Tuesday, July 31, 2012

PANAS: @abby_abadi112 TAK DAPAT JOB, UMNO YANG SALAH!?


Alahai..dah lama GR tak mainkan cerita artis yang dah jadi 'Ustazah Segera' nie, siapa lagi kalau bukan akak Abby Abadi kita nie. So tak der publisiti dari media cetak mahu pun keluar di TV so janganlah marah-marah yer apa yang cerita keluar di blog-blog sekarang nie...telan jelah dan anggap menu buka pose yer kak Abby. Hehe hehe....

Beberapa hari lepas sedang GR melayan Twitter, ternampaklah Twitter kak Abby Abadi kita nie memberi kenyataan yang kontrak beliau sebagai duta tudung untuk sebuah syarikat telah terbatal secara rasmi.

Mungkin pembaca dah tahu Abby Abadi telah dilantik secara rasmi sebagai duta dan jurucakap untuk produk keluaran Al-Humaira Contemporary selepas beliau bertudung.

Namun menurut kenyataan Abby Abadi, pemilik syarikat itu tidak senang dengan maklum balas orang ramai tentang Abby Abadi yang terlibat dalam parti pembangkang. GR rasa walaupun Abby melibatkan diri dengan mana-mana parit politik itu bukan sebab yang utama TAPI kenapa mesti pandai-pandai jadi ustazah segera. Belajar kasi qatam dulu barulah boleh berbicara dan mengeluarkan fatwa-fatwa yang telah tercatat dalam Islam. Jangan jadikan pentas politik untuk kepentingan peribadi dan GR mohon janganlah jadi keldai PAS kelak menyesal suatu hari nanti.



Akaun Twitter Hani Elia masih boleh diakses namun sekarang  sudah private mungkin tidak mahu diganggu ‘tentera’ Abby Abadi yang tidak berpuas hati. Siapa yang cari penyakit, sendiri tanggunglah kan. Adatlah orang berniaga, mestilah nak mencari untung. Kenapa puak-puak PAS nak melenting, bagi job pada Abby kan senang. Kata sama-sama berjihat dan CONFIRM masuk syorga...

GR setuju dengan kenyataan Abby yang mengatakan rezeki itu dari Allah S.W.T, memang BENAR sekali dan yang penting kita usahakan. Tapi janganlah kita mengutuk sana sini sesama Islam. Kata orang itu salah, orang nie jer yang betul. Gunalah akal fikiran yang diberikan Allah S.W.T kepada kita dengan sebaik-baiknya. Renung-renungkanlah....selamat beramal.


GR kata: Dengar cite Husam Musa tengah 'adjust' kak Abby, betui ka??? Keh3

No comments:

Artikel pelbagai