mahu memilih pemimpin UMNO kerana kepimpinan dalam UMNO akan mengemudi kepimpinan negara. Lainlah kalau UMNO ketandusan pemimpin, barangkali rakyat akan berpindah kepada parti lain.
Ahli UMNO perlu melihat kewibawaan sewaktu DS Ali Rustam mentadbir negeri Melaka. Pelbagai perubahan yang baik dibuat oleh beliau melalui pembanguan dan juga sektor pelancongan yang menjadikan Melaka terkenal di mata dunia. Beliau patut mencuba jawatan Naib Presiden UMNO.
Tan Sri Isa Samad juga tidak kurang hebatnya. Kecekalan dan kebijaksaan beliau menjadi Boss Felda telah membawa perubahan yang besar pada warga Felda. Anak-anak Felda dibela dan mereka diberikan pelbagai pulangan atas titik peluk mereka selama ini dan jelas insentif yang diberikan membuktikan Felda semakin baik.
Kemenangan Datuk Mukhriz dan seterusnya mengambil semula negeri Kedah dengan kemenangan bergaya merupakan kekuatan dalaman, kekuatan sejarah dan kekuatan masa depan. Beliau patut mencuba jawatan Naib Presiden UMNO. UMNO tidak akan pecah jika hanya berlaku pertandingan di peringkat Naib Presiden UMNO.
GR fikir, untuk kebaikan UMNO, bertanding di peringkat Naib Presiden UMNO dengan jumlah calon yang ramai tidak akan merugikan UMNO. Dahulu, apabila TS Syed Hamid Albar tewas, beliau tetapi dilantik sebagai Menteri Penuh.
Sejarah politik Pak Lah ketika lama berada di dalam Naib Presiden patut menjadi contoh kepada sesiapa yang berhajat besar. Ahli UMNO harus memilih pemimpin yang layak bagi Naib Presiden UMNO adalah mereka yang benar-benar perjuangkan hak bangsa Melayu dan semangat juang yang tinggi, tegas serta berani mempertahankan agama, bangsa dan tanahair. Fikir-fikirkanlah....
GR kata: PAU2013 semua teruja dan tak sabar nak jawatan atau pun untung nasib?
Friday, May 31, 2013
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2013 - JANGAN ADAKAN PERTANDINGAN UNTUK 5 JAWATAN TERTINGGI UMNO, SETUJU TAK..?
Buat pertama kali dalam sejarahnya, UMNO sebagai parti terbesar orang Melayu, akan menyaksikan pemilihan jawatan tertinggi parti dengan cara yang berbeza dan unik, melalui proses demokrasi yang lebih meluas dan sekali gus menguji kematangan akar umbi parti.
Beberapa fakta berikut yang muncul setelah tujuh pindaan dibuat terhadap perlembagaan Umno yang diluluskan perwakilan pada Oktober 2009 menjadikan pemilihan kali ini menarik perhatian ramai:
146,500 anggota peringkat akar umbi akan memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung pimpinan di bahagian masing-masing.
Hapusnya sistem kuota yang sekali gus membuka ruang seluas-luasnya kepada anggota untuk bertanding dengan syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan Majlis Tertinggi ialah pernah memegang jawatan Anggota Majlis Tertinggi atau Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal.
Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah perwakilan mampu menunjukkan kematangan mereka dalam proses pemilihan kali ini?
PRU13 telah pun selesai, dan telah menampakkan BN masih lemah dari segi pucuk pimpinannya. Banyak lagi perkara yang perlu diperhalusi dan diperbaiki untuk membolehkan rakyat benar-benarnya memilih BN untuk PRU14 nanti.
Bagaimana pula dengan UMNO? Apabila ada pertandingan merebut jawatan, maka akan berlakulah senggol menyenggol, siku menyiku, tolak menolak, bentes dan membentes. Siapa yang tak mahu menang...betul tak?
Sudah menjadi tradisi dalam setiap kali pertandingan pasti ada yang menang dan juga kalah. Orang sibuk nak PRU13, ada juga yang sibuk atur langkah untuk duduk di kem mana-mana demi selamatkan 'kuasa mereka' dalam pucuk pimpinan UMNO baik di cawangan atau pun di Bahagagian.
Ada desas desus, berbunyi juga sok-sek sana sini bahawa ramai Ketua Bahagian UMNO “kemut” duit perbelanjaan PRU 13 kerana dijadikan simpanan untuk “berbelanja” sewaktu pemilihan parti tahun 2013 ini.
Pandangan GR juga ada samanya dengan beberapa rakan dalam pucuk pimpinan UMNO. Untuk mengelakkan perpecahan UMNO jawatan Presiden, Timb. Presiden dan 3 Naib Presiden tidak harus dipertandingkan. Perkukuhkan tali silaturrahim orang Melayu kerana Melayu sekarang sudah berpecah. UMNO yang menjadi parti perjuangkan nasib orang Melayu harus berubah dan rapatkan saf untuk perkukuhkan orang Melayu. Dalam UMNO sendiri jangan ada pepecahan lagi lupakan yang lain.
Jangan lupa kesan daripada perpecahan masih boleh dirasai jika kita singkap sejarah lalu. Sewaktu pertembungan Dr Mahathir dengan Tengku Razaleigh. Sehingga hari ini masih ada lagi label Team A dan Team B.
Apabila berlaku pertembungan antara Muhyiddin Yasin dengan Tan Sri Muhammad Taib merebut jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan yang lepas, kesannya menyaksikan Mike Tyson ‘mufarakah’ seterusnya beliau memilih untuk menjadi ahli PAS kerana mahu jaminan masuk Syurga. Ingat jangan sibuk nak peroleh kuasa, nasib rakyat dan orang Melayu yang harus menjadi perjuangan UMNO yang utama, kerana orang Melayu sekarang dah jauh terpesong dan harus kembali ke pangkal jalan.
Wajar atau tidak jawatan Presiden, Timb. Presiden dan 3 Naib Presiden dipertandingkan...harap korang boleh bagi pandangan setuju atau tidak..??
GR kata: Ada yang sibuk nak jadi Ketua Bahagian tapi bila dapat hilang entah ke mana....
Subscribe to:
Posts (Atom)











